Tuesday, February 23, 2010

Tahukah Anda ???

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008 , nisbah kecairan tunai ( Liquidity Ratio ) Kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta ( Tunai 36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta ) berbanding dengan tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Tahukah anda jumlah Aset Semasa Negeri Selangor adalah RM 1424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM 1025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor. Tahukah anda siapakah yang mentadbir Negeri Selangor dan Pulau Pinang.


Perbelanjaan / baget Negeri Johor adalah lebih kurang RM785 juta setahun @ RM 65 juta sebulan.Ini bermakna jika tiada penghasilan baru maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM 201.53 juta hanya membolehkan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja.


Keadaan kewangan Negeri Johor adalah lemah sehinggakan baget bagi tempoh 3 bulan berturut – turut adalah defisit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit baget adalah sebanyak RM2.04 juta ( baget 2008 ) , RM2.746 juta ( baget 2009 ) dan RM1.5 juta ( baget 2010 )


Hutang kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 % dari RM 841.13 juta (2007) kepada RM 1.01 bilion (2008)



Hutang terkumpul Johor Corporation (Jcorp) adalah berjumlah RM4.032 billion. Pada 2002 , Jcorp telah menerbitkan Bon ( Surat Hutang ) berjumlah RM 4.032 bilion dengan kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon – bon tersebut adalah pada 2007 , 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor pada 8/9/2009 , Jcorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta ( bon yang matang 2007 ) dan RM 694.98 juta ( bon yang matang pada 2009 ).Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah 3.58 bilion!!



Keuntungan sebelum Cukai Jcorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012 , dijangkakan Jcorp hanya akan mampu menjana RM1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Persoalannya bagaimanakah Jcorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM2 bilion atau RM 2000 juta itu ? Kerajaan Negeri Johor sebagai penjamin kepada bon – bon yang diterbitkan oleh Jcorp , perlu menampung kekurangan tersebut pada tahun 2012 ? Tetapi persoalannya , di manakah kerajaan negeri nak cari duit dalam keadaan kewangan negeri yang tenat ?



Kegagalan Kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion atau 2000 juta ini boleh menyebabkan Kerajaan Negeri Johor dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan muflis pada tahun 2012. Kecuali jika kerajaan negeri dan Jcorp terpaksa mengambil jalan pintas dengan menjual aset – aset atau hartanah strategik mereka. Tentu anda boleh mengagak jawapannya kenapa Jcorp menjual Menara Pejabat Plaza Kotaraya kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kenapa kerajaan Negeri Johor menjual tapak CIQ di Stulang juga kepada IIB. Bukankah kedua – dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang? Selepas ini apa pula yang akan dijual ? Tahukah anda , aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan Jcorp adalah sebenarnya milik khazanah atau pusaka rakyat Johor..





Diterbitkan oleh :

Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Johor


Friday, January 29, 2010

hmm..cakap tak serupa bikin ? Pernah ke..

Malam tadi , siapkan tesis utk Bab 2 punya pasal aku tak tido sampai pagi. Tapi bnda biasa je. Aku pun memg type manusia yang suka berjaga malam. Tak pe , buat keje amal. haha..Dah pent macm tu aku terpandang buku Dr.Tuah. Mesti semua kenal dia. Pakar Motivasi yang kecil comel je tu. Hehe..

Satu tajuk dalam buku dia bila berkata tentang seseorang yang bercakap tak serupa bikin. Lama aku fikir...kadg2 aku terasa gak. Ye la...bukan semua bnda yang kita tahu....kita mampu aplikasikan. Bukan semua ilmu kita , mampu kita amalkan. Apa lagi menyentuh soal agama. Kadang - kadang aku nampak ia salah...tapi bila aku tengok balik diri aku , mampu ke aku amalkan ilmu yang aku ada tu. So...aku diam je la.

Tapi , dalam satu pendapt yang lain...tidak ada manusia yang perfect dalm dunia ni. Apabila seseorg itu menegur demi kebaikan...apa lagi membawa kepada jalan yang baik , why not kita terima. Bagi aku , jika dia menegur benda yang salah...tidak kira dia tua atau muda , tidak kira dia pernah buat atau tidk pernah buat....muhasabahla diri. Kita perlu saling mengingatkan.

