“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.” ~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Friday, July 30, 2010
~ bila yang negatif itu juga ada pada aku ~
sebenrnya aku dalm kepeningan untuk tulis dalam blog ni. bukan tak de benda ...tapi macm banyk bnda nak story. tapi ... kena lah pandai pilih yang priority kan. jadi , aku pilihlah ini untuk aku muatkan dalam post kali ini.
Dalam dunia ni , tak ada manusia yang sempurna segalanya. Rasulullah s.a.w sajalah kan. Pandang kiri dan kanan kita. Mereka manusia. Kemudian , pergi cermin ...tengok diri kita. Manusia jugakkan..?? Bukan kucing , kan ? Jadi...bila kita sedar diri kita adalah manusia , maka sedarlah ada 1001 kelemahan dalam diri kita. Kalau kawan - kawan kat sebelah kita tu pun manusia juga , terimalah juga 1001 kelemahan dan kesalahan yang mereka lakukan dan bakal lakukan.
Seharusnya , kita tidak terus melatah lantaran kesilapan yang mereka lakukan pada kita kerana perlu ingat ..... kita juga ada yang negatif. perlu sedar , kita juga pernah melakukan kesilapan yang mungkin lebih besar dari teman kita itu. Jika teman kita itu marah , why not kt kaji dulu tndakan kita yang mnjadi sbb kemarahannya.
Hidup mana boleh pentingkan diri sndiri , kan..? macam bila kita bersama pasangan. kdang kala , ada pasangan yang sgt kontra dalam banyk perkara. secara tidak langsung , ia akan menimbulkan pelbagai perbalahan. Dari sekecil - kecil perkara hinggalah sebesar - besar perkara. Kalau tak ada rasa hormat dan saling menerima ... alamatnya , memg tak lama lah hubungan tu.
Satu pengalaman yang aku nak share di sini adalah kisah akulah. Dari kecik sampai besar , aku tak pastilah kenapa aku sering dekat dengan satu perkataan yang di namakan 'pulau'. hampir di semua peringkat aku lalui kehidupan tu.
seawal umur 7 tahun ... ms tu macm biasalah budak2 baru masuk sekolah , kan. aku tak kenal pun dengan budk prmpuan ni. aku rs waktu tu dia memng sangt jht. aku tegur dia pun tak lagi waktu tu. tapi , bila aku berkawan dgn budak prmpuan , dia akan bagitahu budak prmpuan supaya jgn kawn dgn aku. aku pun tak faham apa masalah dia waktu tu. sampailah satu keadaan , aku hanya berkawan dengan lelaki. kiri kanan depan belakang ....lelaki. keadaan tu berlanjutan hngga akhir darjah 2. kira setahun lebihla kan. lepas tu dia pindah .... dan murid perempuan kawan dengan aku macam biasa. tapi yang aku hairan bin ajaib , bila budk pmpuan tu pindah .... banyk kali jugak lps tu dia telefon aku. cakap minta maaf ... nak kawan ....hidup memg hairan. aku plak ... jenis lembut hati. ok je lah. tapi sekrang ni aku xtahu dah al kisah dia. last sekali aku dapat tahu ayah dia mninggal dan dia duduk di asrama anak yatim.
Tu kisah masa sekolah rendah. Masa sek menengh plak .... dengn kawn baik aku satu masa dulu. Kawan dgn dia memg banyk mengubah aku jadi lebih baik. Dari kasar version lelaki , aku mula terima ...aku permpuan , maka perlu menjadi seorang permpuan. Tak lama kawan dgn dia. tak sampai setahun pun. Tiba - tiba dia lari dari aku. Dia kata aku batu api ..... tak care dia punya masalah .... sampai sekarang aku masih fikir. Betul ke aku macm tu ? Sebb sejak aku hdup , tak penh plak aku ada perasaan macm tu. mungkin perasaan dia kot. Bila dia jauh je dari aku .... kawn2 prmpuan kelas mula jauh dgn aku. Tu lagi aku hairan. aku ada masalah apa plak dgn girls yang lain....???? tapi ... bila masa dah semkin jauh , alhamdulillah ....segalanya neutral seperti biasa.
