Sunday, October 7, 2012

upsss my september !



Assalamualaikum semua
lalalaa ...
selamat menjejaki oktober !
hahaa
bengong betul. dah seminggu kowt oktober.
hahahaa

Alhamdulillah .. masih bernafas hingga ke oktober 2012. Actually, aku mahu update sikit tentang September. Banyak benda berlaku di september. Busy .. letih .. lelah ... tension .. semua bagailah ada. But, everything is better when october is coming ! kui3x.

Jom, usya sikit apa yang berlaku di sepanjang September. Kenala start for da beginning of september kan. hahaha ..

Awal september, dapat berita .. my bestfren, Atikah dah selamat lahirkan baby girl. Alhamdulillah .. dan masa dia balik ke parit raja, dia ada inform aku. Jadi .. aku datanglah melawat dia. Cehhh .. melawat tuh. Tak laaaa. Datang tengok baby. Datang jumpa dia sebab dah lama tak jumpa kan .. Time tuh, suami dia pun tak ada. Dah balik ke Ipoh. Dapatlah tengok baby dia .. dan dapatlah bersembang dengan dia even tak lah lama sangat. Masa tak mengizinkan .. hehee ;)


opssss .. comeykan beg baby tuh. Masa masuk baby shop tuh, memang terus terpikat kat that bag. Even aku tak suka pink, tapi aku suka bagi kat budk wakna tuh. Macam comey n suweeeeet je kan. hahahaha ..
Okeh .. tapi tak sempat nak ambik gambar baby girl sebab dia tidur. Kejap je jumpa. Aku pun tak berapa berani nak dukung. Tak tahu lah kenapa. heeee

Then ... alhamdulillah.
Setelah hampir 2 minggu jugak menguruskan loan di Bank Rakyat .. dan pinjaman pun lulus. Akhirnya, kereta impian dalam masa ini berjaya dimiliki. kui3x.




upsss .. alhamdulillah. Mercedes E230 dapat jugak even kereta 2nd hand kan .. hahahaa. Mana mampu nak pakai kereta baru. Dah 15 tahun kot kereta tuh. Tak mahal dah... myvi lagi best lagi mahal kot dari ini. hahahaa ..


Tapi .. yang kat atas tuh, tetap kesayangan beta !
Walaupun umur dia dah 21 tahun, tapi aku masih tak jumpa kereta yang dapat menggantikan dia di hatiku. lalalalala .. even, selalu jugak mengada-ngada nak masuk bengkel .. tapi aku saaaaaaaayang dia okeh. Jadi, JJF kat atas sana tuh .. simpan saja di rumah. JDK itu .. milik aku laaa ... yeeeaaaaahaaa !!!! So, sekarang sedang dalam proses menambah apa yang boleh di tambah pada itu JDK. Hari tu, tension punya pasal .. aku pun punya gila pergi kedai accessories kereta kat Taman Nusantara .. buat tinted. Empat pintu .. Ehemmm .. RM 3++ gak. Ok ! Puas hati. JDK saya sudah gelap sekarang ! Yuhuuu ..

Bila dah drive merce ... drive honda accord ..
Comparison yang dapat aku buat ... kalau untuk long distance .. kemantapan pemanduan .. keselesaan memandu .. woww !! merce memang best. Ko tekan 120km/j macm ko tak tekan  pedal minyak. Layan coner tajam .. tak payah cari pedal break .. layan 120km/j pun smart je.! Macam mana ...?? hahahaha .. Tapi, dari segi nak pick up cilok mencilok .. menang kat honda aku lah kan. Sebab dia manual .. stereng lebih ringan n lembut .. pedal minyak pun lembut .. so, everything .... tekan saja laaaahhhh. hahahaa ..

Itu cerita tentang kepuasan memandu kot. Aku nakkan kereta yang selesa .. tak mudah penat memandu .. sebab aku nak semuanya mudah bagi aku. Kalau aku nak drive balik parit raja even balik sek 6.45 petang .. sampai rumah aku tak ada lah terus terbaring atas katil bangun esok pagi. Maknanya .. overdos penat. Dari segi laju .. kereta mana tekan tak laju kan. Myvi .. 160km/j pun boley layan kan ..? Tapi .. buat masa ni aku masih rasa aku pemandu berhemahh. Waaaaaahhhhh !!!! hahahaa .. even kadang-kadang meter terbabas jugak ke 140km/j. That's why .. bila balik siang .. kadang-kadang aku lalu belakang .. lalu pekan nenas. Kalau highway .. ehhhmmm .. agak bahaya di situ. hahahaha

Merce, aku tak pernah layan highway lagi. Hurmmm .. parit raja - batu pahat pun aku tak sedar layan 120km/j .. adoiiiyai. sedikit bahaya okeh ! kui3x.

Then .. PBS !!!
Again and again. Tak mau sebut lagi tentang PBS. Everything is settle down on 2 Oktober. Tapi, hidup aku begitu huru hara sepanjang september di sebabkan PBS. huhuhu 


 

Ini bilik PBS. Gambar atas tuh .. separuh saja pelajar untuk satu kelas. Separuh lagi .. tak larat nak angkut keluar .. then, nak masukkan balik. No ! I dont want to remember it again. It's to hard, okeh !! Dua kali kot mc sebab tak tahan sangat dengan semua tu. huwaaaaaaa   ;(

Anddd ... 29 September 2012
Hoyeaaa !!! Alhamdulillah .. masih bernafas di umur 24 tahun ;)
Disebabkan kuciwa bf kata tak mau bagi hadiah .. aku pun membawa diri, beli hadiah untuk diri sendiri. Huhu .. boley je kan ..??


