Tuesday, June 1, 2010

Sejauh Mana Kita Berkonflik ( volume 2 )



Macam yang saya dah pernh kata , kita sambung lagi tentang konflik. Kenapa perlu sambung ? Supaya konflik yang kita hadapi tidak malart hingga ke mana – mana yang tidak seharusnya..

Okey. Kita pergi ke jalan keluar konflik. Dalam setiap satu konflik , terdapt jalan keluar yang dapat menyelesaikannya. Terpulang kepada kita sama ada ingin menyelesaikannya atau tidak. Biasanya , bila timbul soal sakit hati , ego n air muka...maka konflik mungkin akan berlarutan. Langkah pertama untuk menyelesaikan konflik adalah mencipta sebanyak – banyaknya alternatif sebagai jalan keluar sebelum membuat sebarang pilihan. Dalam meleraikan suatu konflik , jangan sesekali hanya untuk kemenangan sebelah pihak saja. Ia tidak akan meleraikan konflik tersebut malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Bersikap adil dan bertimbang rasa adalah sangt penting dalam apa jua keadaan terutama dalm proses penyelesaian konflik.

Keputusan yang adil itu terdiri daripada beberapa jenis :


1. Kedua – dua pihak mendapt bahagian masing – masing selaras dengan sumbangan masing – masing

2. Kedua – dua pihak mendapt sama banyk

3. Kedua – dua pihak mendpt bahagian masing – masing selaras dgn undang - undang

4. Kedua – dua pihak mendapt bahagian masing – masing selaras dgn keperluan





Ukur Kekuatan Sendiri


Sewaktu kita berkonflik , sebelum melakukan apa – apa atau berkata apa – apa kita perlu ukur kekuatan pada diri kita. Sebelum menganggap diri sndiri cukp kuat , jawb dulu pertanyaan ...:


Apa aku mahu ?

Kenapa itu penting , maka itu aku mahu ?


Sebelum menjawb soalan tersebut , jangn buat apa – apa atau berkata apa – apa kepada pihak lawan. Perbuatan itu adalah berisiko. Dalam konflik dan perundingan , perkara – perkara peribadi selalunya akan terbabit sekali hingga menjadi pengetahuan umum. Segala sifat negatif dan positif akan terdedah dengan sndiri. Adakah seseorang itu bersedia melaluinya ? Jika bersedia , seseorang itu perlu pula mengukur kekuatan lawannya. Jangan kerana seseorang itu sudah lama mengenali lawannya contohnya bekas sahabat atau bekas pasangan , maka individu itu beranggapan bahawa dia sudah cukp mengenali pihak lawan. Teliti perkara – perkara yang dapat dikalahkan dan tidak dikalahkan pada pihak lawan.




jika seekor kucing itu berlawan dengan jumlah anjing sebanyak itu..adakah dia telah mengukur kekuatan dirinya untuk berlawan...?



Strategi Bersaing


Strategi bersaing merupakan strategi yang biasa dilakukan apabila berkonflik dan menyelesaikan konflik. Strategi berlawan adalah strategi yang menganggap hubungn baik bukan perkara yang penting. Dan kerana itu , soal menang-kelah menjadi keutamaan. Strategi berlawan ialah contoh teknik berfikir yang singkat kerana strategi ini cuba mendaptkn sebanyk mana yang boleh di dapati sekarang dan tidak peduli jangka masa perbuatan itu ke atas perhubungan. Strategi berlawan ini hanya boleh di gunakan dalam situasi tertentu :


  1. Konflik tidak melibatkn hubungan baik pada masa sekarang mahu pun akan dtg
  2. Hubungn baiks sekarang tidak lagi penting pada masa akan datng
  3. W’pun ada perhubungn , tapi perhubungn itu tidk penting
  4. Pihak lawan bukan orang yang baik – baik dan tidk boleh dipercayai
  5. Pihak lawan tidk diperlukan pada masa akan datng
  6. Menyelesaikn punca konflik adalh lebih penting berbnding menjaga hubungn baik