Di Matrikulasi , aku totally change. Kalau mereka yang kenal aku sejak sekolah , memang tak percaya itu adalah aku. Dari banyak mulut , jadi pendiam. Dari seorang yang suka beri pendapat , no no no ....takkan dengar lagi dari aku. Dan sepanjang di matrik , aku ok dgn semua kawn2 tapi bukan lecturer. seorang lecturer la. sampai dia tak mau sebut nama aku ... benci giler dia kat aku , kan. sebb ? sebb dia minta pndapat aku tentg isu rogol. aku bgtau la aku tak salahkan lelaki or prmpuan. aku cakap , salah pemimpin yang memerintah sebb kesalahn yang berkaitan rogol , zina tu sume perlu tertakluk di dalam hukum yang Allah turunkan. lepas tu , memg dia benci gile kat aku. aku pun pelik gak...salah lagi ke aku cakap ? aku rs dah habis bertapis dah. hampir student satu kelas sokong aku. hmm...sampai sekarang aku masih confuse..
At last...tempat aku belajar sekarang. di mana ? tnggu aku keluar , aku sebutla kat mna. hehe.. aku tahu di mana ia bermula .... tapi tak faham , kenapa ia terjadi. dlm satu keadaan yang aku rasa aku perlu tegur tentang kerja. aku pun buat kerja tak sempurna. tapi .... satu hal yang ramai org bgtahu aku , aku jenis rajin. Dan satu hal yang aku sedar , aku jenis teliti. tapi takla giler teliti ,kan. sampai tulisan lari margin je aku print lain. soalnya , segala yang berkaitn dengn ms .... aku akan cuba jg sebaiknya. sbb .... kehidupn aku mungkin tak sm dgn student lain. sebb aku duduk di rumah sndiri , segala hal di rumah .... banyk urusn yang aku perlu adjust. jadi , setiap jam itu .... aku perlu susun betul2. contohnya ... nak pergi kuar dating je la. hari sekian , ms sekian ... tak boleh lebih dari 2 jam mungkin. sbb lepas 2 jam , aku perlu ada di mn2...mcm tu la conthnya.
ok , berbalik dgn soal tegur tentang kerja. aku tak lah berniat nak merendahkan kerja orang. aku terima semua hasil kerja orang seadanya. tapi , teguran aku tu sbb aku rasa perlu. bukn saja sebb aku dah lama bersabr , tapi .... untuk kabaikann mereka. ( ini bukan usaha mempromosi diri ) Mungkin pada sesetengahnya aku menengking hingga menimbulkan satu konflik baru. Tapi , hakikatnya memg ada sedikit rasa marh sbb tertntu .... dn tegurn atas kerja yang keadaan itu aku fikirkan tidak seharusnya berlaku. tidak kira siapa pun , aku tetap akn tegur. kawan baik or bukan kawn baik. rasanya sebb aku anggap mereka kawn baik aku , maka aku tegur. kalau tak ... rasanya itu bukn sebahagian dari tanggungjwb aku.
Mungkin juga waktu itu aku sedang di pengaruhi rasa marah atas suatu tndakan teman aku itu. Maka , teguran itu mungkin di sifatkan telah menjatuhkan maruahnya di hadapan ramai sebb menegur tentg kerjanya.( tapi ... tak ramai sangt kot. kalau tidak , mesti semua orang tahu kejadian tu. ) dan oleh sebb keluar satu statement dari teman yang aku rasakan .... itu tak seharusnya , maka keluarlah statement aku yang tak kurang kasarnya di sidang blog ini. ( aku dah buang pun post tu ). Jadi , timbullah satu konflik dan konflik ..... dan akhirnya , aku di 'pulau' kan.
Pasti ada sesetanghnya tidak setuju dengan statement aku bahawa aku di pulaukan. Maka , mereka yang berada di lingkaran konflik ini , pasti dapat merasa ... melihat dan apa saja. Aku masih confuse .... aku bermasalah hanya dgn beberapa orang .... tapi kenapa mereka yang tidak terlibat turut melibatkan diri...??? itulah namanya realiti kehidupan. banyak cabaran - cabaran yang harus kita lalui. Pada aku , itu perkara normal bagi kelompok perempuan. Kenapa ? aku pun tak tahu. Tapi aku biasa jumpa begitu. Kalau aku ???? Siapa yang pernah kenal aku , soalan aku ...pernah ke aku begitu ? aku tak ada jawapannya.
