Sunday, August 9, 2015

~ 13 July 2015 ~



Assalamualaikum
Alhamdulillah .. masih berkesempatan meletakkan entri ini dalam blog yang lama tidak dijengah ni
Alhamdulillah jugak
telah melalui saat 13 julai 2015 yang cukup bersejarah dalam sejarah kehidupan
Oooooo mak aiii
Buat sujud syukur kot bila berjaya melahirkan seorang baby boy
dengan berat 3.14 kg tepat 9.50 pm

Subhanallah 
Saat melahirkan .. hanya Allah saja yang tahu
Tapi alhamdulillah juga
Allah sangat memudahkan semuanya
Ditemukan dengan insan-insan yang cukup prihatin
dari doktor, nurse ... bidan hospital, guard 
thanks a lot to
warga Hospital Sultanah Nora Ismail
tak nafikan .. bahagian ibu dan anak sangat profesional dan prihatin
( sebab ada je staf bahagian lain yang dah kena maki dengan aku )

Bila kata pengalaman bersalin
Setiap orang sememangnya ada pengalaman tersendiri
Even aku kata trauma dengan sakit bersalin
Pasti ada orang yang lebih trauma dan dahsyat melalui waktu bersalin
Bila di kenang kembali ... mahu gelak pun ada
Tapi cukup menginsafkan
Sepanjang menghadapi contarction yang gile dahsyat
dekat bibir hanya ada
' astaghfirullahaladzim ...' 
hati cuma berkata
' ya Allah ... semoga ini menjadi penghapus segala dosa ;
. ada masa air mata keluar sebab mengenangkan dosa sedang masa ini hidup dan mati benar-benar di tangan Allah '

Ingat lagi, aku mula pecah air ketuban masa pukul 3.00 am ( 13 julai 2015 )
Masa tu panik nak buat apa
Tak sakit
Tapi siap cakap dengan suami
( mujur masa tu suami tergerak ambil cuti awal .. that y dia ada di rumah masa tu )
' nak kena pergi hospital ke ..? tak yah lah ... tak sakit pun lagi '
masa tu suami pun blur2 dengan kitorang masih mengantuk gile sebab malam sebelum tu seronok pasang pelita dengan mandi petrol dan diesel
bengong !
sebelum tido dah melantak burger and tauhu bakar lagi

Bila cakap dengan mak
mak terus suruh pergi hospital
dengan penuh kemalasan dan ke'blur'an
kami pun pergi hospital
punyala santai suami bawak kete
aku siap bawak makanan .. biskut, milo kotak segala bagai
( masa preggy .. nafsu makan subhanallah .. tak tawu nak kata lah )

Sampai hospital
terus pergi wad bersalin .. daftar .. doktor check semua
Alhamdulillah .. berjaya request untuk doktor perempuan even lambat sikit.
doktor kata
' jalan baru bukak 1cm .. tapi sebab air ketuban dah pecah .. jadi, kena warded '
oke ... redha
so, suami letak kat wad 1st class
jadi, dapatlah aku berjimba sensorang dalam wad
niat di hati nak tido sesuka hati ... tapi, sakit mula datang 15 minit sekali
jadi, impian untuk tido .. perlu di lupakan
ohhh .. masa ni tak cukup sakit lagi
tapi cukuplah membuatkan aku tak kena dalam semua posisi
masa ni .. suami balik rumah dulu
sian plak kat dia letih sangat .. lagi pun dapatla dia belikan pape makanan untuk aku
budget lama lagi nak bersalin
sebab macam kawan aku .. 2 hari baru bukak 3 cm
waktu melawat .. tiba2 mak dengan adik aku datang
time tu boleh lagi bergolek golek bergelak ketawa lagi
diorang balik je
doktor panggil untuk check jalan semula
lepas check je
' oke .. dah bukak 4 cm. kejap lagi kita akan tolak awak ke dewan bersalin ya. tapi sekarang dewan bersalin penuh. kita akan pantau awak di luar ya. beritahu suami ...'

Alamak !!!
Suami aku kat parit raja lagi. Awat jadi cepat sangat nih ???
terus telefon suami
Mujur cepat jugak dia sampai .. n time tu belum lagi masuk ke dewan bersalin
Pantau kat luar 
Sakit datang makin kerap tapi masih steady lagi
10 minit sekali sakit datang
Tapi wayar kat perut tu memang merimaskan.
Siap boley terlelap lagi sebab memang sangat mengantuk
nak buat macam mana .. aku memang senang tido .. suka tido .. kuat tido

Dalam pukul 5 lebih macam tu baru lah dewan bersalin ada kosong
Baru lah aku di tolak ke dewan bersalin
Masa keluar, siap boley bersiul panggil suami supaya ikut ke dewan bersalin

