Sunday, March 31, 2013

~ .... ZzzzZZzzzz .... ~



Assalamualaikum
hye readers !
wat a bad day for me today.
hurmmm

tido .. tido dan tido sepanjang hari
lepas solat tido lagi
tak perlu makan .. tak perlu apa-apa. apa yang perlu adalah melupakan .. menghilangkan semua tu dari ingatan. Hanya dengan tido ! heaven !!!




Aku yakin setiap dari kita memang akan berhadapan dengan sesuatu yang sangat menyakitkan. Lalu, bergantung kepada individu itu sendiri untuk menghadapinya. Jika ia berkait dengan individu yang lain .. maka akan timbul isu memaafkan atau terus berdendam atau tidak melupakan.

Yeahhh ! Aku tahu .. aku pernah berhadapan dengan hal yang sama beberapa kali. Ya, berulang kali. Dan terus berulang. Oleh kerana ia berulang .. aku pernah ada seorang kawan satu masa dulu dan dia kata :

' aku tak tahu siapa yang bermasalah sebenarnya ..? benda ni jadi banyak kali pada kau. sama ada kau yang bermasalah atau kau yang sering bertemu dengan hal yang sama '

Yup, memang aku mencari. Di mana salah aku? Di mana khianatnya aku pada kawan-kawan? Demi kerana aku mencari dan terus mencari mana salah aku .. maka, itu lebih menyiksakan pada aku hingga aku menjadi terlalu sangat benci pada diri sendiri. Menghukum diri sendiri tanpa tahu apa kesalahannya. Wat a poor girl of me that time !



~ i'm fine and always fine ~


Semua tu memang berlalu dan pergi dengan pantas. Ada masanya ia pergi ada kalanya ia akan datang kembali. Tapi sayang, bayangnya tetap datang mencari. Langsung tidak pernah melepaskan aku hidup dengan hidup dan cara aku. Ya, aku memilih untuk sendiri. Aku memilih untuk melalui semua .. melalui suka dan duka aku sendiri. No need fren. Aku kuburkan lebih 10 kaki perkataan frenship itu.

Why?why? why?
Aku pernah terserempak dengan seorang kawan lelaki dan dia kata :

'ai, korang ni yang perempuan sikit sikit kecik hati .. tak payah lah. be matured '

Hmm .. perkataan kecik hati sering dilabelkan pada manusia bergelar perempuan. Tapi apa yang aku lalui bukan kecik hati. Bukan merajuk. Semua itu bukan ! Ia lebih membawa kepada perkataan FOBIA. Lebih kepada MENTAL TORTURED. Lebih kepada SOCIAL DEMAGE. Terima kasih tidak terhingga buat insan-insan yang sudah begitu berjaya membuat aku ke tahap itu kerana itu sebenarnya bukan hal yang mudah untuk berlaku pada aku.

Katakan TIDAK pada persahabatan. Apa yang aku rasa adakalanya ia berlaku sebagaimana berlakunya migrain pada otak aku. Ia perlu dimulakan dengan trigger factor yang menyebabkan segala macam hal lama datang tanpa mengira waktu dan ketika.

1. Memandangnya berulang kali

Facebook adalah tempat paling mudah untuk aku pandang dia. Walau hanya melihat dia, perasaan itu mulanya sedikit terkesan dan lama ke lamaan ia akan bertambah hilang kekuatan.

2. Orang yang disayang bersama dengannya

Aku perlu akui my bf adalah kawan satu kelas dengan dia dan tunangnya. Aku perlu terima hakikat kalau mereka akan bergurau, mereka akan saling berinteraksi dengan cara yang baik. Salah? Tentu sekali tidak. Aku tidak mungkin akan mencampurkan masalah aku dengan my bf. Itu cukup tidak adil bagi dia kan ..??? Walaupun sebenarnya, hanya dengan melihat my bf ucapkan tahniah di atas apa saja kepada mereka itu sebenarnya adalah kesakitan yang paling dan amat sakit pada aku. Ia boleh menghancurkan tembok-tembok kekuatan aku bertahun tahun. Ia umpama .. my bf sendiri mengucapkan tahniah  pada mereka kerana berjaya menyakitkan aku seteruk ini walau hakikatnya TIDAK. Ya, memang tidak !

3. Menonton/mendengar kisah persahabatan

Itu adalah 2 hal yang aku akan elak selagi aku mampu. But, sometimes there are something that we can't predict wat the story about, rite ?! The Lemonate Mouth antara movie yang akhirnya memberi kesan air mata pada aku. Kebanyakan lagu nasyid juga. That's why aku tak pernah layan lagi lagu nasyid sedangkan lagu nasyid adalah pilihan aku satu masa dulu. But i've been stop everything bout it !

Then, wat should I do ?!
Jawapannya adalah aku perlu mencari cara untuk memulihkan roh aku kembali. Caranya masih juga bukan pergantungan pada orang lain. Adakah aku perlu minta pada bf aku untuk tolong aku pulihkan semula roh yang sakit ni? Jawapannya tentu sekali tidak. Sejak dahulu aku kenal dia, dia lebih mengajar aku untuk selesaikan segalanya sendiri. Pernah juga dia cadangkan aku untuk jumpa aku jumpa kaunselor or psikiatri. Tapi aku tak mahu !


