Friday, May 8, 2015

~ mencari kecantikan atau membina aura ~



Assalamualaikum semua
ohhhh hiii !!
hehehehe
selamat bermotivasi pagi
motivasi yang cukup tinggi untuk meneruskan hari-hari akan datang

tajuk tu je dah tawu
that we'll talk about something different 
this is not bout my life la kot
tapi sesuatu yang aku selalu perhatikan di sekeliling aku

yeayyhhh !!!
sory to say la sebab aku memang seorang pemerhati yang sangat teliti
ohhh my ! bukan jaga tepi kain orang okeh
tapi benda yang depan mati kan
tu hal yang perlu kita lihat dan sentiasa ambil pengajaran

okeh
the situation is
pernah tak nampak pasangan suami isteri yang salah seorang memang kalau sekali pandang kita akan terdetik
' apa agaknya yang suami/isteri dia tertarik kat dia ni ?  '
for sure memang pernah la kan

Fine
let we think back bout ourselves
pernah tak kadang-kadang kita rasa orang sangat tertarik dengan kita
campak lah kita kat mana
kita akan jadi perhatian orang di sekeliling

okeh ! that's aura
setiap manusia memang Allah kurniakan dengan aura-aura tertentu
kalau positif .. means positiflah
dan biasanya .. tolong cara dengan aura yang terlahir dari zahir kita ya
aura positif yang lahir itu sebenarnya terlahir dari hati kita
kalau memang dari dalam hati tak ada penyakit-penyakit hati kronik
in sha Allah .. aura yang bakal lahir adalah aura yang sangat positif

tapi ... ada jugak
even orang ni buat apa pun
dia nampak dull dan tak ada apa pun
kadang tu kita tengok dia dari luar .. kita tak rasa ada apa yang menarik langsung kat dia
see !! 
means memang dia seorang yang sangat biasa 
sebab tak terlahir aura yang positif tentang dia

dan kagumlah pada seseorang 
even dia adalah pemancar aura negatif
maknanya dia memang betul-betul jahat hingga boleh memberitahu semua orang dalam senyap bahawa dia memang jahat. hahahaha

so ..
bagi seorang perempuan lah kan
mana yang lagi penting ?
kecantikan ... atau mencari aura untuk dipamerkan ???

lately ni
macam-macam produk nak bagi cantik
Qu Puteh laaaa ... Radiance White laaaa
tah pape banyak lagi
kadang tu terkebil kebil tengok banyak sangat produk kat pasaran online sekarang
kadang aku terfikir gak
kalau betul produk tu memang boleh bagi perempuan jadi cantik
why dont they try it for someone that memang  mengalami masalah kulit gelap tu semua?
is that can really function to them ..?
biasa produk cam tu mesti akan guna model model cute miuuutttttt
i think that's unfair la kot

tapi itulah kuasa iklan
pameran luar perlulah indah-indah
kan ..??
dan sebagai manusia memang terlalu biasa untuk terpikat dan banyak memikirkan 
tentang pandangan pertama
but u know what
aura juga adalah one of the things yang tergolong dalam kategori first impression

nak cantik semua orang nak cantik
especially perempuan la kan
dulu masa sekolah
aku selalu jeles kat kawan-kawan yang cantik
ada bf .. oke ! fine
orang tak tantikkk kan ... jadi tak perlu berangan
kadang dulu macam-macam produk murah dah try .. tapi semua berakhir dengan klinik
sebab kulit aku sangatlah sensitifnya
tahap sampai kalau kata kusam sebab matahari
akan makan masa lebih dari setahun untuk hilang semua bekas tuh

tapi semakin dewasa
ohhhh semakin tua
rasa semua tu tak perlu terlalu di nombor satu kan
apa yang paling penting adalah identiti kita
bagaimana kita membina identiti.
bagaimana kita menampilkan pelbagai aura dari dalam
means .. masuk kelas aku cuba membawa aura singa lapar yang rasa nak telan sorang-sorang budak
di luar dari kelas
aku masih boleh tampilkan aura yang lebih positif
justeru aura-aura yang cuba kita keluarkan merupakan mesej yang cuba kita sampaikan yang akan bertindak balas dengan karakter luaran kita dan akan mendapat respon daripada karakter orang di sekeliling kita

sebab tu orang kata
kalau nak orang baik dengan kita
kita kena buat baik dengan orang
haaaaaa 
itu lah kot sebenarnya.