Aku ada seorang kawan. Dia aku lihat memg seorg yang ada karisma tersendiri di pandangn pertama. Kalau dah mula bergaul n berkawn lama dgn dia , mgkin akan ada persepsi yang berbeza. Dia memg observer yang baik. Kadg2 tu menegur , tanpa ada berbasa basi. Sekali dengar pedih gak. Tapi dia memg bukan jenis alim...kdg2 tu aku dgr , subuh pun byk kali tinggal. Letak bom jangka kat sebelah pun belum tentu bangun. Tapi , ada certain2 teguran yang dia bagi...especially tentang dating , tentang aurat perempuan...wlaupun kdg2 terasa , tapi...kenala terima dgn positif. Zaman sekarang ni tak ramai org yang ada perasaan care sesama Muslim , especially tentang ingat - mengingatkan. Hidup nafsi - nafsi. Dosa kau , kau punya. Dosa aku , aku punya.

Soal agama bukan soal persendirian. Ia tanggungjawab bersama. Berpesan - pesan kepada kebaikan tu , jelas dalam Surah Al-Asr. Siapa yang akan menjaga hak Islam kalau bukan org Islam sendiri. Kalau sudah ada prinsip 'lantak kau' , maka tak jauh beza kita berkata 'lantakla Islam'. Aku pun bukan jenis yang alim - alim. Cuba utk menjadi perempuan yang baik - baik tapi ada je yang tak kesampaian. Apa pun , kita kena improve. Tidak kira kalau hanya sebesar zarah.

Berbalik kepada kawn aku ni , walaupun ramai yang kritik dia cakap tak boleh pakai , dia cakap dia tak buat....tapi pada aku , aku respect dia sebab dia ada perasaan care terhadap sesama teman - teman dia. Bukan semua org boleh jadi seperti dia. Kalau pun betul , dia tak buat apa yang dia cakap....sama - sama doakan semoga dia dikurniakan hidayah Allah supaya dapat mengamalkan ilmu yang dia ada. Macam org barat yang duk kaji Al-Quran , akui Rasullullah the best leader sume tu...tapi dia tetap tak beriman kepada Allah. Kenapa ? Jawapannya , ada pada Allah. Allah yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.

Jadi , kalau kena tegur dgn org2 yang mungkin cakp tak serupa bikin , ambillah yang positif dari nasihat dia ( kalau bg nasihat klau tak , tak yah layan ) dan doakanlah dia supaya dapt mengamalkan ilmu yang dia ada.

wassalam.

Thursday, January 21, 2010

sungguh menyakitkn..hmm..that life

'jangan harap orang lain respect kita , kalau kita sendiri tak pandai nak respect diri sendiri'

itulah bahasa yang aku guna untuk diri sendiri. sesungguhnya setiap hari yang kita lalui pasti akan bertemu dengan pelbagai laluan yang berbeza. Hari ini mungkin sangat menyenangkan. Hari esok belum tentu lagi kita akan sesenang hari ini. Mungkin juga hari esok bisa menjadi titik permulaan perubahan sebuah kehidupan. Sama ada perubahan itu masih kekal di atas dunia yang amat fana ini atau memulakan satu perubahan di alam yang lain. Alam Baqa'. Itulah hakikat kehidupan ni.

Hukum hidup ini , u give...u get back. Tapi kadg2 bila aku renung semula...knp byk sangt benda yang aku dapat bukn bnda yang aku prnah bagi. Dan kebanyakan masalah aku adalah berpunca daripada sikap - sikap manusia. Aku ingat lagi waktu form 5 yang begitu hampir dengan SPM aku terpaksa berjumpa kaunselor sebb aku betul2 tak blh fokus disebbkan oleh seorang manusia ni. Aku pegang kata - kata kaunselor tu ( Cikgu Jaafar ) sampai hari ni. ' Nazura , saya tengok awak selalu sangat bermasalah dengan sikap orang disekeliling awak. Mungkin akan datang , kerja awak akan berhadapan dengan kerenah sikap manusia. So...ini adalah permulaan bagaimana awak nak berhadapan dengan sikap manusia yang pelbagai kerenah '


Aku tak tahu kalau aku ni selalu respect org atau tidak. Tapi seingat aku...dan mngikut naluri aku , aku sgt ingin menghormati org lain. Tapi kalau ada sesiapa yang aku jadi kurg ajar , mungkin ada yang kurg normal pada aku waktu itu. Dan banyak juga , aku jmpa org yang sgt2 tidk pandai menghormati hati org lain. Bila kena pd aku...satu je bnda yg aku boleh pujk hati aku utk tidk mrh iaitu ...' knp aku nak mrh org tak hormati aku , sdgkan aku sendiri pun tak hormat diri aku..' sebagai manusia biasa , aku dah terlalu byk bt perkara - perkara yang sgt biadap terhdp diri aku sendiri. membawa diri sndiri kpda keburukn , sudh cukp aku katakan aku tidk mnghrmati diri aku sndiri.


