Tuesday, August 23, 2016

~ duhai hati yang kosong ~


Assalamualaikum
huhuhu
ya, entri yang penuh dengan rasa sedih
sedih la sangat nazura !


Setiap hari datang sekolah, setiap hari jumpa macam macam kerenah manusia, setiap hari jumpa manusia yang berbeza latar belakang, berbeza dan semua berbeza. Kadang hati nak kata ' biarlah. anak orang ' tapi terlalu jauh dalam hati sangat kesian dengan jiwa-jiwa yang kosong.

bila datang hari terbuka
datang bersama dengan rungutan orang tua
masing-masing meminta guru memahami situasi mereka
' kami suami isteri kerja, cikgu. tak ada masa kan nak pantau dia sangat. sepatutnya dia tahu lah bla bla bla '
datang pula yang lain
' saya suri rumah cikgu. tapi ye lah adik dia kecik kecik lagi. dengan kerja rumah lagi. tak sempat nak tengok dia satu-satu '

For me .. i just give u a suggestion 
anak masih gagal faham apa yang mereka baca pada umur 14 tahun
anak gagal menulis kembali patah perkataan guru pada umur 14 tahun
anak gagal menggabung ayat pada umur 14 tahun

Bukanlah berat .. tapi, alasan itu terlalu dibesarkan sehingga lupa akan tanggungjawab dan keprihatinan pada si anak.
Itu belum lagi soal akhlak
Bagi aku, aku sendiri malas nak sembang soal akademik kalau solat tak boleh nak buat.
Mereka Islam. Ini anak-anak Muslim
Bila mintak berwuduk sendiri
' eh ... cikgu, saya lupa laaaa'
No, ini bukan environment pelajar di bandar besar
Masa di JB aku tak heran dah bila pelajar Melayu gagal mengucap
Aku tak heran  pun bila mereka bukan mereka di dalam sekolah
Apa nak heran kalau Night Club boleh jejak dengan naik basikal je pun

Di sekolah, alhamdulillah .. pelajar perlu solat di dalam kelas di pantau guru
aku macam biasalah 
mak tiri kelas paling hujung ! bhahahahaa
 Bila waktu aku yang perlu jaga solat, aku akan keluarkan pelajar berdua dua  20 minit awal
dari tingkat atas, aku akan tengok satu satu pelajar ambil wuduk
tawuuu kenapa ..?
 sebab kat situ baru boleh nampak diorang ni tahu wuduk ke tidak
baru tahu .. pelajar solat dengan wuduk ke tidak

Hasilnya :
Ni pada pemerhatian aku sendiri
Alhamdulillah .. mereka masih boleh di kawal dan terkawal
Hati ada sedikit lembut bila diingatkan dengan Allah
Hanya seorang dua yang masih degil tapi tetap masih mampu di kawal

Aku tak tahu apa keadaan mereka di rumah
Aku tak tahu realiti kehidupan mereka di luar sekolah 
Apa yang aku nampak .. merekalah insan insan yang sangat dahagakan kasih sayang
lalu .. parents melepaskan tanggungjawab memberikan ' kasih sayang' itu kepada guru guru
sesungguhnya itu hal yang terlalu sangat salah

Kasih sayang dan perhatian orang luar sangat berbeza
'touch' itu sangat tidak sama

4 tahun dalam bidang ini, permainan psikologi sangat mencabar dan tercabar
melalui psikologi saja kita boleh tackle student yang begini begini or begitu
melalui psiko juga .. kita boleh tahu tahap penerimaan mereka dalam pelajaran
melalui pemerhatian dan psikologi juga .. kita boleh kenal siapa sebenarnya mereka.
 So, my suggestion is .. cikgu cikgu lama silalah diberi 'refreshment' dalam ilmu kaunseling dan psikologi pendidikan yang kita sama-sama belajar dapat A sebab senang masa study dulu
huhuhuhu

ohhhh my dear, parents
jiwa anak anak anda sangat kosong. 
aku sekadar boleh memerhati dengan rasa simpati
aku bukan cikgu yang mudah mengangkat rotan
bahasa aku keras dan kasar .. tapi aku tak faham kenapa diorang still hormat aku
( so far, buat masa ni .. sepanjang 4 tahun mengajar, cuma ada sorang budak je sangat kurang ajar )
alhamdulillah, aku berjaya tidak memaki mereka dengan perkatan perkataan makian
aku memang menjerkah mereka dengan kasar
sebab aku tak pernah lahir untuk menjadi lemah lembut lemah gemalai
rupanya, aku ada sedikit sayang dan simpati pada mereka yang membuatkan mereka boleh rasa
' cikgu nazura jerit sebab aku tahu aku salah bukan sebab dia benci '
terima kasih kerana tidak membenci 


ohhh dear parents,
aku hanya mampu mencadangkan .. memberitahu cara dan solusi masalah anak anak anda
seterusnya adalah tanggungjawab anda

aku juga ada anak yang sangat kecil untuk diberi perhatian
aku masih ada anak yang sangat kecil untuk diikuti perkembangan mental dan emosinya
dan aku masih ada anak yang sangat kecil untuk ditelusuri perkembangan rohani dan jasmaninya.

