Monday, November 2, 2009

everything is over..

tanggal 1 November 2009 , itulah hari di mana aku melepaskan org yang sgt2 aku syg. Aku tak tahu mana datg kekuatan itu...tapi dgn semua itu , aku hanya melihat kami tidak lagi punya keserasian. Mungkin cara kami terlalu jauh berbeza. Sakit....siapa juga yang tak sakit menghadapi perpisahan. Apa lagi di dasarkan dgn kasih syg dan impian yg lebih besar. Hakikatnya , hari ini segalanya impian hanya sekadar impian. Allah lebih tahu siapa jua yang terbaik untuk aku dan dia.

Aku tidak sedikit pun ada rasa benci pada dia. Cuma sedikit rasa marah kerana penilaian aku pada dia selama ni rupanya meleset. Adakah setelah 2 tahun , baru hari ini aku mengenali dia...? Aku masih tertanya - tanya pada diri sendiri...adakah aku salah melepaskan dia ? Adakah aku salah membiarkan dia dgn dunia dia?? Dan yang penting , adakah tindakan aku ini salah ?

Mungkin dia rasa marah bila aku publish semua ni. This is realiti. Dia bukan pemangsa..dan aku bukn juga mangsa. Jika dia pemangsa , aku juga pemangsa. Jika aku mangsa dia juga mangsa. Ini pilihan kami sebenarnya. Walaupun aku yang melepaskan dia , tapi ini memg pilihan kami. Sesungguhnya , aku yakin ini jalan yang Allah pilih untuk kami setelah aku memilih jalan untuk aku dan dia suatu masa dulu. Bukan juga untuk meminta perhatian sesiapa , tapi bg lelaki yang sudah punya pasangan hormatilah pasangan anda. Hormatilah hati pasangan anda.

Percintaan bukan hubungan kasih syg semata - mata. Bukan juga nafsu menjadi baja dalam perhubungan. Tapi..kefahaman dan penghormatan itu yang paling asas. Hakikatnya , berakhirnya hubungan kita...masih kuat syg aku pada dia...dan aku yakin , masih ada syg dia untuk aku. Tapi keserasian menghalang hubungan ini.

Hidup bukan gurauan...bukan saja2. Kalau semua bnda saja2..tak guna Allah hidupkan kita sbg manusia.Lebih baik jadi kambing. Terang - terang mati masuk syurga. Aku tahu , ada sja yang melabel aku suka berceramah atau bg tazkirah , tp tu tak de apa yang aku kisahkan. At least aku tak pernh di gelar gedik atau prmpuan murah w'pun xbape mahal pun.

tapi..biarlah. Itu pilihan sesiapa saja. Aku tak mampu memaksa sesiapa utk faham mentaliti aku..dan mentaliti aku tak mampu sampai ke mentaliti dia. Aku cuma yakin , kami tetap kawan selepas semua ini. Aku yakin dia profesional dgn semua ini.Walau apa pun , jauh dalam hati aku...aku masih mengharapkan jdoh bersamanya. Jika..itu hakikatnya , sesungguhnya Allah jualah yang membukakan hati kami untuk kembali.:)

3 comments:

  1. jgn bersedih..
    mungkin akan berjumpa dengan seseorng yang lebih baik di masa hadapan....

    ReplyDelete
  2. insya Allah...
    pastinya itu juga untuk dia..:)

    ReplyDelete
  3. smile my fren..take care..eat n sleep well..dn't ever 4get..u still had Allah swt..ask n pray to Allah..InsyaAllah u heart will be calm n u will be able to cope with life..InsyaAllah..amin...:)

    ReplyDelete