Friday, August 11, 2017

~ antara kerja dan tanggungjawab ~

Assalamualaikum
hohoho .. alhamdulillah, berjaya melepasi detik kritikal mengurus fail fail lama dan baru.
Once fail sudah diangkat masuk ke bilik fail, baru lah boleh tarik nafas lega bila tengok tempat kerja dah lapang sikit. hahaha
Baru lah ada mud nak menanda buku buku yang dah lama terbiar terbengkalai kat rak buku. hohohoho

Apa pun, itu lah namanya kerja. Di mana pun, tak ada kerja yang tak penat. Tak ada kerja yang tak membebankan. Dan tak ada kerja yang tak stress.

Tak perlu ambik contoh aku. Ambik saja contoh adik aku yang bekerja di kilang. Setiap hari, boss kira output. Kenapa product tak capai. Apa masalah dengan mesin. ? Kenapa mesin off ..? Berapa lama mesin tak jalan. bla bla bla blaa .. Sudahlah sepanjang kerja mengadap mesin yang banyak kerenah. Kadang punca biasa. Kadang punca sangat luar biasa. Rokok habis sekotak pun belum tentu nak jalan. Jenuh di tenung tenung .. rupanya hanya masalah pada 1 jarum daripada beratus jarum yang tersusun. Tu belum lagi jumpa dengan mesin sebesar bilik tidur. Bila buka saja, perlu nampak segala macm komponen yang tah hape hape. Nak betul kan bahagian atas, perlu kan tangga. Stress kan dunia macam tu. hmmm ..

 Honestly, sebelum terjebak dalam dunia cikgu ni .. aku sukakan kerja yang macam tu. Sebab tu, selepas aku  gagal ubah permohonan aku sebagai cikgu, aku sumpah kecewa gila. Ada 8 permohonan ke upu. 1 saja bahagian pendidikan walaupun bahagian engineering. Yang lain semuanya engineering.  Akhirnya di panggil temuduga dan ke uthm. Demi menyejukkan hati yang sangat kecewa, cakp dalam hati .. oke, keluar nanti akan ke vokasional. Still boleh manage emosi sebab dalam hati kata :
Fine. Kalau masuk ppu pun, masih boleh jumpa elektrik kuasa sekurang kurangnya.

Tapi tu lah. Percaturan Allah itu terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Aku mengajar. Tapi bukan mengajar benda yang aku pulun sejak tingkatan 4 aku di SMK Tun Ismail, bukan yang aku study setengah mati di Matrikulasi .. dan bukan yang sampai tergolek golek di UTHM. Semua tu bukan. Aku mengajar subjek yang cuma ambil kursus 3 bulan di UTM dan subjek yang aku rasa kejam mata pun aku dapat A masa sekolah sejak sekolah rendah. huhuhuhu. ( punya belagaknya manusia ). Dia punya kecewa nya masa mula posting Allah je yang tahu.  Aku punya nak berhenti kerja, pun Allah je yang tahu. Ya, sampai hari ini masih ada rasa sebak tapi hati masih kuat kata .. redha.
Ingat tentang HIKMAH ALLAH.

Ya, Allah takdirkan aku jadi cikgu.  Tapi mungkin sebenarnya Allah  tak letakkan aku  untuk mengajar semataa mata. Walaupun mengajar itu tugas hakiki seorang guru, tapi banyak lagi hal yang perlu berlaku dalam sesi pdpc guru. Kalau kata aku pandai mengajar, suami dan adik aku sendiri kata aku tak pandai mengajar. Aku sush nak imbangkan keupayaan pelajar. Maknanya, bila aku mengajar aku anggap budak tu lebih kurang aku. Kalau mengajar matematik, kan akan ada step paling asas untuk pelajar lemah. Benda tu aku memang sush nak buat. Bila mengajar math, aku akan ikut cara aku yang dah faham. kadang cara yang step by step tu pulak yang buat aku tak faham. Sebab tu aku selalu kena tampar dengan adik aku kalau mengajar dia math. Sejak dia pmr, spm n last diploma .. muka ni la duk pulun math dengan dia. Habis diploma ni, dia tak mau sambung lagi dah .. maka habislah matematik aku. hahahhaaha

Tapi begitu lah kerja sebenarnya. Kerja bukan untuk kita dapat gaji setiap bulan semata-mata. Tapi dalam kerja itu ada tanggungjawab yang sangat besar yang akan dipersoalkan. Ambil smula contoh adik aku. Kerja dia pasti kan mesin run. Bukan masalah pun untuk dia kata dengan bos, sory bos .. i tak pernah handle masalah tu. Siapa nak pertikai kalau kau memg tak boleh buat. Even tak boleh betulkan mesin, gaji dapat jugak kan. Tapi, di situ lah kita nak lihat apa itu keberkatan gaji.  Walaupun kilang agak kedekut, tapi disebabkan adik dapat kuasai mesin walaupun dia belum ada setahun kerja, dia boleh dimand gaji. Walaupun belum ada setahun kerja, dia dapat offer sebagai ass. engineer sebab kilang nak engineer yang boleh handle mesin. Tapi supervisor dgn manager tak nak lepas sebab akan tukar department. Mereka sush nak cari orang untuk ganti. Jadi, sekali lagi adik boleh demand gaji. Lagi pulak dengan umur yang 22 tahun, dia tak rasa dia mampu nak ambil tanggungjawb berat begitu.