Masuk dewan bersalin
sekali lagi request kat nurse nk doktor perempuan
tapi tiba tiba sorang doktor laki india masuk check semua
oooooo mai god!!
tapi baru aku tawu .. doktor tu senior
malam tu dia pantau dewan bersalin kalau ada masalah
that's y dia tak pakai kot doktor pun
just t-shirt n jeans

start 6 lebih dekat nak maghrib
sakit mula rasa mkin dahsyat.
5 minit sekali urat kat pinggang tersentap
masa tu segala zikir yang aku tawu aku sebut
segala zikir kat dinding aku baca
oke .. masa nih .. boleh tahan lagi
masih boleh sedut aura positif .. positifkan minda
tarik nafas dalam-dalam waktu contraction datang .. alhamdulillah .. ada kurang sikit
kat hati masa tu terdetik
' abang tak mau masuk ke abang ..?? ' 

oke .. tiba-tiba suami masuk berdiri kat tepi
masa tu contraction mula tak henti
segala macam aura positif tak jalan dah
tarik nafas dalam mana pun tak mengurangkan sakit
unless tak bernafas la kan 
tak rasa dah sakit gitu

masa tu suami pun macm panik tapi buat relaks
bila aku dah meronta sakit tahap yang aku tak boleh nak kata
aku ingat lagi cakap kat suami 
' ... abang, ni sakit apa macam ni ..? '
masa tuh dah tak pk apa .. unless ... cepatlah keluar !!!!!

macam-macam zikir suami baca kat sebelah
sambil pegang tangan aku .. lagi bila time contraction
time tu doktor datang lagi check jalan
baru 5 cm ?!!!!!!!
matilaaaaa mak !!!! bila nak keluarnya ???
nak tunggu sakit tahap mana lagi ni ???? huuuuwwwaaaa

masuk pukul 8.00 malam
subhanallah .. masa ni memang Allah je kat otak aku
dalam hati cuma kata
' ya Allah .. kurangkanlah sikit sakit ni ya Allah '
tapi sempat gak terbayang
macm mn orang yang sakit tersepit time accident ek .. tapi hidup lagi
huuwaaa

masa ni .. contraction mmg tak henti
uba tahan sakit cuma dengn genggam besi kat katil.
masa tu bila suami pegang pun aku mintak leps sebb sangt tak free
alas katil n selimut dah terbang tah ke mana kena sepak
tapi sempat plak mintak tlg suami naik kn semula
wayar kat perut dah bape banyak kali tercabut

dalam watu tu aku dengar bidan hospital cakap
' doktor, patient ni mcm tak boley nk tahan. contraction dia tinggi sangat ni '
sebb suami kata rate contraction aku dah cecah 100 ++
rate 50 pun aku dah meronta .. nasib tak terbang mesin-mesin kat sebelah
huhuhu
' bagi ubat tahan sakit '
oooo mak aiii
sudah lah! ahhhhh .. lantak lah

ingatkan ubat tahan sakit tu dapat tenangkan aku
rupanya .. time contraction datang sakitnya sama je ..
arggghhhhh 
masa tu nurse plak datang
' sabar dik. kejap lagi pukul 9 doktor datang check jalan'
tapi aku dengar dia cakap dengan suami
'biasanya 1 jam akan bukak 1 cm'
aku dengar ni rasa nak terputus nyawa
pukul 8 tadi 5 cm .. pukul 9 .. 6 cm
oooooooiiiiiii bape lama nak tanggung sakit ni wehhh

sakit yang rasa time tu
rasa tulang pinggang .. tulang belakang dah patah seribu dah
rasa nak lari dari dewan bersalin
( macm la lari keluar tak rasa sakit kan ..? )
tapi akak bidan hospital tu kata
' sabar dik .. sakit tu serta merta hilang bila baby keluar .. '
masalahnya aku siap jawab lagi
' kak .. bila nak keluar ni kak .. tak tahan dah sakit ni ..'

tup pukul 9 !
' abang tolong laaaa .. panggil doktor ...'
suami kata
' sabar laa dulu ..'
aku siap jawab lagi 
' apa sabar abang .. cepat laaaa. 9.05 dah ni ... cepat la ..'

kejap lagi doktor datang check jalan
' 8 cm !!!'
 bersinar kejap otak aku
aku tak kira .. nak keluar sekarang gak
tak kira !!!!!!