anak yang kecil itu juga kelak akan membesar
aku cuma berharap .. dan berdoa, generasinya akan datang mampu terdidik dan dididik dengan nilai yang benar
aku dan suami .. kami parents kepada umar anaqi
kalian juga parents untuk anak anak kalian

mereka adalah amanah daripada Allah
mereka adalah apa yang kita pernah minta dalam doa setiap kali solat

bagi parents yang ada anak kecil
sedang kita sama-sama kerja
lelah dengan kerja .. tidak cukup dengan itu semuanya tunggang langgang
aku tidak mahu cadangkan sesiapa berhenti kerja
( sebab viral sangat suh kita yang pmpuan ni berhenti kerja )
setiap daripada kita .. ada tanggungjawab terhadap Allah, tanggungjawab terhadap manusia

Bagaimana letih kita .. betapa banyaknya kerja membebani kerja
sila tinggalkan kerja di tempat kerja
bagaimana ...???
Fokus dalam kerja..!
So balik rumah, u can spent all da time wif ur children
Tinggalkan sekejap kerja kerja rumah yang bertimbun .. duduk dan layanlah anak anak anda
kadang masa yang sedikit itu, kalau benar caranya .. kalau benar hatinya 
in sha Allah .. sedikit tapi berkualiti
bukan banyak masa bersama .. tapi tidak di hati !

So, begitulah apa yang bersarang dalam kepala hotak aku
huhuhuhuhu ... sedih. kadang tak nak tengok. tapi .. kena tengok
nak tolong tak mampu
nak lebih anak orang
tolong doa je lahhhhhh .. 
huk3x !

Wallahualam
 

~ hapyyy bufday ohhhh my suami ~



Assalamualaikum dulu ..
huk3x
Ya Allah !!!
oh my god 
oh my god !!!!!

bangun pukul 6 pagi
siapkan breakfast untuk suami
masak lauk untuk umar
siap masak untuk bawak kudapan ke sekolah
sekali tengok phone !!
makkkkkkkkkkkk aihhhhh

terus jerit
' umar, bufday papa umar okey !!!!! '
umar pun sengeh sumbat cocoa cruch kat mult aku
tak berperasaan la umar nih !
gile lupaaaaaa bak hang 

bagi menebus kelupaan yang melanda
nah .. bagi benda ni menyanyi kat awak yer
jalil saari


hapy bufday ... hapy bfday
wakakaakakaka 
ada terbayang muka umar anaqi tak tengok video nih
hahaaha

okay lah
lain ucapan .. ai pm u tepi yer

semoga Allah merahmati kamu selalu, suami  !!!
( oke .. tak romantik lansung )
hahaha

Monday, August 8, 2016

~ jdk 3 hari .. lalalala ~




Assalamualaikum
haiii guysss

actually, mula tu rasa nak sharing benda yang lebih serius 
tapi ... dalam menaip sambil berkejar sini sana
macam malas pulak nak terfikir fikir benda yang complicated
hahahaa


Fine, sebenarnya nak state betapa excitednya ai 3 hari bersama jdk
siapa ni jdk ..????
oke .. jdk ni anak angkat suatu masa dulu. selepas di ambik oleh adik laki, jadilah dia jdk yang berbeza. 
huhuhuhu

sebenarnya setahun lebih dah tak bawak jdk ni
since dia manual yang mencabar, kadang memang malas nak bawak dia
ape lagi lepas adik adjust dia tu ini
sangkut bumper bagai
malaaaaaasssssss nya nak bawak dia lagi
nasib yang ni adik dah tukar absober dia jadi adjustable
sume bnda laaaa adik tukar
serious jadi 'wajah' baru !

mula bawak memang kekok gile.
dengan tak ada cermin pandang belakang
bateri kereta yang kena nasib tak baik, dia goyang bila start .. tercabut terus kabel dia
nasib laaa kakak dia yang ni dah cukup pengalaman gitu
tapi, since bawak umar ... paksa jugak adik betul kan balik
haihhhh !!!


~ inilah al kisah kenapa jdk boley bersama ai selama 3 hari.  satu malam city pintu belakang city kena hentam estima. huk3x. time ni baru tawu sedey ! baru tawu menghargai jqp. huhuhu ~



~ see !!! adik cuma bagi cermin kemetot gini kat ai... huhuhu. nasib laaaaa tabah lagi nak membawak jdk ni .. ~