Hidup ini mudah saja sebenarnya. Kita memilih untuk kerja. Jangan pernah persoal kerja kita. Macam adik, hari hari balik baju penuh minyak walaupun rambut maintain smart. Muka cool sebab duduk dalam aircond 24jam. Tapi tanggungjawab dia besar sebesar mesin yang dia hadap hari hari. Tersalah sikit, berlaku renjatan utk 415V punya kuasa elektrik bila bila masa nyawa terbang. Hari pertama dia rasa susah. Bulan pertama dia rasa tension. Masuk bulan seterusnya dia makin stress. Tapi semua tu takkan berubah hingga bulan ke 9 kalau dia tak sungguh sungguh belajar dan belajar daripada senior sejak bulan pertama dulu.  Kita telah memilih untuk kerja. Kita sendiri juga memilih untuk kerja itu. Jadi, pilihan di tangan kita. Sama ada mahu terus mengeluh atau baiki diri kita agar segalanya lebih mudah untuk kita. Perlu ke kita mengeluh setiap hari kerja ni begitu dan begitu sehingga usia perkhidmatan 30 tahun ...???? Hidup ini untuk kita rasa gembira dengan ujian dan cabaran.

Kenapa aku cerita tentang adik aku ...??
Sebab dia bukan macam kami adik beradik dia yang lain. Kami kelas sains tulen. Kelas pertama di sekolah walaupun hanya SMK Tun Ismail. Dia budak akaun yang tak ada basic fizik dan addmath. Bila habis SPM, aku yang sangat sibuk apply dia ke mana mana. Sampai lah di ADTEC Batu Pahat, permohonan melalui borang ke pejabat ADTEC Batu Pahat sebab dengar ada kekosongan untuk cos dia. Dia apply bidang lain. Tapi dia hanya di terima masuk cos Permesinan dan Perkakasan. Actually, itu lah cos yang budak tak nak sebab antara yang paling susah. Dalam engineering, ada 3 bahagian penting. Awam, Elektrik dan Mekanikal. Even aku sendiri tak berani dengan bahagian mekanikal. Tapi, dia budak akaun yang tak ada basic sains tulen. Tak ada basic detail fizik, tak ada basic addmath ( actually dia drop addmath masa kat sek ). Ingat lagi masa sem 2 di ADTEC, arwah abah sakit dan sangat perlu kan dia di rumah. Masa tu aku tak balik Batu Pahat lagi. Dia gagal 6 subjek. Bnyak subjek dia tak attend kelas. Give up ! Siapa tak give up. Dia dah claim dia tak boleh go. Nak quit. Aku kata nanti dulu !!!

Lepas tu arwah abah meninggal. Dia makin down bila kawan kawan quit!  Tapi aku kata teruskan. Tinggal 2 tahun.  Setiap hari bila balik kelas kata nak quit. Salah kan aku sebab aku dulu yang suruh masuk juga cos tu. Aku tak peduli. Aku kata aku terus kan.  Tahu kenapa aku kata teruskan ..??  Aku tahu sejarah dia dan aku yakin keupayaan kepala otak dia. Aku kata dia boleh teruskan. Dia kena teruskan juga.  Dia marah aku paksa dia. Aku tak peduli. Aku tetap kata teruskan. Cuma yang kelakarnya dia ni, bila orang tak support keputusan dia especially aku, dia macam tak yakin. Jadi dia teruskan. Setiap kali subjek math dan engineering, aku kena duduk mengajar dan belajar dengan dia.  Bila masuk subjek engineering, biasanya akan berguru dengan laki aku. Sebab bahagian mekanikal, aku lemah sikit. Power lagi laki aku. Bila laki aku mengajar pun dia kata :
' Faiz ni bukan tak pandai. Tak banyak malasnya. Cepat je dia tangkap setiap kali mengajar dia '
Kenapa sebut begitu ...?? Sebab dia tak jumpa semua tu di sekolah. Tu 1st time dia jumpa. Lain macam kami budak sains tulen, dah pernah nampak bayangan konsep tu.