memuaskan hati semua orang di sekeliling kita sememangnya hal yang paling mustahil
tipu dan memang penipu !!!
tapi kaji sekejap
orang yang menyenangi kita tu mejoriti ke minoriti ...?
kaji lagi ..
pernah tak orang kata kita cantik tapi kita sememangnya terlahir di kalangan biasa biasa
kalau memang pernah
sebenarnya kecantikan itu lahir dari aura yang kita sampaikan
identiti yang cuba kita sampaikan
orang yang mempunyai identiti sendiri sangat berbeza dengan orang yang menciplak identiti
atau mereka yang langsung tidak mahu membina identiti
jadi
pilihan di tangan kita

bagi aku sendiri
sememangnya aku membina identiti aku sendiri untuk setiap tempat berbeza
pastinya identiti yang menguntungkan dalam senyap
alhamdulillah cubaan demi cubaan
try n error
banyak yang berjaya

apa lagi hari ini
membawa diri seorang pekerja kepada majikan
guru kepada pelajar
anak kepada orang tua
isteri kepada seorang suami
kakak kepada adik adik
adik kepada abang dan kakak kakak
dan
bakal mak kepada anak
( belum anak-anak )

sebagai pekerja .. aku perlu sedarlah tahap mana aku boleh membawa diri
dan aku memang spesies tak suka memberitahu untuk dilihat
jadi .. diam is much better
pendirian kadang tu tak perlu terlalu ditegaskan tapi ia tetap pendirian
( nazura memang suka buat kepala ... jadi ??? )

sebagai isteri
ohhhh my !
menghormati suami selagi mana suami itu selayaknya di hormati
taat selagi mana dia perlu ditaati
tapi tak ada istilah arahan dalam kehidupan berumahtangga kami suami isteri
tapi lebih kepada perbincangan
pro n kontra untuk semua pihak
alhamdulillah .. one of the things kenapa suami aku jadi pilihan terakhir adalah
sebab dia satu-satunya lelaki yang aku kenal
mampu mengarah aku tanpa memberitahu aku itu adalah arahan
melenyapkan EGO yang sangat tinggi dengan penuh toleransi untuk seorang suami
meredakan hati yang sedang berbara menunggu marak
di situ 
sememangnya dia sangat berjaya
dulu aku pernah terdetik
siapa yang berjaya meruntuhkan ego dan mengarahkan aku
in sha Allah
itulah suami aku
Alhamdulillah 

Bukan aku sangat berbangga dengan ego dan keras kepala dan 'pemanas' yang ada pada aku
tapi itu adalah kelemahan dan kelemahan yang aku sangat kenal dalam diri aku
dan hal yang tak mampu lagi aku buang sepenuhnya seorang diri

jadi hai readers
let we think rite now
adakah kita hanya mahu menampilkan kecantikan palsu
atau membina identiti yang bakal menampilkan aura-aura pilihan kita ..???
pilihan di tangan kita semua 
let try !!
;)
 

Friday, April 24, 2015

~ this is my part of life ~



Assalamualaikum
ohhh hi my readers here
lama sangat dahhhh kan tak memunculkan diri di blog ini

ohhh my superb !!
busy 
seriously super buuuuuusyyyyyyy
since, my dad meninggal januari hari tu
since dapat kerja dan kerja dan kerja yang banyak di sekolah
since, since and since
ohhh everything is sooo busy

Apa lagi dalam keadaan perut yang dah semakin besar
besar dannnnnnnnn membesar !!
oohhh dear. seriously fobia dengan berat badan sekarang
tapi ... nasibla masih dengan kadar minimum pertambahan berat badan perempuan menandung
what ?!!!!!
Nazura mengandung ..???
Jangan kata budak .. aku pun nek heran. Aku mengandung ?!!!!
Dah mengandung nak buat heran plak ! Apa punya pompuan daaa

Alhamdulillah ..
Itu lah sebenarnya seharusnya berlaku
After almost a year.
Orang kata, kalau rezeki memang tak ke mana
Rezeki itu sememangnya dari Allah
Lepas menjalani beberapa medial check up 
moden dan tradisional
Berhabisan tenaga dan duit .. Allah nampak usaha hamba Dia kan
Dan yang pasti
ALLAH TAHU DI MANA MASA DAN WAKTU PALING TEPAT
PALING TEPAT !