~ haaaaaa kan ! lepas setahun setengah di tangan bapak angkat dia. semua la tukar bagai. nampak tak driver kemetot baru ?? punya laaa dia excited naik kete paksu dia ! errkkk ... ~

punya laaaa panik dia punya sensitif punya kete
alarm menyala masa tengah berjalan
gileeeee laa aiii
berhenti tepi jalan terus aku.
off semua sistem .. dalam bape saat baru on dan jalan balik

so far masa drive jdk ni
memang mengimbau kenangan sepanjang di JB
jalan sensorang kat JB harung jem dengan manual yang ... errkkkk ! ni
tapi .. bila tekan minyak
okeee .. lupa plak dah jadi bini n mak orang
ai memang lupa daratan
hahahaha

tak pe
3 hari saja !
jqp pun siap ... kembalilah kepada realiti
kenangan tetap kenangan kan ...??? hahahhaa

tu je pun nak cite
tah hape hape !
wallahualam
wassalam
 

Sunday, July 24, 2016

~ nrbc in da mood ~



Assalamualaikum
hye readers !! buat apa tu ??!!! 
haih .. lagi nak tanya. mesti tengah membaca la kan 
terima kasih sebab sudi mengadakan masa untuk blog picisan otan merapu tuan penulis entri nih
hahahaha

oppppsssss !!! nrbc in da mud ??
hahahaa ... baru hari ni tergerak dan terbuka nak mention
oke, nazura memang regular cust nrbc
apa tuh ???!!!
NR Beauty Care

Sekian lama mencari product untuk kulit
akhirnya bertemu jodoh dengan yang ini.
Product apa yang aku tak pakai. Tapi semuanya berakhir dengan
'Klinik Layang Layang'

doktor akan mention
' kulit awak sangat sensitif. tak sesuai dengan product yang berasaskan kimia '

sejak tuh memang super kecewa. gile ko tak kecewa. kulit muka memang agak bermasalah. tak tawu lagi skin care mana nak gna. memang fade up kot.
then, sampailah terbuka hati nak try nrbc ni masa 2014.
Ingat lagi time nih ulang alik BP - SUNGKAI sensorang drive merce cabuk yang dah jual tuh
Jadi, jangka masa 5-6 jam sekali perjalanan tuh mrmang di habiskan dengan radio je lahhhh
duk dengar radio .. tak sudah ulang
' NR Beauty Care. Fast Try Fast Result '
Itu je lah duk ulang ulang. Aku pun naik loya dengar. Tapi since mention kat situ dari Kota Tinggi
' Ohhh ... dari Johor lahhh '
haaa !!! kan dah nampak kebangsaan Johor sangat aku nih.! Kenegerian nampak !! hahahhaa

JAdi, sampai sungkai, time suami tengah cool sikit daripada sakit dia tanya la pendapat dia
' nak try skin care ni boley tak u ?'
' boley .. as long as confident '
aku pun punya la tak lama berfikir, terus je beli online. 2,3 bulan guna NRBC trial set .. alhamdulillah, kesan paling ketara yang paling paling suka, hilang belang kat muka
since kulit aku memang super sinsitif dengan matahari, jadi ... memang bertahun berusaha nak cover belang tu, tapi satu product pun tak jalan.
So, bila NRBC berjaya .. kira ni product yang sesuai untuk aku. 

Masa pregnant aku tak guna NRBC. Lepas bersalin baru aku guna semula. Tapi, dalam beberapa tahun penggunaan aku, aku tak perlu pergi Klinik Layang Layang untuk masalah kulit lagi. wuhuhuhu

Ini perndapat aku persendirian yerrrrrr
dalam pemilihan product .. aku tak perlukan skin care yang nak putihkan kulit satu badan
kalau dilahirkan dengan kulit yang tak berapa nak cerah lepas tu jadi kulit scotland ... hmmm ..??????
jadi hape dah tu ?
aku tak tahu orang lain ... tapi aku sangat bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat aku. Memang lerrr dulu hingin sangat putih melepas gebu bak salju. Nak sangat cantik kenkononnya. Tapi makin dewasa, rasa bukan di situ kot definisi cantik yang sebenar. 
Cantik is soooooo super subjektif. Kadang tu, g
elap sikit pun manis jugak. Yang penting kulit sihat, kan...????? hahahhaha

Soooo .. bawah ni beberapa item yang aku maintain guna dari product NRBC.
Buat masa ni terbaik lah untuk keperluan dan kehendak aku.




~ pencuci muka dalam bentuk sabun. pada aku sangat jimat sebab dia punya fizikal keras dan tidak mudah cair dengan air. tapi, better letak di tempat yang kering je la  kan. Sabun ni memang suka sebab kulit rasa segar lepas guna. So, dengan muka tak malunya, aku bukan suggest lagi tapi aku paksa mak aku plak beli. alhamdulillah, nampak perubahan kulit my mom sekarang.  ~
 


~  ni tomer. u know wat, toner ni rupanya komponen yang penting dalam penjagaan wajah .. eceeeehhhhhh !! hahhaa .. ni pun, aku belajar daripada adik yang aku selalu buat spa and treatment. Dari sebelum kahwin, dah kahwin ... lepas bersalin semua buat di situ. So far, alhamdulillah .. aku serasi. yes ... Al Ansar Health Pura Kencana ~


