' ya Allah .. kurniakanlah anak ini kesihatan fizikal dan mentalnya. perindah dan perelok wajah dan pekerti akhlak dan sahsiahnya. jadikan anak ini anak yang soleh. jadikanlah dia seorang khalifah di atas muka bumi mu ini ...'
semoga membesar menjadi anak yang terdidik
Assalamualaikum
ohhh my ! tiba-tiba ada seorang baby di sisi
1st jumpa dia di wad sebab baby kena tahan lama sikit
there's no feeling
loading !
pegang baby .. tak pandai cium
then letak balik
masa tu masih bingung sendiri
tak tahu apa yang aku rasa
bila kena discharge .. terus balik tanpa perasaan
sampai rumah
masih tak confuse dengan perasaan sendiri yang bercampur baur
di sebabkan aku ada sikit masalah semasa proses bersalin
aku memng mengalami kesakitan yang menyebabkan trauma bersalin
aku tak boleh duduk dengan baik
sepanjang masa lebih banyak baring
bila duduk .. rasa betul-betul nak menangis
badan sakit di sana sini
hanya Allah yang tahu
sampai nak bercakap pun tak lalu
4 hari umar kena tahan
2 hari di wad 7
2 hari di NICU
petang raya baru dapat bawa dia balik
alhamdulillah
masa tu baru jumpa feeling kat baby
tapi kekoknya dengan baby sangat ketara masa di NICU baby menjerit sebab lapar
masa breastfeeding sumpah kelam kabut gile
tak pandai sangat nak pegang
nak tenangkan baby
sudahnya dengan kain napkin baby semuanya barai
sesungguhnya aku memang tak pernah pegang baby baru lahir
huhuhuhhuhu
bila kat rumah
umar kerap tido
masa nurse datang rumah dia kata baby kuning
so .. kena back to hospital untuk check kuning plak
Fine ! bila kat hospital
kuning umar 13.9
agak tinggi
esoknya sepanjang hari tido tak mau bangun
check pulak kat pantai
sebab klinik kerajaan tutup
nak pergi HSNI malas nak tunggu lama
tup tup
kuning dah tinggi gile
bacaan kuning 16
terus refer ke HSNI and kena warded
lagi sekali
dengan aku sekali tido hospital jaga umar
sepanjang malam tak tido
umar kena duduk bawah lampu
tapi setiap kali dia merengek or nangis aku memang sangat bingung apa aku nak buat
masa tu aku langsung tak tahu signal baby lapar or what
Tapi pengalaman jaga umar di hospital tu sangat banyak
apa lagi umar tu my 1st baby
sangat banyak aku tak tahu
tapi kat situ aku belajar dari akak-akak nurse
sangat bertuah sebab diorang sangat terbuka ajar aku itu dan ini
then baru aku tahu
kuning dia yang tinggi sebab dia memang sangat kurang air dan susu
since sejak balik NICU aku cuma bf dia
dengan tak tahu kadar kekenyangan dia
maka rupanya susu aku tersangatlah tidak mencukupi untuk dia
lagi bila tak dapat direct bf akibat 'injured' yang dahsyat
cuma untuk pam
dalam masa setengah jam cuma boleh produce 30-40 ml
so how can it be?!
after that day
umar pun terpaksa memulakan penggunaan susu formula
sedey .. memang sedey
sumpah sedey !
lepas keluar
umar sangat banyak minum susu dan kadar shi shi dan poo poo dia stabil
orang kata nak turunkan kuning bagi makan buah anggur hijau
sehari 2 bijik aku bagi
nasiblah si umar ni macam mesin blander
sume dia kisar cantik
siap nak lagi setiap kali bagi perahan buah anggur tu
bagi juga serbuk mutiara dari kedai ubat cina
alhamdulillah
setiap 2 hari kadar kuning umar turun 2 bacaan sekata
jadi 2 kali je umar perlu repeat check up di klinik
beberapa minggu umar dengan aku
barulah sikit-sikit aku kenal dan belajar jaga baby
aku rasa .. pandai lagi laki aku jaga baby dari aku.
huk3x
cuma, setiap orang yang datang tengok umar semuanya bagi respon sangat negatif bila aku tak bedungkan dia.
ohhhh my !
memang kita yang tentukan apa yang baik untuk baby kan ..?
tapi kalau setiap kali bedung dia akan menjerit mcam kena dera .. wat can u do ?!
especially bila tido
baik-baik lena dia tido, bila bedung je dia akan meronta dan menjerit mintak lepas
aku cuma berjaya bedungkan dia dalam masa seminggu lebih sikit macam tu
lebih kurang 2 minggu kaki dia dah boleh menapak dan berdiri dalam masa kurang 10 saat
aku tak pasti kalau itu progress biasa bagi baby
tapi my mum kata itu agak luar biasa
bila nak susu
dia akan terus menjerit sekuat hati tanda meradang
awal-awal dulu memang kelam kabut aku jadinya.
lama-lama tu lebih bertenang layan dia punya jerit
ohhh my !
ya, memang perangai aku yang kurang penyabar dan kuat meradang.
huhhh!!!!
cuma apa yang sangat mudah handle dia adalah
dia sangat senang tido
dan suka berjalan
kalau kata dah mengantuk, letak je atas tilam dia akan tido dengan bahagianya
cuma ada masanya dia akan mengada-ngada mintak perhatian
tambah senang adalah dia akan tido dengan tersangat lena pada waktu malam
bangun cuma untuk menyusu je
jadi, tak ada lah aku kena berjaga dengan siksanya di waktu malam.
kui3x
paling lagi senang adalah
dia sangat suka makan ubat dan mandi
nangis meradang macam mana, bila bukak baju nak pergi mandi
boleh serta merta gembira
ish3x
alhamdulillah
banyak keletah umar yang buat semua orang gembira
cuma sayang
papa dia jauh sangat untuk lihat setiap perkembangan umar di sini
sangat berharap Allah izinkan untuk umar membesar bersama papa di sini
apa lagi keperluan temu janji yang sangat menguji kemampuan aku sendiri di sini menjaga umar
waktu scan pertama
doktor pernah kata
' kedudukan baby sangat baik. susah mahu jumpa kedudukan begini baik..'
masa tu tak ada request pun nak buat 3D or 4D
tapi doktor tu terus buat sebab dia sendiri excited untuk tengok baby masa tu
sebaik saja umar lahir
satu lagi keganjilan berlaku dan itu cukup istimewa untuk dia
kata seorang doktor
' .. he's the choosen one .. mungkin ada berlaku di kalangan kita. tapi keadaan ini memang tidak berlaku pada setiap orang ..'
subhanaallah
Allahuakbar !
Allah sangat berkuasa di atas setiap sesuatu
kelahiran umar anaqi sangat menginsafkan
~ one day .. he will come and read this entry. ohh my baby umar, kamu perlu tahu setiap manusia Allah kurniakan keistimewaan tersendiri. Jadi gunakanlah semua itu dengan sebaiknya. kamu tidak diizinkan lahir ke dunia ini dengan sia-sia melainkan hidup ini hanya penuh dengan amanah yang telah kita semua janji sewaktu di kandungan ibu lagi. tunaikan setiap amanah itu dengan sebaiknya ~
this is my umar anaqi
amanah dari Allah untuk aku dan suami
wassalam
No comments:
Post a Comment