~ haih !! konon nak sambut annivsry ... tapi makan mee kari je ..?? nampak tak bersyukurnya manusia ~

Itulah yang aku lalui beberapa bulan ini
Allah beri pada masa yang tidak terkehadapan .. tidak jugak kebelakang
ia betul-betul tepat pada waktunya.
in shaa Allah
usaha suami nak pindah dari Tawau ke Batu Pahat pun
akan tepat pada waktunya. 
pasti dan yakin

Bagaimana melalui waktu hampir 7 bulan tanpa suami di sisi
Berulang Senai-BP dengan perut yang macam ini
Pernah sekali sorang akak di sekolah kata :
mintak je la sesiapa ambikkan suami di airport. senai bukannya dekat drive sorang-sorang
dalam hati cuma kata :
dia suami saya, tanggungjawab saya. saya yakin, Allah yang jaga
Cukup di situ keyakinan aku.
Dalam banyak masa di belakang, aku banyak melalui waktu dengan kata
' siapalah manusia untuk menghalang sesuatu dari berlaku. Allah adalah sebaik-baik penjaga manusia'
dari Allah kita datang, dari Allah kita berharap, pada Allah kita brlindung dan kepada Allah kita kembali

Satu masa .. berlaku contarction masa 6 bulan prgnant
berlaku juga hal membimbangkan baru-baru ni sampai doktor keluarkan surat untuk refer ke kecemasan hospital Batu Pahat
Masuk sendiri. Toleh kiri kanan bengang gak bila sorang-sorang
Bukan bengang sebab tak ada yang teman
Tapi rasa macam tak sakit tapi pergi hospital
hurmmm
Bila nak naik ke bahagian sakit puan
Sorang pekerja hospital lelaki bawa ke sana
Banyak kali dia tanya :
datang sorang ke ? boleh jalan ke ..? nak guna wheelchair tak ?? nak kena naik tangga ni
ya, saya datang sorang. Suami kat sabah. saya boleh je jalan lagi.
ohhh my !
mungkin situasi aku situasi yang menghairankan ke untuk banyak orang?
dulu buat check up di Hospital Pantai pun jumpa benda yang sama
Tapi apa yang buat aku mampu lalui semua tu adalah

' ... kalau ida boleh .. kenapa aku tak boleh ..? '
itulah kawan yang beri aku satu kekuatan untuk aku buat sesuatu tanpa suami di sisi
bukan tak perlukan suami
tapi bukan terlalu bergantung semua benda pada suami
kata suami :
' .. saya jauh. awak tak boleh tunggu saya balik baru nak buat semua ..'
oke fine ! nak ngada-ngada pun tak bulllleyyyyyyy. errkkk

actually .. sejak di UTHM lagi suami begitu
projek tak siap ..?
buatlah sendiri. apa guna belajar masuk kelas semua
assignment tak siap ..?
salah awak .. siapa suruh tak siap kan
masalah dengan kawan ...?
masalah tu masalah awak. saya tak boleh campur. awak yang tak boleh handle !
diorang kawan saya juga. saya tak ada masalah dengan diorang
( fine ! nilah boyfren )
ayat masa tu lah
erkkk !!!
tapi dalam macam tu pun .. alhamdulillah, hubungan tu bertahan hampir 6 tahun
ya, jodoh Allah itukan pasti

 

~ memang sakitnya hati ku masa itu. kah3x ~
bila lepas kahwin 
aku pernah cakap dengan suami :
... dulu masa sebelum kita kahwin even masa bertunang pun saya rasa, i'm just follow the flow
istikharah saya tetap awak
tapi hati saya seakan tak yakin akan bahagia
tapi bila dah kahwin .. jadi isteri awak
saya rasa .. saya tak menyesal jadi isteri awal
( gitewwwww ayat nak geli aku pagi-pagi nih )

tapi kata suami :
memanglah .. dulu bukan isteri. tak kahwin lagi. sekarang kan dah isteri
( a'ahhh ayat bukan men confident aku tak lari kan dulu. hurmmm )


~ demi keprihatinan suami kepada isterinya yang baru satu ni .. dia pun belikan ini untuk mudahkan isteri dia yang tengah membesar ni ~
errrkkk !! belikan ke ...? taklah. pujuk aku tukar pada yang ini. huhuhuhu
dengan harapan bini dia tak duduk lagi kat bengkel, tak drive lebih 120km/j demi menjaga keselamatan bby
tapi nampaknya misi tu macm tak berapa nak berjaya.
huk3x
sory !!!!!


~ tapi saya rindukan ini .. belanja 1 bullleyyyhhh ? ngggeeeee .. hehehe ~
tawu dahhh takkan dapat lagi
huuuuuwaaaa !!!!

