Thursday, June 3, 2010

Migrain...???

Rasanya bukan suatu pelik bila saya sebut tentang migrain. ada sesetengh tu mungkin baru dengar. Tapi bagi yang dah biasa ... bnda tu bukn yang luar biasa. Mungkin juga dah jadi sebahagian kehidupan. Macam saya dulu. Tapi alhamdulillah....dah beberapa bulan kebelakangn ni , nampknya ok sikit walaupun berhadapn dengn punca - punca migrain. Sepanjang pengalamn saya , ada juga teman - teman yang mengalami migrain. Tapi , tahu kah kita apa itu migrain sebenarnya ? Sakit kepala saja bukn semestinya migrain..mungkin kurang tidur , mungkin terlalu letih dan banyak lagi. Dan biasanya sakit kepala yang begitu bergantung kepada lifestyle kita. Oleh itu , jom kenali migrain...


Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki(75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.


Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan. Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.







Berikut merupakan antara punca - punca migrain :
  1. -Genetik
  2. -Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
  3. -Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
  4. -Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
  5. -Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
  6. -Tekanan perasaan atau ’stress’
  7. -Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
  8. -Cahaya yang sangat terang
  9. -Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
  10. -Letih yang keterlaluan
  11. -Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
  12. -Pengambilan pil ‘ contraceptive’
  13. -Haid
  14. -Pengambilan pemanis tiruan
  15. -Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
  16. -makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’


Jenis - jenis migrain

1) Migrain tanpa aura -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang


Bentuk serangan migrain

-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat -’pallor’ berpeluh-peluh -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising -’photophobea’ - sensitif pada cahaya -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala




Wednesday, June 2, 2010

Apa kaitan Malaysia dengan Israel..???

Siapa pun tahu siapa Israel .. baru tak barula...aku dengar tentang Israel di Malaysia. Terdetik di hati aku ... sejauhmana kedudukan Israel di Malaysia..? Di sini , aku tak ambil mana - mana fakta dari mana - mana paper sebb aku cuba bersikap neutral walaupun hakikatnya aku memang pro-sebuah parti politik di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ). Justeru , aku mengumpul fakta dari sebuah webside - Wikipedia Ensiklopedia Bebas.



Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. [18]


Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel. [19]


Konvoi Malaysia turut terlibat dalamViva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.


Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.[20][21]







Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.[22] Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.[23][24].


Pada 13 April 2010,Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %).Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.



dari fakta berikut , maka aku mencari penjelasan yang lebih konkrit menurut pandangan dari sisi Islam :

Isu APCO merupakan satu isu yang cukup sensitif. Mahasiswa perlu memandang isu ini sebagai perkara aulawiyyat yang perlu dikaji dan diteliti dari aspek politik dan juga keagamaan. Secara realitinya, Israel merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai negara haram yang melakukan kezaliman terhadap umat Islam palestin secara khusus dan berusaha sedaya-upaya untuk menakluki seluruh negara umat Islam.


2. Para ulama telah membahaskan hukum bekerjasama dalam kitab-kitab mereka secara panjang lebar. Dalam al-Quran telah termaktub satu ayat yang jelas menyatakan bahawa kaum yahudi tidak akan berdiam diri dan redha dengan umat Islam sehinggalah umat Islam mengikut telunjuk mereka. Cuba fikir apa akan terjadi sekiranya kita sendiri memberikan ruang kepada mereka untuk menasihati kita?


