Alhamdulillah, masih diberi kesempatan masa dan idea untuk berkongsi di sini. Walaupun bukan ramai mana pun manusia nak menjengah ke sini, harap catatan ini juga adalah ingatan dan peringatan untuk diri sendiri. Supaya satu masa ke hadapan nanti, aku boleh kembali ke sini dan mengatakan ' okehhhh. aku pernah lalui semua ini '
Gitulahhhh punya skema jawapannya ayat aku pagi nih. bhhhaaaaaaahahhahaaa
Rasa nak sambung je entri yang lepas. Well, hidup ni memang penuh dengan benda benda yang kita perlu belajar. Sama ada kita perlu belajar untuk di jadikan sempadan mahu pun tauladan.
Seriously straight to da point, kan? hahahaha
Setiap hari kita akan bertemu dengan pelbagai manusia. Dan kebanyakan daripada kita lebih senang menilai seorang manusia itu tanpa terlebih dahulu mengenalinya. Sebelum kenal, lebih suka mengambil tahu bagaimana dia dengan seorang yang lain yang mana kita sendiri tak pasti siapa sebenarnya sipulan itu kepada manusia yang sedang kita nilaikan.
Dan biasanya aku melalui, aku nampak, aku dengar dan aku menilai, keadaan seperti ini sangat merosakkan sesuatu organisasi. Merosakkan hubungan sesama manusia. Merosakkan segala bagai benda.
Bagi aku sendiri, aku menilai manusia itu melalui gerak hati. Ya, sebenarnya aura positif dan negatif seseorang itu kita boleh rasa secara langsung dan tidak langsung walaupun sebelum kita kenal dia. Tapi, kalau sebelum kita kenal kita sudah meletakkan segala bagai persepsi, andaian dan prejudis, percayalah .. kita takkan mampu melihat sudut positif jua yang ada pada individu tersebut. Lalu percaya tak, sebenarnya segala rasa negatif yang hadir dalam hati sangat mempengaruhi tingkah laku, memek muka dan segala bagai yang akan terpamer secara tidak langsung. Semua itu kadang kita tidak pernah sedar.
Sebab itu, pernah dengar kan orang kata, kalau baik hatinya, maka akan baiklah semuanya. Apa pentingnya hati di situ adalah, dari hati itu akan mempengaruhi hampir seluruh perkara.
Bagi aku sendiri. Aku lebih senang mengenali sesiapa pun melalui aku sendiri. Meski pun kadang ada yang mengingatkan
' hati-hati dengan dia ni. dia boleh buat apa saja. ramai dah orang kena dengan dia '
Ehhh. Mana tawu ...??? ' ada orang bagitahu ..'
Baik. Maknanya ia sekadar hati-hati. Ia tidak menyekat aku untuk kenal mana-mana manusia. Ia tidak membuatkan aku hilang pandangan positif yang aku pernah lihat dalam menilaia individu tersebut. Dan aku menilai kekurangan yang ada dalam diri individu sebagai fitrah setiap manusia yang punya baik dan buruk. Lebih dan kurang.
Kalau aku perlu menilai baran dan kasarnya karakter individu itu sebagai faktor untuk individu tersebut dibenci, aku memandang kembali diri sendiri.
' aku pun baran dan kasar manusianya ..' Tapi, aku juga harap akan ada nilai positif yang mampu dipandang manusia. Kalau kita mengharapkan manusia lain menerima kekurangan kita, kenapa kita tidak mahu menerima kekurangan yang ada pada individu lain ???
Mungkin disebabkan oleh persepsi aku yang begini pada hampir semua orang, aku pernah bergaduh dengan pengedar dadah sampai naik ke balaii. Aku pernah berurusan dengan Ketua Kongsi Gelap dengan cara sangat baik. Aku cuma berpegang pada satu perkara :
' dalam jahatnya seseorang pasti ada baiknya ( kalau kita tak cari pasal ). Dan dalam manisnya wajahnya seseorang, pasti ada sekelumit kejahatan yang tersimpan ( sekiranya kita sengaja membuat onar ) '
Sebab itu. Jangan terlalu mudah menilai manusia. Ditakuti akhirnya ia hanya mengundang dosa free yang sangat panjang saja pada kita. Aku pernah kenal dengan seseorang suatu masa dulu. Individu yang nampak bengis pada karakter luarnya. Bahasanya tidak pernah berbunga dan berkias. Ceritanya sangat straight to da point. Ditakdirkan satu hari aku perlu berurusan dengan individu tersebut. Alhamdulillah. Terlalu jauh daripada persepsi manusia banyak. Dalam kata katanya penuh dengan nasihat dan semangat. Dalam nasihatnya ada jiwa seorang 'ayah' dan pejuang yang besar. Dalam ceritanya ada misi yang panjang dan hampir mustahil. Dalam luahannya ada rasa bimbang yang meragukan. Dalam senyumnya in sha Allah, ada barakah dan hikmah yang sedang menanti.
