Friday, August 4, 2017

~ junior vs senior ~

Assalamualaikum
Alhamdulillah .. Allah beri sedikit masa yang panjang dan terluang setelah 2 minggu berhempas pulas dengan segerombolan fail SPSK yang perlu di kemas kini dan di tambah kurangkan.
Dia punya penat .. tak payah nak cerita.
Sebelum ni .. sejak 2015 aku pegang Perkembangan Staf, cuma guna fail lama. Cover depan tak comey pun sebat je laaaa. Bape banyak fail yang aku kena jaga pun aku malas fikir. Masa tu apa penyelaras suruh baru gerak. Ko tawuuuuu aku punya gandaan malasssss tu tahap 1000 kali ganda okeh !

Tahun ni 2017.
Semua penyelaras serah bulat bulat kat aku. Dia kata dia dah nak pencen tahun depan. Jasi, nazura kena belajar buat semua benda. Dari A sampai Z. Dan tahun ni, banyak benda terpaksa handle sendiri, terutama hal yang berkait dengan PPD dan JPN especiallt dalam web splkpm. Dia punya nak muntah hadap SPLKPM tu, boleh pitam tak bangun bangun. huhuhu

Apa lagi, tahun ni SPSK PK10 bertukar nama. Datang pulak aku punya lemau tak alert dengan benda tuh .. akhirnya terjadilah proses rombakan fail besar besaran. Nasiblaaaaaaa roomate sangat memahami. Dan demi memahami keselesaan roomate jugak maka aku perlu bekerja bagai kan mesin untuk siapkan semua fail yang bertimbun tu. Sampai rasa aku boleh mati di bawah timbunan fail fail nih. bhaahahahahaaaaa .. nampak kan dia punya hiperbola bila bercakap. hahahaha

Tapi, alhamdulillah. Bila the ending of da story, hapy bila tengok fail fail tu siap dengan comel nya. ( di mata aku la ). peduli hape aku mata orang lain nak pandang. hahahahaa
The next step, aku perlu bawa naik 7 buah fail naik ke bilik spsk, dan turun kan beberapa lagi buah fail untuk di kemas kini atau buang sajaaaaaaaa.

Banyak juga fail yang aku wujudkan even selama ni bercampur campur. Sistem fail ni senang je. As long as kau tak campur antara satu sama lain, mudah je kau nak simpan dokumen. Benda ni belajar buat sejak zaman sekolah lagi sebab aku pegang fail persatuan. Kebetulan cikgu yang pegang SU koko time tu bila bercakap dah macm halilintar membelah bumi. Jadi kitorang yang buat kerja bawh dia punya lah dah macam ribut sangkakala pertama. Salah sikit kena jerit. Tak cukup dokumen kena jerit. Salah susun ikut senarai semak pun kena jerit. Mujur tak pekak je time tuh ! Tapi, daripada situ lah aku pandai dan mula cekap handle apa apa dokumen dan fail.

Penah sekali cite pasal fail nih. Aku cuma ada masa 3 hari nak siap kan buku koko, fail persatuan ( rombak balik ikut partition ), siap kan cerpen nak hantar ke pertandingan. Sumpah, ni la first time kat sekolah aku menangis macam hape. Dalam kelas plak tuh. Semua orang dah gelabah macm hape tengok aku menangis. Kawan duk pujuk, siap salah kan pengerusi n Naib Pengerusi tak tolong buat kerja. Maka dengan berbesar hati, diorang pun datang nak membantu. Nak tulis nama senarai ahli dalam buku koko. Lalu aku pun jawab :

' Tak boleh. Tulisan korang tak cantik. Aku tak suka tengok nanti ..'

Huwaaaaaa !!!!! Punya aku tak faham kenapa aku begitu bongok sekali time tuh. Dan rupanya, memang sampai hari ini pun. Aku pantang nenek moyang bila tulisan tak cantik ke. Benda tak kemas ke .. Lalu, aku pun membayangkan kalau aku jadi pengetua. Aku rasa macam menurun je nanti dengan Pengetua sekolah lama aku. hahahahahaaaa. Tapi, alhamdulillah .. hari ni aku lebih rasional. Orang takkan boleh buat kerja ikut spec kita. Biar lah bagaimana mereka boleh buat. Asalkan tak salah, belajar lah untk terima.