3. Saya di sini tidak berhajat untuk memuatkan dalil-dalil secara khusus dalam masalah ini. Cuma apa yang ingin saya bawakan di sini ialah fatwa yang telah dikeluarkan oleh para ulama pada zaman ini. Untuk pengetahuan pembaca yang dikasihi sekalian, ulama al-azhar sekitar tahun 60 an atau 70 an melalui majma buhuth telah mengeluarkan fatwa mengharamkan sebarang perdamaian dan kerjasama dengan Israel. Ulama-ulama tersebut adalah:

a. Allamah As-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf Mufti Mesir terdahulu.
b. Allamah As-Syeikh Isa Manun As-Syafei
c. Allamah As-Syeikh Mahmud Syaltut al-Hanafi
d.Allamah As-Syeikh Muhammad At-Thonikhi al-Maliki
e.Allamah As-Syeikh Muhammad Abdul Latif as-Subki al-Hanbali


4. Secara ringkasnya perkara tersebut adalah HARAM berdasarkan perkara-perkara berikut:

a. Mengiktiraf penindasan dan kezaliman Israel terhadap Palestin.
b.Memberikan kekuatan kepada Israel
c.Mengetepikan arahan Allah untuk membalas setiap kezaliman yang berlaku.


5.Akhir sekali, diharapkan agar kita berhati-hati dengan mainan politik Israel dan sentiasa mengambil cakna tentang apa yang berlaku sekitar isu umat Islam. wallahua'lam.

Rujukan :

Fatawa Syaazah oleh Imam Yusuf Al-Qaradawi
Dar As-Syuruq
Cetakan 2010.

Saudara Khairul Anwar Ismail
Fellow Markaz Pengumpulan Kajian & Hasilan Penyelidikan (MANHAL PMRAM)


aku tak mahu berbincang dari sisi politik di Malaysia tapi dalam ertikata politik yang sebenar kerana politik itu adalah komponen di dalam Islam. Politik itu adalah kaedah dan cara susun atur umat Islam di dalam sebuah negara. Maka melihatlah dengan mata hati sebagai seorang Muslim..bukan sebagai seorang yang hanya meliht kepentingn hari ini yang belum tentu ganjaran baiknya pada akan datang namun , sudh melihat keburuknnya pada masa depan. Jangan terus menjadi umat Islam yang di permainkan dengn mengatakan...' kita mana tahu agenda sebenarnya...' tapi pengalaman , mampu meramalkn agenda. Termaktub di dalam al-Quran , kaum Yahudi adalah kaum yang di laknat oleh Allah...maka adakah wajar kita umat Islam berjabat tangan dengan mereka...????? tanyalah iman kita semua. di situ pasti ada jawapannya...









Tuesday, June 1, 2010

Sejauh Mana Kita Berkonflik ( volume 2 )



Macam yang saya dah pernh kata , kita sambung lagi tentang konflik. Kenapa perlu sambung ? Supaya konflik yang kita hadapi tidak malart hingga ke mana – mana yang tidak seharusnya..

Okey. Kita pergi ke jalan keluar konflik. Dalam setiap satu konflik , terdapt jalan keluar yang dapat menyelesaikannya. Terpulang kepada kita sama ada ingin menyelesaikannya atau tidak. Biasanya , bila timbul soal sakit hati , ego n air muka...maka konflik mungkin akan berlarutan. Langkah pertama untuk menyelesaikan konflik adalah mencipta sebanyak – banyaknya alternatif sebagai jalan keluar sebelum membuat sebarang pilihan. Dalam meleraikan suatu konflik , jangan sesekali hanya untuk kemenangan sebelah pihak saja. Ia tidak akan meleraikan konflik tersebut malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Bersikap adil dan bertimbang rasa adalah sangt penting dalam apa jua keadaan terutama dalm proses penyelesaian konflik.

Keputusan yang adil itu terdiri daripada beberapa jenis :


1. Kedua – dua pihak mendapt bahagian masing – masing selaras dengan sumbangan masing – masing

2. Kedua – dua pihak mendapt sama banyk

3. Kedua – dua pihak mendpt bahagian masing – masing selaras dgn undang - undang

4. Kedua – dua pihak mendapt bahagian masing – masing selaras dgn keperluan





Ukur Kekuatan Sendiri


Sewaktu kita berkonflik , sebelum melakukan apa – apa atau berkata apa – apa kita perlu ukur kekuatan pada diri kita. Sebelum menganggap diri sndiri cukp kuat , jawb dulu pertanyaan ...:


Apa aku mahu ?

