Saturday, February 16, 2013

~ kursus kahwin ( part 1 ) ~


' sesungguhnya matlamat kehidupan manusia itu hanyalah ibadah kepada Allah '

Assalamualaikum
hye readers !
oh my ! baru balik dari kursus kahwin
yuhuuu .. super duper double triple mengantuk

apakah ? mau kahwin sudah ...??
ohhh .. tak lagi
saja je pergi sementara cuti yang agak panjang nih kan
tiba-tiba tergerak nak buat kursus kahwin
sebab adik and kakak i dah pergi dah

Bukan aku nak ulas balik pasal kursus kahwin. Setiap dari kita akan melaluinya. Apa yang dia cerita tu semua, korang wahai readers akan tahu juga kan. Bagi aku tu semua bukanlah benda yang baru. Since, aku kan budak Johor, sekolah agama sampai sekolah khas .. pangkat 1 lagi ( wahhhh! nak riak ) apa lagi subjek Munakahat dapat 1 ( kira A la tuh ). kah3x.

So far, macam biasalah. Aku bila dah duduk kursus ramai-ramai aku lebih suka memandang dan mengambil iktibar dari apa yang ada di depan mata aku. 

Di takdirkan, masuk saja dewan kursus tuh aku kenal dengan seorang budak muda setahun dari aku. Dia nak kahwin bulan 3 nih. Okeh .. sembang sembang, then .. datang satu set soalan yang perlu di jawab. Soalan tuh tak ada yang menghairankan pun. Tapi .. ada satu soalan tuh, nyatakan makna kalimah syahadah di bawah :

Apa yang jadi, budak sebelah aku tuh dengan budak belakang aku .. pinjam kertas aku nak salin jawapan. Apakah maknanya itu ..? Bukan aku nak bagitahu aku pandai sebab diorang pinjam kertas aku ! Oh bukan itu lahhhh !!

Bagi aku situasi itu tetap luar biasa bagi seorang Muslim. Kita mengucap dua kalimah syahadah sejak kita mumayyiz. Sejak kita kenal buruk dan baik. 

'Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah '

Dengan begitu, menguatkan lagi telahan aku bahawa ... entah berapa ramai umat Islam hari ini yang boleh mengucap dua kalimah syahadah tapi tak tahu apa yang di sebutkan. Lebih kurang burung kakak tua berkata-kata.

Macam manakah ...? Adakah kita yang membaca di kalangan itu ..? Harap tidak. Sekurang-kurangnya .. di dalam solat kita, kita tahu apa yang kita katakan ketika membaca Al-Fatihah kerana bacaan Al-Fatihah itu adalah rukun.

Then, aku hairan sikit .. sebab ada budak umur 17 tahun datang kursus kahwin. Eh ! budak ni nak kahwin dah ke ..? aku tak nampak pun dia dah cukup matang. Tapi, siapa tahu kan ..?? Zaman sekarang budak 14 tahun pun dah kahwin. Apa da hal, kan ..?? kui3x.

But then ! Masa time ceramah slot pengurusan stress. Tu slot paling aku suka sebab ada kaitan dengan psikologi dan kaunseling. Penceramah tuh ada sebut :

' ada je orang sembahyang tapi kekal dengan maksiat '

Astaghfirullahaladzim. Tak perlu pandang orang lain. Tapi aku touch utk diri aku sendiri. Alhamdulillah, hingga hari ini aku penuhkan solat. Tidak mahu tinggal walau satu waktu. Cuba untuk membaca dengan baik even kadang tu solat tu asal solat sebab badan yang terlalu penat. Tapi bila  kekal dengan maksiat .. ( actually maksiat ada banyak )  maknanya solat kita tidak mampu mambuatkan kita menghindari perbuatan keji dan mungkaar. What is mungkar ?? Tidak menutup aurat dengan baik itu juga perbuatan munkar.

' kaki itu juga aurat bagi perempuan ! '

Then, aku tak pasti kenapa tadi bila penceramah tuh cakap macm tuh .. it's really touch me ! terus pakai. Actually, lately ni .. means start at 2013 aku sedang cuba dan membiasakan diri dengan stoking. Bagi tetap nmpak berbeza dengan orang aku pilih stoking hitam. Tapi itu biasanya time kerja atau ke tempat yang khusus sebab kita akan berada lama dan di pandang. Contoh dalam kelas. Student akan pandang kita dari hujung kepala hingga hujung kaki. So readers ! please .. doakan aku istiqamah untuk berubah. !

Then, dalam ceramah tadi, usaha mendidik itu diletakkan di tangan suami. Suami kena didik isteri. Suami kalau tak pandai agama kena belajar agama. Betul ! Di situ semuanya betul. Tapi ada sesuatu yang perlu aku tambah. Itu pun kalau boleh di terima lah kan.

Dalam hal perkahwinan, apa yang digambarkan waktu aku kursus tadi .. seolah-olah tanggungjawab mendidik itu adalah di tangan suami. Tapi bagi aku. Dengan fenomena manusia dan pasangan hari ini, tanggungjawab mendidik itu adalah tanggungjawab bersama. Yes ! Boleh tanggungjawab mendidik itu terletak di tangan suami sahaja andai kata suami itu macam UAI ke .. ustaz-ustaz yang bagus ke ... tapi kalau si suami itu adalah lelaki lelaki yang solat tak cukup. Bakal isteri nak pakai apa pun pakai lah asalkan pakai baju. Adakah layak untuk si suami itu saja yang mendidik ..?

Tanggungjawab menuntut ilmu agama .. mendidik dan di didik itu adalah tanggungjawab bersama. Si suami kalau rasanya tak berapa nak tahu tentang hal agama, silalah belajar. Dan kalau si isteri menegur .. tolonglah jangan nak ego sangat ! As-semaks tahhhuuuuu !!! Tidak kira lelaki atau perempuan .. anda perlu terbuka untuk ditegur ke arah kebaikan. anda perlu terbuka untuk di didik. Kerana proses pendidikan itu adalah sampai anda dan kita semua duduk dalam tanah. 

Bagi aku. Aku tidak mencari suami untuk mengajar aku itu dan ini. Aku tidak mengharapkan suami untuk melindungi aku sepanjang masa. Tapi aku mencari seorang suami yang dapat menjadi sahabat, kekasih dan suami. Seorang suami yang dapat menjadi teman bercerita. Suami yang dapat memberi pandangannya ketika celaru. Suami yang dapat menghuraikan sedikit kekusutan. Suami yang dapat bersama-sama belajar dan berusaha ke arah hidup yang Allah redha dunia dan akhirat. Barulah ke arah zuriat yang soleh dan solehah !! Insya Allah !

So far, itulah yang aku dapat dari kursus kahwin hari ini. Untuk hari esok ...?? Ohhh ! tak tahu lagi .. 
kui3x. Penat oh really mengantuk. Mari kita ....... tido !!!!! yeaaaahaaaa !! Wassalam ;)

No comments:

Post a Comment