Strategi berlawan ini adalah berdasarkan konsep aku untung kamu rugi. Oleh itu individu itu sanggup untuk melakukan apa saja. Bagi mencapai matlamat tersebut , dia sanggup memutar belit pihak lawan supaya mereka terpaksa mengalah. Antara perbuatn putar – belit yang selalu dilakukan adalah :


  1. Menggunakan pelbagai tingkah laku untuk menunjukkan perasaan sedih , kecewa , benci , marah dan merajuk
  2. Memutar belit pihak lawan sehingga dia naik marah , geram , letih dan sakit kepala
  3. Menyebabkan pihak lawan berasa sangt bersalah atau berdosa
  4. Menyebabkan pihak lawan berasa takut
  5. Menyebabkan pihak lawan berasa malu dengn manjtuhkan maruah dn nama baiknya
  6. Mengugut , menggertak dan mengancam
  7. Mendapatkn sokongan pihak ketiga supaya pihak lawan berasa di tekan kiri dan kanan






jika memang suka berlawan , maka suatu waktu pasti akan bertemu dengan lawan sebenar


Jika berhadapan dengan situasi ini , beberapa tindakan perlu di ambil oleh individu tersebut :


  1. Jangan peduli segala lakonan
  2. Balas balik apa yang di lakukan. Sesuai digunakan apabila pihak lawan hendak menguji kesabaran kita
  3. Jangan bergerak daripada prinsip
  4. Jangan dedahkan apa – apa maklumat kepada pihak lawan
  5. Lakukan sesuatu supaya pihak lawan mula mengalah
  6. Jangan jawab apa – apa soalan dari mereka , sebaliknya tanya apa yang mereka mahu
  7. Cuba cari apa yang paling kurang mereka sanggup terima
  8. Jangan janjikan apa – apa


Individu yang menggunakan strategi melawan , mempunyai ciri – ciri personaliti berikut :


  1. Mereka mempunyai pemikiran yang singkat.
  2. Mereka sangt mementingkan diri sendiri
  3. Mementingkan benda yang bernikai konkrit
  4. Mereka percaya individu lain sama seperti mereka yang suka berlawan
  5. Tidak mempunyai pegangan nilai murni yang tinggi


Dari beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pakar – pakar psikologi , hasil yang diperoleh mendapati bahawa mereka yang suka bekerjasama menghasilkan kesan yang lebih baik daripada sikap persaingan.



Menurut Dr.Bob Montgomery , dalam bukunya The Truth About Success And Motivation , pedoman bagi mencapai kejayaan adalah :


  1. Jangan bersaing dengan orang lain
  2. Menanglah dengan cara membenarkan orang lain turut menang.


Baiklah , tentu ada sesuatu yang telah kita pelajari pada hari ini. Saya peroleh ilmu baru...begitu juga anda yang membaca. Tapi , masih tidak selesai lagi. Akan bersambung lagi dengan strategi yang lain.



bersaing bukan satu - satunya jalan untuk menyelesaikan konflik , maka mengapa tidk melihat jalan yang lain ....?



Rujukan penuh dan diolah dari :

Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd

Monday, May 31, 2010

Jangan Menangis Sayang..



- Rahmat Ujian -

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibirmu dah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau tersiksa
Ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di Setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihi mu setiap masa
Di uji tahap keimanan
sedangkan rahmat terbiar di lalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangn
Bersyukurlah dan tabahlah
Menghadapi
Segala ujian yang di beri
Maka bersyukurlah selalu




jangan di biar air mata itu mengalir untuk yang tidak selayaknya...

Sunday, May 30, 2010

Sejauh Mana Kita Berkonflik ( volume 1 )


Baru – baru ni saya ada baca sebuah buku ’ Teori dan Teknik Kepimpinan’ tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Ada satu bab dalam buku tu bertajuk ’ Pemimpin Sebagai Pelerai Konflik ’. Dan sebab itu aku tertarik untuk cerita sikit tentang konflik untuk di kongsi bersama memandangkan dalam kehidupan seharian kita mungkin sentiasa berhadapan dengan pelbagai konflik. Bukan saja konflik dengan orang di sekeliling kita , tapi konflik dari dalam jiwa kita sendiri. Suatu konflik itu sebenarnya bukanlah suatu perkara yang asing dalam kehidupan manusia terutamanya di tempat kerja. Mungkin , bagi yang masih belajar ..... konflik berlaku di dalam kelas contohnya konflik dengan rakan – rakan , konflik dengan guru atau pensyarah atau siapa saja.