Ya....sesuatu itu terjadi , pastinya hasil kesalahan kedua - dua belah pihak. Dan berulang kali aku sudah mohon maaf. Pada aku , apa saja msalah , lebih baik beritahu saja pada aku. Kalau gentle la. Tapi , jika rasa selesa dengan keadaan yang begini .... rasanya pun tidak menjadi masalah yang sangt besar. Dan kerana sejak dulu , menerima situasi yang lebih kurang .... aku sifatkan aku ini negatif di kaca mata ramai. Jadi , untuk itu .... adalah lebih baik aku diam dari bergurau senda dan bercakap tentang benda tak perlu. Adalah lebih baik aku sendiri dari aku hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik dan perbalahan. Itu prinsip aku. Tak suka tak mengapa. Aku pun anggap itu hak masing - masing untuk menerima individu lain. Tapi , bila berkata tentang jauh di sudut hati .... biarlah aku dan Allah s.w.t yang menilainya.
Post ini bukan sekali kali untuk mncari simpati sesiapa. Tapi ... bila yang negatif itu aku rasa ada pada aku terhadap suatu golongn , maka aku menghindar. Tapi , bila aku rasa aku adalah positif terhadap suatu golongan itu .... maka aku adalah aku.
Jadi , apa renungannya...??? Jangan pernah marah , benci , dendam terhadap mereka yang pernah memberi kepahitan kepada kita. Tapi , berterima kasihlah kepada mereka kerana telah mengajar erti sabar , tabah , berdikari dan mengenal kehidupan ini dengan lebih matang. Siapa pun di atas muka bumi ini buat salah. Mungkin hari ini , dia betul2 buat kita menangis ... khianat pada kita .... tak hargai kasih sayang kita .... tapi , siapa tahu satu waktu nanti .... mereka inilah yang akan buat kita bisa menjadi manusia yang unggul. Moral of da story .... jangan membenci , jangan berdendam....jika kita ingat , yang negatif juga ada pada kita...
sekian , wassalam.
Tuesday, July 27, 2010
Friday, July 23, 2010
Hanya Untuk Seseorang
~Tentang Seseorang dan Tentang Mereka~
Tentang seseorang
Dia hadir bagai tenang air mengalir
Hadirnya mendamaikan
Hadirnya menenangkan
Hadirnya bisa menjernihkan keruhnya sebuah perasaan
Hadirnya begitu di dambakan oleh seorang yang bernama aku.
Perginya dia …
Tidak dan sesekali tidak aku menduganya
Tidak dan sesekali tidak sejauh ini
Namun…
Aku harus rela
Aku perlu belajar tentang redha..
Tiba masanya..
Tiba waktunya segalanya akan bisa lenyap dari kehidupan
Justeru..
Mengapa harus di ratapi sebuah pemergian…?
Mengapa harus di tangisi sebuah peninggalan…?
Bukankah sudah yakin…
Bukankah sudah tertetap sejak azali
Tiada apa jua yang bisa kekal di atas muka bumi ini.
Relakan pemergiannya..
Tentang seseorang…
Dia hadir membuka lembaran baru dalam ratapan hati
Hadirnya seperti satu jiwa yang baru
Buat sebuah jiwa yang kelam
Buat sebuah jiwa yang suram
Buat sebuah jiwa yang tidak punya rasa
Di semai rasa sayang
Di semat rasa cinta
Agar kasih terjalin
Terikat kukuh di lipatan iman
Agar kasih bertaut
Terpintal kemas hingga berakhirnya nafas
Tidak pernah sesekali
mengharapkan sebuah perpisahan
Tidak pernah sesekali
mengimpikan sebuah derita
Hanya sekelumit redha dari Ya Allah
Agar ia bisa meniti usianya
Merentasi sebuah masa
Dengan sebuah kemelut yang dipanggil kehidupan
Bersama tawa dan tangis
Bersama suka dan duka
Bersama siksa dan derita
Biarlah pahit dan manis kehidupan itu kita telan bersama
Biarlah keindahan dan kesuraman itu
Kita tempuh bersama
Dalam melalui sebuah hubungan bernama kasih sayang.
Tentang seseorang..
Dia hadir tidak pernah terduga oleh sebuah perasaan.
Tidak juga hadir oleh sebuah permintaan
Hadirnya membuka 1001 tanda tanya
Hadirnya membuka 1001 cerita
Hadirnya membuka 1001 kisah di sebalik kisah
Dan hadirnya…
Mengundang datang dan perginya sebuah kasih sayang.
Biar pun melalui saat saat sukar
Melalui hadirnya sebuah duka lara
Membenarkan sebuah air mata
Dia masih ada buat aku
Memberi sedikit kekuatan dalam kelemahan
Memberi sedikit sinar di dalam gelita
Memberi sedikit tawa di dalam air mata.