Semoga insan-insan seumpama ini tegar menerima fitnah dan cerca manusia.
Bak kata seseorang :
' saya buat kerja kerana Allah. bersyukur dengan apa pun yang Allah bagi. saya maafkan semua orang '
Sendu gila bila dengar statement ni. Hari ini, lama tak jumpa individu tersebut. In sha Allah, Allah tinggikan darjatnya dengan kebencian manusia dulu. Allah angkat level kesabarannya dengan fitnah kecaman manusia. Jika hari ini, kita selesa memfitnah, pernah kah hari esok kita terfikir, masih mampu kah kita selesa dengan fitnah yang pernah kita taburkan dahulu ..??
Tanya lah iman kita sendiri.
' teruskan usaha awak, nazura. untuk kemajuan murid anak bangsa melayu ini. Yang utama nawaitu kita kerja kerana Allah. In sha Allah akan berjaya dengan pertolongan-Nya..'
Statement ini buat aku terfikir, selama 5 tahun di bidang ini aku sebenarnya sangat gagal dengan semua itu. Aku sedang memegang amanah yang aku terima tak kira dengan rela atau berat hati. Datang ke sekolah setiap hari sampai hujung tahun, nak habiskan silibus. Bila budak exam, tak pernah ada perasaan budak nak lulus ke gagal. Bila budak nakal, budak sekarang memang kurang ajar. Bila budak tak nak buat kerja, U better tido daripada menyusahkan orang lain. Bila rasa budak sepatutnya begini dan begitu, aku tak mahu ajar walaupun aku sebenarnya master dalam bidang tu. Kedekut sangat dengan ilmu yang ada. Bila budak sepatutnya perlu dibangunkan karakter kepimpinannya, aku senyap dan diam sedangkan aku membesar dan dididik sepenuhnya di sekolah dengan pembinaan karakter kepimpinan. Walaupun hari ini aku bukan pun pemimpin. Bukan lah hebat. Tapi sekurang kurangnya aku ada ilmu tu. Aku diturunkan dengan ilmu pengacaraan dan program oleh seorang sifu besar dalam bidang itu, tapi aku tak pernah ajarkan kepada siapa pun. Bukan kah itu sebenarnya untuk seorang guru kepada anak didiknya sebagaimana cikgu cikgu aku berikan hampir semuanya kepada aku ..???
Ya, kata kata itu ibarat sentakan besar buat aku. Adakah aku bekerja kerana Allah selama ini? Atau aku bekerja sekadar melengkapkan hidup di zaman hari ini ..?? Dan kata-kata itu seakan membuatkan aku lena dari tidur yang panjang.
Setiap kali masuk kelas, pastinya pelajar aku buat kerja yang aku bagi. Aku akan cari pelbagai cara untuk mereka mahu untuk belajar. Biasanya kelas hujung. Aku cuba kenal pasti strategi pdpc yang diorang suka. Aku kurangkan strategi pdpc yang membuat diorang meracau macm kerasukan hantu gigi. Aku akan ada 3 masa straight dengan mereka. Aku perlu plan setiap 1 masa tu adalah aktiviti yang berbeza. Aku perlu alert dengan riak wajah mereka bila buat setiap satu aktiviti. Aku perlu mengubah karakter aku dalam setiap situasi yang mendadak. Aku perlu belajar banyak benda untuk pastikan mereka di zon mahu belajar. Aku perlu sentiasa bergerak dan ada masanya duduk di kalangan mereka untuk memastikan mereka menulis. Bila mengenangkan keadaan itu, sebak rasa. Keadaan tu saling tak tumpah macam masa aku mengajar adik aku waktu nak pmr dan spm. Selagi aku tak duduk di sebelah. Pegang buku dia. Buat sama sama dengan dia, dia takkan bergerak sendiri. Dan melihat kembali mereka, ada ketikanya aku gagal. Ada masanya sumpah aku give up. Tapi alhamdulillah, dalam peperiksaannya. Pelajar yang dari tahun lepas, ujian 1 bahasa melayu hanya memperoleh 13/100 mampu capai 48/100. Daripada gagal xdak harapan nak lulus, dia boleh lulus. Dan hari ini aku perlu akui, baru peperiksaan kali ini aku excited nak tahu peningkatan markah dan kemampuan mereka.
Dan yakinlah. Untuk semua itu, semuanya bermula daripada hati. Ya, seperti kata-kata di atas. Semuanya bermula dengan nawaitu kerana Allah. In sha Allah, akan ada pertolongan-Nya. huhuhuhu
Orang tua. Ya, tak nafikan hari ini ramai saja di antara kita yang ada sense of mereka orang tua. Kita layan mereka sama saja seperti orang yang sebaya dengan kita. Kita lupa bahawa kita sedang berhadapan dengan orang tua yang perlu lebih kita hormati. Kita hanya melihat orang tua kita ( ibu ayah kita ) sahaja yang perlu kita hormati. Bukan yang lain. Kalau salah orang tua lain, mudah saja kita melabel mereka. Mudah saja kita menghukum mereka hingga kan tindakan biadap kita pada mereka adalah suatu keperluan.
