Wednesday, November 18, 2015

~ this is soooo ... ~


Assalamualaikum
masih belum tido hye readers. yup, seharusnya aku dah berlalu tido waktu ini. Tapi hati rasa mahu update blog ni even badan rasa sangat memerlukan rehat yang cukup. ohhhh demam !!

Bila scroll nf di FB hari ini, aku sangat terkesan dengan kes kematian seorang kerani di Muar. Ya, itu memang jadi hal dan perbualan masa ini. Sangat, kan? Sikit ke banyak, kes tu turut mengganggu aku. Sangat berjaga - jaga nak ke mana-mana. Di mana mana. Buat apa. Dengan siapa. Ohhh semua itu perlu di fikir dan ambil kira. 
Dunia ohhhh dunia. Malaysia ohhh my Malaysia. Masih aman ke hingga di dalam rumah sendiri rasa hatinya tidak pernah tenang. Bukan salah Polis tidak menjalankan tugas. Polis jalankan kerja bila sudah ada kes. Nak jadi kes perlu ada yang jadi mangsa. 
Is it ?? Serius, hampir setiap masa dan waktu sentiasa fikir kalau dan kalau dan kalau. Apa nak buat ??? 
Astaghfirullahaldzim .. Demi Allah ! Hanya pada Mu aku menyembah, dan pada Mu jua tempat aku memohon pertolongan. Sesungguhnya sebaik baik pertolongan itu adalah daripada Allah. 
Itu saja yang dapat buat aku sikit tenang bila memikirkan kes kes jenayah yang superb kat Malaysia hari ini.


Scroll lagi NF di FB
Kes bayi pula di temui di depan pintu tandas. Jumpa di pondok taman rekreasi dengan baby dah di hurung semut
Itu salah satu daripada hal dan kes yang tak pernah selesai. Astaghfirullahadzim .. !! Bagaimana semua itu boleh terjadi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa agaknya nilai sebuah nyawa tu pada mereka yang melakukan kezaliman begitu ? Pelbagai cara dan usaha cuba dilakukan demi untuk membanteraskan gejala sebegitu terus berlaku. 
Malaysia .. mengapa nyawa itu dilihat seakan tiada sebarang nilai bagi sesetengah manusia ?? Banyak pihak akan dituding jari berikutan hal hal begitu. Semakin parah ! Taubat seorang, tetapi lahir lagi 10 generasi yang begitu. Bagaimana itu?


Scroll lagi dan lagi
Aksi terlampau bla bla bla. Artis mabuk di hadapan kelab. Pakaian artis melayu terlampau. Mengaku bersalah di tangkap khalwat dengan kekasih !
Wat the ...???!  This is real Malaysia.
Perkara begitu jadi viral sebab mereka adalah selebriti. Tapi, hakikatnya orang biasa mungkin juga mereka disekeliling  kita sentiasa terlibat dengan hal sebegitu. KAn ?? Tak perlu tengok orang lain .. tapi tengok keluarga kita sendiri. Ada atau tidak mereka terlibat dengan hal hal begitu. Astaghfirullahadzim .. semoga ada pintu kesedaran dan taubat bakal terbuka buat mereka semua. Gejala gejala begini lah yang akan mengundang kepada masalah pembuangan bayi dan sebagainya.


Scroll lagi dan lagi
Kes culik kanak-kanak. 
kes ini lagilah menjadi igauan ngeri bagi semua parents. ya lah ! Siapa yang sanggup dan rela kehilangan si anak sekelip mata begitu? Tidak tahu perginya hidup atau mati. This is a real world. 
Sudah hilangkah rasa belas dalam jiwa jiwa mereka. YA Allah .. mereka benar-benar kelompok syaitan versi manusia. Sebab mereka yang tidak bertuhan juga masih dibekalkan dengan rasa belas terhadap makhluk bernyawa. 

Dengan semua kes kes begitu 
Polis tetap buat kerja mereka. Banyak juga kes kes yang berjaya mereka selesaikan. Syabas ! TApi, adaah mereka berjaya menyelesaikan kes nyawa yang hilang ? Punya ganti ke ??? Mestilah TIDAK !

Percayalah duhai sekalian umat manusia
terutama yang mengakui dirinya umat Nabi Muhammad
berpegang pada keyakinan Rukun Iman
Beramal dengan Rukun Islam
Mengakui menjaja dengan bangga dirinya Islam yang nyata
Semua kes dan jenayah itu akhirnya akan menjadi semakin GALAK  apabila semakin GALAK suara suara sumbang dan lantang menombor duakan hukum Allah ! Hudud itu dari Allah. Tahu kenapa ? YA, Allah sedang menilai manusia-manusia bongkak yang rasakan dirinya lebih baik mengatur manusia. Yang merakan tindakan mereka lebih baik dalam menghukum manusia. Mereka ini tetap juga manusia. Akal dan tindakan mereka tetap manusia. Maka, mampukah mereka melawan ketetapan Tuhan mereka ?? Demi Allah, Mustahil !!


Duhai manusia bongkak ! YA, Allah sedang menguji kebijaksanaan kalian. Sesungguhnya tidak setanding walau sezarah juga keupayaan kita sebagai manusia berbanding Tuhan menciptakan kita. Sedangkan sekali Allah katakan di masa dan ketika itu ajal kita sampai, maka tidak sesaat juga ia akan ditangguhkan. Maka, kenapa kita boleh meninggi pada Allah begitu ? Tak malu ke ??? no, i have no idea.

Ya Allah ... sesungguhnya semua itu adalah bencana akhir zaman yang menimpa manusia akhir zaman. Bersedialah untuk apa jua kemungkinan. Jalan kita sudah semakin singkat.  Sudah sangat singkat.

' ... ya Allah, bebaskanlah aku dari fitnah dunia ini. Ya Allah .. kurniakan aku dan keluarga perlindungan Mu. Sesungguhnya Kau adalah sebaik baik pelindung. Matikanlah kami dalam khusnul khatimah. Matikanlah kami dengan keimanan kepada Mu. Matikanlah kami dalam keadaan yang baik. Peliharalah diri kami hingga berakhir nafas kami di atas muka bumi Mu ini Ya Allah ...'

dear readers 
semoga kita semua dikurniakan kekuatan untuk menghadai bencana dan ujian dunia akhir zaman
Semoga mereka yang melakukan kezaliman dan kekejaman .. mereka balasan terbaik dari Allah. Kurniakanlah kepada mereka kesedaran. Mereka yang menjalankan aktiviti jenayah begitu .. kembalilah kepada Allah. Allah itu Maha Pengampun. Kumpulkanlah rasa belas sesama makhluk bernyawa. Letakkanlah diri kamu di tempat mereka yang telah kamu aniayai. Semoga kalian dikurniakan Taufiq dan Hidayah Allah

wassalam 



No comments:

Post a Comment