Sunday, June 3, 2012

bila jalan itu .. buntu !



Assalamualaikum
pagi semua
macam mana dengan pagi anda ..??
kui3x

Pagi ni .. jom la kita termenung sekejap. Think about life .. bila fikir dalam dalam sebenarnya hidup kita ni terlalu banyak dengan persoalan .. terlalu banyak dengan statement yang entah apa-apa. Allah memberikan kita kehidupan untuk kita gunakan sebaik mungkin dengan satu jalan di mana ia mesti berpaksikan IBADAH KEPADA ALLAH


~ cukupkah 3 perkara dalam hati kita ..??? dalam hati aku ..??? ~

Bagi aku dan kebanyakan manusia yang membaca ( for sure la manusia yang membaca kan ...) berapa banyak yang telah kita gunakan dalam sehari untuk ibadah kepada Allah. Aiiiyooo .. ibadah kepada Allah .. bukan saja solat, puasa, haji ... tu semua saja. Ibadah ni ada sangat luas pengertiannya yang aku pun tak pandai nak explain macam ustazah yang explain kan. Cuma yang aku tahu .. bila mana suatu perkara itu tidak mendatangkan dosa .. malah memberikan kebaikan .. itu dikira sebagai ibadah. Okey .. contoh paling senang adalah kahwin. Apa saja dalam sebuah perkahwinan boleh juga dikira sebagai ibadah melainkan benda - benda yang mudharat dan mendatangkan dosa. Okey !!!

Dalam setiap kehidupan kita .. kita memang akan jumpa dengan banyak benda. Baik atau buruk. Kata orang .. dosa tu macam kita sesat jalan. Bila dah sesat .. carilah jalan balik. Bila dah jumpa jalan balik .. takkan nak pegi balik jaln yang salah, kan ...??? klau pergi balik .. for sure la orang tu bengong + bangang ! ( okeh .. macam aku ! ) means .. dah tahu jalan tu salah .. buat apa la plak nak lalu jugak banyak kali. Dah tahu .. dah ada jalan yang betul. Even traffic jammed  1 km pun .. mesti nak lalu jalan yang betul kan ..??? sebab destinasi kita cuma akan sampai selepas melalui jammed 1 km tuh.

Tapi .. klau kita tetap degil .. untuk lalu di jalan yang salah tu dengan harapan kita akan jumpa jalan yang lain untuk sampai ke destinasi tanpa melalui jalan yang terpaksa berhadapan dengan jammed 1 km tuh .. pun boleh. Tapi .. betul kah kita akan sampai ? klau kita sudah lalu di jalan yang salah .. mungkin akan bertemu juga dengan berapa banyak traffic light .. berhadapan dengan jammed juga mungkin .. mungkin juga tiba tiba kereta rosak .. tapi akhirnya tetap tak sampai ke destinasi. Macam mana ..??? Rugi sungguh masa kita kan ..???

Akan tetapi .. memang besarlah masalah klau kita tak tahu yang kita sesat jalan. Bertanya tak mawu. Tapi terus je lalu kat jalan yang salah tu. Sudahlah sesat .. makin jauh pulak perginya. Niat hati nak je KL. Tapi .. lalu tol dari ayer hitam masuk Johor Bahru. Keluar terus tol Johor Bahru. Dengan lagi tak tahunya .. masuk pula tol desaru .. pusing pusing .. keluar balik ulu tiram .. terus pula ke johor bahru .. sampai jalan tebrau. Dah jalan tebrau .. niat hati memang nak ke KL lagi .. jalan lagi merapu .. masuk line woodland. Okeh !! sampai singapura kena tahan sebab tak de passport. Hilanglah kisah nak ke KL tapi kena tahan di jalan masuk ke Singapura. Fine !!

That's life !
So .. bagi aku sendiri. Memang aku sedar. Banyak sangat dah salahnya dalam hidup aku ni. Bukan tak tahu jalan kembali. Tapi sebab ada satu perasaan yang sangat tidak yakin .. akhirnya melemahkan diri sendiri di tengah jalan .. dan take da easy word in this world .. 
' .. aku redha je ...' wat da .... of me lahh !!!

Orang selalu kata .. sayang tanpa Allah selalu membutakan hati manusia yang berkasih sayang. Fine .. aku juga tahu tu ! Tapi sejauh mana manusia memahami pengetahuan mereka tu menjadi suatu yang positif. Bukan untuk orang lain statement tu .. tapi untuk aku. Jika aku perlu mencari jalan keluar, maknanya aku perlu sendiri keluar. There's no one guide me. There's no one wif me. Kadang-kadang aku terfikir .. untuk apa aku fikirkan orang lain sedangkan kat akhirat nanti aku sendiri tak boleh nak menuding jari ke arah orang lain untuk dipersalahkan maka hukuman bagi aku di ringankan .. ohhhh .. inilah kebodohan manusia.. !!

Aku suka dengan apa yang aku baru terbaca tadi :
 
Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata:
Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:
"Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;
1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.
 
Yang nombor 1 confirmlah bukan lagi untuk aku. Tak de anak kan ..?? hahahaa .. ke-2, ke-3, ke-4 dan ke-5. Dan bertaubatlah setelah mengerjakan dosa. Aku .. dan kita semua. Seberapa segeralah kita bertaubat setelah mengerjakan dosa. Tahu dosa. Tapi .. dalam hati kata ..
 '.. nantilah bertaubat. nanti kan buat lagi. tunggulah rasa memang boleh tak buat lagi ...'
macam mana klau sekejap je lagi mati ..?? sempat ke bertaubat ..?? astaghfirullahaladzim ...
 
Yup, manusia memang sentiasa dibisikan dengan bisikan syaitan. 
Atau pun .. syaitan bisikan dengan dengan taubat. Kemudian buat lagi .. taubat lagi .. buat lagi. Dan syaitan pun kata .. :
' relaks r .. Allah Maha Pengampun. Semua dosa Allah ampunkan kecuali dosa syirik ..'
boleh macam tu ..??? 
 
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 “Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat Darimi) 
 
Hmm .. kau bukan lah sibuk sangat nak menasihatkan orang sana sini. Bukan lah nak tunjuk baik dengan post entry macam nih. Tidak lain hanya satu perkongsian .. juga muhasabah bagi aku .. yang mungkin juga jalan buntu yang sedang dilalui oleh ramai orang kat luar sana. Jika bukan aku yang jumpa jalan keluar yang sebaiknya .. mungkin orang lain setelah baca entry ni. hmm .. kata kata aku confirmlah tak sebagus mereka yang berilmu .. tapi hanya sekadar apa yang aku rasa .. bagi pihak aku ... dan untuk aku. 
 
 
 
dan muhasabahlah. semoga ada jalan kebaikan untuk kita semua.
wassalam ..
 

No comments:

Post a Comment