Sunday, December 17, 2017

~ Check in at IJN ~

Assalamualaikum
171217 alhamdulillah sudah hampir mencapai tempoh bertenang. Sebab time nih dah boleh mula fikir apa nak buat naik sekolah nanti. Dah mula prepair bahan untuk cuti membersalinkan diri. bhaaahahaha

Rabu 291117 tiba-tiba suami dapat call dari IJN. Offer untuk Umar operation pada 041217. Masa tu tengah drive, terkujat sekejap. Bukan jangka waktu yang panjang untuk buat persediaan mental. Tapi, kalau tak grab offer tu, masalah pada jantung Umar akan lebih melarat dan tak tahu lagi bila boleh buat operation tu. So, rezeki Umar tiba-tiba ada kekosongan waktu cuti sekolah. Jadi, dapatlah kami buat pemantauan yang lebih untuk dia lepas operation nanti. So, cakap dekat suami, tak pe. Kita proceed je. Benda lain kita fikir and settle kemudian. Then, balik rumah prepair segala dokumen Umar untuk ke IJN. So far, sebelum pergi IJN sempatlah balik kampung pergi kenduri kahwin sepupu sebelah suami di Kuala Kurau.

Hari Ahad, dari Kuala Kurau pagi pagi buta pukul 5 kami dah bertolak ke KL sebab janji sampai IJN dalam pukul 9 ke 10 macam tuh. Masa tu hati dah dup dap dup dap. Tengok Umar, dia duk relaks je. Ye lahhh. Dia nak gelabah hape. Dia bukan tawu hape pun. Dia tawu nak phone mama je laaaa tengok Youtube. Hari Ahad masuk, then hari Isnin segela procedure untuk operation dah settle. Buat x-ray, eco , ambik sample darah. Then malam hari isnin dia kena puasa. So far, alhamdulillah dia tak ada masalah untuk puasa tu semua. Malam sebelum operation tuh duduk berdua dengan Umar dekat ruang rehat. Tengok kan dia main .. hohoho. Sayu gak hati.  Sambil dengar ada 2,3 orang ayah budak ni bersembang.

~ masa nih dah lepas wad separa kritikal pun ~
Dengar dia bersembang ... subhanallah. Rupanya operation tu memang tak lama pun. Tapi yang panjang adalah proses pemulihan selepas operation. Ada yang dah dekat 2 bulan duduk IJN. Ada pulak yang dah masuk wad biasa tunggu nak balik, masuk semula separa kritikal. Ada pulak lagi, dah naik separa kritikal patah balik masuk ICU. Masa tu hati tak tenteram dah. Cuma boleh doa je. Itu je lah usaha terakhir yang boleh aku buat. Mesej suami ( suami tidur kat dorm IJN ). Sama je. Hati masing-masing memang dah serah 100% kat Allah. Then, tak tahu nak mengadu kat sape. Mesej seorang orang tua yang aku dah anggap sebagai ayah :
' haji doakan anak saya ya. esok dia nak operation. mcam nak gugur pulak jantung saya bila dengar parents cerita macam macam kat sini '

' in sha Allah. saya doakan khas buat umar di hadapan kaabah nanti '

huhhuhuhu. Tang nih terharu okeh. Then, macm mana pun malam tu berakhir dengan tido yang agak lena la. huhhuhuhu

Selasa 041217
Pagi pagi lagi nurse dah datang bawak baju umar nak masuk OT. Cuma nurse kata kita tangguh sikit masa sebab nak sediakan apa tah untuk darah Umar. Darah dia pelik sikit. huhuhu .. sebenarnya semua pelik kat dia. huhu. Pagi-pagi suami dah datang, tolong mandikan dia n siapkan pakai 'baju kelawar' yang comel tuh. Siap je pakai, tak sempat apa nurse dah datang bawa katil. Time nih Umar macam dah tahu dahh. Dia lanngsung tak nak lepas aku. Nak tak nak terpaksa lah dukung dia dengan perut yang membesar nih pergi OT. hoho