Aku pernah juga bercerita pada orang tertentu yang aku kira ada tauliah dalam bidang tersebut dan jawapan caranya adalah sama dengan apa yang aku fikirkan. Tapi, apa yang berbezanya adalah .. mereka hanya sebut dan memberi cara tanpa mereka faham sebenarnya untuk melakukan hal tersebut memerlukan 1001 kekuatan yang mungkin akan tersungkur di tengah jalan.

Ada juga orang lain yang cukup bertauliah tapi tidak punya karakter untuk aku percaya dan rasa kagum pada individu tersebut. Jadi, perlu ke aku jumpa mereka semua ? Jawapan aku adalah TIDAK. Tapi ada seorang individu yang cukup aku kagum, iaitu Dr.HM Tuah Iskandar. Ya, bagi aku nasihat beliau cukup bernas. Dan aku tak tahu di mana kekuatan aku contact dia melalui facebook. Ini jawapan dari dia :


' tak salah tanpa kawan dan boleh hidup bersendirian, cuma perlu kekuatan untuk mengelak kesunyian. jika anda jenis suka bersendiri, adalah lebih baik menyepi dari bersama kawan2 yang memungkinkan anda terbuat dosa. nisbah sahabat ialah 1: 1000, bermakna di kalangan 1000 anda hanya perlu seorang. yang anda katakan sahabat tadi tu bukanlah sahabat tapi sekadar kawan. sahabat adalah mereka yang menangis dan tertawa bersama kita, boleh bergurau kaw-kaw tanpa terasa hati. boleh saling menegur dan mengutuk tanpa kecil hati atau dendam. dia memancu anda ke tahap iman dan kejayaan duniawi. saya sendiri hanya ada seorang sahabat, selebihnya adalah kawan. keluarga kita sememangnya yang terbaik andainya mereka boleh memahami kita '


Ya, aku perlu menyepi dari kawan-kawan. Biar aku pergi sejauh mana yang aku boleh. Aku perlu jauh dari trigger-trigger factor yang ada. Aku perlu bermula semula dari bawah kerana semuanya kekuatan yang ada selama ini hilang dan hilang. Ibarat anda membina tembok dengan menyusun batu bata .. lalu belum juga tembok itu cukup kukuh dengan paduan konkrit yang cukup kering .. dan ibu anda tiba-tiba terlanggar lalu runtuh sebab anda membina tembok itu di tengah laluan. Ya, itu sebenarnya yang aku lalui dengan my bf.

Jadi, biarlah aku bina semula tembok kekuatan aku di tempat lain supaya saat dia melalui jalan lama itu aku tidak tahu dan tidak pernah tahu. Aku tidak mahu tahu. Tapi, aku tak tahu apa akan jadi bila waktu jodoh kami panjang lalu berkahwin. How can I manage it ?! Dia mungkin mahu ke majlis perkahwinan mereka. Dia mungkin mahu melawat mereka waktu Raya. Dia mungkin mahu sertai dalam mana-mana program reunion. Jika semua membawa pasangan, adakah dia perlu sendiri ? Baiklah. Sila kahwin seorang lagi. Ohhh My !!!!



I dont know. Biar masa yang tentukan apa yang akan terjadi beberapa waktu akan datang. Sama ada waktu itu nanti aku boleh berjaya buat tidak tahu. Atau waktu itu aku tidak lagi hidup. Siapa tahu ..? Aku yakin Allah telah sediakan jalannya akan datang. Mungkin juga apa yang aku tindakkan kali ini menjadi persoalan ramai manusia dan mungkin juga dipandang begitu sinis oleh sesetengah orang .. tapi pernahkah mereka bertanya, apakah kesan setiap tindakan kita pada seseorang? Berkata maaf memang mudah sebab ia hanya sekadar ungkapan yang tidak perlu disertai dengan apa-apa tindakan. Tapi, manusia yang perlu menerima maaf ini perlu melakukan banyak hal yang ada kalanya melampaui kemampuan jangka pendeknya.

' banyak kali aku minta maaf, tapi kau je yang tak pernah nak maafkan ..'

adakah dengan minta maaf itu disertai dengan jalan mengubat rasa sakit dan siksa yang aku lalui berbulan-bulan hingga hari ini menjadi bertahun? adakah ungkapan maaf itu disertai posyen yang dapat membuat aku lupa tentang banyak hal ..?? Tidak sama sekali. Tidak pernah. Maka yang sakit dan terus sakit itu aku. Yang berusaha dan terus berusaha menghadapi rasa sakit itu juga aku. Yang bergelumang dengan air mata itu tetap juga aku. Bukan kamu. Bukan kalian.


Berusahalah Nazura
Selagi mana hidup perlu diteruskan
Selagi itu bahagia perlu di perjuangkan
Wassalam

No comments:

Post a Comment