Dari pembacaan saya , terdapat 2 jenis konflik iaitu yang pertama , konflik isi. Konflik isi ini berpusat pada benda – benda , perkara – perkara, peristiwa – peristiwa ataupun individu – individu. Manakala yang kedua adalah konflik perhubungan di mana jika di tempat kerja orang bawahan tidak mahu patuh pada ketua , ketua gagal menguasai orang bawahan dan sebagainya. Di sini , yang menjadi pusat konflik adalah perhubungan itu sendiri. Dalam kehidupan seharian kita , konflik terjadi dengan gabungan kedua – dua jenis konflik di mana isi konflik mungkin hanya di sebabkan oleh suatu tugas , tapi konflik juga melibatkan siapa yang menjalankan tugasan tersebut.



Suatu konflik itu biasanya membawa kesan buruk adalah melalui teknik – teknik yang digunakan apabila kedua – dua belah pihak itu berkonflik. Terdapat teknik – teknik menangani konflik itu yang hanya memburukkan lagi keadaan , merosakkan suatu perhubungan dan banyak lagi yang hanya menimbulkan kesan – kesan negatif. Perlu di fahami bahawa konflik itu bukanlah berfungsi untuk mendedahkan segala sifat buruk yang ada dalam diri mnusia , tapi sebenarnya adalah strategi pergaduhan yang digunakan ketika berkonflik. Contohnya , jika suatu konflik itu ditangani dengan cara serang dan hentam , maka cara itu hanya mendedahkan sifat negatif yang ada pada peribadi individu itu.



Kita biasa memahami bahawa suatu konflik itu akan menyebabkan kedua – dua belah pihak itu saling membenci. Hal ini di sebabkan oleh 2 perkara. Yang pertama adalah teknik berkonflik yang digunakan di mana teknik tersebut adalah sangat tidak adil kepada salah satu pihak. Manakala yang kedua adalah kepada fokus semasa berkonflik di mana mereka biasanya akan melukai hati dan emosi pihak lawn .... bukan mencari penyelesaian konflik itu sndiri. Kedua – dua perkara ini hanya akan menyebabkan perasaan marah , benci dan pelbagai lagi perasaan yang negatif. Salah satu tindakan yang mungkin di lakukan adalah menyisihkan diri. Jika direnungi sebaiknya , suatu konflik itu kecil saja tapi mampu melarat hingga menjadi besar dan akhirnya ruang komunikasi antara 2 belah pihak mula tertutup. Pada waktu itu palbagai perkara yang negatif mula timbul di mana masing – masing mula tuduh menuduh , lebih berminat untuk menunjukkan kekuatan masing – masing dan mula menimbulkan isu baru untuk berkonflik...dan lama kelamaan , akan menimbulkan isu peribadi.





Semasa dalam berkonflik , kedudukan kedua – dua belah pihak adalah satu menang dan satu kalah....dan jika tidak ditangani dengan baik , kedua – duanya adalah kalah belaka. Biasanya , pihak yang berkonflik akan berkeras untuk mempertahankan kedudukan masing – masing , tapi tidk cuba meliht konflik itu dari sudut pandangan pihak lawan. Kesannya , kedua – dua belah pihak hanya akan memburukkan lagi keadaan dan mula mencari penyokong bagi melawan pihak lawan. Lalu , konflik baru pula yang mula timbul.


Suatu konflik itu sebaiknya di leraikan semasa mereka masih boleh bercakap antara satu sama lain. Sehinggalah pada suatu waktu , mereka sudah tidk boleh bercakap dan perasaan marah berubah menjadi benci. Pada keadaan inilah akhirnya , kedua – dua pihak berada di pihak yang kalah.



