Wednesday, February 2, 2011

Haiiii Cinta ...

Assalamualaikum ....

Hohoho ... hari nih cuti. Jadi ... saya tak busy. hahaha ... best, kan? Orang Cina sibuk raya ... Melayu pun mau raya juga ke..? Dah bagi cuti kan ... cuti je la. Takkan mau keje plak. hahaha ... Jadi, oleh kerana ada masa yang terluang nih ... rasa nak menjiwang plak. Hohohoho ... jiwang ke ? Ye la ... tajuk entry je 'Hai Cinta ...' jadi ... keseluruhan entry kali ini adalah tentang cinta.

Hmm ... jarang-jarangkan aku nak bercerita tentang cinta. Siapa pun manusia dalam dunia nih ada rasa cinta. Hakikatnya, telah Allah jadikan manusia itu berpasang-pasangan. Untuk terjadinya berpasang-pasangan itu ... maka, wujudlah cinta antara mereka. Betul tak ? Kalau aku salah ... sila betulkan ya. Bagi pembaca yang sungguh budiman ... anda penah jatuh cinta tak ? hohoho ... tak pernah ...??? Rugi tawuuu ... jatuh cinta itu rasanya indah. Tapi bercinta itu rasanya belum tentu indah. Siapa setuju , angkat kening okeh ..??? hehehehe...

Siapa di waktu ini sedang asyik di lamun cinta ek ..??? Aku ke ...??? Hmm .. tak terkecuali kot. Aku kan memang sedang bercinta pun. Cuma kadang-kadang tak rasa sedang bercinta pun.. Kenapa? Hmm ... Sebab kadang-kadang rasa dia seorang sahabat. That why kadang-kadang tak rasa bercinta. hahahahaa ....

Penah tak dengar pendapat , yang couple tuh haram...?? banyak kali kan ? Ada logiknya ... ada benarnya. Tapi, aku ... dan mungkin ramai di antara kita .. tetap manusia biasa. Terjebak dengan cinta-cinta antara manusia di waktu awal, tengah or akhir remaja. Jadi, mungkin entry ini sesuai untuk mereka yang sedang bercinta. Semoga dalam sedang kita bercinta, kita tidak lari dari landasan kita.





Okeh ... jom sama-sama kita renungkan. Ada apa dengan cinta tu ek..? Hoho .. ini bukan filem ada apa dengan cinta itu okeh ...adakah perasaan sayang itu cinta sebenarnya...??? Cuma biasanya kita menyatakan kecintaan kita itu kepada bf or gf kita.. tapi bila kita menyatakan kecintaan kita kepada Allah ..? Begitulah kadang kala cinta itu membutakan mata hati kita. Tu yang keluar istilah cinta itu buta. Jangan sampai cinta itu membutakan hati kita. Parah nanti jadinya. Tu yang terhasilnya kandungan di luar nikah ... janin kat tepi jalan ... tu lah padah cinta yang membutakan mata hati. Sooo ... bagi kita yang sedang bercinta ini ... tanya diri kita ... adakah cinta yang kita lalui ini hingga membutakan hati kita...???





Ramai orang kata. Bercinta jangan lama-lama ... kahwin cepat. Dan hari ini ... sebab nak cepat-cepat kahwin, bercerai pun cepat. Hohoho ... harap dijauhkan ya dari kita. Kenapa ya agaknya begitu ...? Pada pendapat aku lah kan .... kahwin bukan satu medium untuk kita melampiaskan nafsu batin. Di dalam perkahwinan ada 1001 macam perkara yang tersembunyi yang hanya bisa di lihat oleh mereka yang sudah melaluinya. Cakap kahwin ... ya... senang je. Kumpul duit .... cukup duit ... kahwin. Tapi ... adakah bila cukup duit itu ... kita sudah benar-benar bersedia untuk memikul semua tanggungjawab yang tergalas..? Especially lelaki kan ... adakah anda sebagai suami sudah bersedia untuk menanggung semua dosa isteri dan anak-anak perempuan. Isteri yang mendedahkan aurat .. wajib bagi anda untuk menegur ... menasihat mereka untuk menutup aurat. Menutup aurat itu bagaimana ..??? bukan sekadar pakai tudung bang ... kalau pakai yang ketat di sana sini tuh bukan menutup aurat lagi namanya. Hai lelaki ... jom lihat gf anda ... jika mereka tidak menutup aurat .. pernah tak anda tegur mereka ..?? Kalau tak pernah tegur lagi ... tegurlah kalau anda memang memasang niat untuk menikahinya secara halal.