Macam mana pun itulah kehidupan
perkahwinan .. tidak akan pernah rasa bahagia
tanpa air mata
serius ..?? seriuslah untuk aku
lepas menangis berkoyan-koyan bertempayan tempayan
Allah kurniakan senyuman untuk bahagia
 untuk belajar erti kehidupan dalam perkahwinan
kadang tu rasa nak gelak berguling-guling
( upppssss .. lupa. bby tak keluar lagi. guling lepas bby keluar okeh ! )
kelakar ada .. tah hape-hape

tapi inilah bahagian hidup untuk aku
macam mana pun aku sangat bersyukur
setiap kesulitan dan masalah hidup ... buat aku belajar benda yang baru dan baru
dalam setiap kesakitan
buat aku terus belajar belajar dan belajar
pastinya bukan pembelajaran ilmiah yang tertulis dalam setiap helaian kertas
itulah pembelajaran dan kehidupan
sama ada mahu positif atau kekal negatif
tahu kenapa yang negatf tu ada perkataan kekal ...?
sebab dalam menghadapi musibah dan masalah
manusia didorong oleh negatif dahulu barulah boleh memacu aura positif jika mahu positif

ohhh sekian motivasi pagi yang tah hape hape !!
sebenarnya nak wish
hapy annivesary ohhhh my dear jalil bin saari
( even nama kamu begitu klasik di bibir yang menyebut tapi sangat manis untuk di kenang )
terima kasih sebab banyak mengajar saya untuk terus positif
sayang kamu dunia akhirat !


wassalam ..
;)

Sunday, March 1, 2015

~ ia pasti dan cukup pasti ~



Assalamualaikum
hye readers
( ohh my ! ada readers ke ?? okeh! syok sendiri )

lama sangat meninggalkan entri - entri di sini sampai terlupa bahawa aku masih ada di sini
berehat sebentar dari manusia yang mengintip setiap gerak jari aku di atas keyboard
kannn ...??

semuanya berlalu cukup pantas
cukup banyak
setiap hari yang aku tinggalkan sebelum ini seakan mencatatkan setiap sejarah di setiap harinya
apakah ...?? ada masanya ia cukup indah di kenang
tapi ada masanya juga ia cukup pahit untuk di tentang

tapi percayalah
setiap satu yang pergi pasti ada gantinya
setiap satu yang pahit pasti ada manisnya
setiap satu yang jadi pasti saja ada hikmahnya
bukankah janji Allah itu pasti

Alhamdulillah
terima kasih Ya Allah
di atas setiap nikmat suka dan duka
tawa dan air mata yang dianugerahkan buat aku

Bukan kerana perginya dia hilang duka
tapi redha itu pasti dalam merinduinya setiap ketika
Bukan hadirnya dia membawa letih dan lelah dalam tiap masa
tapi ikhlas dan bahagia itu pasti akan tiba

'  .. arwah abah pergi bersama hadir penggantinya ..'
semoga yang bakal hadir ini akan jadi seikhlas arwah
sekuat dan semulia khalifah yang Allah janjikan
bukan dunia
tetapi dunia akhirat yang pasti

yakinlah jiwa dan hati yang membaca
setiap redha ibu bapa itu akan datang bersama redha Allah
setiap sedekah kita kepada ibu bapa
akan berduyun rezeki dari Allah
teruslah berbakti tanpa rasa lelah

yakinlah
jalan seterusnya akan lebih indah dan cukup indah
terima kasih dunia
terima kasih Allah 



Sunday, November 16, 2014

~ ... apa masalahnya dengan sistem ...~



Assalamualaikum
hmm .. memang biasa mulakan entri dengan salam
walau hati penuh dengan rasa sakit yang tidak terhingga

Oke .. just strght to da point that aku memang sedang sakit hati
ohh yeahh .. why ??
there is something that everyone say 
'it's normal'
but it is seriously worst for me

dulu tak pernah lalui keadaan tu so aku tak pernah care
tapi hari ini dan seterusnya aku akan laluinya jadi
as a customer i have a right to complain and complain

oke .. nazura memang kuat complain
mcam lah dia perfect sangat

see ! memang tak perfectla sebab tu complain
grrrr !!

ya, aku memang nak complain sistem yang dah berlaku selama 30 tahun 
dari zaman mak aku tiba zaman aku
benda yang sama tak ada langsung perubahan
even they know really well that 
semua itu hanya menyusahkan semua orang 

ada orang kata
' dah memang macam tu kau nak buat pe..'
memang la aku state dalam ni pun tak kan tiba2 ubah keadaan tu
tapi sekurang-kurangnya statement ini memberi perhatian kepada pihak pihak berkenaan
supaya alert dengan sistem yang ada sekrang
kalau dari zaman lepas penjajah dah pakai sistem macam tu takkan dah masuk zaman cross the entire world still nak pakai sistem yang sama
think it back la !!

but then aku tak pasti sama ada hanya dekat tempat aku pakai sistem 30 tahun lepas atau satu malaysia
untuk badan kerajaan
please laaa 
i am also gov servent
please .. keep watching ur service
aku antara manusia yang membayar gaji anda kot
tolong jangan rasa customer sangat gembira tengok anda buat kerja sambil tergelak gelak macam pontianak, bergosip dari pagi sampai ke malam, menulis maklumat sampai salah sebab menulis sambil mengata orang
at last, kerja yang seharusnya dilaksanakan semalam jadi tertunda hingga esok hari
akibat maklumat tidak jelas dek terlalu banyak ketawa
that's sooooo annoying u know dear !
tulis kat jadual buka pukul 9 tapi sampai 9.45 tak masuk-masuk dari keluar makan
ohhhhh wat ???!!!!