Dalam menyelesaikan suatu konflik pula , terdapat 4 peringkat yang mesti dilakukan iaitu :

1. Mengenal pasti , apa sebenarnya yang menjadi perkara yang diperbalahkan

2. Cuba memahami sifat – sifat masalah tersebut

3. Cuba mencipta beberapa teknik penyelesaian masalah

4. Pilih teknik yang terbaik



Baiklah , kita sudah mengetahui serba sedikit tentang pengenalan dan situasi suatu konflik itu berlaku. Cubalah kita sama – sama melihat diri kita bagaimana kita menangani suatu konflik dalam kehidupan seharian kita terutamanya konflik perhubungan. Adakah cara kita itu hanya menambah buruk keadaan atau cuba menjernihkan keadaan. Adakah konflik yang kita pernah laluinya yang dulu kecil....kini menjadi lebih besar. Saya cuba muhasabah diri , anda perlu muhasabah diri....kita sama – sama muhasabah diri. Kita semua dalam proses belajar tentang erti kehidupan. Suatu pertikaian itu tidak mampu di selesaikan dengan istilah...’ini cara aku’. Carilah cara – cara tertentu....cara yang di yakini dan dibuktikan lebih baik.


Sehingga bertemu lagi di lain post...sambungan dari ’ Sejauh Mana Kita Berkonflik’ dalam isu jalan keluar konflik.






Rujukan penuh :

Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd

Saturday, May 29, 2010

~Syahadah Terakhir Dalam Dunia Sebenar~

Syahadah terakhir adalah aku punya novel hak milik tersendiri dan untuk diri sndiri. Masa aku mula menulis , aku hanya terfikir....wujud ke watak Ain dalam dunia sebenar ? Seorang gadis yang keluar lari dari keluarga apabila merasakan keluarga bukan lagi tempat yang baik untuk bergantung. Hidup sebatang kara membawa diri , cuba membina hidupnya sndiri. Memaksa diri menempuh kehidupan di atas kakinya sendiri di usia yang amat muda. Terpaksa tinggal di hostel walaupun ketika cuti semester kerana tidak punya tempat untuk pulang semasa cuti.
Wahai anda yang membaca , pernahkah anda terfikir .... keadaan itu wujud di atas muka bumi ini.



Sebelum aku menulis novel ini , aku tak pernah terfikir keadaan itu wujud dalam dunia sebenar. Tapi aku sangt , terkejut apabila sebaik saja adik perempuan aku masuk ke sebuah politeknik , roomate dia mengalami situasi yang sama dengan nasib Ain. Sejak tingkatan 4 , dia lari dari keluarga ke Sekolah Teknik Sipulan kerana sangat dibenci oleh keluarga gara – gara di anggap pembawa sial. Student tersebut juga nekad lari dari keluarga apabila ayah kandungna sendiri cuba mengajak kepada sesuatu yang tidak seharusnya iaitu mengajak student tersebut menonton filem blue.


Di sekolah , student tersebut telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang kontraktor yang duda beranak yang tidak si kenal pasti. Sayangnya , dalam dunia sebenar ini student tersebut saya sifatkan bertemu dengn orang yang salah untuk membela nasibnya sedangkan watak Ain dalam novel yang aku buat , aku temukan dengan Alvin yang ikhlas menyayangi Ain. Kehidupan student ini , sebenarnya bertambah rumit dengan kehadiran kontraktor tersebut berumur kira – kira 40-an. Sepanjang kehidupan student tersebut sejak tingkatan 4 hinggalah hari ini kira – kira 20 tahun, dia di tanggung spenuhnya oleh kontraktor tersebut yang di anggap pak cik oleh student tersebut.


Namun , setiap kali bergaduh atau menghadapi masalah , pak cik tersebut akan mengungkit segala tanggungannya terhadap student tersebut. Tidak di nafikan , student tersebut amat di manja dengn pelbagai barang yang branded. Sehinggalah suatu hari , student tersebut jatuh hati dengn seorg pelajar lelaki dan mereka bercinta. Semasa mereka berdua bertemu pakcik tersebut , reaksi pak cik tersebut jelas mencurigakan. Pak cik tersebut marah2 terhadap bf student tersebut dan jelas ada riak cemburu. Menurut cerita , student tersebut telah bertemu kaunselor beberapa kali dan stduent tersebut di nasihat kan agar menjauhkan diri dari pak cik tersebut kerana disyaki pakcik tersebut menginginkan sesuatu dari student tersebut. Dari firasat aku sendiri , pak cik tersebut sebenarnya sukakan student tersebut dengan niat yang tidak seharusnya. Manakala student tersebut telah membayar RM 1500 daripada 2500 hasil dari ptptn yang dia peroleh. Maka , tinggal berapa sen lah yang tinggal untuk dia meneruskan pelajarannya.



kadang kala kehidupan itu terlalu sepi dengan tawa penuh bahagia...langkah terasa lesu apabila jiwa terlantar tanpa pegangan..


