Assalamualaikum.
Pembukaan sekolah 2025. Macam-macam kes viral dalam minggu pertama ni. Sekolah aku okay je. Serabut dengan idme. Aku..?? Macam biasalah. Kusut dengan data. Kusut dengan sistem yang kerja hangging. Cikgu data kannn. Data cikgu. Data murid. Data akp. Data sekolah. Semua nak kena simpan dalam otak. Hahh. Cakap pasal otak.
So far, hari ni baru kena maki dengan sorang mak cik. Aku salahlah dah nak terlanggar dia masa mengundur. Dah minta maaf pun beberapa kali.
Pastu dia kata : Kereta ada kamera kan..?
Aku : Ya, betul. Sebab sy guna cermin belakang td. Tak perasan ada motor kat belakang. Saya minta maaf. Ada apa-apa yang rosak ke.?
Mak cik : Hah! Bawa kereta je pandai. Otak tak pandai nak guna! ( blahhhh )
Wah wah .. mak cik. Molek nya bahasa. Ya, mak cik. Otak saya ni dah banyak sangat guna sampai hanging. Yang mak cik pandai betul guna otak, kenapa tak hon saya masa nampak sy mengundur..??
Tapi malas la nak kejar orang tua. Mak cik menang la mak cik. I is salah memang.
Baik. Kisah parents nak saman cikgu sebab cikgu tak bertindak yang sewajarnya waktu anak dia hilang dalam sekolah. Ramai bagi komen. Aku pun ada juga komen. Tapi sekadarnya saja. Sebab tak tahulah pihak mana betul yang mana salah kan..??
Mungkin pendapat aku ni bukan la apa sangat kan. Sekadar sembang meluahkan perasaan dan pengalaman je. Tahun ni 13 Tahun duduk bertapa sebagai guru. Tak la lama mana kan..? Cuma dalm tempoh 13 tahun tu aku bertukar2 4 buah sekolah.
Aku dah jumpa macam macam perangai parents. Cuma alhamdulillah, hingga hari ini aku tak jumpa la perangai pelik2. Dengar dengar pernahlah. Cuma kalau parents ni betul lah dia tanya mana anak dia ... itu hal paling common. Especially sekolah rendah. Waktu balik pulak tu. Tiba anak tak muncul. Ko tak gila ke..? Mak bapak mana tak panik.
Respon terbaik cikgu adalah : HARAM kan perkataan TAK TAHU. Sebab segala benda yang datangnya dari sekolah kita, kita perlu TAHU. Waima tak kenal. Tak pernah ajar. Jawapannya Wajib TAHU.
Contoh :
Parents : cikgu, tadi ada cikgu call. anak demam. dia kata tunggu kat bawah pejabat. tahu tak cikgu, anak saya kat mna ..?
Cikgu : Anak nama apa ya.? kelas mana ..? kejap ya. nnti cuba tanya cikgu yang lain.
Tindakan yang perlu di buat :
Masuk bilik guru, announce. Tanya cikgu mana dalam kelas tu. Terus minta budak atau cikgu cari di tempat yang mungkin.
Bukan bagi parents tu ke hulur ke hilir tanya serata cikgu mana anak dia. Itu NOT OKAY. Orang luar tak boleh masuk ke dalam kawasan sekolah sesuka hati.
Kesalahan paling besar adalah bila guru kelas ada di sekolah, tapi tanya balik : budak ni datang sekolah ke hari ni..? Sebab tu aku paling seram bila kena jadi guru kelas. Tanggungjawab nya besar.
Cikgu kena jaga beribu budak. Ya, perlu di akui memg itu tanggungjawabnya. Memang lelah. Dulu masa di JB. Seorang budak peralihan datang jumpa aku sebab dia masuk kolam ikan. Aku sendiri yang bawa budak tu cari guru kelas dia. Itu form 1. Darjah 1 ..?? Lagi lahhhhh.
