Monday, July 19, 2010

~ sekadar persinggahan~


Hari ini aku berkesempatan juga untuk mengunjungi blog ni. Lama juga rasanya tak menaip di sini. Bukan tak ada idea..cuma tak berkesempatan. Apatah lagi..sudah mula naik sem , projek final pun sedang run , wah...banyk sungguh kerja yang perlu di rencanakan. Tapi , Allah itu tahu mana yang sebaiknya buat semua hamba-Nya , sudah hampir sebulan aku di serang migrain yang teruk secara tiba - tiba. Sakit kepala yang tak berkesudahan. Makan ubat pun...still macam tu. Apa yang sedikit menakutkan , pandangan aku boleh jadi kabur dan macam mahu tumbang daa...Atas nasihat seseorang, aku pun pergi ke farmasi dan kemudian ke pku ( pusat kesihatan universiti )untuk buat check hemoglobin. Apa lagi , sedut darahla. Hasil keputusan , tak ada yang serius. Dan aku tak budgetla itu kesan migrain. Sebab mkan poston berbiji2 pun...mcm tak ada effect.


Then , hari ni ....tanggal 19 July 2010 , aku pergi pku lagi atas arahan pegawai kesihatan kat sana , untuk check darah semula. Aku cam pelik gak...tapi , pergi je la. sakit kepala aku pun tak ok lagi. Bila pergi , kena sedut lagi darah. Mak datuk....sakit siot!!!!! Tak tahulah nape yang kali ni sakit. macam siot..sengal terus tangan kiri aku. Dah la nak drive kereta tak de power stereng. huwaa....ikut cakap sape la ni..kui3x. ( jangan marah ). Dah la sakit...bila tengok result , tak ade ape yang mencurigakan. Baru dia nak tanya....' awak ada migrain ea..' aku jawablah ya. dia tahu je aku ade migrain , terus bagi ubat mgrain n out!...apelah , tanyala awal2..tak la habis darah aku kena sedut. darah aku dah la sikit...huhuhu. tapi tak pe , seronok gak rasa macam sakit serius plak. hahaha...tapi yang penting sekarang....aku masih sakit kepala.keh3x


hmm...baru beberapa post yang lepas aku cite pasal migrain. Siap state lagi dah lama aku tak kena migrain. Rasanya penyakit tu rindu aku kot. Ish..tak pe2. Aku redha dengan kehadiran mereka. Bukan selalu nak sakit. Kan sakit itu , membuatkan kita ingat pada Allah. Ingat pada mati...justeru , penyakit itulah penghapus dosa. Oleh itu , jangan cepat mengeluh dengan penyakit. Yang sakit itulah bahagia , yang senang itulah kadang kala derita. Boleh dapat apa yang cuba aku maksudkan ??? Hm...jika boleh , baguslah.


hidup ni sekadar persinggahan je. Hidup mati hidup semula pun ....ending dia mesti matilah punya. Jadi , jangan jadikan diri sebagai hamba dunia. Hamba kehidupan. Waktu hidup ni lah perlunya segala kebaikan dan amal soleh untuk kita bawa ke akhirat. Walaupun , lahirnya aku hidup di atas muka bumi ini seringkali menjadi kebencian manusia .... tapi aku cuba untuk hidup untuk menyayangi manusia lain. Hati akan kosong , akan sakit , akan hancur apa bila jauh di sudut hati terbit rasa ...' menyampahnya kat dia ni...' atau '...aku tak puas hati dia macam ni , aku kena macam ni...' percayalah. Rasa sakit hati , rasa benci...rasa menyampah...tak akan di bawa ke mana. Tapi , kalau memang orang tu tak betul , kita tak berkenan....cukuplah jauhkan diri. Cari ruang untuk kita rasa selesa. Tak usah nak pukul canang satu dunia , kita tak suka dia. Tak de faedahnya. Buang masa , tambah dosa lagi ada.


Bagi yang membaca post kali ini. Ingatlah. Hidup ni sekadar satu persinggahan. Binalah kualiti diri yang terbilang. Janakan kuasa motivasi maksimum dalam hati dan jiwa kita. Perhebatkan potensi yang ada dalam diri kita. Bukan sibuk berbicara tentang orang yang kita tak suka , bukan sibuk untuk menyindir dan menyakitkan hati orang yang kita tak suka. Cukuplah simpan di dalam hati. Tak guna untuk diperhebahkan.

Ambillah sebagai tauladan dan sempadan. Sekian , wassalam..

4 comments:

  1. wooohooo...salam..
    angah,kamu skt tak btaw aku yer??
    nasib baik hidup lg adek aku nih..ko jgnla stress sgt klu wat pape tuh..just be cool..chill and ignore jer klu ade sape2 yg meyakitkan hati..
    yg penting jaga mkn mnum and TIDO tu pon wajib dijaga..kang umur muda lagi(mudakah kamu tuh??)..dh sakit mcm2..wah,membebel sudah aku nih..that means aku seorg kakak yg baik..kan..kan..(baik ko ngaku)..
    haih..take care ok..luv u always!!!
    muah..muah..;)
    =))

    ReplyDelete
  2. http://shahirafc.blogspot.com/2010/07/dia-tidak-kecil-lagibab-16.html

    *angah..gi baca ni klu stress or free2..enjoy okeh..;)

    ReplyDelete
  3. aku ignore ape...hahaha...aku muda lagi la. muda dari ko...kira muda la tu. tetttt..haha. okie la ko kakak yg baik...tapi aku lagi la adik yg baik..kuahahahahaha...
    ok..luv u too. ( hu...luv u ker..??? tett..he )

    kalau aku copy paste dia tidak kecil lagi tu...rs2 tuan dia marah tak ek..?? hahaha

    ReplyDelete
  4. ko nk copy paste kt mne?blog ko ker?
    boleh jer tp state lah ko cilok dr mne..
    sian tuan rumah..karya asli die tuh..
    bab 17 pon tak siap2 lagi kitorg dok menanya hari2..;)

    ReplyDelete