Saturday, November 25, 2017

~ anak dan fenomena gadget ~

Assalamualaikum
fuhhhh .. fuhh .. lama sangat dah rupanya tak update blog. hohoho

Ogos, September, Oktober ... and last November baru ada mud nak update.
Daripada belum tembun dah jadi tembun, daripada umar belum nak ada adik .. dahhh nak ada adik.
Alhamdulillah .. 5 month pregnant mummy dah.
Alhamdulillah, Allah bagi mudah sangat kali ni. Alahan yang hampir tak ada. Jadi semuanya dapat diurus sebagaimana biasa.

Baik. Bukan nak cerita tentang aku yang tengah membulat.
The matter is .... fenomena anak dengan gadget.
Nak tak tak nak hari ni kena jugak akui dunia gadget adalah dunia kita. Dunia anak anak kita. Kalau dulu masa zaman kita kecik, paling canggih pun phone Sagem yang line dia pun kejap ada kejap tak de. Nak dapat internet lagi la jangan mimpi. Kadang internet pun tak tahu pe benda. kan ...???

Masa zaman pakai 3310 tu dulu, dapat topup RM5 tu rasa  macam heaven gile bila dapat sms dengan crush. Crush okeh !!! hahahaha. Zaman aku dulu crush crush je  laaaa. Boyfren boyfren versi tahap nak kawen nih  tak dak lagi. Dalam pale otak masa tu ..  aku ada aim lain.  hahahaha

Bila masuk zaman smartphone, zaman gadget .. aku tak boleh nafikan, aku dengan suami antara yang follow perubahan setiap teknologi. Boleh dikatakan keperluan gadget dan capaian internet di rumah dan sepanjang masa adalah maksimum.  Contoh, tengah whatapps or surf internet .. phone hang. Cukup bape kali dia hang, in sha Allah tukar phone lain yang sediakan ram yang lebih besar. Kalau boleh besar, memg besar. Kalau boleh laju, mmg pilih yang laju.  Dekat rumah, wifi on 24hours. On phone maknanya internet. On TV pun boleh capai internet ( sbb masa beli TV tu dulu aku pilih smartTV. Konon senang nak dengar ceramah UAI kat Youtube. hahahaha ) On laptop maknanya internet tanpa had. Line lepu .. mula fikir nak tukar lain. So far, kat rumah pakai Wifi Yes. Aku tak tahu lah memng pakej dia macam tu ke ... tah macam mana,  bila masuk Youtube je dia laju bapak dia. Kadang tak loading langsung. Cuba masuk SPLKPM, bercinta sampai tahap nak baling laptop kat dinding pun dia terkebil kebil jerk. erkkk !!!!

Tu fenomena kami di rumah. Jadi, Umar membesar bukan sebagaimana dunia kami suami isteri membesar. Umar membesar dengan dunia gadget, dan dunia capaian internet yang super duper di hujung jari. Ohhhh jari dia yang ketot tu boleh tekan tekan dengan sekelip mata je.

Umur dia sebulan, setahun dan dua tahun. Tak ada apa yang merisaukan pada karakter dia. Dia tak ada minat langsung dengan makhluk bernama gadget nih. Dia tak kisah langsung dengan masalah internet. Masuk umur 2 tahun lebih, perkembangan dia mula dilihat begitu drastik.  Dia pandai On phone sendiri. Dia tahu bila line down.  Dia tahu mana nak cari Youtube even kita sembunyikan. Dia tahu mana remote nak On Youtube kat TV. Dia mengamuk bila kita tak bagi phone. Dia meradang bila Youtube offline.

Salah siapa ..?? Confirm lah salah kami sendiri.
Ya, kat sini parents perlu alert dan selalu terlepas pandang.  Biasanya, bila anak mengamuk dan meradang kita akan ikut kan saja kehendak mereka. Mujur kami cepat sedar dengan perubahan karakter dia yang sangat ketara.  Satu hari suami kata, kena stop phone kat dia. Macam macam yang kami buat. Biarkan dia mengamuk dan meradang. Rotan dan macam macam, pun tak jalan. Macam mak kata, budak 2 tahun tak faham benda tu semua. Dia tahu dia nak, maknanya dia nak. Tapi kadang, certain benda dia faham punnn. haihhh .. perlu ke salah kan dia ...??? Tak boleh jugak. Sebab hakikat tak berputus asa dengan apa yang diri sendiri nak tu perangai aku. Ya, memg Umar Anaqi tu macm tu. Selagi dia tak dapat apa dia nak, dia akan nak jugak sampai dapat. Tak kiralah apa dan macam mna. hmmm ...