Sampai OT, masuk je pintu utama dia dah meragam. Ya, aku tahu dia tahu. Sebab baru 2 bulan lepas dia masuk bilik tuh untuk buat Cath. Tapi tak jadi. Cuba jugak tenang kan dia. Tapi tetap dia nangis nangis tunjuk pintu tu nak keluar. Tengok muka dia merayu rayu nak keluar macam tu .. Allah je la yang tahu. Then, tak lama lepas tu masuk dalam lagi. Oke, masuk bilik nih memang dah penuh dengan peralatan segala bagai. Masuk bilik tuh lagi lah kuat dia peluk aku. Then, pakar bius masukkan ubat .. kurang 5 saat dah tak sedar. Masa letak dia atas katil .. doktor sebut :

' oke, mama boleh sayang anak dulu ...'

Makkkkkk aihhhh. Tak payah la sebut ayat touching gitu. Sepanjang jalan keluar nak masuk bilik persalinan semula tuh air mata je kot. Oke ... come on. come on. Cool nazura. Cool. Jumpa balik suami, tak dak air mata dahhh. hahahaha .. Terus dengan plan seterusnya. Basuh kain. Cari dobi layan diri, jumpa lah kat sebelah bilik mayat. Mula suami macam nak takut kan. Tanpa sebarang perasaan aku jawab : ala .. mayat tuh bukan nak bangun pun. biar la dia ... huhu.

Masa basuh baju tuh badan dah weak. Dengan baby dalam perut yang sma je pattern dngan abang dia yang tak reti diam. Since masalah pregnant kali ni, aku kurang gula dalam darah .. jadi terpaksalah memaksa diri makan benda yang boleh menyumbang gula dalam darah. Sepanjang basuh baju duk tengok jam. Doktor kata kalau tak ada apa masalah operation ambik masa 4 hingga 5 jam. Maknanya pukul 5 seharusnya selesai. Pukul 4.30 macam tuh dah naik kat tempat menunggu di PCICU.

Bila naik tuh ... Ya Allah, rupanya ramai je parents yang tido pun kat tempat menunggu tu. Tengok muka diorang yang letih. Tak cukup tido. Risau. Aku pulak jadi naik risau. Pukul 5, bahagian PCICU call suh masuk bilik kaunseling. Dia kata operation dah settle. Tinggal nak bawak masuk ICU. Oke, hati lega sikit. Maknanya sepanjang proses pembedahan, tak ada sebarang komplikasi. Alhamdulillah. Tak lama pastu baru nurse panggil bagi tengok Umar.

~ ni nak balik dah. masa ni baru 6 hari lepas operation. ~

Wahhhhh masa tuh. Kalau selama ni tengok Umar tu chill leks je ... petang tu tengok badan dia atas sampai bawah penuh dengan wayar. Kesan tebuk sana sini. Mesin keliling dia semua hidup. Sebab masa tu dia dalam keadaan separa sedar. Dia masih gunakan mesin untuk bernafas. Then, nurse datang kata so far operation berjalan dengan baik. Tak ada masalah. Tapi kena tunggu esok, nak tengok perkembangan dia lepas cabut tiub kat mesin tuh. Nak tengok keadaan dia stabil tak bila bernafas sendiri. Haaaa ... kat situ dah cuak lagi sekali. Time tuh, aku pelik jugak. Bila aku pegang tangan dia, suami cium dia .. dia macam sedar. Nak bergerak. Tapi air mata je mengalir. Oke .. tang tuh, memang touch okeh !

Sekejap je tengok dia kat ICU. Malam tu bermalam la aku kat bilik ibu. Tu semua ibu ibu yang anak dia kat ICU. Nak tido tuh dengar lah diorang sembang. Ada yang anak tu lahir lahir terus operation. Ni dah 6 bulan, hampir tak balik rumah. Aduhhhh .. dalam berat aku rasa ujian aku, ada orang lain yang super duper berat ujiannya. Ya Allah, beri mereka kekuatan. Semoga besar ganjaran atas kesabaran mereka ini. Ada jugak yang masih dalam pantang duduk dah berhari hari kat situ. Memang mencabar!