Kenapa itu penting , maka itu aku mahu ?


Sebelum menjawb soalan tersebut , jangn buat apa – apa atau berkata apa – apa kepada pihak lawan. Perbuatan itu adalah berisiko. Dalam konflik dan perundingan , perkara – perkara peribadi selalunya akan terbabit sekali hingga menjadi pengetahuan umum. Segala sifat negatif dan positif akan terdedah dengan sndiri. Adakah seseorang itu bersedia melaluinya ? Jika bersedia , seseorang itu perlu pula mengukur kekuatan lawannya. Jangan kerana seseorang itu sudah lama mengenali lawannya contohnya bekas sahabat atau bekas pasangan , maka individu itu beranggapan bahawa dia sudah cukp mengenali pihak lawan. Teliti perkara – perkara yang dapat dikalahkan dan tidak dikalahkan pada pihak lawan.




jika seekor kucing itu berlawan dengan jumlah anjing sebanyak itu..adakah dia telah mengukur kekuatan dirinya untuk berlawan...?



Strategi Bersaing


Strategi bersaing merupakan strategi yang biasa dilakukan apabila berkonflik dan menyelesaikan konflik. Strategi berlawan adalah strategi yang menganggap hubungn baik bukan perkara yang penting. Dan kerana itu , soal menang-kelah menjadi keutamaan. Strategi berlawan ialah contoh teknik berfikir yang singkat kerana strategi ini cuba mendaptkn sebanyk mana yang boleh di dapati sekarang dan tidak peduli jangka masa perbuatan itu ke atas perhubungan. Strategi berlawan ini hanya boleh di gunakan dalam situasi tertentu :


  1. Konflik tidak melibatkn hubungan baik pada masa sekarang mahu pun akan dtg
  2. Hubungn baiks sekarang tidak lagi penting pada masa akan datng
  3. W’pun ada perhubungn , tapi perhubungn itu tidk penting
  4. Pihak lawan bukan orang yang baik – baik dan tidk boleh dipercayai
  5. Pihak lawan tidk diperlukan pada masa akan datng
  6. Menyelesaikn punca konflik adalh lebih penting berbnding menjaga hubungn baik



Strategi berlawan ini adalah berdasarkan konsep aku untung kamu rugi. Oleh itu individu itu sanggup untuk melakukan apa saja. Bagi mencapai matlamat tersebut , dia sanggup memutar belit pihak lawan supaya mereka terpaksa mengalah. Antara perbuatn putar – belit yang selalu dilakukan adalah :


  1. Menggunakan pelbagai tingkah laku untuk menunjukkan perasaan sedih , kecewa , benci , marah dan merajuk
  2. Memutar belit pihak lawan sehingga dia naik marah , geram , letih dan sakit kepala
  3. Menyebabkan pihak lawan berasa sangt bersalah atau berdosa
  4. Menyebabkan pihak lawan berasa takut
  5. Menyebabkan pihak lawan berasa malu dengn manjtuhkan maruah dn nama baiknya
  6. Mengugut , menggertak dan mengancam
  7. Mendapatkn sokongan pihak ketiga supaya pihak lawan berasa di tekan kiri dan kanan






jika memang suka berlawan , maka suatu waktu pasti akan bertemu dengan lawan sebenar


Jika berhadapan dengan situasi ini , beberapa tindakan perlu di ambil oleh individu tersebut :


  1. Jangan peduli segala lakonan
  2. Balas balik apa yang di lakukan. Sesuai digunakan apabila pihak lawan hendak menguji kesabaran kita
  3. Jangan bergerak daripada prinsip
  4. Jangan dedahkan apa – apa maklumat kepada pihak lawan
  5. Lakukan sesuatu supaya pihak lawan mula mengalah
  6. Jangan jawab apa – apa soalan dari mereka , sebaliknya tanya apa yang mereka mahu
  7. Cuba cari apa yang paling kurang mereka sanggup terima
  8. Jangan janjikan apa – apa