Akhirnya,  masuk projek akhir dan LI. Alhamdulillah, dia score tinggi di situ. Final akhir, dia struggle tak sampai gila pun aku tengok. Tiap malam duk umah aku study dengan suami, alhamdulillah. Lepas ! Dan tinggal 1 paper repeat. Kilang tempat dia kerja sekarang minta dia terus kerja lepas LI even diploma tak dapat lagi. Tiap hari kerja, waktu cuti balik ADTEC. Final paper last, pun benda yang sama dia buat. Ambik cuti dua tiga hari sebelum paper. Tiap malam duk buat soalan berulang ulang study dengan suami. Alhamdulillah .. lepas ! Walaupun pointer 2.0 ++, tapi kilang memang tak nak lepas dia. Hari ini, dia sedang tunggu hari konvo diploma ADTEC dan SKM Tahap 4. Aku urge dia sambung degree hari tu. Hampir termakan juga. Tapi suami kata :
' Awak paksa dia sambung degree, awak yakin ke dia boleh perform. Kena ingat, even dia masuk FPTV pun, ponter kena 3.5 lebih untuk posting. Kalau dia tak dapat posting bazirkan 4 tahun dia, awak nak bertanggungjawab ke ..? Baik dia ambik PPL, kursus bape bulan check fail budak. Sebab sekarang ni yang mahal adalah SKM dia ! '

Baik. ! Kali ni aku diam lah. Sebab suami lebih banyak pengalaman di bahagian kemahiran.
Kisah ini bukan inspirasi untuk budak budak macam aku. Budak score tinggi di kelas. Budak sains tulen, masuk matrikulasi, terus sambung degree. Even konvo pointer tak 4 plat, tapi gagah lagi untuk yakin terus dipostingkan.
Tak. ! Kisah ini bukan untuk mereka yang seperti itu.
Kisah ini adalah untuk pelajar yang duduk di kelas sederhana hujung dan hujung, yang mana pegi sekolah tiap hari campak beg dalam semak, merambu dengan motor. Balik sekolah tak pernah siapkan homework .. ponteng kelas, balik rumah lepas waktu rehat. Bila malam, buat 'game' atas jalan. Kepuasan bila menang tinggalkan LC dengan RXZ satu tiang. Kesibukan setiap hari, buka motor .. alter enjin dan spocket motor. Setiap masa dan mimpi setiap hari adalah bagaimana motor 100cc yang begitu dapat pergi selaju motor 250 cc.

Jika kehidupan sekolahnya pernah begitu. Dan kalau sebelum ini dia tak pernah sedar dia sebenarnya mempunyai bakat sangat besar dalam bidang sains dan teknologi, akhirnya hari ini dia bekerja di sektor itu. Bakat dia sebenarnya besar di bahagian itu.

Hari ini. Kerja aku masuk keluar kelas. Hari ini, aku berhadapan pula dengan insan insan yang sama saja dengan adik aku yang aku pernah tangkap ponteng sekolah ke sana ke mari. Ada masanya aku give up dengan mereka. Ada ketikanya aku dapat lihat sebenarnya mereka berpotensi sngat besar dalam bidang yang lebih baik. Masa depan mereka in sha Allah lebih baik daripada apa yang kita jangka kan. Tapi bagaimana ..? Aku hanya mengajar mereka Bahasa Melayu dan Sejarah. Sesekali aku sempat mengumpan mereka dengan teori sains. Bagaimana pelajar yang dicanangkan lemah dan hampir tak punya harapan dapat menjawab soalan sains aku full mark, berbanding pelajar perempuan yang biasanya lebih bagus..? Sumpah aku pun tercengang ! Tak boleh kah pelajar pelajar ini dibangunkan melalui cara yang berbeza ..? Itu sekadar impian aku. Saban tahun aku hanya melihat, ya .. mereka ini mampu dibangunkan potensinya. Dan saban tahun itu juga aku hanya mampu memandang dengan rasa sebak. Aku tak mampu mengubah semuanya. ! Semoga takdir Allah untuk mereka adalah jauh daripada jangkaan kami semua.

Disebabkan aku sedar akan keupayaan aku. Aku hanya mampu kata sesuatu pada mereka :
' Kenapa PK 1 awak ingatkan awak tentang solat. Nak awak solat. Jangan tinggal solat. Kenapa ...? Sebab hanya dengan solat, masa depan awak akan lebih baik. Awak tidak perlu capai strght A, awak. Awak cukupkan solat awak dulu. In sha Allah, itu terbaik untuk awk ..'

Hiba gile dowhhh bila pandang muka diorg. Hari ini bila orang tanya aku, nak berhenti kerja bila ..?
Ya, secepatnya. Aku tak sampai hati melihat muka muka ' kosong ' yang akhirnya pergi begitu saja tanpa mereka sedar mereka ada sesuatu yang mereka tidak pernah tahu. Tidak Allah jadikan manusia itu dengan sia-sia. Tidak Allah jadikan manusia itu kekal dengan kebodohan melainkan sebenarnya setiap daripada kita telah Allah anugerahkan satu kelebihan yang sangat besar untuk agamaNya, Islam.

Ada kaitan ke cerita aku ni dengan tajuk ..? Fine, tak de ! Yang penting aku sedih.
Jadi nak pergi tido.
Huwaaaaaa !!!

Wallahualam
Wassalam.

No comments:

Post a Comment