Friday, February 22, 2013

~ kitten oh mama cat ~ ( hukum karma itu pasti .. andainya anda tahu apa itu kemanusiaan )



Assalamualaikum
hye dear !!
i'm just so tired in a busy life
ohhh my student !
mereka sudah mula keluar macam-macam perangai sekarang

Tapi sekarang ni tak mahu cerita tentang student
buhhhhsan !

orite ! sepanjang aku duduk kat jb nih
kat taman perling nih .. aku memang suka bagi kucing kat belakang and depan rumah makan. tak tahulah kan. memang naluri begitu. nampak kucing mesti nak bagi makan

nak di jadikan cerita, di belakang rumah aku nih ada satu kucing bunting. dah sarat sangat dah pun perut dia. Tiba lah satu pagi tu masa aku nak bagi dia makan, aku tengok dia dah berdarah-darah
Means, dia dah beranak !


 ~ waktu nih dia belum beranak lagi. aku bawa masuk time housemate aku tak de je ~


Fine ! Aku expect anak dia adalah di tempat yang selamat. Ada juga kawan aku kata anak dia mungkin dah kena makan or wat so ever ! Sedey jugak bila pk kan begitu. Then, malam tuh .. lebih kurang 11.00 malam macam tu, masa masuk dapur .. aku dengar bunyi kitten. Kuat gile bunyi tuh !

Then, aku pun pergi ke pintu belakang. Kucing yang baru lepas beranak tuh macam tak tentu arah. Sekejap datang kat aku .. mengiaow macam minta something. Aku bagi makan dia tak mau. Bunyi kitten tuh masih kuat. 

Bila aku tutup pintu, kucing bunting tuh terus lari kat rumah jiran ( selang 2 rumah dari rumah aku ). Dia tengok-tengok dalam longkang. Lama aku tengok dia. Dalam otak aku, mungkin owner rumah tuh bawa kitten tuh masuh dalam rumah then kitten tuh bising sebab tak dapt ibu dia.

Tapi, entah macam mana aku memang tak sedap hati. Then, pukul 11.30 malam jalanlah terhendap-hendap dah macam penyangak kat belakang umah orang. Sekali tengok, tak nampak apa. Aku balik lagi. Tapi mama cat tuh kejar aku macam tak bagi aku balik. Tapi aku buat tak tahu je. Tapi masih tak sedap hati. Aku tengok lagi mama cat tuh. 

Badan dah penat, mata dah mengantuk. 
Hati masih tak sedap nih. Pergi lagi tempat tuh. mama cat tuh betul escort aku. Aku datang dekat kat longkang tuh .. then !!!! Ohhh my !!! kitten yang tak buka mata lagi tengah 'menangis' dalam longkang dalam keadaan basah kuyup .. and kesejukan. Aku terus ambil, then .. bawa masuk bilik sekali dengan mama cat tuh


~ bila mama cat dah dapat anak dia, terus dia peluk. waktu ni .. dah pagi. kitten tuh pun dah ok. Dia dah tido sepanjang malam dengan mama dia ~
 

Satu malam mereka dekat bilik aku. Since aku sangat perlukan haba untuk kitten tuh, aku panaskan dia dengan laptop. Even, tu satu usaha yang gile and nampak bodoh .. tapi tak kisahlah. Yang penting aku usaha. sebab hairdryer pun tak de kan. Hmm .. 

Alhamdulillah ..
satu malam dia berada dalam keadaan baik dan selamat. Bila tengok mama cat gelabah semacam je .. terus bawa dia ke bilik air. Ok ! dia buang air di bilik air.

Tapi, masalah aku sekarang adalah aku tak dapat nak terus bawa mereka duduk dalam rumah. Aku prlu juga memahami keselesaan housemate, kan? Bila aku ada di rumah je aku bawa mereka masuk. so, buat masa sekarang ni aku tinggalkan dalam sangkar belakang rumah, dalam sangkar tuh plak aku letak box yang tertutp. 


