Wednesday, February 8, 2012

~ aku dan kisah persahabatan ~


Assalamualaikum semua
hye readers
wat's up ??!!
mesti u all sume dalam mud yang ok
yang best
yang bagus ..
betul tak betul tak ..??
hahahaa
mud aku jugak yang tak berapa nak bagus.



oklah .. pernah tak korang dengar statement :
' aku tak naklah kawan dengan orang Kelantan. Diorang kuat assabiyah .. '

Mesti pernah, kan ..?? Haaa .. cerita tentang orang Kelantan. Sejak aku kecik, aku punya mentaliti adalah orang Kelantan ni baik. Orite. Cukup aku mention sebagai baik, so itu merangkumi beberapa perkara yang lain.

Bila aku habis sekolah, masuk ke matrikulasi .. arwah rumet aku seorang .. orang Kelantan. By da way .. bagi aku dia memang baik. Yes. Baik. Tak banyak kerenah. Dalam banyak perkara dia memang nice.
Tapi, kawan kat praktikum aku .. tak ada plak orang Kelantan. Kebanyakannya orang Selangor .. orang KL.

Orang KL .. or orang Selangor. Aku selalu dimomokkan dengan statement :
' budak bandar .. diorang seksi .. diorang sosial ' and bla bla bla .. yang seangkatan dengannya laaa.

Tapi .. aku kenal .. budak KL yang ok .. dan budak KL yang tak ok. Fine .. ! hahahaa
So, mengadili seseorang melalui negeri untuk dijadikan sahabat memang langsung tak accurate okeh.





Bila masuk UTHM .. aku tertakdir berkawan baik dengan dua orang budak Kelantan .. dan seorang budak Kedah. But then .. dua-dua budak Kelantan ni sekejapnya kawan dengan aku. Lepas tu diorang bla dengan alasan yang tak diketahui. So .. tak kisahlah. Then, budak Kedah ni plak .. aku plak lebih kepada tak selesa dengan dia. Pun tak kekal lama.

Dengan kehilangan 3 orang tu .. aku jumpa pulak dengan seorang budak Kelantan. Pun kawan kelas aku jugak. Bagi aku time tuh .. mungkin dia berbeza kot. Sekitar 3 tahun kami berkawan baik. Sayang pun mesti dah sayang, kan ..? Tapi, orang kata kita tak kenal sesiapa kalau kita tak gaduh. Yang pasti saat itu buat aku rasa .. everything is over.

Dalam nada yang lebih romantik aku cuma nak kata .. biar aku dengan hidup aku even aku tak pernah hapy. hahahaha ... boley plak ayat gitu, kan ..?

Memang aku sangat penipu kan kalau aku kata aku hapy hidup sendiri macam ni. Even taklah begitu sendiri pun ... hakikatnya semua itu bukan mengikut fitrah hati aku.





Hari ni, aku kenal dengan seorang lagi budak Kelantan. Bukan budak saja okeh .. tapi family dari Kelantan. Since dia pun dah ada suami dan anak. Honestly, dia bagus pada aku. Dia pun tua 2 tahun dari aku, so .. bagi aku sikap dia lebih matang. Dan tak tahu kenapa, masa mula-mula kenal dia aku rasa something .. dan itu buat aku jadi serumah .. dan sebilik dengan dia di rumah sewa ni. Allah Maha Tahu mengatur sesuatu untuk kita, kan ..? Dan hari ini, aku sangat tahu kenapa Allah meletakkan dia di sisi aku .. dan aku di sisi dia. Cukup setakat itu.

Okey .. kenapa banyak sangat tentang Kelantan, kan ..?? hahahaa. Aku tak nafikan hidup aku memang banyak dikelilingi dengan mereka yang berasal dari Kelantan. Kenapa kita kadang-kadang judge mereka bersifat asabiyyah ..??

Kita judge mereka begitu sebab apabila mereka berada di negeri yang lain, mereka pasti akan rasa terasing dengan loghat mereka yang berbeza dengan standard bahasa melayu. So, apabila mereka berjumpa dengan mereka yang mempunyai persamaan dari segi pertuturan .. dari segi asal .. mereka akan rasa mudah serasi. Itu kat mana-mana pun mungkin berlaku. Waima kita pun .. kalau pergi oversea .. bila jumpa orang dari Malaysia, kita akan rasa berteman, kan ...?? So, itu adalah fitrah manusia kot. Bukan masyarakat Kelantan saja .. tapi kebanyakan dari kita.

Aku pernah dimomokkan dengan statement :
' aku sudah serik dengan orang Kelantan ..'

Soal serik. Serik kenapa ? Serik berkawan dengan orang Kelantan ..? Macam yang aku cerita kat atas .. aku pernah berkawan baik .. aku pernah rasa disakiti .. pernah rasa ditinggalkan oleh kawan dari Kelantan. Jika kita teliti fitrah berkawan .. hakikatnya ia memang begitu. Tak kira dia Kelantan .. tak kira dia dari negeri mana sekali pun .. persahabatan memang akan menerima tidak pertemuan dan perpisahan. Tapi untuk sebuah persahabatan itu berterusan adalah ... carilah titik persamaan. So, please. Dont ever judge a person from where they are come from. Apa yang perlu kita lihat adalah .. bagaimana sahsiah dan sikap individu tersebut. Kan ?