Comforter baru ! Even tak mahal and kain pun tak berapa nak bagus kan ... tapi, anak kesayangan i suka sangat !! Tengok tuh .. minnie bukan main dia rasmikan dulu. Comel tak model i ...??? hahahahaa

Naik sekolah .. tara !!!!!
Masa dalam kelas, tiba-tiba dua orang student datang panggil aku dan bagi hadiah tu. Hapy belated bfday, cikgu ! Terdiam sekejap. Sebab yang bagi hadiah tu .. student india ! Tu satu penghargaan yang agak besar bagi aku sebagai guru baru kan. Dia bukan satu bangsa .. agama dengan aku. Tapi, dia sangat rapat .. selalu kot bergosip dengan aku. Cerita masalah .. hmm .. come on tillashini ! Always fren .. rite ! ;)
 
 

Suweeetttttt, kan ??
Hahaha .. dari China tuh. Dia kata, ayah dia baru balik dari China sebab business kat sana. Ish3x. Anak orang kaya diorang semua tuh!

Betul, dalam menghadapi pelajar kita akan berhadapan dengan 1001 masalah yang kadang-kadang kita takut untuk hadapi. Tapi .. satu benda yang aku sangat percaya. Jangan ada rasa prejudis pada mereka yang bukan sebangsa. Tahu tak .. kasih sayang itu benar-benar mampu mengeratkan sesiapa saja tanpa mengira bangsa dan agama. 

You know wat .. aku masuk ke kelas .. aku tak pernah ada dalam mind aku .. okey, kau pelajar cina .. india .. bukan sebangsa dengan aku. Kau pelajar cina .. memang belagak. Kau ... pelajar india ... bla bla bla. Tapi, aku memandang mereka sama je tanpa beza. 

Menghadapi pelajar yang berbeza bangsa memang satu cabaran. Tapi, disebabkan aku tak pernah membezakan mereka .. aku tak pernah pandang negatif pada mereka selagi mereka tidak BIADAP .. membuatkan aku sangat rapat dengan mereka even aku tak mengajar kelas tu. Aku pun tak pasti macam mana benda tu berlaku .. tapi ia benar-benar berlaku. 

Di takdirkan .. aku guru kelas pelajar peralihan. U know pelajar peralihan ...? Everyone is chinese and indian students. Tapi ... alhamdulillah, aku sangat hapy sebab mereka baik pada aku. Nakal, memang nakal. Itu adat budak, kan. Tapi .. bila luar dari kelas .. diorang akan tegur aku ..

' hallloooo cikgu ..' dan biasanya .. aku akan balas semula dengan sebut nama mereka. Mungkin di situ mereka rasa di hargai, sebab aku kenal mereka. 

Satu lagi .. aku tak pernah sekali pun berbahasa melayu .. ikut slanga chinese berbahasa melayu. Tak pernah walaupun sekali. Sebab ramai juga aku dengar cikgu melayu yang akan spontan bertukar slanga melayu mereka jadi macam chinese berbahasa melayu. Wat for ...??? hmm .. ish.

Tapi .. ada juga, pelajar yang memang aku tak boleh pandang. Tapi tu tak lebih dari 10% dari mereka yang sangat baik dengan aku.

Jadi, para guru .. anda boleh ambik sedikit iktibar kot. Aku dah berhadapan dengan 3 sekolah di JB. Dan cara aku tu sangat berjaya membuatkan pelajar bukan melayu jadi mesra dengan aku. Pelajar melayu ..??? Pun ok ! As long as .. aku tak pernah letakkan gap antara aku dengan mereka. Tapi biar mereka sendiri, menjaga batas tu. Aku layan mereka macam kawan. Sebab tu aku tak pernah sekali pun .. panggil aku 'cikgu' bila bercakap dengan mereka. Aku hanya mahu mereka menghormati dari dalam hati .. kerana mereka selesa dengan aku .. bukan sebab mereka takut dengan aku.

Okey .. itu pasal di sekolah yang baru ni. By da way .. suasana kerja alhamdulillah .. bagus. Budak pun best jugak. Thennnnn .. balik kampung !!!!!!


Abang !!!!!! tq sayang. kui3x.
Bear bear yang besar dah macam aku tu dah sampai. Okeh, bfday present ! hahaha .. tapi yang luv merah tuh, bukan dari my bf. adik aku tak mau, dia campak masuk dalam bilik aku. hahahhaa .. tingok tuh ! lala dah jadi model bear bear pulak .. hahahaha
 

Thennn .. tengok tu minnie. Dia plak yang syok melentuk peluk bear bear tuh. Hahahaha .. seronok betul dia tidur.


Dannn .. budak dah overdos syok tidur. Ajak makan pun tak mau bangun. Apela minnie .. ;) 
Maka .. itulah yang berlaku di sepanjang September !
Penat ni penat ni
Tak larat nak story lagi ... beta mahu beradu !!
waaaacccchaaaaa !!!
Tido ..  zzzzzz
wassalam


No comments:

Post a Comment