Apabila tiba minggu peperiksaan , student tersebut begitu berazam untuk mendapatkan pointer yang baik untuk memohon JPA. Studnt tersebut mempunyai keazamn yang kuat untuk belajr , tapi sayangnya nasib tidk menyebelahi nya. Gara – gara terlalu ingin mencapai matlamtnya itu , dia telah membawa nota ke dalam dewan peperiksaan. Natijahnya , dia tertangkap. Dalam keadaan begitu , masih ada lecturer yang ingin membantu tapi apabila semangt sudh hancur musnah .... maka sukar sekali untuk bangun semula. Akhirnya , student tersebut mengambil keputusn untuk berhenti belajar dan bekerja dan kini dia tinggal bersama temannya.


Wahai pembaca yang budiman , pernahkah anda terfikir kiranya anda berada di tempat student tersebut. Keluarga atau yang lebih penting ibu bapa jenis apa yang membuang anak dalam usia begitu ? Dan bagaimana rasanya bagi para guru , jika anda punya student yang punya masalah begitu ? Apa yang mungkin tindakan anda yang paling wajar ? Apa yang pasti , walaupun aku sekadar mendengar , aku cukup – cukup bersimpati dengan nasib yang menimpa student tersebut. Jika aku mampu , mahu saja aku mengambilnya sebagai adik angkat. Malangnya , aku sndiri tidak mampu untuk menanggung diri sndiri.


Dengan termuatnya kisah student tersebut di dalam blog aku ini , aku mengharapkan dari para pembaca agar dapat kita sama – sama mendoakan agar student tersebut di beri taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Semoga dia di berikan jalan yang terbaik oleh Allah untuk melepaskan diri dari kemelut yang sedang melanda hidupnya kini. Dan semoga , dia terus kuat dan terus untuk kuat untuk meneruskn pengajiannya. Amat sayang jika , negara kehilangn seorang yang begitu kuat , begitu kental jiwanya.


Sekian , kisah yang dapat aku kongsikan pada kali ini. Sekian , terima kasih.




semoga terbit matahari pada hari esok akan menerbitkan harapan dan azam baru buatnya untuk meneruskan kehidupannya....walaupun sendiri...



Saturday, May 22, 2010

~ kembalilah bersatu wahai yang bernama sahabat ~

Hmm...lately ni ramai pulak yang nak bercakap tentang sahabat , kan. Siapa pun tak boleh nak mengelak dari berkata tentangnya. Sama ada kita nak atau tidak , suka atau tidak....kita memang akan lalui satu perhubungn yang di katakan sebagai sahabt. Aku pernah melalui hbgn yang sangt tragis ( bagi aku ) dalam menmpuh hubungn persahabtn. Tiba satu saat , aku mnghapuskan istilah itu dalm dunia aku. Tapi , waktu itu rasional ke aku ? Pastinya tidak. Dalam keadaan marah...kecewa...sedih dan pelbagai rasa , maka pelbagai tindakn yang kt akan ambil. Bagi yang pernah kecewa dgn persahbtn , jgn pernh serik dgn persahabtn. Kegagaln suatu hbgn itu , sebenarnya memberi 1001 hikmah yang terlalu byk.