Bukanlah dia cukup sempurna
Tidak juga aku mendamba seseorang yang cukup sempurna
Tapi…
Biarlah dia itu tepat untuk menjalani sebuah realiti kehidupan
Mendepani pelbagai alasan
Melalui sebuah kesukaran
Segalanya itu..
Sudah cukup buat seseorang yang bernama aku.
Tentang seseorang…
Tidak sesekali tidak aku percaya
Dia khilaf dalam menilai sayangnya aku
Tidak sesekali tidak aku percaya
Dia sukar merasai kasihnya aku
Namun…
Jika jalan ini pilihan aku dan dia
Maka tidak akan pernah bertemu dengan sebuah titik pertemuan
Mungkin…
Selamanya begini
Terpisah bersama suasana
Terhindar bersama waktu
Terasing bersama perasaan yang membelenggu
Seharusnya…
Aku belajar dan terus belajar
Untuk terima dan seterusya redha
Dia bukan buat aku
Bukan buat tawa dan tangis aku
Dan aku semestinya bukan untuknya
Bukan untuk suka dan dukanya
Biarlah segalanya itu pergi
Seiring perginya masa dan kenangan
Akan meninggalkan kita
Aku tidak pernah
Dan tidak akan pernah impikan segalanya kembali.
Tentang mereka
Hadirnya mereka ku sematkan setinggi harapan
Mengubat luka yang berdarah
Menggantikan mereka yang telah di relakan pergi
Memberi sedikit reda pada hati yang kian menderita
Bagai terpanah rasa yang membara
Mereka membenamkan bom jangka di ruangan hati
Hingga menunggu masa untuk ia di letup dan pergi
Jika itu realiti…
Mengapa aku tertakdir bertemu mereka…??
Mereka tetap mereka
Berbaloikah bergelak tawa pada sebuah air mata..?
Berbahagiakah mereka pada sebuah jiwa yang cukup menderita..?
Dan…
mahukah mereka rasai sebuah kepahitan pada sekeping hati..?
Bersediakah mereka melalui saat sukar itu sendiri ?
Dan mereka …
Pasti tidak pernah terlintas untuk melalui semua itu
Kerana…
Tidak pernah melalui sebuah derita perasaan
Tidak pernah jua melalui sebuah rasa menggugat setiap rasa
Tidak pernah dan pastinya tidak pernah merasai..
Sebuah jiwa yang kelam dan kedam tanpa tawa bersama bahagia.
Di suatu waktu..
Aku berharap di setiap titipan doa..
Agar mereka bisa merasainya
Agar mereka juga bisa merasai pahitnya sebuah tindakan
Agar mereka bisa menjamah sedikit
Sebuah keindahan yang bernama sendiri
Agar satu waktu nanti
Mereka tidak akan pernah tegar
Untuk merampas sebuah kebahagiaan milik sekeping hati
Untuk menakluk sebuah ketenangan milik sebuah jiwa
Untuk membunuh sebuah kehidupan milik sebuah roh bersama jasad yang bernyawa
Tentang seseorang dan tentang mereka..
Aku hadir dalam kehidupan kalian..
Hanya kerana satu perkara
Hanya untuk sayang…sayang…dan sayang
Tidak pernah untuk selain itu.
Hanya untuk membahagiakan
Namun..
Allah itu Maha Mengetahui tentang sesuatu
Pastinya ada sesuatu yang tersembunyi buat kita
Biarlah masa menerokainya
Biarlah masa yang menemuinya
Insya – Allah..
Monday, July 19, 2010
~ sekadar persinggahan~
Hari ini aku berkesempatan juga untuk mengunjungi blog ni. Lama juga rasanya tak menaip di sini. Bukan tak ada idea..cuma tak berkesempatan. Apatah lagi..sudah mula naik sem , projek final pun sedang run , wah...banyk sungguh kerja yang perlu di rencanakan. Tapi , Allah itu tahu mana yang sebaiknya buat semua hamba-Nya , sudah hampir sebulan aku di serang migrain yang teruk secara tiba - tiba. Sakit kepala yang tak berkesudahan. Makan ubat pun...still macam tu. Apa yang sedikit menakutkan , pandangan aku boleh jadi kabur dan macam mahu tumbang daa...Atas nasihat seseorang, aku pun pergi ke farmasi dan kemudian ke pku ( pusat kesihatan universiti )untuk buat check hemoglobin. Apa lagi , sedut darahla. Hasil keputusan , tak ada yang serius. Dan aku tak budgetla itu kesan migrain. Sebab mkan poston berbiji2 pun...mcm tak ada effect.