for those who is employee
tolonglah dan tolonglah
buat kaji selidik terhadap sistem yang anda lakukan
kalau sudah tidak wajar untuk diguna pakai tolonglah terbuka hati untuk ubah dan berubah
that y nabi anjurkan HIJRAH
kalau tak tahu HIJRAH tu ape
balik form 4 belajar sejarah
Come on ! tak ada siapa boleh maju tanpa perubahan
tapi bagi yang tak mahu maju, duduk je la takat tu sampai kiamat dunia ni
pun bagus gak !

sekian
Wassalam
* sory, i'm just so emosional for this entry
apa ... ? entry ni pun nak bagi heboh and create another story gak then jadi bahan nak mengata aku ???
ohhh silakan. anda di alu alukan !
even aku tak kenal dan tak pernah sudi untuk kenal pun siapa anda
aku hanya tahu anda wujud !

Friday, November 14, 2014

~ ............ hmm ............ ~



Assalamualaikum
selamat menempuh hari yang cukup mencabar
selamat melalui hari hari yang cukup menyakitkan
biar sakit .. biar pedih
perlu terus dengan senyuman
lalui dengan penuh positif
ohhh come on nazura


my dear readers
I mention here 
saat aku menulis entry ini .. aku berada di situasi yang sama saat aku menekan button publish 
so .. waktu aku publish entry ini adalah tarikh yang sama dengan tarikh entry ini terpapar di blog view aku
kenapa aku perlu aku mention begitu ...?

Ya kerana entry yang telah lama di tulis tapi baru di publish
menjadi hot dengan tiba-tibanya.
jadi jutaan terima kasih kepada mereka yang telah berjaya membesar dan menghebohkan malah menambah kisah dan cerita 

ya aku sudah pun delete entry tersebut 
bagi yang masih rasa mahu menjengah dan membahan entry tersebut sepuas hati
sorry .. u'll not find it anymore
aku delete bukan kerana aku salah
tapi kerana aku hormat
aku menghormati mereka yang memanggil dan minta penjelasan aku
walau di mana pengakhirannya
itu bukan lagi perbahasannya
kerana di mana ia bermula
bukan semudah itu semuanya boleh berakhir

bagi yang telah berjaya menambah duka dalam jiwa ini
bagi yang telah berjaya menambah sakit dalam hidup ini
tetap aku ucapkan terima kasih
terima kasih
tapi apa yang telah di hadiahkan ini
ia tetap aku simpan cukup kemas .. selamanya kemas
dalam hati dalam jiwa
selamanya

so my dear readers
buat ingatan kita bersama :

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.

( Riwayat Abu Naim )
 
 aku mohon maaf bagi yang pernah tersinggung dengan entry yang pernah terpapar di blog ini. tujuan aku membangunkan blog ini adalah untuk perkongsian bersama. sebab itu blog ini sangat public. siapa saja terbuka untuk membaca. mungkin kritikan, mungkin komen sama ada aku tahu atau tidak tahu mungkin juga impian .. atau apa saja ... selagi mana aku tidak menyebut mana-mana 'nama' bermakna ia adalah untuk perubahan bersama bukan untuk sesiapa. jika ia boleh diubah maka ubahlah ikut kehendak. tapi .. andai ia terlalu jauh dari realiti untuk di ubah tak perlu lakukan apa pun. 
 
Adakah aku akan berhenti ...?
Jawapannya adalah tidak. Tahu kenapa ...?
Alhamdulillah ... kerana ada di antara readers yang terbuka dan positif dengan membaca beberapa entry lalu berubah dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya aku telah memberitahu yang baik untuk sesetengah dari pembaca. Tapi bagi yang mempunyai fikiran yang sempit ia boleh di putar dan pusing mengikut nafsu.
Jadi itu semuanya tetap pilihan anda
Sesiapa berhak terasa .. sesiapa boleh terasa
 jika baik, jadikan ia sebagai sesuatu yang cukup positif
jika ada yang salah, boleh heboh ke satu dunia dan tambahlah apa patut agar pahala itu boleh free mengalir kat aku
terima kasih
 
Wassalam 
 
 

Monday, November 10, 2014

~ pengalaman itu pelajaran terbaik manusia ~



Assalamualaikum
hellllloo my dear readers
lama jugak rupanya tak update blog ni
ohhhh my ! sampai tak sedar rupanya ada stalker di sini
thank you sayang 

apa lah sangat aku dengan usia 26 tahun nak bercakap tentang pengalaman, kan? Pengalaman hidup 26 tahun apa lah sangat yang menarik. Mungkin tak mencabar. Mungkin tak ada yang berguna untuk di kongsi di sini.