~ Serum NRBC. Ini pun aku suka sangat. Mula tu memang tengah usya serum sebab dah bersalin, umur pun makin meningkat. So, takkan anak baru sorang .. semua dah tunggang langgang. So, memang perlukan sesuatu untuk kulit. Then, bila tanya NRBC, rupanya diorang dah keluarkan SERUM. MAkkkk aihhhh .. penat saja berminggu minggu aku cari product yang sesuai di hati .. wakakakaka ~




 ~ Oke, ni faundation. Actually, jarang guna pun foundation ni. Sebab kat sekolah, kerap ambik wudhuk kan. Lepas tu nak cepat masuk kelas. Jadi, tak sempat pun nak menyapu benda alah ni kat muka. Even tak berapa nak guna, tapi bila kadang perlu guna ... susah kalau tak ada. DUlu, memang ada pakai foundation, tapi nampak sangat touch up bedak tuh .. n nampak sangat fake tu .. jadi malas guna dah. Aku ni masalahnya, bila dah nampak tak ori .. mulalah tak senang hati. Then, bila try ni .. aku tetap boleh kata .. yes, best !!


~ Last item yang aku guna. NRBC UV Cream ! Ini memang terbaik. Serius ! Sebab dalam trial set cuma ada sabun dengan binatang nih je. Siang malam memang satu krim. Tu yang suka sebab tak banyak benda nak tepek kat muka. Lagi best, teksture dia MOISE n bila pegang tu teksture dia tak la lembut gile macam certain krim.  Since aku ni pulak spesies tak bape nak rajin dengan benda tepek kat muka ni, jadi memang la kena yang paling ringkas. Alhamdulillah, krim ni berjaya pulihkan masalah kulit aku yang bertahun tahun tahun ... dengan izin Allah. Jadi, dengan kejam nya jugak aku paksa lagi my mom guna sebab kulit my mom memang dah tak sihat sebab tak pernah pakai apa apa sebelum ni. cuci muka pun guna sabun mandi, u, u ... Habis yang kecik, aku paksa beli yang besar. Alhamdulillah .. aku suka hasilnya.hahahhaha ~ 


Haaaa .. so far, itu lah yang aku maintain guna dalam NRBC. Buat masa ni aku puas hati
Cuma, bagi aku .. untuk aku promote jadi putih gile gile tu .. tak la. Sebab aku pun bukan putih melepak .. kan kalau aku kata jadi, putih orang yang caya.
Tapi, ia kembalikan kulit asal .. tak de lagi kusam .. tak de lagi masalah yang hadap bertahun tahun tu. Jadi kurang laaaaa kadar stress aku dengan diri sendiri. hahahaha

Cuma bagi aku, untuk aku bagi pape testimoni macam macam tu ... aku tak mampu laaaa
bagi aku sendiri .. beli ikut hati. kita akan rasa mudah untuk membeli kalau benda tu memang 'jodoh' kita
itu caraa aku membeli laaaa .. aku mana paksa orang ikut cara aku puuuunnnn. hohoho
Sebab ada kulit tu sesuai ... ada tu tak sesuai
Macam cousin aku .. dia nak try. Krim tu dia rasa ada alahan untuk dia. Then, dia guna sabun je. Alhamdulillah, nampak perubahan kulit dia after a few month. Bagi aku depend on kesesuaian masing masing kan


~ fine ... sebelah kanan masa ni kulit sebelum kenal nrbc. gelap tu memang nazura. Tapi kusam. Kusam dengan gelap lain okeh ... huhu . sebelah kanan, gambar lepas pakai nrbc lepas tu stop sekejap sebab tengah pregnant. masa ni tengah pregnant dalam 6 ke 7 bulan lebih laaa. wakakaka  ~ 

so, itu jelah yang aku boleh share tentang nrbc. So, next .. ada benda lain nak cerita.
hahahaa .. banyak snagat laaa nak cerita cerita nih.
hehehe
di doakan hari anda dan aku .. baik dan lebih baik hari ini


wallahualam
wasslam.

Wednesday, July 20, 2016

~ tenanglah wahai hati yang gundah a.k.a hati aku ~


Assalamualaikum w.b.t
tq guyss yang masih sudi setia dengan entri entri dalam blog nih
huhuhu .. sekadar blog picisan yang menyemakkan sesawang enjin carian
hahhaa .. apa kah ?!!


Lama sangat rasanya tak update entri berbaur hati dan perasaan, kan???
hohoho .. oke ! Loya. Means .. tak la hati dan perasaan cintan cintun yang macam sehangat hangatnya asmara tuh

Tapi kali ini
Alhamdulillah. Aku diuji lagi. Kami semua diuji lagi.
Waktu macam ni, seriously ... Allah saja tempat nak bergantung. Masa macam ni, nak toleh kat orang cerita sana cerita sini, bukan mereka tempatnya untuk menenangkan hati.
Masalah, musibah .. semua itu datang daripada Allah. Dan kepada Allah jualah tempat kita memoohon pertolongan.