Aku mngakui kegagaln hbgn persahabtn aku dgn kawn2 lama aku dulu sebenrnya mengajr aku tntang berdikari. Tentang sndiri. Jika anda berani , cubalah sndiri. Ia sagt mnguji kesabarn , ketabhn dan kekuatn jiwa. Bagaimn anda perlu menangs sndiri , bagaimn anda motivate diri sndiri di kala runth ketahnn jiwa , bgmn anda perlu bangun dan berlari semula setelah jath tersungkur beberapa kali....aku yakin , Allah memberi ujian itu pada aku sebb mahu jadikan aku insan yang cukp mengenali kehidupn ini agar aku bisa melaluinya sebgai seorang insan yang hebt menghadapi cabarn jiwa. Dan hari ini , aku benar – benar redha akan perginya 3 orang yang aku kenal mereka sebagai sahabt. Ya...mereka sahabt aku waktu dulu. Bukan kini. Seorang sahabt itu , perlu ada kesesuaian dan keseragamn dari aspek pembawaan jiwa dan character , jika tidak ... percayalah hbgn itu mgkin tidak akan berjaya. Jika tidak , mana mungkin dalam Islam ada mengatakan , sahabt kita adalah diri kita. Betul tak ? Hari ini , aku masih mengikuti prkmbangn 3 orang sahabt aku dulu...dan jelas , mereka memg bukn sprti yang aku kenal dulu. Allah sudh tahu apa yang bakal berlaku. Mungkin kerana itu Allah jauhkan aku dari hati mereka. Hari ini , aku benar – benar bersyukur. Tiada lagi air mata tatkala mengenang mereka.



Dari dulu , kini dan seterusnya mungkin akan datg aku amat dan amat memerlukan seorang sahabat yang banyk mengingtkan aku di kala aku leka dgn dunia. Aku perlukan seorg sahabt yang dapt membawa aku mengingati akhirat agar tiada langkah yang terlalu jauh terpesong. Aku amat memerlukan sahabat yang dapt bersama – sama aku muhasabh diri dalm mghitung kesilapan demi kesilapan yang menghambat langkah kehidupan. Kerana itu...aku boleh berkawn dn berteman dgn siapa saja .... tapi bukan sahabt. Untuk sahabt yang selalu dan sentiasa di hati aku...terima kasih yang tidk terhngga kerana masih bersama aku dn menerima baik dan buruk aku. Terima kasih buat Cikgu Zaharah , Ahmad Hisyamudin dan Nur Atikah Razali.




Lagu kembali bersatu dalm post aku b4 ni merupakan lagu yang amat aku suka sejak sekolah lagi. Dia ada sentimental value yang tersndiri. Walaupun sejak kecewa dgn kawn2 aku dulu , aku tak penh lagi buka lagu2 berkaitn sahabt , tapi aku tak mampu menipu diri sndiri bahawa aku sgt menghrgai satu hbgn yang di katakan persahabtn. Setelah hampir 4 tahun , barulah aku bukakan hati aku semula utk sebuah persahbtn. Walaupun utk melaluinya semula perlu menmpuh denai yang sgt berduri , tapi ... jika kita tahu di mana durinya pasti kita akan berjaya melaluinya.


Wahai mereka yang sedang melalui apa yang pernah aku lalui suatu waktu dulu , belajarlah utk redha dan ikhlas pada setiap ketetapn. Dendam , istilah serik pada sesuatu yang fitrah....menghapuskan kewujudan sebuah kebaikan...tidak lain hanya akan menmbh siksa di hati. Kita mungkin boleh kata...’ aku boleh hidup tanpa kawan – kawan’ ...atau...’ aku dah biasa sndiri’.....seorang yang tidk sakit jiwanya tidak akan keluarkan perkataan sprti itu. Mana aku tahu ? Kan aku pernah lalui dulu. Aku adalah manusia yang terlalu mengagungkan perkataan itu....’ aku tak mati tak de kawan’...’ aku boleh survive tanpa kawan...’ tapi .... kekosongn jiwa itu hanya Allah saja yang tahu. Ingtlah wahai teman yang luka , sahabat itu fitrah hidup manusia. Jangan membuat satu conclusion terhadap semua umat manusia , lantaran kecewa dengn sebahagian mereka. Itu tidk berlaku adil maknanya. Anda wajar utk bersahabt seadanya , bersederhana lah...tapi jgn sesekali menghapuskan perkataan itu dari kamus hidup anda. Anda hanya akan menambh kesakitn dlam jiwa.