Banyak perkara yang tidak terjangka sering berlaku dalam hidup kita. Kadang perasaan manusia dan tingkah manusia sememangnya sangat menguji jiwa kita.

Aku selalu flash back apa yang berlaku hari ini. Kata orang .. untuk berjaya, jangan pernah kita pandang ke belakang. Tapi untuk lebih lebih berjaya sebenarnya kita memang sangat perlu pandang ke belakang supaya kita akan dapat mengatur langkah seterusnya untuk jaminan masa depan.

Sekolah, belajar, bekerja dan berkahwin
Semuanya memerlukan hubungan sesama manusia yang baru kita kenali. Yang tidak pernah kita kenal hati dan budi. One day, one of my fren bagitahu tentang someone yang sangat sangat annoying dengan aku. Aku cuma kata, silakan datang jumpa aku. Bagitahu apa yang tidak puas hati.Tapi, memang memerlukan keberanian untuk kita berhadapan dengan orang yang kita rasa tidak puas hati. Sampai sekarang dia tak mau jumpa aku. Aku pun tak faham. Bukan aku telan orang pun.

Masa belajar di matriks .. spontanous bertekak dengan pensyarah tentang hal yang aku yakin aku sedang berada di pihak yang benar. Jadi, kenapa perlu takut walaupun lepas tu dua semester kena band dengan pensyarah tu. That's the risk i should take.

Universiti .. aku cuba untuk cover up aku punya critical anger. Biasanya bila berdepan dengan benda yang tah hape-hape .. perangai yang super mnyampah, biasanya aku akan angkat kaki tak mau pandang. Bagi aku itu lebih baik dari aku duduk bergosip mengata orang berkati-kati. Kadang tu terfikir nak buat perangai gila bila dah sakit hati .. sindir orang kuat-kuat macam dalam drama, tapi bila fikir balik .. buat apa nak buat perangai macam orang hulu kan ..? Jadi, dari menjatuhkan standard diri sendiri baik diam dan cuba positif.


Masuk plak alam kerja. Setahun jumpa 3 buah sekolah. Bertukar tukar. Until this day, aku jumpa 4 buah sekolah. Ohhh my, kerja tak sah jawatan lagi .. dah pergi 4 buah sekolah. Dalam 4 buah sekolah, aku boleh beza di mana yang baik mana yang worst. Pengurusan mana yang terbaik .. pengurusan mana yang sangat kucar kacir. Tapi, aku cuma boleh conclude kan .. baik sebuah institusi atau organisasi bergantung kepada attitude pekerja dan pengurusan. Bagi aku yang sangat baru, aku hanya seorang pemerhati .. aku hanya seorang pendengar. Sekali pun aku komen, aku akan komen di luar. So .. apa saja yang aku state di sini semuanya dari apa yang aku nampak, apa yang dengar. Dan apa yang aku nampak .. apa yang aku dengar pastinya bukan spesifik pada sesiapa, pada sesuatu atau apa saja. It's so super general. Pernah juga orang terpukul dengan beberapa entri aku sebelum ini, tapi aku cuma kata .. hal berkaitan kita, bukan hanya berlaku pada kita. Ia berlaku juga pada orang lain. Jika kamu rasa ia bertepatan dengan kamu, jadi berubahlah kalau mahu berubah. Kalau rasa cara kamu terbaik, just go ahead. Bukan semua yang kita rasa baik itu baik untuk setiap orang. kan?


Attitude dalam kerja. Ini hal yang sangat susah untuk di bicarakan. Satu hal yang paling tak boleh aku terima dunia akhirat adalah ... cikgu berniaga dalam kelas dengan student. Serius menyirap gila bila dengar cikgu buat macm tu. Lagi terpukul bila ..student tanya :
' cikgu, kenapa cikgu-cikgu ni suka menipu ? '
apa nak jawab bila berada di tempat aku ..? budak tak state siapa cikgunya. tapi budak akan pandang semua cikgu macam tu.
jawapan aku senang saja 
' saya tak pernah minta awak menipu, kan? dan saya tak pernah tipu awak, kan..? jadi saya bukan macam cikgu awak yang menipu tu ..'
So, tolonglah. Jagalah attitude sebaiknya. Jangan hanya lepas kerja kita tapi client akan hilang percaya pada kita.