Kadang-kadang kita kurang sedar kenapa kita boleh jatuh cinta dengan dia. Mungkin sebab cantik or handsome. Mungkin sebab kaya ... mungkin sebab pandai ... mungkin sebab baik ... mungkin sebab ... dan macam - macam sebab. Tapi ... seharusnya sebab utama adalah bg perempuan untuk jatuh cinta dengan lelaki untuk dijadikan suami .... pastikan dia boleh membawa kita ke jalan Allah. Membimbing kita ke jalan Allah ... bukan ke jalan syaitan. Dan lelaki ... untuk jatuh cinta dengan seorang wanita untuk dijadikan isteri ... perlu lah dilihat jika wanita itu mudah menerima nasihat ..wanita itu dapat bersama -sama kita dalam mencari redha Allah di atas muka bumi ini.




Bagi yang bercouple ... sudah lebih 3 tahun tu ... mulalah merancang masa depan anda dengan pasangan. Tunggu cukup duit. Hohoho ... betul. Cukupkan lah duit tu .. tapi jangan tanya kenapa kalau gf say gud bye sebab dapat pinangan dari yang lain. Abis, kahwin bukan free, kan...?? hmm ... seeloknya, buatlah apa tanda untuk gf tuh yakin anda betul-betul serius dengan hubungan anda. Bertunang pun tak perlu lama-lama. Betul jugak tuh. Tapi kalau couple dah sampai 5 ke 6 tahun tapi tunang pun tidak ... kumpul duit pun tak cukup2 .... hmmm ... perlulah difikirkan semula. Bagi permpuan pulak ... jangan lantaran terlalu mengejar cita-cita .... semuanya tolak tepi. Kadang kala fikiran kita je selalu memaksa berfikir yang tidak-tidak , sedangkan realitinya tidaklah serumit mana. Jadi .... apabila datang suatu perkara yang baik, maka terimalah. Dannnn ... paling penting, janganlah meletakkan hantaran itu diluar batas kemampuan si lelaki. Adakah hantaran itu harga kita ? Adakah hantaran itu status kita ..??? hoho ... hantaran itu wajib pun tidak. Tak perlulah melebih-lebih. Over tawuuu orang kata. Aku pernah terbaca satu hadis, semakin rendah nilai hantaran seorang perempuan itu, semakin tinggi nilai harga diri seorang wanita itu. Jom ... kita fikirkan wahai perempuan.

Bagi lelaki, sekali lagi ..... jangan melengahkan sesuatu yang wajib. Jika sudah punya kerja ... ada kemampuan, segerakanlah. Jangan suatu yang boleh dijadikan ibadah .. bertukar menjadi maksiat. Persiapkanlah diri sebagai seorang ketua keluarga. Penuhilah diri anda dengan ilmu ... especially ilmu agama. Kerana itu yang akan benar-benar menjamin masa depan keluarga anda.





' Ya Allah ... sekiranya aku dan dia adalah baik buat kami ... maka panjang dan kekalkanlah jodoh ini. Jika tidak ... jauhkan lah hati kami. Dan temukanlah kami dengan jodoh yang baik buat kami ... aminnn ...'

Hohoho ... penat berkata-kata dah. Selamat bercinta kepada mereka yang sedang bercinta. Semoga anda dan kita semua menemui bahagia dan redha Allah bersama insan yang kita cinta..


Wassalam ...


No comments:

Post a Comment