 ~ sangkar yang aku dah tutup dengan plastik. harap tempat nih dapat lindungi mereka dari hujan ~


Even sangkar tuh aku dah usahakan bungkus dengan plastik luarnya, tapi mungkin akan terkena tempiasnya bila hujan lebat. That's y aku letak kan box dalam sangkar tuh. Aku harap, itu boleh melindungi that's little kitten. At least, mama cat pun rasa sedikit selesa nak lindungi anak dia yang selamat tuh. ;(

Hmm .. by da way .. aku tak rasa anak mama cat tuh cuma seekor. Dari perut dia masa bunting tuh .. anak dia mungkin 4-5 ekor. Hmm .. disebabkan malam tadi hujan yang amat lebat tiba-tiba, satu dah jatuh dalam longkang .. aku tak rasa yang lain ada lagi untuk selamat. huhuhuhu


 ~ box yang aku letak dalam sangkar. harap dapat elak tempias hujan nanti ~


Itu kisahnya :
Tapi apa yang buat aku berfikir adalah .. :

Kitten tuh menjerit begitu kuat. Rumah aku yang berjarak lebih kurang 50m dari kitten tuh pun boleh dengar .. takkan owner rumah tak dengar ..? atau buat-buat tak dengar ..?? 
Ohhh .. tolonglah alert ! Adakah hanya kerana mereka hanya kucing .. kita mengabaikan mereka seolah olah mereka tidak ada perasaan ...?? U know wat, dear ! Perasaan seekor haiwan itu lebih mulia dari manusia. Tahu kenapa ..? Sebab sikap manusia itu sendiri. 

Yeah !! Duduk di sini .. aku mampu nampak betapa manusia begitu banyak yang mementingkan diri sendiri. Ohh .. itu anak kucing tu. Pandailah dia nak jaga and selamatkan.
Macam itu kah ...?? Pernah tak kita terfikir berapa banyak kudrat dan daya mereka ..? Allah menjadikan mereka sebagai makhluk yang lemah adalah untuk dilindungi dan di bantu.

Adakah pernah kita terfikir .. jika satu masa kita punya anak yang masa itu anak kita dalam bahaya. Anak kita di ambang maut ... kita berlari ke sana dan ke mari minta tolong .. dan orang kata
' itu anak kamu .. pandailah kamu jaga dan selamatkan dia '
apa agaknya yang kita rasa waktu itu ...????


my dearest Muslim
Ingatlah bahawa mereka adalah ahli syurga
Yeah ! aku tidak pernah terkilan melihat mereka mati sedang selama ini telah dijaga dengan baik sebab mereka telah menanti kita di syurga dan mendoakan kita. 
Bukan saja kucing .. tidak kira apa jua makhluk yang hidup waima anjing sekali pun
sekali kita membantu mereka .. mereka akan ingat kita dan mendoakan kita sampai mati. 
Tapi manusia ... adakah kita akan kenang usaha orang lain membantu kita dalam susah ..?? Ada tapi banyak juga yang tidak, kan ..? That's y aku kata .. haiwan itu lebih mulia dari manusia yang di penuhi dengan nilai hati yang lebih buruk dari binatang.

 

~ dia mungkin kecewa & sedey anak-anak dia mati, tapi aku yakin dia amat bersyukur satu anak dia selamat dan berada selamat dalam pelukan dia ~


Kasar kan bahasa aku ..? Ya, memang kasar. Aku bukan minta kucing-kucing semua di bela dalam rumah waima kucing jalanan. Apa yang buat aku marah sebenarnya adalah .. waktu aku ambil kitten dalam longkang tuh, owner rumah tuh tengah cuci pinggan di dapur. Dia lebih dekat dengan kitten tuh dari aku. Tapi dia pekakkan telinga dengar kitten tuh menjerit-jerit 'menangis' minta tolong. 

Ingatlah wahai manusia ..! 
Anda pasti akan dapat dari kepentingan diri yang anda pertahankan. So, anyone yang berminat nak adopt this mama cat and her kitten .. please tell me ! Sebab kawasan belakang rumah aku, kadang-kadang ada anjing yang aku takut jadi ancaman buat mereka. Jika tidak, aku yakin ... Allah akan menjaga mereka dengan lebih baik. Aku hanya Allah datangkan untuk membantu mereka. Aku lakukan apa yang aku mampu. Sebab kalau aku duduk sendiri .. memang aku akan jaga sendiri.

So far ! Thanks to read dear 
Aku harap .. ada sesuatu yang buat kita sedar untuk entry kali ini
Wassalam

No comments:

Post a Comment