' dan setiap yang terjadi pasti akan ada hikmah yang tidak mampu kita tafsirkan dengan mata kasar '
bersangka baiklah dengan setiap apa yang Allah hadirkan buat kita, insya Allah akan baiklah penghujungnya nanti.
Assalamualaikum
hye readers yang tak tidur lagi
tak boleh tidur
tak mahu tidur
tak kisah atas apa juga alasan yang tidak
Seminggu berlalu
Sudah seminggu semua itu pergi
alhamdulillah .. hari ini aku berjaya menangis, menangis dan menangis
maknanya aku berjaya meluahkan setiap apa yang terpendam dalam hati aku.
sakit, kecewa .. sumpah itu semua ada
Jika kita telah mengambil keputusan untuk berbeza dengan apa yang ada di sekeliling kita, maka kita perlu bersedia untuk menjalani apa saja ujian yang datang. Menjadi berbeza dan kekal berbeza bukan cerita yang mudah malah kadang kala ia adalah pilihan terburuk yang mungkin ada. Tapi, jika kita yakin itu yang terbaik, maka .. kuatkan hati, yakin itu adalah pilihan hati kita, pilihan Allah buat kita
2013 menyingkap tirai tahunnya dengan 1001 duka yang tidak terluah. Tapi, demi Allah aku menanti 2013 melabuhkan tirainya yang aku harap dapat membawa 1001 kebahagiaan dunia akhirat.
' orang kata, percintaan boleh putus di mana-mana tapi persahabatan akan kekal selamanya. orang kata sahabat akan menerima kita seadannya kita tapi bf/gf akan melihat kelebihan kita saja'
Itu kata kebanyakan orang.
soalan aku :
ye ke begitu ???
Ya, untuk kebanyakan orang. Aku cuba yakinkan diri aku bahawa masih ada ruang untuk perkataan sahabat itu untuk aku .. tapi tetap juga gagal akhirnya. Sebab itu aku cuba untuk sentiasa positif bahawa Allah tidak mentakdirkan nasib aku sama saja dengan kebanyakan orang. Maka, aku akan lakukan apa saja asalkan tidak sama dengan orang lain. ( asalkan aku tidak melanggar halal dan haram dari Allah )
Kalau semua orang boleh keluar melepak malam-malam .. hangout sana-sini, mungkin itu berbeza dengan aku. Malam itu bukan waktu yang baik untuk keluar hangout. Malam itu waktu rehat. Malam itu waktu di rumah kecuali bersama mahram.
Maka, disebabkan itu .. aku perlu terima kalau akhirnya aku di pinggirkan sebab tak ramai orang boleh terima sikap yang begitu.
Sama juga dgn kawan di sekolah. Pernah juga diorang ajak keluar lepak malam-malam. Tapi, mungkin di sebabkan penat dgn kerja aku perlu tolak. Mereka mungkin boleh bangun pukul 10 pagi utk hari esok tapi bukan aku. Kalau tengah hari itu aku perlu ke sekolah .. waktu pagi aku perlu di rumah dan menaip. Perkara yang aku sudah mulakan, mustahil untuk aku hentikan dengan tiba-tiba.
Ada juga kenduri kahwin kawan-kawan yang aku tak pergi. Dan sebenarnya, memang semua aku tak pernah pergi kecuali sahaabt aku Nur Atikah Razali.
Kenapa ..?
Memutuskan silaturrahim ..???
Jawapan aku adalah : aku tidak dijemput.
mungkin ada yang kata :
' jemput melalui status fb .. post gambar di fb '
soalan aku :
macam mana kalau yang tak baca semua tu ..? at least u tag
ohhh .. kata orang demand betul. macam lah penting sangat nak tag sana sini.
kalau macm tuh .. tak datang pun rasanya tak jadi hal kan..?
And, wat happen to me
aku memang tak dapt datang ke majlis perkahwinan kawan aku .. yang aku rasa dulu kategori kawan baik aku sebab aku betul betul tak dijemput. Aku cuba abaikan prinsip aku untuk kenalan-kenalan biasa sebelum ni .. masalahnya aku tak jumpa apa-apa status secara general or apa-apa post di laman grup ..
Ya, tak jumpa ! So, how can i go ..??
Kecil hati ..? Tipu kalau tak ada langsung. Tapi, aku cuma boleh kata mungkin dia terlepas pandang
~ semua itu sudah pergi ~
Apa yang lebih mengecewakan
orang yang selama ini kata kawan baik .. sahabat aku dunia akhirat
langsung tak tanya khabar kenapa aku tak datang. yup, mungkin busy time tuh. tapi mungkin boleh juga tanya selepas semua itu selesai, kan?
Dua perkara yang menyebabkan aku tak dapat datang iaitu pertama aku tidak dijemput dan kedua aku menghadapi musibah berselisih faham dengan mana jantan tah, kami bertekak and last aku kena pukul.
Bukan aku minta di teman ke balai polis. Bukan aku minta teman aku ke sana ke mari. I can solve my problem myself. Tapi, mungkin berbaloi kalau aku kata aku cuma harap kata takziah. Kalau boleh ucapkan berjuta-juta tahniah atas perkahwinan dan kebahagiaan sahabat .. kau terlupa mungkin ada seorang sahabat yang ditimpa musibah yang mengharapkan kata takziah.
Dia pernah kata
Berkawan biar ikhlas. Jangan mengharap apa-apa ganjaran
yeah ! aku tak mengharap apa pun dari kau mulai hari ni
aku tak tahu kalau semua orang dalam dunia ni berkawan tanpa mengharapkan perhatian, kesetiaan dan penghormatan dari sahabat mereka
Tanpa itu semua aku cuma boleh sifatkan
itu bukan sahabat
sama saja sebagaimana seorang kenalan.
yang berkenalan hanya untuk tersenyum dan bertegur sapa
cukuplah setakat itu.
semua yang berlaku memang bukan salah di pihak dia saja. aku pun ada salahnya. tapi, tak mungkin aku boleh menggadaikan prinsip aku untuk terus berkawan dengan kau. untuk kau terus dekat di sisi aku. aku adalah aku yang dulu.
' kalau kau kata aku berdendam .. aku hanya manusia yang sukar menerima. kalau kau kata aku tak pandai nak adapt dengan kawan kawan permpuan kau .. itu memang terjadi sejak aku lahir. ( mn boleh tiba tiba aku jadi kawn baik mereka, sdgkan kami tak pernah serasi tapi masih boleh duduk bersama ) kalau aku tak pandai karoke dan tengok wayang bersama mereka semua .. aku tak rasa semua itu perkara yang baik untuk aku tiba-tiba belajar. kalau kau kata aku tak boleh nak keluar lepak dan main bowling .. jawapan aku adalah kau sendiri tak pernah mengajak '
atas semua itu
ya, salah aku dan aku relakan untuk kau bukan lagi sahabat aku selepas ini.
aku pernah sayang kau sejak semua di antara mereka tidak kenal kau. aku kenal buruk dan baik kau. aku sayangkan persahabatan kita. tapi .. demi semua ini, berbaloi sekiranya kau hanya hilang sahabat yang begitu lama sayangkan kau dan bersama dengan teman-teman yang kau lebih gembira bersamanya.
wassalam
Yeke kwn baik?tak kot..ko je kot rasa diri kwn baik...hahaha...
ReplyDeleteP/s: mode nk kena lempang..kacau daun!chow!
lempang sampai jadi lempeng
ReplyDeletewaaaaaa.....cabuttttttt..........
ReplyDeletejauh mana ko nak lari !! ;p
ReplyDelete