Individu yang menggunakan strategi melawan , mempunyai ciri – ciri personaliti berikut :


  1. Mereka mempunyai pemikiran yang singkat.
  2. Mereka sangt mementingkan diri sendiri
  3. Mementingkan benda yang bernikai konkrit
  4. Mereka percaya individu lain sama seperti mereka yang suka berlawan
  5. Tidak mempunyai pegangan nilai murni yang tinggi


Dari beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pakar – pakar psikologi , hasil yang diperoleh mendapati bahawa mereka yang suka bekerjasama menghasilkan kesan yang lebih baik daripada sikap persaingan.



Menurut Dr.Bob Montgomery , dalam bukunya The Truth About Success And Motivation , pedoman bagi mencapai kejayaan adalah :


  1. Jangan bersaing dengan orang lain
  2. Menanglah dengan cara membenarkan orang lain turut menang.


Baiklah , tentu ada sesuatu yang telah kita pelajari pada hari ini. Saya peroleh ilmu baru...begitu juga anda yang membaca. Tapi , masih tidak selesai lagi. Akan bersambung lagi dengan strategi yang lain.



bersaing bukan satu - satunya jalan untuk menyelesaikan konflik , maka mengapa tidk melihat jalan yang lain ....?



Rujukan penuh dan diolah dari :

Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd

Monday, May 31, 2010

Jangan Menangis Sayang..



- Rahmat Ujian -

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibirmu dah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau tersiksa
Ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di Setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihi mu setiap masa
Di uji tahap keimanan
sedangkan rahmat terbiar di lalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangn
Bersyukurlah dan tabahlah
Menghadapi
Segala ujian yang di beri
Maka bersyukurlah selalu




jangan di biar air mata itu mengalir untuk yang tidak selayaknya...

Sunday, May 30, 2010

Sejauh Mana Kita Berkonflik ( volume 1 )


Baru – baru ni saya ada baca sebuah buku ’ Teori dan Teknik Kepimpinan’ tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Ada satu bab dalam buku tu bertajuk ’ Pemimpin Sebagai Pelerai Konflik ’. Dan sebab itu aku tertarik untuk cerita sikit tentang konflik untuk di kongsi bersama memandangkan dalam kehidupan seharian kita mungkin sentiasa berhadapan dengan pelbagai konflik. Bukan saja konflik dengan orang di sekeliling kita , tapi konflik dari dalam jiwa kita sendiri. Suatu konflik itu sebenarnya bukanlah suatu perkara yang asing dalam kehidupan manusia terutamanya di tempat kerja. Mungkin , bagi yang masih belajar ..... konflik berlaku di dalam kelas contohnya konflik dengan rakan – rakan , konflik dengan guru atau pensyarah atau siapa saja.





Dari pembacaan saya , terdapat 2 jenis konflik iaitu yang pertama , konflik isi. Konflik isi ini berpusat pada benda – benda , perkara – perkara, peristiwa – peristiwa ataupun individu – individu. Manakala yang kedua adalah konflik perhubungan di mana jika di tempat kerja orang bawahan tidak mahu patuh pada ketua , ketua gagal menguasai orang bawahan dan sebagainya. Di sini , yang menjadi pusat konflik adalah perhubungan itu sendiri. Dalam kehidupan seharian kita , konflik terjadi dengan gabungan kedua – dua jenis konflik di mana isi konflik mungkin hanya di sebabkan oleh suatu tugas , tapi konflik juga melibatkan siapa yang menjalankan tugasan tersebut.