Satu hari , aku terima satu penghinaan yang mungkin tidak di maksudkan tetapi cukup dalm msuk ke dalam hati aku. Macam anak panh beracun tertusuk ke jantung. Pedih memang pedih. Nak menangis tp tak tahu mcm mn. Tak tau mcm mn , tiba2 ego yang aku tak tahu tinggi mn datg dlm hati aku. Dah la aku ni memg jenis ego tinggi tp nasb baik hati lembt. So , bolehla balance. Aku tak prnah rsa terhina mcm tu. Mgkin kat U aku memg kurg bergaul dgn org , so pengalaman aku byk di sekolah untuk jd prbandingan. Masa sekolah dulu , aku bukn student yang pasif. Aku bukan student yang silent. Bukan juga student yang cuma berada di dalam kepompong. Bukan student yang cuma duduk menanti arahan...atau student yg cuma tahu belajar 24 jam. Aku ingt lagi gelaran yang kwn aku penh bagi pada aku iaitu Ahli Fikir. But why...tiba - tiba aku jadi pasif seperti hari ini..???? Aku jadi sungguh terhina dan cukp memberontk dengan kata - kata 'dia' apabila ia menyentuh soal kemampuan dan kelebihan yang memg ada dalm diri aku tapi aku simpan cukp dalam. Not even once ia terjelma dalm diri aku.


tapi , kata - kata 'dia' buat aku benar - benar ingin bangun bukan sebagai seorang guru. Bukan aku memandang rendah pada guru. Aku amat2 menghormati mereka yang mampu menjadi guru kepada seseorang sepanjang hayat. That the real teacher. Aku cuma melihat , aku tidak mampu untuk menjadi guru yang baik. Apa lagi sebagai guru engeneering. Itu benar - benar bukan jiwa aku. Kata org , kerja dulu baru ada minat. Tapi sekarang , 3 tahun aku dalm bahagian pendidikan berasaskan engeneering...but i still cannot match with that. so how...? i can talk...but cannot teach. Tapi , kalau aku masih ditakdirkan menjdi guru , aku tetp akan cuba mnjadi guru yg terbaik walaupun aku student sgt pasif n tak berapa berguna di universiti. That my promise.

Tuesday, January 19, 2010

saat aku tensen...hmm..no one perfect

entah apa yg aku nak tulis kat sini. tp..aku cukp tensen. tp aku pun tak tau pe yg aku tensen. kata bayk keje tuk psm...memgla , tp aku tak la tensen sgt.

huu...aku nak sgt jumpa cikgu sekolah aku dulu. Cikgu Zaharah. Rindu sgt kat dia. Rindu nak dgr nasihat dia. Macm2 aku nak cite kat dia. Skrg ni aku sgt sush bercerita kecuali pada org tertntu. Hm...kan bagus klau zaman sekolah tu tak prnah berakhir. tp dulu ms sekolah , aku gak tak tahan nk duk lm berdepan dgn semua yg jadi. tp ok la...at least waktu sekolah n waktu aku kat U sekarg ni takla seteruk n se kronik masa kat matrik dulu. Itulah zaman kegelapan utk aku. Zaman yg menjtuhkn motivasi n psikologi hidup aku selama ni.


Patutnya , aku tak boleh salahkn keadaan waktu tu. Dan seharusnya aku kuat menghadapi situasi tu. Aku ingt 6 buln je aku berhadapn dgn Incredicle Huck or The Dark Witch tu...rupanya setahun. Sakit yg terlalu sgt. Sampai sekarang aku masih terpk2 , pe bnda yg dia benci sgt kat aku ? Jadi benci sbb pendpt yg aku bg ??? Kalau tak boleh terima sesetngh pndapt tak yah minta pendpt. Mungkin dia sakit ati pendpt aku yg tak menyebelahi dia , dapt sokongn student kelas. Ikutkan hati yg jahat ni , padan gak muka dia. Dan aku rs sebb prmusuhn aku dgn dia la aku dpt band 2 ms muet. Aku ingt smpai mati pe dia buat kat aku. Tak pe r , band 2 pun result jugak. Aku lebh bersyukur dpt band 2 dari dpt band 6 tp talam 2 muka. Sokong sume bnda yg tak sepatutnya di sokong.