Aku pernah berhadaan dengan situasi orang tua yang berakal pendek. Aku hanya diam pada mulanya. Namun, apabila wujud provokasi berpanjangan, fitnah yang menular, gangguan daripada pejabat peguam, aku rasa aku perlu buat sesuatu pada insan tua ini. Bercakap dengan cara baik tidak mendatangkan kesan, akhirnya aku memang bertindak tindak sopan akibat sangat penat dengan provokasi yang dilakukan oleh mereka. Hingga hari ini, bersemuka dengan aku adalah hal yang paling dielakkan oleh mereka.
Itu hal yang sangat hampir tidak berlaku. Jarang ada orang tua yang berakal pendek seperti itu. Tapi, jika boleh dielakkan, cubalah sedaya mungkin untuk mengelakkan.
Kembali kepada masyarakat di tempat kerja. Aku mengambil pendekatan yang sangat mudah dalam berhadapan dengan golongan senior atau mereka yang lebih tua. Dalam kita mengenali tahap umur mereka, kita perlu sedar bahawa hati orang tua sangat sensitif. Pernah nampak tak macam mana mak ayah kita merajuk bila kita tak mau dengar cakap mereka. Tak kira siapa pun mereka, mereka tetap orang tua yang ada hati begitu.
Bagi aku, selagi mana aku boleh ikut kehendak mereka, aku buat. Selagi mana aku boleh senangkan hati mereka, aku buat. Mungkin dalam dunia kerja, orang kata berbeza. Tapi pada aku tetap sama. Apa lagi jika mereka itu adalah orang tua. Mereka juga ketua. Dalam banyak sekolah yang aku berkhidmat, aku pernah jumpa seorang saja orang tua dan ketua yang dengki akan anak buahnya. Bukan aku. Tapi rakan sejawat yang lain. Jadi, seandainya kita bertemu dengan seorang tua, apa lagi ketua yang sedang mahu membantu kita menjadi lebih baik, hargailah. Tak perlu persoal peribadi dia begitu dan begini sebab kita juga belum mampu memastikan keperibadian kita adalah yang terbaik.
Pernah suatu masa dulu aku dikategori pekerja kipas bos. ( bos bos kan biasanya orang tua ) huhu. Oke lah. Tak ada hal. Tapi, satu perkara yang selalu aku ingat. Mereka orang tua dan ketua yang lebih jauh besar dan banyak pengalamannya berbanding aku. Pasti di setiap permintaannya, setiap tindakannya ada sebab musabab yang sangat rasional bagi memastikan kebaikan itu tersebar dengan baik. Aku cuba untuk buat apa saja yang mampu agar mereka senang hati.
Ingat lagi masa berumur hujung belasan tahun atau awal 20-an. Demi memujuk hati sendiri. Aku janji pada diri sendiri :
' hidup ini ibarat memberi perkhidmatan terbaik untuk semua orang. bahagia kita apabila klien senang hati dengan perkhidmatan kita. duka kita adalah apabila kita gagal memberi yang terbaik kepada klien '
Walaupun pasti kita gagal untuk melakukan untuk semua orang. Tapi memadai lah kita lakukan untuk insan yang bergelar orang tua. Satu saja aku yakin. Apabila mereka adalah orang tua yang betul imannya, senangkan hatinya ... maka bergembiralah kita.
Berbalik kepada aplikasi dunia kerja aku. Sebagaimana aku tidak suka kalau pelajar gagal menyelesaikan kerja aku, begitulah pasti ketua / bos rasa jika aku gagal melakukan hal mengikut kehendak yang seharusnya hingga meninggalkan kesan kepada tugas dan tanggungjawab mereka. Sebagaimana aku marah apabila pelajar biadap dan buat tidak endah dengan kerja aku, begitulah pasti akan ketua /bos aku rasa apabila aku juga tidak mengambil endah akan kerja yang seharusnya mengikut spec mereka.
Ya, lain orang lain ragam. Terpulang bagaimana kita mahu menyesuaikan diri kepada cara kerja mereka. Kalau kita boleh nasihat pelajar, cikgu ini begini dan begitu. Awak cuba la ikut apa dia nak. Begitu juga kita sebenarnya apabila berhadapan dengan bos dan ketua. Sebagaimana kita sebagai cikgu akan plan apa saja untuk kebaikan pelajar, begitu juga bos kita yang sedang plan pelbagai perkara untuk kebaikan kita. Berlapang dadalah. Kita pasti akan lebih gembira.
Sekian saja yang hal hal yang belajar selama masih hidup nih
huhuhuhuhu
Wallahualam
Wassalam
No comments:
Post a Comment