Then , hari ni ....tanggal 19 July 2010 , aku pergi pku lagi atas arahan pegawai kesihatan kat sana , untuk check darah semula. Aku cam pelik gak...tapi , pergi je la. sakit kepala aku pun tak ok lagi. Bila pergi , kena sedut lagi darah. Mak datuk....sakit siot!!!!! Tak tahulah nape yang kali ni sakit. macam siot..sengal terus tangan kiri aku. Dah la nak drive kereta tak de power stereng. huwaa....ikut cakap sape la ni..kui3x. ( jangan marah ). Dah la sakit...bila tengok result , tak ade ape yang mencurigakan. Baru dia nak tanya....' awak ada migrain ea..' aku jawablah ya. dia tahu je aku ade migrain , terus bagi ubat mgrain n out!...apelah , tanyala awal2..tak la habis darah aku kena sedut. darah aku dah la sikit...huhuhu. tapi tak pe , seronok gak rasa macam sakit serius plak. hahaha...tapi yang penting sekarang....aku masih sakit kepala.keh3x
hmm...baru beberapa post yang lepas aku cite pasal migrain. Siap state lagi dah lama aku tak kena migrain. Rasanya penyakit tu rindu aku kot. Ish..tak pe2. Aku redha dengan kehadiran mereka. Bukan selalu nak sakit. Kan sakit itu , membuatkan kita ingat pada Allah. Ingat pada mati...justeru , penyakit itulah penghapus dosa. Oleh itu , jangan cepat mengeluh dengan penyakit. Yang sakit itulah bahagia , yang senang itulah kadang kala derita. Boleh dapat apa yang cuba aku maksudkan ??? Hm...jika boleh , baguslah.
hidup ni sekadar persinggahan je. Hidup mati hidup semula pun ....ending dia mesti matilah punya. Jadi , jangan jadikan diri sebagai hamba dunia. Hamba kehidupan. Waktu hidup ni lah perlunya segala kebaikan dan amal soleh untuk kita bawa ke akhirat. Walaupun , lahirnya aku hidup di atas muka bumi ini seringkali menjadi kebencian manusia .... tapi aku cuba untuk hidup untuk menyayangi manusia lain. Hati akan kosong , akan sakit , akan hancur apa bila jauh di sudut hati terbit rasa ...' menyampahnya kat dia ni...' atau '...aku tak puas hati dia macam ni , aku kena macam ni...' percayalah. Rasa sakit hati , rasa benci...rasa menyampah...tak akan di bawa ke mana. Tapi , kalau memang orang tu tak betul , kita tak berkenan....cukuplah jauhkan diri. Cari ruang untuk kita rasa selesa. Tak usah nak pukul canang satu dunia , kita tak suka dia. Tak de faedahnya. Buang masa , tambah dosa lagi ada.
Bagi yang membaca post kali ini. Ingatlah. Hidup ni sekadar satu persinggahan. Binalah kualiti diri yang terbilang. Janakan kuasa motivasi maksimum dalam hati dan jiwa kita. Perhebatkan potensi yang ada dalam diri kita. Bukan sibuk berbicara tentang orang yang kita tak suka , bukan sibuk untuk menyindir dan menyakitkan hati orang yang kita tak suka. Cukuplah simpan di dalam hati. Tak guna untuk diperhebahkan.
Ambillah sebagai tauladan dan sempadan. Sekian , wassalam..
Sunday, July 4, 2010
Semarak Constantinople
Konstantinopel atau Constantinople ... tentunya ramai yang tahu tentang kota ini. Dan tentunya ramai juga yang tidak tahu akan pernah wujudnya kota ini suatu ketika dahulu. Saya sendiri tidak pernah tahu tentang konstantinopel. Tetapi , pernah terbaca satu post seorang hamba Allah di mana beliau menyebut penaklukan Islam di kota Konstantinopel saya jadi tertarik. Tertarik kerana nama kota itu sendiri sangat menarik perhatian saya.