Sebenarnya persahabatan itu hanya boleh kekal bertahan apabila kita mempunyai nilai .. pendapat yang sama dalam banyak benda dengan sahabat tu. Aku tak nafikan .. rasa sayang aku pada kawan aku yang Kelantan tu masih kuat. Serius. Masih kuat. Yes, semuanya mungkin akan makan masa yang lebih lama untuk aku buang perasaan tu jauh. Mungkin masa tu, baru aku boleh terima hakikat yang berlaku.

Orang kata cari pasangan hidup tak senang .. begitu juga dengan persahabatan. Siapa kata nak cari sahabat tu senang. kan ..?? Tapi sekurang kurangnya aku perlu syukur masih ada sahabat yang cukup memahami .. yang cukup setia bersama aku. Mereka tak pernah kata berkali kali mereka sayang aku. Mereka kurang sangat katakan i miss u ... i luv u pada aku. Tapi sesungguhnya aku sangat tahu nilai sayang dari mereka. Ikhlas. Sayang .. tak perlu dituturkan setiap masa sebab lama kelamaan .. ia hanya subur di bibir tapi bakal pudar di hati.

Biarlah ia tidak pernah diucapkan .. tapi rasa kasih .. rasa sayang itu boleh dirasa pada setiap kata-katanya. Kadang tu aku terfikir .. kenapa aku perlu menagih sebuah kasih dan persahabatan yang telah aku buang jauh. Sayang aku mungkin tak cukup bermakna untuk dia, kan ...? 1001 alasan aku guna untuk membuang dia dari hidup aku .. tapi aku cuma jumpa 1 saja alasan yang membuatkan aku tak mampu lupakan dia adalah SAYANG.





Setiap hari aku cuma kata .. masa tu semua sudah lama sangat berlalu. Kenapa aku perlu kenang sesuatu yang dah tak ada ..? Tak berbaloi kan ..? Dalam setiap kata semangat yang wujud dalam blog ini adalah kekuatan untuk hati aku sendiri supaya aku tak pernah kalah dengan perasaan aku.

Aku cuma harap .. masa untuk aku terima kenyataan itu akan segera tiba. Sebab aku takkan pernah buat u-turn dengan apa yang aku katakan. Aku takkan tarik kembali setiap kata-kata aku. Ego? May be .. andai ada yang boleh beri hati aku yang 2 tahun lepas, aku yakin .. ia takkan separah ini. Orang kata luka fizikal senang sembuhnya. Tapi luka di dalam .. Allah saja yang tahu.

So, kenangan ... sila tinggal masa aku yang hari ini .. dan masa depan aku. Sebab kamu tiada kaitan lagi dengan hidup aku. Jika kenangan itu hanya cukup mengundang air mata dan melemahkan seisi jiwa aku .. aku tak nak ia kembali. Sebab yang pergi tetap pergi. Will never come back ! Itu memang hukum alam.





So readers .. hargai sahabat yang anda ada. Anda tidak pernah tahu dengan siapa anda bersahabat sebenarnya. Tapi aku harap .. u all tak kan jumpa sahabat macam aku. Sebab .. tak tawulah sebab apa. Tapi aku cukup menghargai mereka-mereka yang tak pernah pergi dari hidup aku :

Ahmad Hisyamudin, Nur Atikah Razali, Cikgu Zaharah bt. Hj. Hamzah, Liana Azua Abd Hamid, Jalil Saari, Nurul Mahzahidah Mazlan ..

And thanks pada mereka yang baru saja datang dalam hidup aku :
Hanida Shariff and Nik Farida Ismail. ;)

Aku sangat tidak bersyukur kalau aku kata aku tak pernah jumpa sahabat. Sebab aku sudah pun ada sahabat yang tersangat baik. ( even setiap manusia ada kelemahan masing-masing ). Aku cuma nak kata .. pasti aku bukan yang terbaik buat mereka yang telah pergi, sebab aku cuma menganggap mereka semua pernah menjadi yang terbaik dalam hidup aku. Satu saja prinsip aku dalam persahabatan : Kegembiraan kawan aku adalah kegembiraan aku. Jadi, buat sesuatu yang menyenangkan teman di sisi aku adalah perkara utama bagi aku.


So ... Thanks all
Banyak sudah merapu, kan ..?
wassalam ..




3 comments:

  1. aku cari jugak novel ko tu.. tapi xjumpe lak kat popular bp mall aritu.. ke lom ada kt situ? ke dah abis? hoho.. xpe2 t try cri lagi.. hohoho

    ReplyDelete
  2. da abis ... aku baru usya ritu .. tak pun dia retock balik .. kui3x. hahahaha

    ReplyDelete