Sunday, February 27, 2022

Fateh Anas bin Jalil

 Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang untuk update blog. Lama dah terfikir nak update, cuma masa sangat sangat tak mengizinkan. 

Dah hampir setahun rupanya tak menjenguk ke blog nih. The 1st entry in 2022.

oke lah kan daripada tak ada. hahhaha.

Alhamdulillah, hujung dec 2021 selamat lahirkan seorang lagi hamba Allah atas dunia nih. Semoga sihat fizikal dan mental. Membesar menjadi khalifah di atas muka bumi Allah dan menjadi anak yang soleh dunia akhirat. 

Sebenarnya cerita nak pregnant untuk kali ketiga adalah sangat panjang. Aku ambik masa setahun lebih berkira-kira nak pregnant ke tidak. Ada banyak sebab kenapa aku nak 'membongsukan' Abdullah Fahim. Tapi, dengan satu sebab juga aku perlu pregnant lagi. Maka, aku pun decide untk pregnant dan melahirkan pada 2021. Alhamdulillah, Allah redha perancangan itu. 

Pengalaman Mengandungkan Fateh.

Dapat tahu pregnant sekitar awal Mei 2021. Masa tu ada seminggu lagi nak cuti sekolah n cuti Hari Raya. Tergerak untuk check bila lepas berbuka rasa mual yang pelik. Perut tak selesa cuma tak sampai muntah. Bila check, betul pregnant. Sepanjang pregnant, tak ada sebarang alahan. Selera makan oke je dari mula sampai akhir. Masalahnya satu je. Perut tak boleh kosong. Once perut kosong je, memang akan pening dan mual. Then, untuk pregnant kali ni, memang langsung tak ambil suppliment. Apa yang doktor bagi je. Rutin sepanjang pregnant adalah setiap bulan akan buat scan. Aku tak de pun buat scan yang banyak banyak D tu. 3d ke 4d ke. Bukan niat nak tengok baby. Tapi scan sebab nak pantau kesihatan baby saja. Sejak Fahim memang buat macam tu. Dan akan berulang klinik yang sama. Klinik Putra Bandar Universiti. Dr. Kharyati tu sampai dah kenal aku dah.

Alhamdulillah, dalam tempoh trimester pertama dan kedua pregnant tak ada masalah apa pun. Masuk trimester ketiga, sakit badan dah mula. Since perut membesar dengan lebih cepat dari sebelum ni, banyak pergerakan yang terhad. Tak dapat tidur setiap malam. Masuk 8-9 bulan, rasa macm dah hujung sangat budak nih. Masa ni lagi lah semua serba tak kena. Rasa yang tak aku rasa masa pregnantkan Umar dan Fahim. Jadi masa ni, otak dah fikir nak bersalin je. Rasa rengsa dan sakit tu membataskan banyak benda.

Since dijadualkan bersalin hujung december, maka ada cuti yang panjang sikit, terus cepat cepat balik kampung. Sebab tak tahu lagi sempatan negeri akan ditutup semula ke. Yang pasti hujung tahun memang tak boleh nak ke mana-mana pun.

Pengalaman Bersalinkan Fateh

Alhamdulillah, pengalaman bersalinkan Fateh, Allah sangat-sangat mudahkan. Sepatutnya bersalin 26hb, tapi 25hb december adik yang last nikah. Jadi 24hb tu ada appoinment doktor. Bila jumpa doktor, check laluan .. dah ada bukaan 2-3cm. Tapi tak ada rasa sakit yang sangat kuat. Jadi, doktor bagi pilihan. Kalau nak bersalin hari ni, dah boleh dah. Kalau nak tunggu lagi, pun boleh. Jadi, aku decide lepaskan adik aku nikah dulu. Aku kata, bagi aku ready dulu lah. Nanti aku inform semula.

So, masa hari adik aku nikah 25hb tu, alhamdulillah aku masih bergerak aktif lagi. Baby pun tak banyak kerenah. Duk relaks je. Masuk 26hb, perut mula tak selesa dari pagi. Dalam hati fikir, mungkin penat sangat masa hari semalam. Tengah hari jalan-jalan dulu bawa budak-budak. Tanya suami, oke ke nak bersalin 27hb? Suami oke je. Jadi, terus inform doktor untk check in 27hb. Jadi, doktor suruh datang pukul 8.00 pagi. Inform 'kakak' ku kat hospital. Sebab dia kata, kalau aku nak bersalin nanti dia akan handle. 

Malam 26hb tu, kat rumah mak badan dah sangat tak selesa. Jadi, cepat cepat balik rumah nak rehat. Malam tu tidur awal. Tapi sepanjang nak tidur tu memang tak selesa. Dalam tak selesa tu, oke la boleh mimpi lagi. Terjaga semula bila rasa perut mengeras. Ehhhhh..nak beranak kat sini ke..? Rasa sakit mula datang selang 15 minit. Pukul 2 pagi gerakkan suami. Cakap kat dunia, rasanya kena pergi hospital nih.

