Tuesday, February 14, 2012

~ kamu lelaki dan aku perempuan .. waaaachhhaaaa !!! ~



Assalamualaikum semua
apa khabarkah anda semua ..??
huhuhu ...
rite .. mood malam ini adalah
SUAM SUAM KUKU
hahahaha ..

Kenapakah terjadinya suam suam kuku. Tu laaaa .. orang kata, tak de pasal jangan cari pasal. Tapi aku memang suka cari pasal kot. Hmm .. perangai buruk benar, kan ..?? hahahaha

owhhhh .. 14 Februari .. apa yang korang ingat ..?? hahaha ... apa? valentine's day ..??? hmm .. tak kot untuk aku. Sebab bagi aku .. 14 Feb tu sangat diingati sebab lesen kereta mati. wakkakakaa ... kalau tak hengat, alamat bawak kete tak berlesenlah aku. kui3x.

ok laaaa .. malas kot nak story pasal valentine nih. Ramai kot dah tawu ... hukum sambutan dia haram .. sejarah dia bla bla bla .. so, malam ni nak merapu gak pasal loving2 nih. Lama tak sebut and story kat sini .. sebab tu nak story. hahahhaa ..




~ love is always make people ... ~
sambung sendiri .. hahahaha


baca ini

Dah baca ..?? tak mau baca pun tak pe. Just comparison between man and woman.
Lelaki dan perempuan memang diciptakan Allah dengan sifat dan sikap yang berbeza. Even kadang tu, kita rasa kita sangat mempunyai persamaan dengan lelaki itu ( bg perempuan ) tapi hakikatnya itu adalah dari segi pendapat .. mentaliti atau sebagainya. Sifat seorang lelaki tetap lelaki dan perempuan itu memang sifat seorang perempuan.

' Lidah lelaki bagaikan pisau, dan lidah perempuan bagaikan pedang ..'

Aku tak berapa nak faham maksud dia sebab dari artikel yang aku baca, there's no explanation. Cuma bagi aku .. dari pengalaman aku berkawan .. or berkasih ... ( waaa .. berkasih ke ..?? geli aku ... hahaha ) .. kata-kata seorang lelaki even menyakitkan hati tapi masih belum sampai meninggalkan kesan yang sangat dalam pada hati.

Ibaratkan pisau dengan pedang. Pisau .. bila sekali hiris .. ia mungkin luka. Tapi tak lah dalam mana, kan ..? Tapi kalau pedang .. sekali hiris .. bukan kata luka je .. mungkin boleh putus terus. wakakakaka .. itu memang kelebihan perempuan kot. hahahaha ..




~ wakaka .. ini nama dia tak ley blahhh .. hahaha ~


Contohnya masa dekat sekolah budak lelaki dan perempuan bergaduh. Perempuan tu cakap sikit je .. budak laki tu marah sampai baling kerusi kat budak perempuan tu. Sebabnya, lelaki kurang pandai nak berkata-kata membalas balik cakap that girl .. so, baling kerusi is more effisien kot pada dia. Sebab cepat dan berbaloi. hahahaha.

' perempuan menganggap pernikahan adalah jalan terakhir dalam hidupnya, tapi lelaki memandangnya sebagai salah satu jalan pilihan, selanjutnya dia akan melanjutkan perjalanannya ...'

Yang ni aku tak pasti betul ke tidak. Mungkin ya kot bagi kebanyakan perempuan. Perempuan dan lelaki mempunyai cara fikir yang berbeza tentang sebuah perkahwinan. Mungkin kerana tanggungjawab yang besar pada seorang lelaki, jadi .. dia terlalu banyak berfikir tentang tu dan ini. Bagi perempuan, mungkin itu salah satu tanda dia membuktikan dia begitu mencintai lelaki itu. erkkkk !!!! hahahaa. ayat tak ley blah. kelakar sendiri.




~ bagi aku .. bila aku rasa bersedia untuk dinikahi .. means aku bersedia untuk menghadapi perbezaan dan bersedia untuk berubah .. dan bersedia untuk memandang telunjuk orang lain ~


Bagi aku pula .. perkahwinan .. hmm .. ada sesuatu yang mendesak kot. Oppsss .. apa yang mendesak. ..?? Pertama .. bagi aku, dosa la kan. Macam mana pun kita perlu akui bercinta or bercouple .. sangat terancam dengan dosa. Kedua .. aku nak selesaikan satu dari matlamat hidup aku .. supaya mudah jalan aku mencapai matlamat yang lain. Since, soal kahwin melibatkan dosa dan pahala .. dan keperluan budget yang agak tinggi, bagi aku mungkin itu perlu di dahulukan. Maybe .. hohohoho. Jadi, baru aku boleh plan untuk sambung belajar lagi. kui3x. ( kuatnya aku berangan .. ). Bukan sebab aku terdesak nak kahwin sangat yer. hohoho .. mungkin, kalau masa ni aku belum ada pasangan, soal kahwin mungkin akan diletakkan di tempat yang kedua .. ketiga .. or tak tahu. hahhahaha ( punyalah teruk ).