Bila berhadapan dengan manusia, apa yang aku belajar adalah jangan terlalu cepat melatah. Bila orang tegur kita .. mungkin cara kerja kita .. why dont we try to be more positive??? Bukan ke teguran itu untuk membantu kita menjadi lebih baik. Cuma mungkin teguran setiap orang sangat berbeza.
Mungkin ada ketikanya kita akan melalui konflik dengan orang lain. So .. tak perlu terlalu negatif dengan mentafsirkan bahawa setiap tindakan orang itu ada kaitannya dengan kita. Ohhh my ! fikir balik. Hebat sangat ke kita untuk orang ambik tahu sentiasa ???!! Bagi aku, sindiran orang .. rasa tidak puas hati orang pada aku .. aku tak mahu ambik kisah. You can do anything you want as long as you happy la dear !!


Kalau rasa tidak puas hati, why dont you come and see me?! Susah sangat ke? Tak rasa membazir ke pahala sedekah free kat aku. Ohhhhh super thank you la my dear. Aku dah lalui semua itu bertahun-tahun dan aku hampir imune. Itulah pengalaman ..

Kaunselor aku form 3 pernah bagitahu dan aku ingat lagi setiap butir dia.
' awak akan kerja dan berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Cuma .. awak memang bukan jenis yang boleh di arah - arah. Dan awak memang akan stress dan terus stress bila bekerja dengan orang. so, one day kalau awak bekerja dengan orang, u need to control .. '

Yeahhh .. sebab aku memang sudah terceburkan diri dalam bidang ini, so that aku memang cuba control. Apa yang aku buat, jangan banyak bercakap tapi buat kerja aku. Tak perlu sibukkan kerja orang lain yang tak berkaitan dengan kita. Tak suka diam , suka pun diam. Kerja yang tak boleh buat, kalau after discussion pun tak ada tolerate, so aku tinggal. Kalau boleh tolerate dengan aku, maknanya tak de masalah untuk aku bagi full cooperation. Bak kata orang, u give me u get back, kan?

Dan di sebabkan pengalaman demi pengalaman, itu semua mengajar aku untuk menjadi lebih profesional. Tapi, suami selalu pesan ..
' ... tolong .. tolong kawal marah awak. saya tahu siapa awak bila marah ..'
thanks to remind me, dear.

So, my dear readers out there ..
andai anda berhadapan dengan sikap manusia yang tah hape hape di tempat kerja. mengata. menyindir. biarkan saja. itulah lambang mentality dan tahap kelas diri mereka. Jagalah diri kita untuk tidak terlalu cepat melatah. Kalau mereka berada di kelas ketiga, takkan kita mahu ikut di kelas ketiga. Biarlah kita kekal di kelas pertama. Itulah minda kita !

Teruslah senyum untuk sebuah kehidupan. Sebab hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa brsedih. Biar duka dalam jiwa, tapi senyum itu sentiasa.

Wassalam 


Sunday, September 28, 2014

~ seriously thanks to Allah ~


Assalamualaikum
Alhamdulillah .. syukur pada Allah
Sesungguhnya yang datang itu dari Allah
Dan jalan perginya juga dari Allah
Segalanya atas izin dan kehendak Allah
Berkat sabar 
Doa mak abah & mak ayah
Semoga redha Allah sentiasa bersama kami


' kasih kamu .. anugerah. sayang kamu ... hadiah'
demi Allah
kamu yang terindah 

Wassalam

Friday, September 26, 2014

~ bersabarlah dengan setiap ujian ~



Assalamualaikum
lama sangat dah rasanya tak update di sini. 
Demi Allah .. hidup ini memang tidak pernah sunyi dengan ujian. Tapi biarlah setiap ujian yang datang itu membawa kita semakin dekat dengan Allah.
Semakin kuat keyakinan kita pada Allah

' Allah berikan apa yang kita PERLU bukan saja apa yang kita MAHU'
~ apabila kita ditimpa dengan masalah dan musibah, Allah tidak menyuruh kita berfikir mencari penyelesaian hingga gila .. tapi Allah ingin melihat kita bersujud dan menadah tangan merendahkan diri kepada Allah. Nescaya Allah akan tunjukkan jalan penyelesaian itu pada kita ~

Harap di sinilah titik penyelesaiannya 
In shaa Allah 


Tuesday, July 22, 2014

~ muhasabah Ramadhan ~


Assalamualaikum
hye guys
ohh hai my dear readers .. !!!