Esok pagi, berulang waktu melawat Umar tengah hari. 1 jam je waktu melawat. Hati dah mula tak tenteram. Masa tu Allah saja tempat bergantung. Sebab nak tahu bagaimana respon dia bila cabut tiub mesin tuh. huhu. Bila masuk, tengok Umar tengah tidur. Nurse datang bagitahu, pagi tadi diorang dah cabut tiub tu. So far, dia stabil. Sepatutnya petang tu Umar dah boleh naik wad separa kritikal, tapi wad penuh. Jadi, terpaksa tunggu sampai esok. Lepas penerangan nurse, datang kat Umar pegang dia. Cium dia. Sekali dia terjaga. Once dia terjaga, kelam kelibut terus. Dia nampak aku dengan suami, terus meradang nak turun. Suh aku dukung dia. Besi katil semua dia tendang nak terjun katil. Aduhhhhh. Pastu doktor sampai. Dia kata, once diorang cabut tiub tu .. respon pertama dia,  macam ni lah. Dia sangat marah.! Pastu gelak gelak .. pastu blah. Aiiiisehhh. Pastu Umar meradang nak turun katil, aku dengan suami dah pening .. lalu minta nurse take over ! Tak sampai setengah jam kami tengok dia. huhuhu

Then, esoknya dia masih di PCICU. Masuk tengah hari tu tengok palang katil dah naik tinggi gila. Umar tengah tido. Tiba tiba nurse datang bagitahu dia mengamuk tadi. Dia say sori sebab terpaksa marah Umar tadi .. lepas kena marah terus tido. Apa lagi tadi dia dah berdiri nak terjun palang katil. Hoho. Tu lah. Kami pun kata : Marah je dia. Kalau kami yang marah memang tak jadi hape. Actually memang faham sangat perangai budak ketot tu bila meradang. Jadi tengah hari tu tengok dia tanpa sentuh dia langsung. Bagi dia rehat. Kalau sentuh, confirm dia akan terjaga then sambung mengamuk. Hari yang sama keluarga sebelah suami datang tengok Umar kat PCICU. Tapi semua tengok dia dah macam pencuri. Tak nak bagi sampai dia terjaga. Part last, aku bawa kakak ipar suami masuk tengok Umar. Punyalah kitorang tengah bersembang tepi dia, dia buka mata. Punya menggelabah sampai sembunyi belakang mesin. Bape minit macam tu Umar terjaga dia tengok nurse jalan sana sini, dia sambung tido balik. Terus kami lari keluar. huhuhuhu

Petang tu baru lah Umar dapat naik ke wad separa kritikal. Naik tu masih dengan beberapa tiub. Mula bagi dia minum susu dengan botol.

~ wad separa kritikal berlatar belakangkan KLCC dan KL Tower ~
So far, alhamdulillah semua oke. Paling penting tak ada demam. Setiap kali nurse check suhu, paling seram kalau kata Umar demam. Buat semula eco, alhamdulillah .. semuanya baik dan cantik. Paling penting tak ada air di paru-paru. Tak ada batuk dan kahak. So, last sekali bukak drain tube. Bila cabut je drain tube, dia punya meligat sampai aku pun hilang sabar. Hilang dah ehhhh aku punya hiba ke sayu ke sedih masa tengok dia lepas operation tuh. Bila badn dia dah fully free of tube .. dia punya tak nak duk kat katil sampai rasa tak sabar gila. Bagi phone aku siap dengan youtube dia slumber je campak terjun katil. Semua bantal segala apa yang ada dia baling. Pastu menjerit sekuat hati. Betul menduga kesabaran aku yang tak penyabar nih. Malam last kat IJN aku bagi jugak dia main kat tempat rehat pelawat. Seronok la dia berlari sana sini walaupun sebenarnya dia tak boleh berlari. Masa tu baru 5 hari lepas operation kot. huhuhu .. serammmmmm gila aku dengan si ketot nih.