Konstantinopel merupakan perkataan dari bahasa Romawi dan nama aslinya adalah Byzantium dari bahasa Yunani. Wilayah Konstantinopel adalah antara Tanduk Emas dan Laut Marmara. Konstantinopel merupakan kota terbesar dan benteng terkuat di dunia waktu itu dengan dikelilingi lautan dari tiga sisi iaitu selat Bosphorus , Laut Marmarah dan Tanduk Emas ( golden horn ) yang di jaga dengan rantai yang sangat besar. Kedudukan Konstantinopel ini dibayangkan oleh Napoleon Bonaparte :
’ ....kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Konstantinopel inilah yang palig layak menjadi ibu kota negaranya ..!’
Abu Qubail menuturkan dari Abdullah bin Amr bin Ash, Suatu ketika kami sedang menulis di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba beliau ditanya, “Mana yang terkalahkan lebih dahulu, Konstantinopel atau Roma ?” Beliau menjawab, “Kota Heraklius-lah yang akan terkalahkan lebih dulu.” Maksudnya adalah Konstantinopel.” [H.R. Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim]
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang laki-laki. Maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang membebaskannya dan sebaik-baik tentara adalah tentaranya”.
[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]
Usaha penaklukan Konstantinopel berlangsung selama 800 tahun dari sabda Rasulullah s.a.w. Usaha penaklukannya bermula sejak zaman pemerintahan Khalifar Uthman bin Affan. Semasa siri pertama usaha penaklukan Konstantinopel , Abu Ayub Al-Anshari telah syahid dan berwasiat untuk di makamkan di kaki Konstantinopel. Para sahabat telah menyelinap dan memakamkan beliau di persis sisi tembok benteng Konstantinople di Wilayah Golden Horn. Beberapa siri serangan yang begitu mencabar semangat para tentera Islam. Pelbagai cabaran dan pelbagai penambahbaikan di setiap seri serangan selama 800 tahun. Akan tetapi , disebabkan ramalan Rasulullah s.a.w di dalam hadith , itu menambahkan semangat para tentera Islam untuk menakluki Konstantinopel. Di sini saya tidak berniat untuk menceritakan rentetan siri peperangan tersebut.
Namun , apa yang begitu mengharu dan mengagumkan saya adalah rentetan kejatuhan Konstantinopel di tangan Islam. Satu pasukan yang di pimpin oleh Sultan Muhammad II tiba di Konstantinopel pada 6 April 1453 M. Di sana beliau telah mengirimkan surat kepada Paleologus samaada untuk masuk Islam , menyerah penguasaan kota secara damai atau memilih perang dan Paleologus memilih untuk perang.
Constantine XI Paleologus telah melakukan negosiasi dengan berbagai tawaran demi untuk menyelamatkan kedudukannya. Akan tetapi Sulthan muhammad II menolak semua tawaran itu justru sebaliknya ia memberi saran supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah utsmani secara aman. Sultan muhammad II berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tidak ada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan.
Antara isi kandungan ucapannya, "... serahkan kekaisaranmu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahwa tentaraku tidak akan mengancam nyawa, harta dan kehormatan mereka. Mereka yang ingin terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan siapa yang ingin meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan".
Sejak hari pertama serangan , tentera Byzantine telah berusaha menghalang tentera Islam dari merapati pintu – pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan tentera Islam telah berhasil mematahkan serangan itu. Manakala armada laut Uthmani telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di Golden Horn namun masih gagal. Pada saat yang sama para tentera Islam terus melancarkan serangan sehingga 18 April 1453. Pada hari yang sama , beberapa buah kapal perang Uthmani mencuba melepasi rantai besi di Golden Horn namun gabungan armada Byzantine dan Eropa telah Berjaya menghalanginya dan menyebabkan banyak kapal perang Uthmani yang karam oleh serangan tersebut.
Dua hari selepas serangan itu , terjadi lagi perang laut antara kedua belah pihak di mana Sultan Muhammad II sendiri mengawasi pertempuran tersebut. Beliau telah memberikan semangat yang kuat kepada armada laut Uthmani namun gabungan armada Eropa dan Byzantine Berjaya mematahkan serangan tentera Islam.
Sultan Muhammad II ( berkuda ) memberi semangat kepada tenteranya
Kegagalan tersebut telah member kekhuatiran kepada tentera Uthmani. Khalil Pasha yang merupakan menteri ketika itu cuba memujuk Sultan supaya membatalkan serangan dan menerima perjanjian penduduk Constantinople untuk tunduk kepada Daulah Uthmani tanpa menaklukannya. Saranan tersebut telah di tolak mentah – mentah.