Firstly ..
I'm just so regret for the citizen in Palestine
and
what happened to MH 17

Let we think about our life today and before
Let we plan something for tomorrow
Semestinya sesuatu yang lebih baik dari hari ini dan semalam

Yakinlah .. tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia
Melalui setiap masa yang sukar
Menjalani waktu yang sangat payah
Menyusun diri menghadapi realiti yang sangat menyakitkan
Dan .. melatih diri dalam duka dan ujian Allah
Semua itu membawa kita berbalik kepada jiwa fitrah seorang manusia
Iaitu jiwa beragama
Agama fitrah itu adalah Islam selamanya

Setiap hari .. hampir setiap masa
Facebook yang ada hanya untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza 
sejak awal Ramadhan hari tu
Subhanallah ..
Bila dengar suara salah seorang mujahidin Al Qassam Hamas
Betapa saat itu rasa jiwa Islam itu benar-benar menjadikan umatnya indah tanpa wajah
Kata suami :
Diorang tu semua hafal Al-Quran. 
Kelembutan dalam tegas bersama watak seorang ganas tapi realitinya begitu lembut
Membuatkan mereka cukup cukup indah

Bagi kanak-kanak yang baru mengenal apa itu dunia
Mereka hanya kenal dunia ini tidak ada yang indah
Betul
Kerana Syurga Allah itu nyata keindahannya
Merekalah bidadari dan bidadara syurga yang menanti setiap kaum keluarga mereka nanti
Anak-anak yang akan menyambut ibu ayah mereka di pintu syurga nanti
Ya Allah
Sesungguhnya akhir zaman itu pasti
Hari perhitungan itu sedang menanti

Tidak siapa dapat menyangkal betapa ketabahan dan kekuatan mereka mengatasi segalanya
Kecintaan kepada Allah dan Islam itu jelas cukup ketara
Mereka yakin akan syurga Allah
Jadi tiada alasan untuk mereka takut akan kematian
Sebak rasa hati bila melihat seorang anak yang bertakbir saat melihat ibunya terbaring di lobi hospital tidak bernyawa
Sungguh dia sudah tahu ibunya pasti sudah tersenyum di syurga Allah

Dan berjihadlah di jalan Allah
Pasti syahid itu amat manis untuk di tempa

Maka apalah sangat sedih dan sakit yang aku rasakan bertimpa timpa
Berbanding mereka di Bumi Gaza
Apalah sangat yang dikejar dengan dunia di zaman ini 
Sedangkan sudah jelas akhir zaman itu sedang semakin laju menyusun langkahnya
Apalah sangat dengan dunia hari ini
Sedang semuanya di dalam percaturan Rothschild dengan dajjalnya
Terus menjadi hambanya yang terus di perbodoh

Benarlah
Dunia ini penuh dengan penipuan
Penuh dengan kebejatan yang pasti
Yakinlah .. bersenanglah dengan kematian
Kerana itu mungkin kebahagian yang abadi
Selagi besar nilai ketaqwaan
Selagi tinggi nilai iman di hati 

Salam muhasabah
Nazura Mohd Nasir
 

Tuesday, July 1, 2014

Ohhh Ramadhan



Terkuak selimut rasa 
Membangkit sejuta mimpi tidak bersambut
Maka hadirnya kembali membuka tabir mimpi sebuah tidur yang panjang
Bertatihlah dalam payah
Berjalanlah dalam seribu kepayahan
Meski tidak mungkin untuk berlari dari takdir yang tertulis

Duhai jiwa duhai hati
Kuatlah dikau atas nama sebuah kehidupan
Sebagaimana telah kau sambut amanah dari Tuhan mu

Demi hidup yang tersisa
Setiap degup jantung itu amanah
Setiap detik nadi itu berat yang terpikul

Duhai ... cinta hati ku
Ramadhan ini cermin hati getar jiwa yang tidak bertema
Ramadhan ini laluan sujud selamanya
Ramadhan ini .. deraian air mata di setiap dosa

Biar bertebaran siulan burung
Mengindah tiap hari yang datang
Agar jiwa sebuah jasad itu tenang menyambut ujian si Pencipta
Agar hati jasad itu redha menempah payah di atas dunia milik Tuhan Yang Esa

Demi Ramadhan
Bangkitkanlah jiwa ini dari tidur yang panjang
Gegarkanlah hati ini dari mimpi yang tidak bererti
Ajarkan lah erti kenyataan
Ajarkan lah erti kepayahan
Agar suatu masa nanti ia mampu bangun dan menghadapi semuanya

Duhai dunia milik Allah Azza Wa Jalla
Hidup ini milik Mu
Mati ini milik Mu
Tenangkan jiwa dan jasad ini di keduanya
Damaikanlah hati ini di alam Mu semuanya 

Ohh Ramadhan
Semoga ia adalah jalan terbaik buat setiap jiwa yang parah
Hati yang gundah
Jasad yang tetap berserah dan tabah