Bagi teman – teman aku yang mungkin kini sedang di landa pelbagai komplikasi hbgn persahabtn dgn sahabt anda...sebaik nya ambillah jalan penyelesaian yang terbaik. Jika hbgn itu keruh di sebabkan oleh seorang lelaki yang sudh di punyai oleh teman anda, maka rasionallah pada hati anda. Adakah perlu di rebut lelaki tersebut , sedgkan hati dia milik org lain. Jangn di layn rasa itu , kerana semakin lama jiwa akan semakin kosong...dan bisikan – bisikan syaitan akan mengusai dri anda. Jika memg jdoh tidk di takdirkan dia utk kita , apa pun kita lakukan , tetap tidk akan ke mana. Maka , peliharalah diri dan nilai permpuan dalm diri kita. Jangn sampai di label dengn label yang kurang enak di dengar.


Dan jika persahabtn itu keruh oleh hilangnya penghormatn...maka bermohon maaf dan memaafkan lah. Walaupun bukn mudh utk mengubat hati yang luka...tapi mohonlah maaf. Sekurang- kurangnya sudh menggambrkan keikhlasn anda utk meneruskn persahbtn dgnnya. Walaupun kata maaf itu di ucapkan secara terbuka....atau secara derect. Tapi , perlulah difahami .... jika menusuk tikaman hanya sekali , mgkin lukanya akan lebih mudah utk pulih kembali. Tapi bagaiman jika tikaman itu beberapa kali...? Untung badan , selamat .... kalau tidak , selamat jalan ke alam barzakh. Jika selamat , pasti kesannya amat dalam , kan. Pasti parutnya ada. Itulah analoginya. Jika hati seseorg itu luka hingga meninggalkan kesan , mungkin ke utk dia melupakn incident tersebut sdgkn sakit tikamn utk masih terasa lagi. Jadi , relakan dia hadir sebgai teman saja dlm hidup kita. Mungkin kita tidk tahu di mana salah kita....mungkin juga kita tidk pernh berniat utk meninggalkannya , tapi bagaimana jika tindakn kita itu mndorong utk di tinggalkn....? Tanyala diri anda sndri. Apa pun yang boleh aku katakan....belajarlah menerima dan redha dgn setiap keadaan yang jadi. Jika tidk mampu utk ters bersahbt , cukuplah sekadr teman. Asalkan , tidk bermusuhn.






Aku cukup terkesn dengn satu rangkap dalam lagu kembali bersatu tu :

’ Say Assalamualaikum but deep down they really hate me
In their eyes I can see the distrust and honestly
Just tell me what you want and let your heart be free’


Kata Dr. Fadhilah Kamsah , apa yang tersirat di hati akan di pancarkan oleh satu aura terhadap orang di

sekitar kita. Jika di hati kita –ve , walaupun kita tersenyum dan cuba berlagak seprti biasa , sedarlah org yang

menerima mampu membaca apa yang tersirat di hati anda. Bagi aku , ya…aku boleh melihat

…kalau senyuman teman aku itu ikhlas atau tidk. 1000 kali dia kata tidk ada apa yang berlaku , tapi aku tahu

apa yang tersirt. Dan aku , takkan bercakp dgn teman aku itu , selagi mana aku tak rasakan reaksinya

normal. Jadi , belajarlah berterus terang. Belajarlah menegur jika ada yang tidk enak di pandang mata.

Jangnlah berpura – pura senang sedgkan hati mengutuk di belakg. Mungkin bagi aku bukan satu masalah

besar sbb aku tinggl bersma keluarga. Tapi bagaimana dgn teman – teman aku yang tinggal serumah dengn

teman yang lain ? Adakah tenang suasana dalm rumah andaa jika ada rasa yang tidk enak di benak anda.

Jika itu terjadi , maka timbullah istilah pindah randah , tidk bertegur sapa , bermasam muka n tah apa – apa

lagi masalh. Maka berbincanglah dngn teman serumah. Kerana itu adalah yang terbaik. Siapa lagi lah yang

anda ada ketika di rantau jika bukn teman anda. Maka , hargailah teman di sisi. Jika hanya teman

yang anda benci sgt2 yang tinggal ketika anda dalm keadaan sangt kritikal , dgn siapa lagi utk anda minta

tolong jika bukan dia…? Jadi berpadalah dlm membenci.