Pastu ajak dia pegi buat susu. Bukan men gembira. Ingat lepas susu dia nak tido. Tak nakkkkkk jugak. Tapi nasib dia nak jugak duduk atas katil main phone. Tapi masa tu badan aku memang dh tak boleh handle. Perut dah mengeras, sakit. Pinggang and belakang sakit gila. Bayangkan seminggu tak tido kat katil n tilam. huhu. Aku tertido kat kerusi penjaga tuh biarkan dia main phone sendiri kat katil. Yang penting palang katil dah naik kan habis. Dalam terlelap tiba-tiba aku terjaga dia dah gelak sakan berjoget kat katil sambil main cak cak dengan aku yang terlelap. Salah sikit memang terjun budak tu dari katil. Sebab dia tinggi. Dia angkat sikit kaki, memang ke bawah. huhuhu

~ nasiblah ada ironman datang bagi gift. khusyuk kejap je ~
JAdi malam tuh terpaksa lah aku tido sekatil dengan dia. Maknanya kalau dia bergerak bangun ke hape aku sedar. Esok pagi pagi doktor datang, check sana sini then bagitau dah boleh discharge. Alhamdulillah sangat. Ada beberapa orang yang lain discharge hari yang sama. Gembira sangat muka parents diorang masa tu. Ye lahhh. Kalau dah 20 hari .. ada yang dah 28 hari .. mawu tak gembira. Bersyukurlah aku berada dalam tempoh paling minimum. 7 hari ngam seperti yang di jangkakan. Alhamdulillah sangat sangat. Laporan akhir untuk Umar : he is so speed recovery.

7 hari di IJN. Rasa bagai perjalanan yang panjang bersama debar di sana sini. Dengan keadaan pregnant 6 bulan. Ya Allah, terima kasih sebab beri kami kekuatan di sini. Sepanjang masa di IJN, Allah mudahkan semuanya. Terima kasih kepada keluarga yang mendoakan dan insan-insan yang ikhlas mendoakan kekuatan dan kesihatan Umar Anaqi dan kami di sini. Terima kasih sangat-sangat. Terima kasih kepada warga IJN yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih sebab sabar dengan kerenah Umar Anaqi. Semua itu terlalu besar berbanding dengan ucapan terima kasih. Sesungguhnya Allah saja yang berhak membalas keikhlasan anda semua.

Buat ibu ayah yang masih setia di sana. Kesabaran anda memang tidak tercapai dek akal aku. Sesungguhnya Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ada yang perlu mengorbankan kerja. Ada yang hingga menjual kereta untuk melunaskan bil. Ada juga yang Allah duga dengan sedikit tetapi besar iktibarnya. 1001 kisah yang aku dapat sepanjang bertapa di sini. Keluhan ibu ayah ... tetapi mereka tetap setia menunggu dengan penuh harapan bahawa anak mereka akan bangun, bermain dan tertawa seperti anak-anak yang lain. Saat berada di situ, menanti penuh debar nyawa anak 50-50 dengan pilihan sendiri, ALLAH adalah satu satunya tempat bergantung. Ya Allah sahaja.

Saat bawa Umar balik dari IJN. Hati masih bimbang, macam mana nak jaga luka operation dia ..?? Balik dari IJN terus balik ke Besout. Kamoung suami. Pak Ngah dia dah siap beli lego bukan main banyak dengan harapan Umar boleh duduk. Tapi, hakikat budak tak reti duduk diam dia tetap main ikut suka hati dia. Apa jadi dengan dia lepas operation ..??? hmmm ... sama je perangai. Lagi pandai connect youtube dari phone pegi TV. adoiiiiiiii .. lantak kau laaaaaa. huhuhu


~ OTW balik Besout .. tersadai dah. Bangun bangun makan Domino's Pizza ~
So, tu lah kisah cuti sekolah hujung tahun ni. Kalau orang lain gembira bercuti sana sini, kami gembira juga bersama sujud syukur kerana Allah mudahkan segalanya tentang Umar Anaqi. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.
Wallahualam
Wassalam.

No comments:

Post a Comment