Kalau kata etika cikgu ni, pelbagai. Ramai je cikgu biadap. Pernah sekali aku dengar seorang cikgu senior marah budak. Aku yang dengar pun rasa tak sampai hati.
'..kau ni dah la miskin. muka tak hensem..buat kerja tak senonoh. bapak kau kerja apa..?
'..berniaga cikgu..'
'..takkan berniaga tak ada duit. Menipuuuu lah. Berniaga mesti untung belas belas ribu..'
Mampussssss. Aku nak je cakap kat budak tu. Kau blah je lah kena maki macam tu dohhhh. Memang ada je sejenis cikgu spesies downgrade student. Hina keluarga. Lahhhhh...macam2 lah sebenarnya. Jangan kata budak di bulinya. Cikgu2 pun di buli jugak.
Attitude ni tak kisahlah cikgu baru ke senior. Sama je. Jenis memg puaka, puaka la jugak. Actually, anak aku pun kena juga. Cikgu2 bagi hint anak aku autisme. Tak nak berkawan. Tak nak bercakap. (masalahnya dah semua terapi pergi. anak aku tak ada autisme tu. dia cuma speech delay. nak buat macam mana ..? ) Dia tak lah directly cakap dengan aku. Sebab tahu aku cikgu jugak. Diorang ni nak buli parents pun sebenarnya dia tengok jugak siapa. Hint2 diorg tu aku faham lah. Terus aku keluarkan anak. Tapi aku pesan siap-siap dengan HEM :
'..maaf ya cikgu. ada benda sy nak pesan. Saya bercakap atas posisi saya yang sama je dengan cikgu. Kita dalam institusi yang sama. Saya nak pesan, kalau ada masalah dengan murid, tolong jangan pukul canang ke segala orang ya. Isu dengan murid, panggil parents. Tak perlu bagitahu pak guard, minta pak guard pula uruskan attitude budak. Ni tadi saya sampai, pak guard kat depan minta saya istighfar. Saya datang nak pindahkan anak sekolah je pun. Ada apa apa masalah ke dengan anak saya cikgu..?'
Cikgu : Betul puan. Saya ambil serius teguran puan. Memang pihak sekolah kena settle kan dengan parents. Terima kasih puan atas teguran tu. Saya pun baru sangat di sini puan. Baru 2 minggu.
'... ya saya tahu. sebab tu saya bagitahu puan...'
Sekali urusan seterusnya, terus tak nak contact aku. Cari laki aku terus. Ye lah. Laki aku lagi lembut daripada aku kan.
Bagi aku, isu parents dan cikgu ni tak perlu di berat sebelahkan. Bagi aku yang juga cikgu, benda salah. Melanggar etika, perlu di ambil tindakan. Bukan soal logik. Tanggungjawab itu kita sbg cikgu dah sama sama setuju nak galas. Tak perlu cakap balik : kami lagi ramai nak jaga.
Kalau cakap sesama cikgu oke lah. Kalau kat luar. Public. Media sosial. Jangan sebut benda tu cikgu. Sebab tu selalu kena balik : kalau tak sanggup kenapa jadi cikgu.?
Jangan cakap atau bertindak pada benda yang tak akan menyebelahi kita. Netizen tak baca pekeliling. Dia akan hambur je. Kita ni..? Kena la ada ilmu nak kerja. Bukan nak sebelahkan netizen ke parents. Tapi sebagai cikgu, cukup lah besarkan common sense. Anak murid itu, anak kita. InsyaAllah, sejahtera tugasan harian anda.
Dunia ni dah uzur. Tak payah cari pasal dengan parents. Nak turun naik court. Nak fight sana sini. Kita ada keluarga nak diurus. Kurangkan cari pasal ni. Kalau kata parents memang masalah, bagi je dia menang. Jenis tak boleh tegur, tak payah fight. Bagi je. Biar pengetua atau PGB urus. Balik rumah boleh urus keluarga dengan tenang.
Sekian, bebelan dan luahan hari ini.
No comments:
Post a Comment