Jadi, usaha hukum dan rotan tu memang tak jalan. Waktu kerja, dia duduk dengan mak. Tab mak pun dia pandai adjust. Dalam tab mak ada video upin ipin, tapi dia nak jugak Youtube. Aku ajar mak on off data. Datang dia On kan sendiri data. Ohhh my Godd !!

Masa tu aku dah hilang akal dah nak buat apa dengan budak nih. Minta macam macam pendapat daripada akak akak kat sek nak buat macm mana. Hampir semua aku dah cuba, tapi semua tak jalan untuk Umar Anaqi. Macam macm teknik kat Fb aku guna pakai, tapi semua tak jalan untuk Umar Anaqi. adooooiiiiii. Orang kata jangan tunjuk phone kat rumah. Habis kat rumah phone berbunyi. Kerja aku sentiasa berkait dengan phone dan internet. Memang kami ada bilik kerja, tapi bila kami masuk je, umar pun ikut masuk. Penggunaan phone di rumah memang tak dapat di kawal bila berkait dengan kerja.

Then, setiap kali Umar tengok Youtube, aku akan tunggu apa yang dia tengok. Apa yang dia buat dengan Youtube tu. Then, aku perasan. benda yang dia tengok benda yang sama je. Upin ipin, tobot, johnny & papa, dengan video learning  kids colors.  Video video pun dia akan tengok tak sampai bape saat, dia tukar lain, tukar lagi. Ada jugak game aku try kat dia. Dia tak suka. Aku install learning ABC and 123, dia dah expert. Jadi, dia bosan. Maka, kenal lah aku bahawa dia adalah spesies manusia yang CEPAT BOSAN ! Aku jugak. Nak salahkan sape pangai gitu. hmmm ....

Sampailah aku tiba tiba terfikir kena prepair tempat nak hantar baby lepas lahir nanti. So, bila bincang dengan suami, kami decide nak cari Taska untuk next baby. Macam umar, masih duduk dengan mak. Semakin besar, itulah kawan mak kat rumah. Bila dia semakin faham apa boleh buat apa tak boleh. Bila dia tahu nak apa dan tak nak apa, maknanya dia semakin mudah diurus. Jadi, bincang dengan suami, dah kalau boleh nak hantar Umar pergi sekolah sekali nak bagi dia leka main dengan kawan-kawan. Nak  elakkan dia addict sangat dengan gadget. So far bukan gadget pun. Dia addict kat Youtube je. Ingat nak hantar dia pagi sampai tengah hari je. Tengah hari sampai petang biar dia teman mak pula. Sebab memang begitu pun kebiasaannya.

Then, bila cakap dengan mak, mak macam tak setuju. Mak kata tak tahu kenapa aku risau sangat, sebab bila dengan mak dia tak adalah 24jam dengan phone pun. Aikkkk ...???? Aku confuse kejap. Sebab memang aku bekalkan phone kat dia setiap kali pergi umah mak sebab tak nak dia kacau phone mak. Phone yang aku bekalkan kat dia, selepas aku kenal pasti dia nak Youtube saja. Benda yang dia tengok pun bnda yang sama. Jadi, kat rumah aku dah download siap siap cerita kat Youtube yang boleh bukak time offline, tapi guna site Youtube. Tu muslihat aku la kat dia. Jadi, once dia on Youtube ( yang penting data kena off ) , dia cuma akan bukak benda yang aku dah save je la. Jadi, apa yang dia tengok tu aku kawal.


Sambung mak punya cerita. Mak kata tak ada masalah pun nak ajak dia keluar bakar sampah, sapu bawah pokok. Dia akan tinggal je phone ikut mak keluar. hmm .. then, mak kata phone tu dia akan on je bila dengan mak. Tapi nnt dia akan main lego dia, kejap kejap je dia tengok sekejap, then dia tinggal untuk sambung main. Yang penting, phone tu jangan ambik jangan off kan. Fine, aku termenung kejap. Kenapa kalau kat umah aku, dia akan hadap phone tu tak berhenti ek ...???? hmmm .. Jadi, conclusionnya tak jadi hantar umar pergi sekolah. Lagi bila mak kata, dia tak pandai cakap tu satu hal. Dia akan tido up to 12.30am. jadi pagi dia akan bangun lambat. Tak jadi apa kalau hantar sekolah. Dia tak nak bercakap lagi ( kalau terdesak bercakap je dia akan cakap ).  Kencing pun keje leaking je .. hmm .. oke. Tak jadi.