Tapi , kata org tak baik nk berdendm kan. So far...aku tak la dendam kat dia , tapi memg setiap perkataan yg kuar dari mulut dia sindir aku , cara dia pandang aku , setahun dia tak pernah sekali pun sebut nama aku dlm kelas kecuali nk sindir aku....never care aku dmm ms pg Cameron, dia cuba bgtau kwn2 aku yg aku benci dia....aku akn ingt smpai bila2. Sampai bila2. Sebb sampai hari ni , aku masih ada ragu bila sesiapa minta opinion. Especially lecturer. Walaupun kdg2 aku rlx dgn semua tu...tp aku tak nafikn ia adalah suatu cerita yg sgt menakutkn utk dirasai atau teringt kembali.


Tapi satu janji aku pada diri aku , insyaAllah satu ms nnt aku tetap akan ada student...aku harp aku bukan that kind of teacher or lecturer. Bagi bakal cikgu yg baca story ni , jadikan pengalaman aku ni sbg panduan kalian. Jgn sesekali merosakkan mentaliti student anda. Jgan sesekali merosakkan motivasi mereka. Jgn cepat melatah apabila student anda memberi pendpt yg berbeza dgn anda. Teliti pendapt mereka , mgkin kita yg silap. Jgn ego hanya kerana kita status kita lebih tinggi dari mereka. No one perfect in this world. Mereka manusia , dan kita manusia. Terbukalah menerima tentangan dan perbezaan. Be open minded.



Saturday, January 16, 2010

perlu ke suatu perubahan ??

kehidupan sebenarnya sangat menuntut kepada perubahan. Dulu , masa sekolah aku selalu berazam yang aku akan berubah. tapi...semakin jauh aku meninggalkan zaman sekolah semakin aku rasa...'alangkah baiknya kalau aku tetap aku yang dulu'

yup , dulu sememangnya banyak kurgnya aku. Mungkin bergaya seperti perempuan itu memang tak prnah ada dalam kamus hidup aku. Dan hari ni , aku dah pandai dengan semua tu. Dulu aku sangat menjaga dan prihatin pada kawan..hari ini...wallahualam. Dalam Islam juga amat menuntut sebuah persahabatan. Tapi...entah kenapa semua tu seperti hilang tiba - tiba. Tidak ada istilah fren 4 eva. Tak ada lagi istilah bestfren dalam hidup aku. Semua yang berlaku menjadikan aku NAZURA yang benar - benar berbeza. Aku dapat rasakan betapa jauhnya aku hari ini dan aku yang dulu. Orang pernah kata , suatu yang membunuh seseorang itu adalah melalui kesunyian. Hari ini aku benar - benar faham kenapa kata - kata itu wujud. Seorang yang sunyi akan melakukan apa saja supaya kesunyian dia hilang. Kadang - kadang dia tidak pernh fikir pun kalau cara yang dia buat tu salah atau betul.

Walaupun aku masih ada teman yang best hari ini ( Sya , nurul , assma n nabila ) , tapi...org kata luka sekali parut tak hilang smpai mati. Begitulah istilahnya. Menghadapi semua dugaan tanpa support dari teman yang amat dirindui , terlalu sakit rasanya. Tapi aku yakin semua tu berjaya membuat aku lebih kuat dari dulu. Lebih stabil menghadapi masalah. Terima kasih kepada 2 lelaki yang sentiasa bersama aku.

Jadi hari ini , perlu ke sekali lagi aku berubah ? Aku terima terlalu banyak tekanan hingga mengalami perubahan psikologi yang amat ketara. Orang mungkin tak perasan , tapi aku dapat rasa. Aku buat sesuatu yang amat aku benci dulu. Aku buat sesuatu yang sangat melanggar prinsip hidup aku. Itulah sesuatu yang amat aku kecewa tentang diri aku.

Tapi satu je yang aku yakin aku tak mampu berubah. Buat part-time job dengar masalah kawan-kawan. So far , thanks pada teman- teman yang percayakan aku untuk berkongsi masalah. Mungkin aku tak perlu jadi cikgu engeneering...tapi berubah menjadi kaunselor. Harap keadaan akan terus berubah.