Pernah dulu sorang kawan sama sama LM
' nazura memang tak pernah ada masalah ea. Ceria je ! '
Alhamdulillah .. Allah bantu aku untuk berubah. Berubah yang macam mana ...?
Ya, daripada seorang manusia yang kusut kepala otaknya. Duk sibuk kan ooooraaaaanggggg je ! JAdi manusia yang super simple. 
Bila sorang akak bertanya :
' nazura boleh ignore semua cakap orang tu ! nazura berani nak direct..'
oooohhhhh my ! semua itu sangat sangat perlukan masa untuk practice over and over ! oke... over sangat ! Ia bukan kerja sahari dua. dia bukan kerja sekali dua. Ia memang kerja bertahun tahun.

Ya Allah ... 
KAlau kita semak semula, semua ujian ... semua musibah yang Allah bagi pasti ada sesuatu kebaikan yang tersembunyi. 
Allah datangkan orang orang yang menyakitkan. Sangat menyakitkan. Allah kirimkan manusia yang tah hape hape .. sangat tah hape hape sampai rasa 
" eeeuuuwwwww ... kau macam tak payah hidup kot. menyusahkan orang tak pernah bosan. penat tawuuuu nak layan benda bodoh ! ..'
tak nak layan macm mana kan ...? kejap kejap surat peguam sampai. ugut nak pergi court. adoiiii ... macam peguam satu dunia ni sorang je kan ..??? Ya, Allah tolong jugak. Bagi lagi jaln. Kalah kes dah. Dah kalah tu tak mau minta maaf plak menyemak kan diri dalam dunia orang lain. Rubbish !! EH .. tak puas hati lagi ! HAihhh .. sudahlah serabut dengan kerja, kerja kejar appoinment hospital, kejap kejap keluar sekolah. daripada dulu yang tak suka pergi hospital sampai rasa ... oke, ai suka pergi hospital. kena lah bina hati untuk suka, sebab memang hari ni dan akan datang akan kerja ulang alik hospital. duk hati bergundah gundah pasal umar anaqi .. lagi kau datang bawak benda bodooh macam tu. Benda yang kononnya kau nak buat sesuatu, tapi .. tak ada effect pape pun kat kami. What ???!!! Payah ni orang buat kerja tapi tak tahu undang-undang.
NAsib la semalam aku tak jeritkan budak yang super duper triple bising. Lama pulak aku pandang budak tu ! Kalau aku jerit kan diorang macam orang gile .. agak agak buruk tak ek ..??? Sudahlah muka tak berapa nak cantik. KAlau mira filzah ke mengamuk .. rasanya orang suka lagi kot nak tengok. wakakakaakaaaa .. jadi sampai habis kelas aku diammmmmmmmmm je, even kelas tuh macm nak runtuh dah. Tapi, kerja aku bagi .. siap pulak ! HAiiiiihhhhhhh

Tu lahhhh ... manusia kan ? Bila dah rasa berat sangat jiwa dan perasaan tuh .. baru nak cari Allah. Sape ??? MEngaku je ! Aku lah tu ! PAngggg !! Bek tampar je diri sendiri.  Cepat sangat lupa diri dengan pelbagai alasan. LAlu Allah uji lagi dan uji lagi. TApi, terima kasih Allah. Kalau Allah tak datang kan ujian demi ujian ... mungkin aku lah manusia yang cepat sangat hanyut dan tak tawu bersyukur tuh !  hmmm .. 

One day ! adik aku tanya :
' heh .. ngah, ko tak sedih pun. ape la ko nih ! '
daaaahhhhh .. takkan aku nak menangis 24 jam siang malam. aku kerja kot. ada tanggungjawab kat masyarakat ! ceeeehhhhhh ... ayat nak baik ! tapi betul laaaa .. sedih ! Ko gila tak sedih. Gila tak stresssssss .. setiap masa perlu control hati ni. gile tak penat. MEmang penat laaaaaa. Dalam duk fikir positive and negative side of the solution, kena mengadap kerja. Kerja mengadap budak. Sekarang ni lagi la duk menambah kerja ... kena manage customer plak. Cehhhh .. customer. Fine, customer NRBC. wakakakaa ... 
Jadi, aku ambil pendekatan paaaaaaaling mudah. Setiap apa pun, Allah dah tentukan untuk kita. Berusahalah. BErikhtiarlah. Dan bersedialah untuk takdir akan datang. Tang bersedialah untuk takdir akan datang tu yang boleh berjurai air mata macam air paip. Tapi, tiap kali begitu ... 
' Ya Allah sedang uji aku. Sabar nazura. Allah takkan beri sesuatu yang kauu tak mampu. In sha Allah .. Allah akan mudahkan. '
 So, for those yang dilanda ujian yang berat ..  Ya Allah, ada lagi orang lain yang menanggung berat nya ujian dunia ini. Semua itu ladang pahala yang nak dibawa ke akhirat.
Bagi aku, nak ceritakan betapa beratnya rasa kat hati ni .. macam malu sekejap. Sebab ada seorang kakak ni .. lahir anak normal, tapi lepas 2 bulan .. diagnose ada masalah dan sampai hari ini belum ada perubahan yang sangat positf. Tetap tidak seperti kanak kanak lain. Tapi dia boleh senyum dan ketawa. Dia boleh selesaikan kerja dengan baik. JAdi, apa lah sangat dengan apa yang aku lalui waktu dan ketika ini. Astaghfirullahadzim ...

That's why ..
Di waktu kita melalui waktu sukar .. jangan rasa kita sangat sukar. Jangan sangat nak rasa ... ' ohhhh my ! gelap sudah dunia aku ' hellllllloooooo .. ramai lagi manusia yang melalui hidup yang sangat payah. 
Pernah juga aku dapat complain .. ' nazura selalu mention, mengandung suami jauh. aku pun suami selalu outstation .. sama je lebih kurang keadaan kita ...' baik ! aku terima. aku diam je lahhhh. Tak pe .. itu pandangan masing-masing. TAk ada yang salah pun. Yang salah .. aku mention bukan aku nak membnding dengan orang lain. Aku cerita apa yang aku rasa time tuh. Dan apa yang aku pacak dalam blog nih semua adalah jalan untuk aku bangun dan bangkit semula.

Kenapa aku mention macam aku hebat sangat la kenkononnya pregnant sensorang ... suami tak de tiap hari. masa tu suami kat sabah kan. so, sepanjang pregnant yang 10 buln 3 hari tuh ... maknanya lebih kurang 10 bulan je suami balik ... dan lebih kurang 50-60 hari saja suami ada di sisi. Bih kurang tu je laaaa kiraaannya.  Jangan kata ..' eehhhhh .. tipu la !' aku tak la rigid gile nak g kira balik cuti sekolah pakai kalkulator ! Aku mention time pregnant aku, bila aku tak habis pantang .. atau masa hujung pantang. Sebab, masa dalam pantang, 2 minggu saja suami ada dan selebihnya uruskan sendiri. SENDIRI ! Dalam masa yang sendiri tu macam macam berlaku .. yang membuatkan aku cuma berpantang 2 minggu je. Selebih waktu sampai 44 hari seterusnya cuma pantang kat makan je, selain itu ... there's no pantang anymore. Sebab kalau pantang .. siapa nak bawak kereta ulang alik hospital bawak umar.?? Jadi, apa yang aku mention time pregnant tu .. itu lah motivasi aku. Kalau masa pregnant aku boleh lalui 10 bulan 3 hari sendiri, maka .. aku mesti boleh dan boleh untuk lalui fasa lepas bersalin yang lebih super duper gile ! Cuma kalau ada yang terasa aku nak meriak kan diri konkonon hebat sangat laaaaaa ... minta maaaaaaafffff banyak banyak yer. Semua tu tak lain ... cara aku motivasi kan diri sendiri, ! Meanssss ... macam aku bercakap dengan diri aku sendiri. So far, jangan lah pulak kata ' jahanam laaaa badan tak berpantang ...'. Penjagaan aku mungkin tak macam orang lain laaa. Orang lain berurut sampai habis pantang. Aku berurut dalam pantang 3 kali dan tiap bulan sampai anak umur 4 bulan dekat tempat urut.  Makanan untuk kuatkan balik rahim .. aku makan sampai anak umur setaun. Krim panas, memang sampai sekarang pun still guna .. bila orang kata 'gemuk la kau nanti bila tak pantang betul betul masa pantang' Alhamdulillah, aku buktikan, berat aku balik semula masa baru kawen. Bukan apa .. aku cuma nak bagitahu orang orang yang mulut ni macam macam ... perancangan Allah tu terbaik. Aku memang tak cukup berpantang, tapi aku sangat sangat yakin, Allah tolong aku !

So so so ... selagi namanya hidup, tak kan ada yang tak ada masalah
Jadi, positif laaaaa dalam terima masalah. Berusaha. BErikhtiarlah. Selebihnya tawakal kepada Allah.
Bagi mommy to be or yang baru sangat jadi mommy
Be alert to your child oke !
Sedikit saja perubahan pada baby, sila cepat cepat buat check up. Jangan dah terkulai baru nak menyesal. Kadang kita ni punya laaaaa malas and takut nak jumpa doktor ( macam doktor tu makan orang kan ) sampai setiap perubahan pada anak kita duk ' tak de apa tu' ' biasa laaaa tu ... budk nak beralih bulan memang cirit ' ' muntah susu tu sebab kenyang sangat ' 
ooohhhhh dear, sila pastikan statement statement tu semua tepat dan benar. 

MAkkkkkkk aihhh .. panjang dah. 
get up ! get up !!!!!! wake up nazura .. jom melangkah untuk masa seterusnya.
Wallahualam
wassalam 

 




Friday, July 15, 2016

~ wat the raya ohhh my ~


Assalamualaikum
hai hai hai .. masih sudi membaca entry by entry dalam blog nih.
sooooo tq guyss !!

adoiii .. nak menghupdate blog nih dah macm macm benda buat baru mud tu datang
kui3x. sape jugak yang suruh update kan?? bukan ada tunggu punnnnnnkk !
waktu dan ketika macm nih lah baru dapat update blog. umar dengan suami tido.!
wakakakaka
kalau tidak, sumpah nak duduk dan menggerakkan jari jemari atad keyboard pun tak sempat.
hohohoho

since baru 2 minggu raya kot nih. huhu. aku pun tak detail sangat nak mengira bape banyak dah hari raya
yang aku tahu hari ini still raya
raya sebulan kan ...???

dalam tak nak tak nak beraya pun aku tahun ni, rupanya banyak jugak dah rumah aku beraya
so far, tak lah tinggi keterujaan merayakan diri
entah ! mungkin banyak sangat urusan urusan dan urusan seterusnya yang mengganggu mud dan emosi

hoho .. tahun ni giliran beraya di sungkai. ohhh .. tapi ingat pulak raya 2015. 
dahsyat je rasa time tuh. baru 4 hari berpantang dah berjalan sana sini
bila ingat balik, rasa nak tampo diri sendiri


~ ni sehari sebelum raya. tengok umar kat nicu. Alhamdulillah .. umar dapat balik petang tu .. hahaha  ~ 


~ ni raya 2015 : raya pertama tanpa abah. masa nih semua raya dengan mak. buat teman la gitu ~


~ oke. 5 hari berpantang. masa ni umar tak mau bukak mata pun. tidoooooooo kekuningan.hahaha ~


~ 7 hari berpantang. ooo makkk aiii. punya riuh kat umah sebab kakak bertunang ( raya ke 3 ). dalam pantang pantang tu, aku pulak yang kena jadi tukang make up orang bertunang .. hoho. habis majlis terus bawak umar ke Hospital Pantai untuk check kuning. 16 kauuuuu !  ~


~ ni tak hengat raya ke berapa. parents in law n family abang ipar ( abg jep ) datang tengok umar anaqi. yaw yaw yaw.. he ~
masa ni qisya bambam lagi kan qisya... hehe
 


~ oke. tiba tiba terselit gambar budak bulat ni dengan uncle unik.! serrrrrooonokkk ko ea ~


~ tarraaa !!! raya 2016. beraya di sungkai plak. ni pagi raya suami suh pakai baju raya untuk bergambar. kejap je pun. pastu bergambar tukar t-shirt balik. oooooo rengsa berkain kain ni kat umah ~


~ halah halah !!! nampak mcam manja kan umar anaqi dengan mama. tapi the real scene is dia sedang mengamuk meroyan sebab nak tido !! tu laaaaa kena kejut awal sangat pagi raya. hahaha  ~ 


~ alaaaa .. kecik sangat dapat gambar nih ! fine, ni gambar dengan family sebelah suami tima pagi raya. Family abang Jam je yang tak de. Tak sampai lagi .. huhuhuhu ~


~ raya kedua : sebelum bertolak ke Juru. lama tak ambik gambar berdua dengan jalil saari. time ni umar syok beradu dalam kete. jadi ... bole la bole laaaa ~


~ Oke ! Raya di New York !! New York laaaa sangat ! Time ni raya ketiga di Cameron Highland. Balik dari Kuala Kurau, terus naik Cameron. So far, time tu Cameron memang gile sejuk.. tapi, kami kena terus balik ke Batu Pahat pagi raya ketiga tuuuuuu ~


~ see .. !!!! ada orang mengekori kami !! siap snap pic lagi .. ish3x. Time nih area seremban - ayer keroh. Saing dengan adik yang beraya kat KL nak balik BP ~ 
 

~ Tu lah 2 orang makhluk yang telah mensabotaj kami. Oopppss ... 2 orang dari kiri je tau.  Aunty yang pakai spect tu MIL adik ! Adik ai yang mana ? Haihhhh .. takkan yang lelaki .. oke ! yang pompuan ~



~ Raya ke 4 .. ni kat rumah mak saudara mak. See !! Umar tak reti duduk langsung. Nak menikmati kuih raya pun jadi tak lalu .. hoho ~ 

huhuhu ... 
 

~ oke. bagi la 1 gambar orang baru tahun 2016. hahaha ... ni abang long ! suami kakak yang tengah menandung skrg. welcome to da club mak mak baby ... ~


~ oke ! ni adik laki ai satu satu nya. dia sedang belajar jadi anak soleh nih. teman mak ke sana sini. taaaaatttt dia ni skrang. opppssss .. bakal suami ! fine .. buat masa ni sudah berpunya. wakakakakaka !   ~

itu je lah kisah raya taun niii
raya orang yang tak mau and tak lalu nak raya kan 
hahahaha
wallahualam
wassalam
 




Wednesday, July 13, 2016

~ hapy bfday umar anaqi ~


Assalamualaikum
huhuhu .. bangun awal pagi niat di hati nak buat benda lain
benda lain pulak yang jadi
tiba tiba nampak tarikh kat laptop
ohhh my !!
hapy bfday umar anaqi 
alhamdulillah
setahun dah Allah izinkan umar anaqi hidup kat atas dunia ni
semoga Allah permudahkan segala urusan atas dunia ini, agar mudah untuk urusan akhirat nanti
semoga Allah kekalkan kekuatan untuk kamu hadapi ujian di usia sekecil kamu
semoga Allah kurniakan segala kebaikan ke atas diri kamu, dunia dan akhirat
semoga terus menjadi khalifah di atas muka bumi ini, untuk menyebarkan kebaikan dan amanah Allah 
selamat menjadi anak dan insan soleh yang sentiasa menyenangkan hati hati manusia dengan kebaikan
in sha Allah !

So, sangat mengimbau kenangan 13072015


~ cord round neck. masa ni Allah je yang tahu perasaannya bila tali pusat terlilit dekat leher. bila tanya doktor tentang risiko ..
 '.. apa akan jadi, kalau leher kita terbelit dengan tali ..? tapi harap dia akan berpusing semula dan tali pusat keluar ..'


 ~ oke, ni time lagi bape hari nak cuti bersalin. konon ambik cuti 2 minggu awal. sekali over due. umar anaqi nak sangat tunggu papa balik teman dia keluar. kui3x ~



~ 1st time umar sampai umah ( petang raya ) lepas 3 hari kena tahan kat nicu hsni ~
aku cam confuse sekejap time nih. mana datang tiba tiba ada baby dalam umah. bingung jugak aku apa nak buat. time nih, aku letak, terus aku tinggal duk bilik. buat monolog dalaman baru keluar balik manage dia
sedey kan jadi mak macam ni. hohoho


~ ini ngam umur 7 hari. malam tuh kena warded sebab kuning naik sampai 16 ~
kesian tak cukup susu. huhuhu 

bila ingatkan moment 2015, tak sangka tak terbayang budak ni sekarang jadi gini
ooooooo makkkkk aihhh !



~ dah pandai meradang n mengamuk bila orang tak bagi benda yang dia nak ~
 


~ dah terlebih pandai mengemas bilik kerja mama kat sekolah sebab mama tak pandai mengemas ~


~ pandai pulak dahhhhh tinggal barang dia sepah ... cari lain nak menyepah lagi ~
huwaaaaa  !!!!

so .. hapy turns 1 year umar anaqi
always be umar anaqi
chawww !!
wallahalam
wassalam.

Saturday, July 2, 2016

~ this is my istana sangkut ~



Assalamualaikum
salam ramadhan bagi yang Muslim
harap ramadhan memberikan 1001 permulaan yang baik untuk kita semua

huhuhuhu
time nih mesti semua sedang mud nak raya
so far, minggu depan nak raya dah
tapi aku jugak yang tak pernah ada perasaan nak raya
kenapa ...???
entah. mungkin macm tu memang perasaannya
hohoho

hari ni sebenarnya tak mau membebel bebel panjang panjang pun
since ramai tanya
eh, nazura dah pindah?
bila buat rumah .. bla bla bla

Alhamdulillah .. ini semua rezeki Umar
sekitar feb 2015 tiba tiba suami minta aku carikan tanah lot range harga sekian sekian
dengan perut yang semakin membesar tu gigih kan diri jugak mencari
tanya orang sana sini
alhamdulillah, jumpa dengan harga yang berpatutan
dapatlah lot dengan keluasan 69 x 66
boley lah !
then suami kata :
prepare untuk 5 tahun lagi buat rumah. rasa 5 tahun lagi baru stabil kot
 aku pun oke je laaa
nak settle kan memang ambik masa sikit
turun naik pej peguam
akhirnya dalam bulan 9 macam tu baru lah settle.

tiba tiba pulak
suami kata nak terus buat rumah
bincang punya bincang buat kira kira semua
cari orang dan buat personal loan
dalam masa yang sama, kami sama sama keluarkan kwsp sebab buat taraf berpencen
serius nekad gile nak buat rumah
 
 so, setiap proses pembinaan tu aku sendiri yang pantau
then report kat suami
masa ni suami kat sabah lagi kan?
so .. nak apa apa semua tukang buat rumah akan cari aku lah
dari pilih batu, pilih zink, pilih n beli tile
berpinar jugak mata nak berebut ke sana ke mari dengan umar yang masa tu lebih kurang 4 bulan
so far, start tambak tanah semua mula awal disember 2015
siap semua mac 2016

alhamdulillah kami ditemukan dengan tukang rumah yang sangat bagus
so far, sampai ni aku sangat puas hati dengan kerja dan servis mereka
dan alhamdulillah sangat
sebaik saja dia kata :
' oke lah. minggu depan angah dah boleh masuk dah '
suami pulak hantar mesej
'  sy dapat pindah johor '

subhanallah .. masa tu boleh berlari menjerit sambil dukung umar
then buat sujud syukur
ketetapan Allah itu sanga sangat cantik.

so, bawah ni  lah proses rumah yang sangat sederhana
cukuplah untuk kami
so far, aku pun tak nak umah besar sangat
tak cukup masa nak mengemas.






















so, terima kasih kat family ( dua dua family ) yang banyak support kami dalam proses membina hidup kami
terima kasih Allah 
terima kasih semua

wallahualam
wassalam