Wednesday, February 23, 2011

~ blurrrr .. ~

Assalamualaikum ...
Salam akhir Februari. Huwahahaha ... maknanya tak sampai 2 bulan je lagi aku akan akhiri minggu latihan mengajar nih. Perasaan hati : sedih + lega. hahaha .. bagaimanakah itu ?
Sesungguhnya di ketika ini aku cukup bercelaru dengan life aku. Betul ke apa yang bakal aku buat ? Entahlah ... aku ikut gerak hati ... solat istikharah .. dan tawakal. Itu je lah yang boleh aku buat. Tapi, syukur alhamdulillah ... feedback dari ' Terucap Syahadah ' adalah positif. Tapi aku masih ternanti-nanti komen-komen negatif yang mungkin boleh aku baiki untuk masa akan datang. InsyaAllah. ( entah bila la akan datang tuh ... hahahaha )




okeh ... 2 bulan menjadi manusia bergelar cikgu. Satu perkara yang amat membosankan .... menghampehkan .... mem ... tah bape banyak mem yang negatif la boleh aku luahkan kat sini masa sebulan pertama bergelar cikgu praktikal. Tapi ... bila masuk bulan ke dua ... semuanya mula berubah perlahan-lahan. Aku pun tak sedar bila perasaan tu hadir ... bila hati mula terbuka .... aku mula sayangkan student aku. Aku mula menganggap mereka macam adik aku. Apa lagi usia diorang semua sama je dengan umur adik bongsu aku. Jadi ... cara kami bergurau, cara kami bercakap .... semuanya seperti adik n kakak. Bezanya cuma mereka panggil aku cikgu.

Banyak benda yang aku fikirkan apabila bercakap tentang ' lepas ini '. Dan kerana terlalu banyak berfikir tentang masa depan ... buat aku jadi manusia yang sentiasa push diri aku untuk atur langkah seterusnya. Aku tak pasti lah itu baik atau tidak. Cuma yang pasti ... setiap hari ... setiap aku berjaya mencapai sesuatu dalam life aku ... aku perlu rancangkan yang lebih baik dari itu. Kan ke hidup perlukan motivasi ..??? hahahaha.



adoiii .. tinggi betul diorang melompat .. huhu .. nk joinn ..


Sooo ... bagi mereka yang mula hilang arah ... yang gagal dalam target yang di fokuskan .... dont ever give up bebeh. Life must be go on. Rezeki kita ada di mana - mana. Kalau apa yang kita nak kita tak berjaya capai ... itu tak bermakna hidup kita telah gagal. Cuba mulakan impian yang baru. Jika kita gagal ketika ini ... mungkin ada yang silap pada langkah-langkah kita sebelum ini. Mungkin kita gagal mengenal kekuatan dan kelemahan diri kita. Untuk kita mencapai suatau impian ... perkara pertama yang perlu kita semua tahu ... yang perlu kita semua yakin adalah kekuatan dan kelemahan diri kita. Dari situlah kita akan mengatur langkah kita untuk mencapai target kita.
Waaaa ... nazura memang bijak berkata-kata dan membebel tah hape - hape. Jadi .. bagi yang merasakan kata - kata aku itu boleh di jadikan pegangan untuk life akan datang ... alhamdulillah. Kalau mana yang sangat tak setuju dengan kata-kata aku tadi ... sila lah berkongsi apa yang salahnya pada kata - kata aku itu.

Oleh kerana waktu ini adalah waktu blurrr sepanjang minggu .... jadi, aku sarankan agar mereka yang senasib dengan aku untuk mencari sumber tawa dan kegembiraan anda. Agar hari - hari anda akan lebih ceria tanpa sedih dan duka lara..

hehehehe .... salam akhir februari. Semoga march anda adalah lebih baik dari yang sebelumnya ...
Chawwwww bebeh ..

Wassalammm ..

No comments:

Post a Comment