Berbalik dengan karakter dia kat umah mak dengan kat umah yang berbeza. Balik umah aku tengok balik umah. Akhiinya aku keluarkan semula semua mainan dia yang ada 4-5 tong yang aku dah simpan. Niat di hati nak ajar dia supaya dia pandai pilih nak main apa. Nak main baru ambik. Tapi tak ambik ambik. Aku ingatkan dia memang dah tak de hati nak main. hmmm ..
Aku letak kat tengah ruamh tong tong mainan dia, dan bukak. Dari maghrib sampai tengah malam nak tido dia langsung tak cari phone.

Jadi, mengertilah aku sebenarnya dia bukan tak nak main lagi mainan dia. Tapi bila aku buka 1 tong dan 1 tong mainan dia, dia tak jumpa variasi dan dia bosan. Sebab tu dia akan mengadap phone 24 jam. Sekarang, dia tetap jugak dengan phone, tapi macam mak kata lah. Dia akan on je .. tapi dia busy dengan keje lain.


So, macam tu lah masalah aku dengan Umar sejak beberapa bulan nih yang sampai aku tak dak mud langsung nak update blog. hohooho. Sekarang nih, dia memang nak phone jugak. Lebih membengangkan dia pandai pilih phone mana dia nak. Paling dia nak phone aku. Aku pun tak faham saka apa yang ada kat phone aku tuh. Then, phone yang memang aku selalu bawkkan untuk dia. Dia akan letak dua phone tu sebelah sebelah, bukak upin ipin. benda sama je pun. Tapi dia nak jugak dua phone tuh. Kadang tuh dia akan ajak patung patung dia tengok sekali. Dan paling penting dia akan duduk sebelah mama ke papa dia, supaya kalau dia excited tengok, dia ada kawn nak ketawa. Kadang dia tolong cerita kat kami walaupun bahasa Jepun yang keluar. huhuhu ..



Selesai ke masalah aku ..?? hmmm .. tak lagi. Ni baru umur dia 2 tahun. Akan datang, perkembangan otak dia semakin bertambah. Aku kena cari cara yang lain untuk tackle minat dia. Nak tackle minat dia aku kena sangat kenal karakter dia. Ya, panduan pakar, teknik dan cara orang lain kita boleh cuba. Tapi kita kena faham bahawa setiap kanak-kanak ada perkembangan psikologi dan emosi berbeza. Setiap kanak-kanak ada karakter genetik yang berbeza. Sebab tu kita perlu kenal karakter dia dulu, baru kita boleh buat sesuatu dan betul kan dia. Sebab tu sangat perlunya parents kenal anak-anak dia. Mengenal mereka melalui hati bukan emosi. Ya, aku pun pernah emosi. Bila tengok dia baling semua barang .. baling kerusi campak kipas bila marah dan mengamuk, rasanya aku yang pandang nak rasa apa. Pernah masa tengah penat, dengan cramp perut, suami outstation .. dia mengamuk macm tu. Masa tu Allah je yang tahu. Mujur aku tak apa apa kan dia. Terus aku tinggal tak cakap pape. Sebab bila aku cakp .. mesti tah jadi hape budak tuh. Tu memang cabaran as a parents. huhuhuhu ...

So far, ni cara aku dengan umar. Anak seterusnya pasti bukan dengan cara yang sama. Umar jenis budak yang keras dan agresif. Tapi hati dia sangat sensitif dan lembut. Next anak, mungkin sangat tenang .. dan bertenang. Siapa tahu kan ..?? Jadi, nak handle dua anak yang begitu caranya pun lain. Jadi, sila bersedia untuk pening.



So, itu lah solution aku untuk umar. Tapi tu lah. Walaupun ramai kata jangan belikan mainan banyak banyak kat anak, tapi aku antara yang memg akan beli jugak. Waima dah rosak, pun aku tak akan buang. Sebab aku nampak karakter umar, dari satu permainan dengan permainan yang lain dia akan combine jadi satu situasi. Contohnya, daripada patung dino dia akan jadi raksaksa. Ultraman dia akan lawn raksasa. Daripada lego dia akan buat kapal terbang UGM. Jadi lah cerita Ultraman 80. bhaaaahahahaa. Mainan dia yang rosak pun kadang dia akan combine jadi situasi yang berbeza. That's why aku tak simpan lagi dah mainan dia yang bertong tong tuh. Biar je bersepah dekat tengah rumah. Masa dulu memang stresssssss gila bila balik kerja rumah bersepan. Sekarang .. terpaksa redha. Nak anak tuh gile gadget ke ... nak dia berkembang dengan sihat. You have no choice anyway. huhuhhuhuhu ..

Sekian kisah aku bersama budak yang gila gadget. huk3x.
Wassalam


No comments:

Post a Comment