Punya lah panjang al-muqadimah aku bagi. hahahhahaa

Junior Vs Senior
Kat mana - mana kita akan jumpa, ada senior ada junior. Jarang laaa ehh kat mana mana tempat kerja kita duk jumpa sama level je pengalaman kerja kan. hahaha

Tapi, dalam banyak tempat kerja, ramai juga yang tak mampu serasi dengan golongan junior n senior nih. Macam aku ni masih kategori junior and senior. hahahaaaa .. dalam usia baru 5 tahun bekerja, sangat banyak yang perlu aku belajar daripada semua orang.

Sebagai junior, aku sememangnya seorang PEMERHATI. Aku banyak mendengar orang bercerita dan bercakap sejak duuuuuuluuu lagi. Disebabkan oleh pelajaran daripada pengalaman lepas, aku belajar menilai mengikut cara aku sendiri.

Ketahuilah bahawa penilaian setiap daripada kita ternyata berbeza. Kalau awak tak suka orang ni, belum tentu saya tak suka lepas kenal dengan orang ni. Kalau awak bergaduh dengan dia, takkan saya perlu ikut bergaduh dengan dia.

Dalam aku menilai seorang senior, biasa sangat aku dengar
' kami dah buat semua tu dulu. Ini giliran awak yang muda muda buat pula ..'

Betul. Bagi aku, tak ada masalah pun untuk aku buat apa pun. Sebab dalam usia perkhidmatan yang sangat muda, masa ini lah aku perlu belajar banyak benda. Jangan nanti semakin bertambah usia perkhidmatan, aku masih lagi orang yang hanya menjawab perkataan 'tak tahu'. Sebagaimana aku pantang pelajar jawab ' tak tahu ' begitu lah aku letakkan diri aku. Elakkan sebut perkataan tak tahu, tapi belajar lah tentang banyak benda.

Ada segelintir senior, pada mereka masa pertambahan usia perkhidmatan mereka adalah masa untuk rehat sedikit. Membiarkan si junior membuat segala benda. But we need to think something. Senior senior yang begini lah yang sangat merosakkan generasi junior seterusnya. Masa ini sebenarnya senior perlu mendidik dan mengajar pada junior. Dengan gred yang semakin meninggi, berdasarkan pengalaman yang semakin menggunung, apa yang majikan perlukan adalah perkhidmatan anda seluruhnya untuk membentuk generasi junior yang lebih berkualiti.

Memberi tauladan yang sebaiknya. Bukan hanya sekadar dengan statement ' kami dah rasa semua ni dulu ..'. Bagi aku, aku bukan nak dengar yang awak sudah lalui semua ni dulu, tapi aku nak melihat, bagaimana senior itu dapat aku jadikan contoh dan aku kutip cara dia untuk aku tambah baik cara aku. Kalau aku hanya nampak semua itu hanya perkataan tanpa tindakan, jadi aku hanya anggap semua itu sekadar perkataan. Full stop !

Aku jumpa seorang dua senior. Aku kenal dia memang pengalaman dia besar dalam bidang pengurusan. Hari ini dia hanya duduk di sekolah sebagai guru yang sangat super biasa. Waima cikgu baru posting pun banyak lagi kerja daripada dia. Tapi sumpah, berkawan dengan dia aku tak pernah ada rasa sikit pun rasa iri sebab dia tak banyak kerja macam aku yang dah nak tertimbus fail ni. Kenapa ...???

Dalam masa aku mengurus fail dan belajar mengurus LDP, dia adalah orang pertama yang menjadi rujukan untuk aku selesaikan banyak kerja.
Dia cuma buat arahan je.
' ni nazura kena buat macam ni macam ni ... dan macam ni ...'
' fail ni sepatutnya kena macam ni macam ni ..'
' orang spsk kalau datang dia akan check macm ni dan macm tu '
' orang spsk biasa nya akan trick macm ni dan macm tu ...'
Dia guide aku macam mana nak buat kerja. Walaupun cuma duduk di meja, kejar budak siap kan kerja kursus .. aku selalu perhatikan dia, macam mana dia nak pastikan budak kelas super hujung yang dulu aku mengajar langsung tak boleh handle, tapi dia boleh pastikan budak tu siap kerja kursus ikut due date dia. Mulut bising tu hal biasa, tapi dia tak pernah bising tanpa tindakan.
Aku memang sangat kagum bila dia bagi arahan pada budak. Bunyinya macam tak ada apa, tapi dia boleh buat budak ikut tanpa banyak soal.

Dia mungkin nampak tak ada apa pun, tapi aku sangat tidak mempertikai DG48 yang dia ada. Dia tak sebut .. dia dah pernah buat macam tu macam ni, jadi yang junior ni pula kena buat. Tapi dia selalu sebut ' Masa akak pegang dulu, akak  buat macm ni ... macam tu ...' jadi di situ lah aku belajar, apa perlu aku buat.

Setiap satu kerja dia, aku perlu akui memg the good ! Walaupun dia bising macm tu macam ni .. tapi, tetap selesai. Tugas dia, selesai dengan baik. Pernah sekali pairing kerja dengan dia. Makkkkkkkk aihhhhh. Dia punya laju, memang tak terkejar. Tapi dia buat relaks bakkkk hang ! tup tap tup tap ... oke, lepas ni nazura tolong buat surat je jumpa pentadbir. Pada hal masa tu kita baru nak terkial kial buat kerja step pertama. huhu

Bagi aku sebagai junior .. aku cuma melihat, sebagai senior .. satu saja yang anda perlu buat. Buktikan pada kami, yang anda bagus untuk menjadi contoh kepada kami. Bukan kami minta anda buat lagi tugas tugas bukan hakiki yang anda pernah buat sewaktu anda junior, tapi kami perlukan pengalaman dan kepakaran anda untuk mengajar kami.
Kami tak perlukan kata-kata anda tanpa bukti. Sebab kami tak pernah melihat bagaimana anda bekerja. Kami hanya boleh nampak apabila kepakaran dan pengalaman anda dapat kami apply dan tambah baik dalam masa kami menjalankan kerja kami. Itu saja. ( Kami kauuuuu. Oke .. aku sorang. haHahahahah )

Then, bagi junior yang ada hari ini. Tak kira di mana sektor pun anda bekerja. Kutiplah seberapa banyak pengalaman dan belajarlah daripada senior yang hebat. Aku teringat adik aku yang baru masuk kerja. Kilang je. Satu je yang aku boleh respect tentang dia. Masuk kilang sepatutnya jawatan dia juruteknik, tapi bos letak sebagai line leader. Bila mesin tak jalan, dia yang akan pasti kan mesin berjalan semula. Bila masuk kerja, benda yang pertama dia buat adalah dia akan ikut ke mana saja senior pergi untuk betul kan mesin. Sampailah mentor dia berhenti ( sebab tua sangat ), banyak dia belajar daripada mentor dia walaupun mentor dia tu jenis kaki botol ( india ), selalu panjat pagar kilang, tersungkur mabuk atas kotak time kerja malam. Yang kita nak belajar adalah kepakaran dia, sikap yang tak bagus ... sila laa asingkan. Kita kan ada akal untuk fikir semua tu.

Dalam mana sepanjang aku bekerja, aku memang suka kumpul pekeliling, baca pekeliling. Sebab aku tak nak sampai melawan pada benda yang dah jadi amanah dan tanggungjawab kita. Nanti malu sendiri. Lagi menyampah. Contohnya masa dulu menanda kertas exam waktu dalam pantang. Aku datang ambik sendiri. Kalau orang lain berpantang duduk diam diam di rumah. Tapi, aku berpantang ke hulur ke hilir berulang batu pahat - jb- parit raja sorang sorang bawa anak. Tapi sebab aku dah sign amanah tu, dah ada gaji yang aku dah ambil, tanda kertas tetap tanda kertas. Paling paling hati aku cuma kata : menyesal pulak pantang time exam. huhuhu

Sekian lah untuk senior dan junior.
Wallahualam
Wassalam

No comments:

Post a Comment