bermulalah misi push pull and push
masa nak push .. ingat jugak akak akak kat sekolah bagi tahu cara yang betul
once start .. dah betul dah
time tu ada 3 orang doktor perempuan .. 2 nurse macam tu
next .. salah lagi
ohhhh kecewa !!
try again ... betul dah. pandai aku .. next .. salah dah
mana tak salahnya 
tak larat dah
next !
yes ! kepala baby dah keluar
ingat lagi masa tu doktor kata :
' buat betul-betul. kesian baby awak ni. kita semua bantu awak. kalau tak boleh jugak terpaksa forcep. kesian suami awak tak boleh sambut baby ..'
ha ..???!!!! forcep ??? matilah aku
ohhh maiiii .. sian kat abang. ada kat sebelah tapi tak dapat sambut baby keluar
oke ... try lagi ! 

sampai kali ke 3
tiba-tiba datang mak cik legend
ni kira bidan hospital senior.
' dari tadi aku dengar payah sangat nak keluar. aku ingat tak nak masuk. tapi aku kena jugak masuk '
sambil dia bebel bebel .. dia naik atas katil
aku terkebil kebil kejap
' apa dia nak buat kat aku nih ?! '

pastu dia kata :
' bila doktor suruh push .. ko push !'
aku yang tak paham apa yang dia nak buat .. ikut je la
bila time contraction datang tiba-tiba :
makkkk aiiii ... dia tekan perut aku bawak ke bawah
kan .. keluar pun baby !!
alhamdulillah ..!!!

masa doktor letak baby kat atas aku, aku pegang je macam tu
tak dengar plak dia nangis
aku pun tah kenapa tak de feeling nak tengok ke hape
tapi cuma terfikir
macam mana plak rasa nak jahit ni ?????

ohhh 
rupanya suami kata baby memang tak menangis time keluar tu
suami pun pelik
dia celik sambil tengok jari jari dia
pastu nurse bawak keluar 
baru dengar dia menjerit
punyalah kuat !

rupanya .. tak habis kat situ
huuuuwaaa
datang lagi masalah
aku dengar nurse denagn doktor perempuan sorang tu cakap
' macam mana ni .. uri tak nak turun ni ..'
' kena bawak keluar ni .. '
oooo makkk aiii
masuk tangan cari uri
tak jumpa ??!!!!
dengar lagi diorang cakap
'uri tinggi sangat ni .. tak sampai nak tarik'
dalam hati kata
' sudahlahhhh .. apa plak pas ni. takkan nak kena operation plak ..?? huhuhuhu '

tak lama pastu
muncul balik doktor laki india tu
doktor perempuan tu kata :
' jalan close dah '
dia kata :
' dont worry ... relakssss .. mesti boleh keluar ..'
sekali lagi kena inject. aku tak tawulah yang kali ke berapa nih
masa tu .. rasa dalam perut benda bergerak-gerak
tak ke gila .. lengan duk dalam perut
' oke .. i get it ! '
di tarik ke bawah ... masa nak keluar tu
rasalah macam nak kuarkan baby lagi sekali
huk3x
maka keluarlah uri  yang besar tu
masa nampak uri tu sempat lagi hati terdetik
' oooo macam tu ek rupa uri ..'

then, mulalah proses menjahit 
and relaks

masalah aku seterusnya adalah aku tak boleh bangun
semua benda aku pandang brgoyang-goyang
nak bawak ke wad pun .. aku cuma dipindahkan katil ke katil
tak turun katil pun
masa tu .. tak terfikir baby pun
masa tu cuma fikir
' abang kat mana ? '
huwaaaaa
sampai kat wad pun pindahkan katil ke katil.
langsung tak turun katil

mak cik bidan legend yang anta aku ke wad
dia siap pesan :
' jangan bagi dia pegi bilik air sendiri. 'punyeng' lagi budak ni..'
tak lama lepas tu baru lah suami datang pindahkan barang dari wad 1st class ke wad biasa
sebab aku kena sentiasa di pantau
ooo rupanya aku ada potensi untuk tumpah darah
patutlah setiap bape jam pastu doktor datang tanya darah yang keluar

masa suami datang
suami kata 
dia azan kan baby tadi. badan dia panas. tapi tidur dah. macam muka kamu
masa tu pandai nangis je. nangis kenapa pun aku tak tawu
tapi waktu tu rasa nak buat sujud syukur !
' ya Allah ... terima kasih ya Allah .. sebab makbulkan setiap patah perkataan doa aku. terima kasih ya Allah'

sejak awal pregnant 
sampailah saat nak bersalin
hati sentiasa berdoa
' ya Allah .. permudahkanlah urusan aku untuk melahirkan. ya Allah .. izinkanlah untuk suamiku menyambut dan memberikan azan yang pertama untuk anak ini '
alhamdulillah
alhamdulillah .. terima kasih ya Allah atas kelahiran
anak yang diberi nama
UMAR ANAQI BIN JALIL

wassalam
 

No comments:

Post a Comment