Hinggalah tercetus idea yang kedengarannya bodoh , namun akhirnya idea itu dilaksanakan. Idea tersebut adalah dengan memindahkan kapal – kapal perang yang berada di perairan Selat Bosporos di tarik melalui daratan untuk menghindari rantai penghalang. Hanya dengan satu malam , 70 buah kapal Berjaya memasuki wilayah perairan Golden Horn melalui jalur darat yang mempunyai perbukitan yang tinggi dan terjal.
kapal - kapal perang yang di heret oleh tentera Islam melalui daratan
Pada Subuh pagi tanggal 22 April , penduduk kota yang lelap terbangun dengan suara takbir tentera Islam yang bergema di perairan Golden Horn. Tidak ada siapa jua yang menyangka semua itu dapat terjadi dengan satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Islam telah mendapat bantuan jin dan syaitan.
Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan salah seorang ahli sejarah tentang Byzantium mengatakan:
“kami tidak pernah melihat dan tidak pernah mendengar sebelumnya, sesuatu yang sangat luar biasa seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah mengubah bumi menjadi lautan dan dia menyeberangkan kapal-kapalnya di puncak-puncak gunung sebagai pengganti gelombang-gelombang lautan. Sungguh kehebatannya jauh melebihi apa yang dilakukan oleh Alexander yang Agung,”
Dengan posisi tentara islam yang semakin kuat, Sultan Muhammad II melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir konstantinopel. Tembakan meriam yang telah mengkaramkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentara Eropa yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata.
Takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang menggema di segala penjuru Costantinople telah memberikan serangan psikologis kepada penduduk kota itu. Semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman dari pekikan takbir mujahiddin. Ketika ribut yang belum juga reda, penduduk Costantinople menyadari bahwa tentara Islam telah membuat terowongan untuk masuk ke dalam pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Kalau-kalau tentara 'turki' keluar dari dalam bumi !!
Kemaraan Tentera Islam Menakluki Konstantinopel
Sekali lagi Sultan mengirim utusan meminta Constantine XI Paleologus agar menyerahkan Costantinople secara aman. Costantine telah berunding dengan para menterinya. Ada yang menyarankan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang ingin bertahan sampai akhir. Costantine akhirnya setuju dengan pandangan kedua lantas mengirimkan balasan ,
"... syukur kepada Tuhan karena Sultan memberikan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta... atau mati dan dikuburkan di kota ini!".
Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tentaranya meluruskan niat dan membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan.
Mereka diingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada' terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA.
"...sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!" Kata-kata inilah yang membakar semangat tentara islam hingga ke puncaknya.
Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453 M, serangan umum dilancarkan. Sulthan Muhammad Al-Fatih sebelum penyerangan umum sulthan memberikan pidato kepada tentara Islam :
“Jika penaklukan kota Konstantinopel sukses, maka sabda Rasulullah SAW telah menjadi kenyataan dan salah satu dari mukjizatnya telah terbukti, maka kita akan mendapatkan bagian dari apa yang telah menjadi janji dari hadits ini, yang berupa kemuliaan dan penghargaan. Oleh karena itu, sampaikanlah pada para pasukan satu persatu, bahwa kemenangan besar yang akan kita capai ini, akan menambah ketinggian dan kemuliaan Islam. Untuk itu, wajib bagi setiap pasukan, menjadikan syariat selalu didepan matanya dan jangan sampai ada diantara mereka yang melanggar syariat yang mulia ini. Hendaknya mereka tidak mengusik tempat-tempat peribadatan dan gereja-gereja. Hendaknya mereka jangan mengganggu para pendeta dan orang-orang lemah tak berdaya yang tidak ikut terjun dalam pertempuran”
Tentara islam akhirnya berhasil menembus kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah berhasil mengibarkan bendera Daulah utsmani di puncak kota. Constantine XI Paleologus yang melihat kejadian itu melepas baju perang kerajaannya dan maju bertempur bersama pasukannya hingga menjadi martir dan tak pernah ditemukan jasadnya. Giustiniani sendiri melarikan diri meninggalkan kota dengan pasukan Genoa-nya. Kardinal Isidor sendiri lolos dengan menyamar sebagai budak melalui Galata, dan Pangeran Orkhan gugur di peperangan.