Kepada yang membaca , carilah perubahan yang membina diri kita bukan memusnahkan hidup kita. Kehidupan menuntut perubahan. Tapi perubahan yang bersandarkan pada Islam. Itulah yang terbaik.

Tuesday, December 1, 2009

budak sains bercinta..just for fun

aku dapt ni dari forum dr.Hm.Tuah Iskandar. That's nice. sebab tu aku letk dlm blog ni. aku copy dari saudari aira.

Di ambang sore nan hening.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.


Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.


Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.


Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!


Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.




Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.


Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?


Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.


Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.


Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.


Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?


Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.


Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.


Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!


Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.


Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.


Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.


Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........



p/s: hbs kalo bdk aliran teknikal mcmane ye? Grin Grin

kan kwn2 ku ramai aliran teknikal...i aliran sains dulu. skrg ni half-teknikal. yg fully teknikal , sure leh buat ayt power kan...haha..

Saturday, November 21, 2009

Ketika Cinta Bertasbih Episod 2

Yeah!!! akhirnya habis dah aku baca. Dekat movie , Ketika Cinta Bertasbih rasanya cuma sampai episod 1 je. Dan episod 2 ... cerita yang sangat penuh dengan kebetulan ... dan amat mengajar pembaca bahawa perancangan Allah itu terlalu rapi. Sehingga apa di genggaman manusia jua boleh terlepas lantas dengan penuh penyesalan kehilangan permata yang amat berharga.

Apa yang menariknya lagi , kehidupan manusia itu bukan bergantung pada kelulusan akedemik yang diperoleh. Kejayaan seseorang dalam kehidupannya adalah sejauh mana dia mengenal kekuatan dan kelemahan dirinya lantas tidak pernah mahu berkenalan dengan erti kata putus asa. Namun , dalam mengejar kejayaan kehidupan duniawi....bagaimana pula pertimbangan untuk akhirat...?? Bagaimana pula tanggungjawab bersama masyarakat..??? Bagaimana pula tanggungjawab sebagai khalifah Allah untuk memastikan agar Islam tersebar diseantero dunia...ke seluruh pelusuk alam ....??? Pernahkah kita berfikir ?

Tugas menyebarkan Islam bukan hanya kepada mereka yang mengaji pengajian Islam saja. Bukan mereka yang balik dengan kelulusan Al-Azhar...bukan saja mereka. Tapi merupakan amanah Allah kepada kita yang bergelar Muslim. Jangan pernah lupa bahawa semua itu akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak. Lalu...jika tidak ada saham kita dalam urusan dakwah itu , apakah jawapan kita di akhirat kelak ???

Sesuatu kisah sama ada novel atau movie itu di publishkan mengandungi pengajaran - pengajaran tersendiri bergantung kepada yang menilainya. Adakah kita menonton movie sekadar saja-saja? Atau pun...memikirkan hikmah di sebalik kisah ? Jika jawapannya saja - saja...maka rugilah setiap manusia yang berfikiran begitu. Maka , akan sia - sialah kisah hidup mereka di atas muka bumi ini.

Apa yang ingin aku pesan buat diri aku sendiri dan pembaca ..... selama hidup kita , kita terlalu dibelenggu dengan lautan dan gunungan dosa. Mungkin berhenti mungkin juga masih tidak henti. Tetapi , adakah itu sebagai batu penghalang untuk kita menunaikan tanggungjawab terhadap Allah ??? Pikullah tanggungjawab itu sebaiknya....dan baiki diri kita. Sebaik saja kita bersedia untuk menjadi Muslim...mengangkat Islam sebagai agama anutan kita....maka kita tidak boleh tidak perlu sudah bersedia memikul tanggungjawab dan amanah itu.

Sama juga jika kita katakan kita sudah bersedia untuk bernikah...maka pasangan perlu sudah bersedia dengan semua tanggungjawab dan amanah di bahu mereka. Maka , sama - samalah kita berfikir dan muhasabah diri kita untuk kehidupan dunia dan akhirat yang abadi..;)

Wassalam.