Teruslah siapkan budak budak hantar ke rumah mak. Sepanjang jalan nak ke hospital tu memang relaks sangt. Sebab bila duduk dalam kereta je, baby sangt tenang. Sampai hospital cakap dengan suami, parking dulu la. Sebab nak tidur. Masa tu, tidur sangat bermakna untuk aku. Dalam pukul 5 baru masuk. Masa ni, sakit dah hampir tak ada. Dalam hati kata, kena game lagi ke aku nih. Tapi tak apa pun, sebab memg dah booking 27hb pukul 8.00 pagi.

Bila check laluan, masih 2-3 cm. Kepala baby masih tinggi. Betul lah memang kena game. hahaha. Since, memg dah booking, diorg terus bawa aku ke labour room. On ubat dan pasang apa tu lah namanya. payahnya nak ingat. Masa tu memang check in dan on ubat pukul 8. Tak lama lepas tu, kakak nurse aku pun datang, minta mengiring sebelah kiri dan bagi contraction lebih agresif. Masa ni layan contraction sambil bergelak-gelak sebab bergosip dengan kakak nurse. 8.30 pagi doktor masuk, check laluan dah 6cm. Doktor kata dah boleh pecahkan air ketuban. Masa ni, aku panik sekejap. Tarikh nafas dalam-dalam, sebab nak get ready dengan sakit melampau dia. 

Pukul 9 dah datang sakit yang 1st. Boleh tahan lagi. Boleh bersembang lagi dengan kakak nurse. Kali kedua, kakak nurse dah keluar. Boleh lagi bercakap dengan laki aku. Dah tak lalu nak sembang. Kali ketiga, tak boleh nak cakap dah. Kali keempat, dah minta suami panggilkan kakak nurse. Sekali dia check, dah complete. Doktor pun berlari naik atas untuk sambut. Tak sangka cepat sangat. Alhamdulillah 9.50 pagi keluarlah seketul Fateh. Tepat sekali masa laki aku sebut kat mak aku : Pukul 8 masuk wad. Pukul 9 sakit. Pukul 10 dah bersalin. Alhamdulillah, Allah mudahkan sangat.

After deliver, Fateh terus dibawa ke nursery. Since ambik bilik berdua, jadi tak dapat bawa naik Fateh. Laki aku kata, kalau tahu tak boleh teman and bawa baby naik, ambik bilik yang single je. Tak apalah. Nak naik ke wad tu, tengok Fateh sekejap. Lewat petang, lepas suami datang semula daripada cuci dan tanam uri, baru turun balik tengok Fateh. Sebelum turun ke wad masa pagi tu, doktor dah cakap. 'Kalau Zura nak balik petang ni boleh je. Nak balik ke..?' Memandangkan aku fikirkan badan yang masih letih dan kesann ubat tahan sakit, aku decide untk rehat satu malam. Jadi malam tu, dapat jugakla rehat sebab Fateh pun stay kat nursery. 

Berpantang Dengan Fateh

Berpantang kali ni, aku decide nak pantang kat rumah sendiri je. Kalau dekat rumah mak yang bessssssarrr tu, agak penat nak berjalan sana sani. ( tak tipu. rumah mak memang besar dan panjang. ustaz yang datang 'tengok' kan rumah pun, sampai tersesat ).

Masak pantang, suami yang masakkan. ( tak pantang pun suami yang masak kan. apa nak heran kan ). Cuma kalau dia tak sempat, aku masak je sendiri. So far, oke je. Tapi dah pesan siap siap kat suami. Aku nak ikan yang senang nak di masak. Sebab tak boleh nak ambik masa yang lama nak masak ni. Aku punya perangai, aku cuma boleh duduk paling lama 1 jam je kat dapur untuk masak, siap kemas dapur dan semua makanan boleh di makan. Lebih daripada tu, aku boleh stress. Tak kisah la hari hari makan lauk singgang ke..hari hari ikan panggang dengan sup sayur ke, aku okay je. Tapi duduk lama kat dapur, bagi aku tak okay. 

Seminggu dua Fateh kat rumah, memang aku sangat kekok. Memang anak dah masuk 3. Tapi rasa nak sesuaikan diri balik tu agak susah. Bukan Fateh je. Sama je masa Umar dan Fahim dulu. Masa Umar dulu, sampai seminggu lebih baru aku nak sayang. Baru nak cium. Orang excited betul jumpa dia masa baby, aku tak ada perasaan. Lama sikit baru la ... oke, anak aku. haaaa..dia macam tu lah.

Dah 2 bulan, baru ada mood nak siapkan katil Fateh. Ni tak siap pun lagi. Nak buat pun lambattttt sangat. Letak satu, termenung. Letak lagi satu termenung. hmm..cam tu lah. hahaha.   

 

Masa Fahim, sampai tahap aku lari dari rumah pukul 1 pagi. Sebab stress dia menangis je waktu malam. Dia kan eczema, jadi kulit dia selalu gatal. kena pulak, time tu badan aku sakit lepas urut. Memang hmmm...sangat. 

Bila Fateh ni, lebih kurang Fahim. Tak boleh nak letak. Bila letak je, menjerit. Suuuuuuusah sangat nak tidur. Dia tak boleh tidur dalam bilik. Tak boleh sejuk tak boleh panas. Tak boleh pampers tak kering. Tak boleh dibedung. Tak boleh tidur telentang. Jadi, nak bagi dia tidur tu, kena meniarap kan atau mengiringkan dulu. Dah lena, baru telentangkan. Nak sentiasa bergoyang. Since, aku memang tak pernah guna buai, belikan lah swiggle chair tu. Hmm..haru.! Tak mau jugakkkk.  Haaaa..gitu lah dia punya cerewet. 

Aku punya style pantang memang akan menyakitkan hati orang yang sangat menjaga pantang. huhu. Bak kata mak aku : Masa pantang Umar, nampak sikit macam pantang. Masa pantang Fahim, nampak sikit baru lepas bersalin. Masa pantang Fateh, haihhh..dah macam orang tak beranak. Orang tahu beranak tu sebab bawa baby je ke sana ke mari. hmm.. tu lah.

So far, proses pemulihan sangat cepat. Makan je makanan yang berkhasiat. Makan ikut masa yang betul. Buah jangan tinggal. Tak terlalu duduk saja. Aku masih pakai bengkung. Kali ni, aku panggil CL untuk urut dan bertungku. Sauna aku tak suka. Pernah 2 kali buat sauna. Maka 2 kali tu jugak aku terbayang Final Destination. Oke, drama sangat.  Boleh je ambik pakej untk masak ke, uruskan baby ke .. tapi aku sendiri rasa tak berapa selesa untuk orang lain uruskan untk aku.

Dalam tempoh pantang tu jugak, banyak kali mak aku minta nak jaga Fahim. Dia suh hantar Fahim pagi, nanti ambik lah lewat petang. Umar dah pergi sekolah. Balik sekolah, dia minta hantar kat dia lah. Taaaaaaapi ..  hmm.. tu lah. Memang dah pattern aku dengan laki aku, memang takkan hantar anak ke mana-mana selagi bukan sebab urusan kerja dan emergency. Bagi aku, selagi mana mereka boleh menghabiskan masa bersama adik beradik, gunakan secara maksimum. Jadi, memang tak hantar la. 

Pagi tu, duduk rumah dengan baby n Fahim. Alhamdulillah, Fahim saaaaangat membantu. Minta tolong itu ini, cepat je bangun. Kalau selalu nampak dia sangat kasar dan kuat menjawab. Tapi bila ada adik, banyak dia membantu. Nanti bila Umar balik sekolah, Umar pulak tolong kemas rumah sikit-sikit. Ambik kain daripada dalam dryer, letak kain kotor kat mesin basuh. Vacuum rumah. Kemas mainan walaupun sambil membebel bebel kan Fahim. Alhamdulillah, the boys sangat membantu. 

Akhir Pantang 

Alhamdulillah dapat mengakhiri moment pantang. So far, pantang ni banyak kot persepsi. Ikutla selesa badan masing-masing. Kemampuan masing-masing. Banyak sangat isu pantang sekarang ni. Bagi aku, aku memang study apa yang orang cakap. Cuma kadang aku tak ada la menjawab. Kena macam ni dan macam tu. Tak boleh macam ni dan macam tu. Saintifik nya apa..? Apa kaitannya..? 

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Berlapang dada sudahla. Badan kita, tak sama dengan orang lain. Jangan la main smash je orang lain. Kalau rasa nak berpantang ikut tradisi, terpulang. Kalau yang tak nak pun, terpulang. Tak perlu kata orang tu salah Orang ni betul. Tak perlu nak buat judgement pada orang lain. Macam aku sendiri, aku pilih berpantang ikut cara aku. Sebab tu tiap kali mak aku datang rumah tengok baby, dia akan kata : Badan sendiri kan. Pandailah jaga sendiri ( tu ayat malas nak bising ). Aku diam kan aje lah. hahaha.

okay lah. Next sharing entah bila ada masa lagi.
Wallahualam.
Wassalam.


No comments:

Post a Comment