Jangn terlalu mengutuk , kerana satu waktu , anda akan amat memerluknnya. Waktu senang memang boleh

kata pe je , waktu sush …? Beringtlah ketika mengeluarkan kata – kata ketika senang , di takuti memakan

diri di waktu susah nanti. Dan ingatlah teman di sisi di kala sush , jgn kerana kesilapn yang kecil oleh teman

tadi , maka langsung di buang segala kebajikan di kala senang.


Post aku kali ini , benar – benar berharap agar teman – teman aku kembalilah bersatu. Bukan utk aku ….

tapi utk teman di sisi mereka. Hentikanlah segala punca pertelingkhn. Hentikan anasir – anasir yang

memutskn persaudaraan. Jgn bercakp tentang silaturrahim , jika kita membawa kepada putusnya sebuah

silaturrahim. Walaupun masih ada sisa kecewa dalm hati aku , di waktu aku berselisih dengan beberapa org

temn , teman yang prnah aku nasihati , yang pernah cuba aku pertahnkan sewaktu dia berselisih dgn teman

yang lain…turt sama ‘membahasakan’ aku …. Aku ingt sampai hari ini post dia di facebook …..’

harap je pandai , tapi tak pkai otak ‘….terima kasih kerana puji aku pandai. Tapi kalau tak pakai otak ,

mana mungkin aku buat tndakn yang aku buat. Tapi tak apalah…itulah yang di panggil jalan – jalan dalam

kehidupan. Macam – macam ragam manusia yang akan kita jumpa. Jadi , belajarlah utk terima.


Kepada semua yang merasakan dirinya mampu menjadi seorang sahabt , maka hari ini bersatulah kembali

dengn teman – teman di sisi anda. Belajarlah utk menerima…belajar utk redha dengn setiap yang berlaku.

Kerana aku juga sedang mencuba dan terus mencuba utk menerima sahabt lama aku mnjadi kawan dn

teman. Bukan musuh…












Kembali Bersatu

Cruising in my ride beaming pride blasting out on a tune
Thinking my life peachy pink
Blessed friends i found you
Break me..Hurt me..Stab me..Kill me..
I was made a fool
Fake devotion..Fake love..
You dont meant it..
Why was I made a fool??

Guul illib dakhil galbak
Walau bas bikilmat ahibbak
Khali alil bagi wana kuun
Eh habbeb illi ihib uma ikhuun

Berpisah dan bertemu
Kerananya yang satu
Manis iman cintaimu
Cintanya..Cintaku..

Hey brothers let me tell u how i feel inside
Lately we've been blinded by this thing called pride
Instead we should be saying what we always hide
We deserve words so sweet and true like i love you..
And its just one off them times that we say we do
And its just one of our lines
You're brothers i've been searching for..
And now that I found you..
I dont want no more..
Friends..They want to play..
Say Assalamualaikum but deep down they really hate me
In their eyes I can see the distrust and honestly
Just tell me what you want and let your heart be free

Walau dugaan datang melanda
Tabahlah menghadapinya
Hindarilah segala sengketa...
Yang bisa memusnahkan
Jalinan mesra persahabatan
Antara kita
Hulurkan tangan mu..
Sama bergandingan
Kita hilang entah ke mana..
Sesat di hati tanpa cahaya
Tiap langkah semakin hampir ikatan ini
Tiada kan terlerai antara kita..
Tiada sempadannya..

Teman..
Kita sentiasa bersama dalam mencari erti kehidupan..
Suka duka..
Ingati tika kita mula leka dan bila rintangan datang melanda..
Ku tahu ada kala kita tercabar..Terkasar..
Dan tiap kali begitu ia menguji sabar
Maafkan aku dalam senang dan sukar
Agar jalinan ini tidak hambar
Telah kian lama kita semua tak bertemu..
Syukur kini kita telah kembali bersatu
Alhamdulillah padanya yang satu
Kasih sayang kini kian padu

Sambutlah salam ku
Genggam jemariku
Zahirkan rasa kasih sayang mu..
Kalimah yang satu..
Lupakan sengketa lalu....