Suatu konflik itu biasanya membawa kesan buruk adalah melalui teknik – teknik yang digunakan apabila kedua – dua belah pihak itu berkonflik. Terdapat teknik – teknik menangani konflik itu yang hanya memburukkan lagi keadaan , merosakkan suatu perhubungan dan banyak lagi yang hanya menimbulkan kesan – kesan negatif. Perlu di fahami bahawa konflik itu bukanlah berfungsi untuk mendedahkan segala sifat buruk yang ada dalam diri mnusia , tapi sebenarnya adalah strategi pergaduhan yang digunakan ketika berkonflik. Contohnya , jika suatu konflik itu ditangani dengan cara serang dan hentam , maka cara itu hanya mendedahkan sifat negatif yang ada pada peribadi individu itu.



Kita biasa memahami bahawa suatu konflik itu akan menyebabkan kedua – dua belah pihak itu saling membenci. Hal ini di sebabkan oleh 2 perkara. Yang pertama adalah teknik berkonflik yang digunakan di mana teknik tersebut adalah sangat tidak adil kepada salah satu pihak. Manakala yang kedua adalah kepada fokus semasa berkonflik di mana mereka biasanya akan melukai hati dan emosi pihak lawn .... bukan mencari penyelesaian konflik itu sndiri. Kedua – dua perkara ini hanya akan menyebabkan perasaan marah , benci dan pelbagai lagi perasaan yang negatif. Salah satu tindakan yang mungkin di lakukan adalah menyisihkan diri. Jika direnungi sebaiknya , suatu konflik itu kecil saja tapi mampu melarat hingga menjadi besar dan akhirnya ruang komunikasi antara 2 belah pihak mula tertutup. Pada waktu itu palbagai perkara yang negatif mula timbul di mana masing – masing mula tuduh menuduh , lebih berminat untuk menunjukkan kekuatan masing – masing dan mula menimbulkan isu baru untuk berkonflik...dan lama kelamaan , akan menimbulkan isu peribadi.





Semasa dalam berkonflik , kedudukan kedua – dua belah pihak adalah satu menang dan satu kalah....dan jika tidak ditangani dengan baik , kedua – duanya adalah kalah belaka. Biasanya , pihak yang berkonflik akan berkeras untuk mempertahankan kedudukan masing – masing , tapi tidk cuba meliht konflik itu dari sudut pandangan pihak lawan. Kesannya , kedua – dua belah pihak hanya akan memburukkan lagi keadaan dan mula mencari penyokong bagi melawan pihak lawan. Lalu , konflik baru pula yang mula timbul.


Suatu konflik itu sebaiknya di leraikan semasa mereka masih boleh bercakap antara satu sama lain. Sehinggalah pada suatu waktu , mereka sudah tidk boleh bercakap dan perasaan marah berubah menjadi benci. Pada keadaan inilah akhirnya , kedua – dua pihak berada di pihak yang kalah.



Dalam menyelesaikan suatu konflik pula , terdapat 4 peringkat yang mesti dilakukan iaitu :

1. Mengenal pasti , apa sebenarnya yang menjadi perkara yang diperbalahkan

2. Cuba memahami sifat – sifat masalah tersebut

3. Cuba mencipta beberapa teknik penyelesaian masalah

4. Pilih teknik yang terbaik



Baiklah , kita sudah mengetahui serba sedikit tentang pengenalan dan situasi suatu konflik itu berlaku. Cubalah kita sama – sama melihat diri kita bagaimana kita menangani suatu konflik dalam kehidupan seharian kita terutamanya konflik perhubungan. Adakah cara kita itu hanya menambah buruk keadaan atau cuba menjernihkan keadaan. Adakah konflik yang kita pernah laluinya yang dulu kecil....kini menjadi lebih besar. Saya cuba muhasabah diri , anda perlu muhasabah diri....kita sama – sama muhasabah diri. Kita semua dalam proses belajar tentang erti kehidupan. Suatu pertikaian itu tidak mampu di selesaikan dengan istilah...’ini cara aku’. Carilah cara – cara tertentu....cara yang di yakini dan dibuktikan lebih baik.


Sehingga bertemu lagi di lain post...sambungan dari ’ Sejauh Mana Kita Berkonflik’ dalam isu jalan keluar konflik.






Rujukan penuh :

Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd