Sunday, April 11, 2010

Tentang Sahabat ( vol 1 )

Siapa yang tak sinonim dengan istilah sahabat dalam hidup masing – masing. Itulah fitrah manusia sebenarnya. Maka menipulah manusia itu apabila dia mengatakan dia tidak perlukan teman dalam hidupnya.( aku la tu ). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pun punya sahabat yang cukp – cukup baik. Cukp2 setia. Rasulullah juga perlukan teman untuk bersama – samanya dalam usaha menyebarkan agama Islam..dalam usaha memerangi kafir quraish. Siapa pan yang hidup di atas dunia ini perlukan sahabat. Jangan kata orang...binatang dan tumbuhan pun perlukan teman. Dijadikan setiap yang hidup di atas muka bumi ini semuanya memerlukan antara satu sama lain. Itulah sesuatu yang tak boleh dinafikan. Jika ada yang menafikan fitrah ini , maka sebenarnya dia sedang dilanda ego yang meninggi...atau sedang menafikan suatu kesedihan untuk membina motivasi baru dalam jiwa dia. ( tepat sekali untuk aku ).


Tapi pernah ke kita melihat dan mendalami etika...adab...dan sesuatu yang berkaitan dengan istilah sahabat ???? Pernah dengar lagu in-team tajuk....ape ek tajuk lagu tu...yang lirik dia lebih kurang mcm ni...’ sesegar hijau daunan , begitulah kita diibaratkan , tiada siapa yang bisa memisahkan kita, antara kita semua....’ mcm tu lah lebih kurang bunyinya. Dalam lagu tu...ada lirik tentang ...’ bersahabatlah seperti Rasulullah..’ pernah kita tahu mcm mana Rasulullah bersahabat ? Dalam buku tulisan Imam Al-Ghazali tajukkan Bimbingan Muslim yang aku dah baca dari kulit ke kulit...ada jugak membincangkan tentang etika , adab dan banyk tentang bersahabat dalam Islam. Pernah kita hayati makna sahabat dalam Islam ???? Hm...fikirkan lah. Tak siapa pun tak boleh menafikan betapa peri pentingnya seorang sahabt dalam hidup manusia. Kalau tak , mana mungkin disebutkan atau dibincangkan dalam konteks Islam.


Tapi , zaman sekarang ni....prnah tak terfikir , siapa yang bersahabt ikut garis panduan Islam ? Hm...etika hdup pun jauh tersasr dari landasan Islam , pe lagi nk cite pasl sahabt , kn. (Ingatn utk aku juga). Aku buknlah manusia smpurna iman , smpurna pekrti ...dan smpurna budi utk berceloteh tentang Islam di sini. Maka , dengan ilmu yang sedikit ini , bolehlah sama – sama aku kongsikan dengan pembaca. That’s why aku tak pernah private kan blog ni.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah adalah orang yang senang bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah adalah orang yang suka menaburkan kata nista dan suka memecah belahkan antara sesama saudara...’

Baiklah , sabda Rasulullah sudah jelas bahawa orang yang dibenci Allah adalah org yang suka menabur kata nista dan memecah belahkan sesama saudara. Perkara ni sebenarnya jelas dan terang berada di sekeliling kita. Aku pun tak leh nak cakp org...sebb aku pun sendiri kdg2 buat semua tu. Sama ada sengaja atau tidak tu belakang kira. Sama la macm kadg2 kita gunakan beberapa medium yang baik...kpd kurg baik. Contohla...mcm facebook. Org guna untuk mncari sahabt2 yg lama...untuk berhubung dgn sahabt...agar kekal terjalin prsahabtn yang terbina. Tapi waktu bergaduh , kdg2 kita gunakan untuk mncari pembelaan di kalangn sahabt kita dan kerana tindakn kita tu....sahabt2 kita jadi berubah hati terhadp kwn yg kita sdg bergaduh ni...fikirlah sndiri...apa kesudahnnya nnt. (ini secara general..bukn utk sesiapa)..tapi , begitulah analoginya. Perselisihan antara kita dgn individu biarlah selesai dengn individu itu sndiri...jgn libatkn manusia lain. Tak perlu minta pembelaan dari org lain. Kita cukp sempurna utk membela diri sndiri jika betul kita berada di pihak yang benar. Klau yakin kita benar...Allah ada untuk menegakkan kebenaran utk kita. Org pun boleh menilai kalau org yg bertentang dgn kita tu slh. Tak perlu nak bgtahu satu alam..hm...mcm lari konsep je dgn tajuk. Hm...tak pe lah. Back to the basic.



Kita nak tahu tentang etika bersahabt , kan. Ok , ni aku sertakan sifat seorang sahabat dari buku Bimbingan Mu’min tulisan Imam Al-Ghazali :


Alqamah berpesan kepada puteranya , katanya ...” Wahai anak-ku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabt dengan seseorang , maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , dia akan membalas baik persahabatnmu
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan suatu kebaikan kepadanya , ia akan menerima dengan baik
5. Jika dia mendapat suatu kebajikan (bantuan) daripadamu , ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu
6. Jika dia melihat suatu yang tidak baik daripadamu , dia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta suatu kebaikan daripadamu , ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang suatu bencana menimpa dirimu , dia akan meringannkan kesusahanmu
10. Jika engkau berkata kepadanya , nescaya ia akan membenarkannya
11. Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantu mu
12. Jika kamu berdua berselisih faham , nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Demikianlah pesanan Alqamah kepada puteranya dalam menggambarkan karektor sahabat sejati

Berkata Saiyidina Ali r.a yang bermaksud :
’ Saudaramu yang sebenar adalah orang yang sentiasa berada di sampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu. Sanggup mengorbankan segala – galanya untuk kepentingan dirimu.....’

Ok. Untuk ini , anda fikirlah...saya juga fikir...kita sama – sama berfikir....adakah kita adalah sahabt yang sejati. Adakah kita layak untuk mendapat sahabat yang sejati. Adakah kita telah berlaku adil dengan sahabt kita ????? jIka tidk...ayuh , berubahlah. Kita masih ada masa sebelum kehilangn sahabt sejati. Aku pernah rasai kehilangn mereka...dan jangan anda pula kehilangn sahabt di sisi..

Sekian , wassalm...

No comments:

Post a Comment