' di sebalik perempuan yang sukses terdapat cinta yang gagal, tapi di sebalik lelaki yang sukses terdapat wanita yang dicintai ...'

Waaaa .. statement macam tak ley blahhh. hahahaa .. ada yang perlu di akui kebenarannya. Ada logik pada statement tersebut. Tapi malas nak explane. Ramai di kalangan perempuan yang gagal dalam cinta .. frust menonggeng .. mengembalikan kekuatan dalaman dia dengan menampilkan dirinya yang jauh lebih hebat dari seorang lelaki. Ni kira nak balas dendam cara positif kot.




~ perempuan bukan saingan yang baik untuk lelaki .. tapi jangan terlalu mencabar perempuan kerana jika emosinya menguasai akal .. apa saja mungkin boleh berlaku .. ~


Aku pernah jumpa dengan cikgu kaunseling aku dan aku cakap pada dia aku nak sambung belajar terus lepas habis degree. By da way .. dia kata, kerjalah dulu .. kumpul duit .. kahwin ..( errkkk .. aku cam badi je dengan statement kahwin tu .. hahahaa ) lepas tu sambunglah belajar dengan suami. Kahwin itu adalah puncak kebahagiaan hidup di dunia ni. Maknanya, bila awak dah kahwin .. awak dah dapat separuh kebahagiaan kat dunia ni .. tinggal macam mana awak nak kendalikan perkahwinan tu. Dan kerana nasihat itu jugak .. aku kuburkan seketika niat sambung belajar tu. Tapi hari ni .. hmm .. ada baiknya kumpul duit untuk sambung belajar. waaakakakakaka ..sengal !!




~ may be it's gud untuk mereka yang sedang frust .. kecewa .. dan yang seangkatan dengannya ... hahahaha ~

' Lelaki letih mencari ketenangan, tapi perempuan tidak tenang kecuali dengan mencari keletihan ..'

Fine. Aku tak tahu ini tepat ke tidak. Bagi aku .. tepatlah kot untuk aku sebab aku memang suka cari pasal. Dah cari pasal .. dah gaduh .. puas hati ! ( sengal punya pompuan ..) Sila jangan jadi perempuan yang macam aku okeh. Tak berbaloi. Macam nak kena bagi penampar je kot. hahaha

' Perempuan menginginkan anak yang menyerupai kekasihnya, tapi lelaki menginginkan anak yang menyerupainya, bukan isterinya ...'

statement dari artikel tuh kata .. lelaki ingin mengulangi wujudnya, sedang perempuan ingin mengulangi kekasihnya. Rite, statement ini menunjukkan bahawa seorang perempuan sangat suka mengulangi kenangan yang indah dalam hidup dia. Kekasihnya ... insya-Allah, ada yang indah antara mereka kan. So, bila dia nampak muka anak tu macam muka laki dia .. then dia akan ingat yang indah2 berlaku antara dia dan laki dia.




~ aku tak tahu di mana kebenarannya .. hahahaha. depend kat individu tu jugak, kan ..?? ~


Kalau perasan, perempuan suka cerita kisah dia jumpa bf dia .. kisah dating .. pergi holiday .. .. sebab dia prefer mengingat saat-saat indah tu. Lelaki ..?? mungkin ada segelintirnya. Ada pula segelintir tu rasa .. benda tu tak penting pun. Benda dah lepas .. lepaslah. Tak yah nak ingat sangat. Means .. lelaki lebih memandang ke hadapan .. tapi perempuan lebih banyak menoleh ke belakang .. lalu langkah dia seringkali terhenti. Lalu .. itulah pentingnya lelaki untuk memimpin tangan perempuan agar terus berjalan. ( jangan pandang belakang okeh !! )





~ ukur sendiri dan anda tentukan .. ~


Cinta antara lelaki dan perempuan. Secara logiknya buat pe lah .. bercinta dengan orang yang confirm .. jelas dan nyata perbezaannya. Tapi itu lah uniknya perasaan yang Allah beri pada kita iaitu .. setiap pasangan adalah saling melengkapi. Kadang tu kita selalu fikir pasangan kita terlalu banyak berfikir .. tapi kita tak sedar, saat dia memandang suatu perkara itu mudah ... kita pula yang terlalu banyak berfikir. Dari sebesar-besar perkara .. sampailah sekecil-kecil perkara. Macam tu lah sebaliknya.




~ rokok membahayakan kesihatan okeh .. perempuan sayang nyawa .. hahhahaha ~




~ macam sengal .. !!! ~


So, moral of da story ... aku pun tak tawuuu. hahahaa ..
Conclusionnya : Lelaki itu memang ditakdirkan untuk perempuan .. macam tu jugak sebaliknya. Hanya tinggal bagaimana kita nak mengendalikan perbezaan yang ada. Perkataan perpisahan itu memang mudah je nak kata .. ' jom break ' .. senangkan. Tapi tak mudah kot nak menghadapi keadaan tu. Sama ada kita mengambil perbezaan itu menjadi pandangan yang positif .. atau pun negatif. depand on us !!




So ..
jom buat kerja lain ..
chaww dulu
hehehe
wassalam


1 comment: