Thursday, May 31, 2012

kahwin ohhhhh kahwin ..



Assalamualaikum ..
selamat pagi owhhhh semua warna manusia
di planet bumi
bernama
Malaysia.
~ hahahahahahahahaaha ~


' .. selamat pengantin baru ... selamat ... berbahgia ...'
lalalala .. kahwin .. kahwin oh kahwin ... hahahaha. Selamat Pengantin Baru buat semua pasangan yang baru saja melangsungkan perkahwinan. Pasangan yang baru seminggu dua menjadi pasangan suami isteri .. freshie gitu. Harap untuk 10 hingga 20 tahun akan datang hingga ke akhir hayat pun akan tetap fresh begitu. hehehehe ..

Okey .. terima hakikat bahawa umur sudah 24 tahun. Fine. Baru 24 tahun. Orang selalu kata umur saya macm 20 tahun .. 19 tahun .. 18 tahun .. okeh .. tak boleh undur lagi. hahaha .. Perangai saya ... hmm .. memang tak macam orang umur 24 tahun yang layak kahwin. hahahaha ..

Orang tanya ...
' .. bila nak kahwin ..??'
'..  mesti tak lama dah nak kahwin ni .. '

Waaaa .. isu kahwin bukan isu sensitif pun pada aku. Mungkin sebab aku muda lagi kot. ( okeh .. sedang perasan muda ). Mungkin juga aku rasa ada banyak tanggungjawab. Mungkin juga aku rasa ada banyak benda aku aim sebelum aku bergelar isteri orang. Jadi, aku rasa it's okey klau kahwin itu ditangguhkan sekejap sementara menunggu si lelaki itu bersedia dari segi fizikal, mental .. ekonomi .. sosiologi .. psikologi n banyak lagi benda mengarut. hahahaha .. Bila orang tanya bila nak kahwin : aku akan jawab ... ' .. relaks laaa .. muda lagi kot ..' kui3x



Tapi, pasti isu perkahwinan itu akan menjadi isu yang sangat perlu dipercepatkan pada aku sekiranya .
dah bertahun tahun couple .. then .. pasangan terdedah dengan maksiat ( especially yang membawa kepada zina ). Berkahwinlah segera bila masing masing sudah ada kerja tetap. Sebab .. bagi aku, life is nothing without Allah. Di manalah indahnya hidup .. klau setiap saat hidup bergelumang dengan benda haram di mana ia boleh di halalkan dengan ikatan perkahwinan. Jadi .. berkahwinlah. Tak perlu tunggu duit beratus ribu dalam akaun baru nak kata diri mampu. Tak perlu nak tunggu pelamin indah and vogue baru kata itu kahwin. Tak payah berangan majlis sehebat Yusri & Lisa baru nak kahwin .. tapi bersederhanalah. Nikahlah .. dengan niat, lillahitaala .. tanamkanlah tekad dalam hati kita mahu mencari yang halal untuk memastikan kehidupan seterusnya menjadi lebih baik. Allah sentiasa bersama hamba Nya yang selalu ingin dekat dengan-Nya. Dan selepas itu .. jalanilah kehidupan dengan sederhana, terancang .. insyaAllah .. semua yang sulit dapat dihadapi dengan mudah.

Bagi pihak lelaki .. bagi aku, tak perlulah terlalu banyak alasan. Adakah anda yakin bahawa rezeki itu milik Allah ...?? Ya, rezeki itu Allah yang bagi dengan kita mencari. Kita sudah usaha mencari .. kita sudah usaha menyimpan .. bila mana cukup sekadarnya, percepatkanlah. Perkahwinan itu menambah rezeki. Hargailah jika si perempuan willing untuk hidup sederhana dengan anda .. jangan hingga bila mana anda rasa ia cukup selesa bagi anda, si perempuan kata ... ' saya tak rasa ini masa yang sesuai untuk kahwin ..' masa tu, mungkin anda boleh simpan je dalam dalam angan-angan untuk berkahwin dengan that girl lah.


Kadang - kadang aku terfikir .. semakin banyak kita beralasan untuk melakukan sesuatu yang baik .. akan datanglah 1001 alasan untuk kita menangguhkannya. Bukankah perkahwinan untuk dapat mendekatkan kita kepada Allah ..??? Maka syaitan akan mendatangkan apa saja alasan untuk kita menangguhkannya. Bila rasa kerja dah ada .. tunggulah 2-3 tahun nak kumpul duit. Bila dah 2-3 tahun kumpul duit .. tempat kerja pula jauh dengan pasangan. Jadi .. tunggu dekat pula. Bila dah dekat .. bla bla bla ... yup, itu semua kerja syaitan untuk menanam ragu dalam hati manusia. Tapi tak pernah pula menanamkan ragu dalam hati manusia untuk melakukan maksiat. Tak pernah pula dia tanamkan malu dalam hati manusia saat melakukan maksiat. Tidak sesekali tidak.

Wahai perempuan .. jika benar lelaki itu memang ikhlas inginkan kamu, dia tidak akan memberikan kamu 1001 alasan untuk hidup bersama kamu. Jika hari ini alasan dia ini .. esok .. alasannya lain. Lusa .. tulat .. minggu depan .. bulan depan .. dan tahun depan .. alasan dia lain lagi, maka .. tak salah kalau anda bersedia untuk melihat lelaki yang lain. Bagi aku .. orang yang terlalu banyak memberi alasan itu sebenarnya tak lain hanya mahu mengelak. Macam aku selalu cakap pada student yang selalu tak bawa buku .. atau bagi alasan tak bawa buku ... :
' .... saya tak nak dengar even satu pun alasan. Kalau bawak awk duduk tempat awak .. tak bawak .. sila bersila duduk di lantai .. saya fade up nak dengar apa apa alasan ! ..'


Waaahhhhh .. bercakap macam aku dah kahwin pulak kan ..??? hahahaa ..
Di pihak aku .. tak tahulah macam mana, kan ..?? Bila pasangan dah dicampakkan ke sabah .. semua jadi blank seketika. hahaha .. mungkin perlu mengambil sikit masa untuk plan sebaik mungkin. Sebab bukan jangka masa yang pendek untuk dia berada di sana. Mungkin 3 mungkin juga 4 tahun untuk dia di sana. Jadi, biarlah aku beri masa untuk dia stabil berada di sana. Dan aku juga dapat stabilkan keadaan keluarga aku dulu di sini. Mungkin ada hikmahnya Allah menjarakkan kami dengan jarak begini. Dan sesekali .. terdetik dalam hati aku. Aku WAJIB redha jika jarak itu akan menghentikan jodoh kami. Semua itu adalah rancangan Allah. Manusia hanya mampu merancang mana yang dia rasakan baik untuknya. Allah lebih tahu mana yang terbaik kan ...???
 

~ nur atikah razali bersama pasangan ~

Jadi, tahniah untuk kawan kawan yang dah pun bergelak suami atau isteri .. tahniah juga bagi kawan-kawan yang sudah bertunang .. menunggu masa untuk sebuah perkahwinan .. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya buat anda semua. Selamat menempuh alam yang penuh mencabar .. selamat berkasih sayang. Buat sahabat aku .. Nur Atikah Razali selamat menimang cahaya mata ( even lambat lagi mungkin ). Doakan anda dan pasangan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Itu saja kisah kahwin dari otak aku
hahahaha ...
mari kita hantar kereta pergi bengkel untuk diservis
adoooiiiyaiii ..
tak de anak .. belek kereta je la nampaknya.
kih3x
chawwww .. wassalam ;)

No comments:

Post a Comment