Khasiat Basmalah

' Bismillaahir rahmaanir rahiim'

maksudnya : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Sesungguhnya kita sering mengungkapkan ucapan basmalah tetapi kita buta tentang apakah di sebalik ungkapan tersebut. Sesungguhnya terdapat pelbagai rahsia di sebalik ungkapan tersebut. Antara rahsianya adalah :

  1. Memberi kewibawaan yang besar
  2. Menghindarkan diri dari suatu yang dibenci
  3. Mendatangkan pelbagai hajat
  4. Untuk melariskan dagangan
  5. Aman dari gangguan syaitan
  6. Menundukkan orang yang zalim
  7. Membangkitkan rasa mahabbah ( rasa cinta )
  8. Mencerdaskan akal
  9. Menambahkan kewibawaan di hadapan musuh
  10. Untuk penyembuhan segala penyakit
  11. Untuk menyuburkan tanah
  12. Untuk mendatangkan ikan
  13. Untuk menghadap orang yang zalim
  14. Untuk keselamatan di dalam perang

Demikian kelebihan yang tersirat di sebalik ungkapan basmalah itu , namun harus di ingat kelebihan - kelebihan atau khasiat - khasiat itu janganlah semata - mata dijadikan sandaran tanpa adanya ikhtiar. Sesungguhnya ikhtiar lahir dan batin adalah sesuatu yang perlu berjalan seiring. Insya-Allah , Allah akan mengkabulkan apa yang dihajati. Sesungguhnya hanya kepada Allah jua kita bertawakal.

Friday, November 20, 2009

kentut dan anda ;)

Siapa anda berdasarkan kentut..hmm..;) hahaha...xleh bla.sure sengal.


ORANG TIDAK JUJUR

orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...

ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...

Thursday, November 19, 2009

~ ketika cinta bertasbih ~

Pukul 2.00 pagi – akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan novel Ketika Cinta Bertasbih Episod 1. Entah macam mana aku berjaya menghabiskan novel itu dengan menitip satu persatu bahasanya. Sungguh mempesonakan. Aku bukan pencinta novel. Apa lagi novel dari Malaysia. Pada aku , jalan kisahnya terlalu ringkas dan hanya penuh dengan pergolakan emosi cinta manusia yang terlalu biasa. Begitu aku melihat , pandang sasar kebanyakan orang Malaysia dalam melontarkan idea dan kretiviti kurang memberi kesan.

Sebelum ini aku tidak mengikuti novel Ayat – Ayat Cinta sekadar menonton filemnya. Jadi aku kurang terkesan dengan kisah di dalam Ayat – Ayat Cinta. Bagi aku kisahnya biasa saja. Tetapi mengikuti novel Ketika Cinta Bertasbih aku amat terkesan yang amat mendalam apabila dalam kisah itu kita dibuai dengan puitisnya bahasa. Kisah cinta yang dipaparkan penuh dengan emosi bersandar cinta kepada Allah dengan rasa penuh keimanan. Betapa dalam novel ini menggambarkan betapa pesonanya cinta manusia dan hanya dengan Cinta yang luar biasa kepada Allah saja mampu mengatasinya.

Aku cuba membawa kisah itu di alam realiti. Masih wujudkah pesona cinta yang begitu ? Alangkah bahagianya jika mampu mengecapi cinta yang begitu indah bersama redha Allah. Bahagianya dapat mencintai seorang yang begitu mencintai Allah. Pasti bahagia itu juga dari Allah. Dan mampukah menolak cinta yang begitu kuat di hadapan mata sedang hati menanggung derita yang amat parah ???? Spontan aku menjawab tidak. Kerana aku sudah melaluinya. Jelas , iman aku tidak cukp kuat seperti watak Fadhil. Menatap orang yang dicintai jatuh ke tangan orang lain sedang orang yang dicintai itu juga turut mencintai.

Lemahnya manusia dalam mengemudi hati adalah apabila berhadapan dengan seorang yang amat dicintai. Di waktu itulah perang batin akan menyerang. Sama ada menghalalkan yang haram atau tetap mengharamkan yang haram. Aku sedar semua itu memakan diri aku sendiri. Kata – kata ini adalah peringatan buat aku dan yang membaca. Tidak ada manusia jua yang mampu terlepas dari lautan dosa. Namun , air mata keinsafan dan penyesalan itu sebenarnya cukup berharga. Sama – samalah kita muhasabah kembali jiwa dan iman kita kita. Adakah cukup kuat menepis segala noda dunia ? Cukup lemah...terlalu lemah. Termasuklah diriku.. Aku tidak punya jawapan untuk soalan aku pun.