Tepat pada hari Selasa tanggal 20 Jumadil Ula 857 H bertepatan tanggal 29 Mei 1453 M, Konstantinopel jatuh dan berhasil ditaklukan oleh para mujahiddin, Sulthan Muhammad II kemudian dia turun dari kudanya dan memberi penghargaan pada pasukan dengan ucapannya
“MasyaAllah, kalian telah menjadi orang-orang yang mampu menaklukkan konstantinopel yang telah Rasulullah kabarkan”
baru kemudian beliau sujud kepada Allah SWT di atas tanah, sebagai ungkapan syukur dan pujian serta bentuk kerendahan diri dihadapan-Nya.
Sultan Muhammad Al- Fateh - Penakluk Constantinople
Dan akhirnya , Kota Konstantinopel di tukar menjadi Islambol atau Islambul yang bermaksud Kota Islam. Kini dikenali sebagai Istanbul.
Di sini , apa yang saya terfikir , mungkinkah wujud lagi semangat jihad seperti itu dalam jiwa umat Islam terutamanya di Malaysia…??? Maaf jika saya salah. Bukan untuk semua tapi untuk segelintir mereka. Mereka yang seharusnya punya semangat Islam yang tinggi adalah generasi muda hari ini. Tetapi , di manakah pemuda – pemuda hari ini ? Lain yang mereka kejarkan. Terlalu berangan – angan dengan keindahan kehidupan duniawi. Bermadu kasih tanpa identity yang mereka bawa sebagai Muslim untuk berpeluk cium di khalayak. Jika inilah pemuda – pemuda di Malaysia hari ini , mungkinkah akan wujud kembali semangat seperti penaklukan Konstantinopel ? Dan tidak hairanlah dengan apa yang sedang melanda muda mudi di Malaysia hari ini. Saya bertanya kepada diri saya ….kepada anda buat diri anda semua ….. tinggi manakah iman dan kecintaan kita kepada Islam untuk menggadaikan nyawa buat Islam. Agama anutan kita ( bagi yang beragama Islam.) Dan mampukah kita sebagai Muslim membawa identity agama kita , Islam ? Dan mampukah kita membawa muda mudi hari ini kepada Islam yang benar ?
Terlalu jauh jika hendak memiliki semangat jihad seperti tentera Islam tersebut. Cukuplah sekadar kita bertanya ….. sejauh mana kita berusaha untuk memastikan Islam itu megah di atas bumi Malaysia. Dan sejauh mana kita berusaha untuk menjadikan seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah menjadi pemimpin kita , pemimpin di Malaysia ? Bersama kita hayati. Itu semua tanggungjawab kita. Kita bakal dipersoal di akhirat nanti dengan apa yang telah kita lakukan di atas muka bumi ini untuk memastikan Islam itu sentiasa tersebar. Bersama kita muhasabah kembali.
Jika di imbas kembali , detik – detik kejayaan tentera Islam ke atas Konstantinopel adalah menjelang pagi sebelum subuh. Pertama , di mana tentera Islam Berjaya mengheret kapal perang ke Golden Horn dan kedua adalah ketika serangan umum dijalankan di mana itulah detik tentera Islam Berjaya menembusi pintu Konstantinopel.
Lihat diri kita. Di sekitar waktu itu , apa mungkin kita sedang lakukan ? Tidur hingga ke pagi ? Tidur lewat untuk membuat tugasan hingga tertinggal Subuh ? atau …. Menonton siaran bola sepak yang juga memungkinkan kita meninggalkan Solat subuh. Bersama kita hayati. Detik suatu kejayaan itu bermula di awal pagi menjelang Subuh. Jangan biarkan waktu subuh itu sunyi sesunyinya dan sepi sesepinya buat umat Islam. Kerana itulah lambing kekalahan kita ( falsafah saya sendiri )
Dengan ini , saya amat berharap kita mampu membuka minda kita menjadi seorang Muslim yang baru. Lakukan anjakan paradigma dengan membina minda muslim super. Susah ? ya ..saya juga kata susah. Tapi , pastinya akan mampu di realisasikan jika kita semua punyai kemahuan yang tinggi ( termasuk saya ).
Dan sesungguhnya , saat ini kita sedang menanti dan terus bergerak untuk merealisasikan janji Rasulullah berikutnya: Menaklukkan Roma (Italia). Insya Allah. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa li-Llahil hamd!
Kota Konstantinopel kini bergelar Istanbul




















