Thursday, March 29, 2012

~ hargailah sebelum terlambat .. ~



Assalamualaikum ..
~ lalalala ~
dengan mud yang suam suam kuku nih
aku terasa nak menaip plak kat blog
huhuhu

Aku tak tawu la entri nih ada kaitan dengan tajuk atau tidak. huhu .. Hmm .. perasan tak dalam hidup ni kadang-kadang kita akan rasa kita telah membuat benda yang paling baaaaaaaaaangang dalam dunia. huhu .. ish. percayalah aku. Setiap dari memang pernah buat benda paling bangang .. waima aku sendiri.

Sejak dulu sampai sekarang .. memang kira banyaklah benda bangang n bengang yang dah aku buat. Benda bangang yang akhirnya membuatkan aku bengang. hahahaha .. ~ lalalala ~

Benda bangang yang kita buat terhasil daripada kepala otak yang kurang waras. Adoiii .. bukan gile okeh. Bagus sikit dari gile. hahahaha .. dan biasanya ia dipengaruhi oleh nafsu yang kurang waras. ~ tah hape aku merapu nihhhhh .. ~





Okeylaaaaa .. straight to da point la kan. Actually, beberapa bulan yang lepas ni, aku dah buat benda yang seharusnya aku tak buat. Dari dulu aku memang tak nak buat .. tapi aku buat kali ini. Ia bermula dengan kata hati yang dipenuhi perkataan ...

'kau cabar aku kan ...?? aku tunjukkan ...'

Perkataan tu ada +ve dan -ve nya. Bagaimana ia boleh jadi +ve dan bagaimana ia boleh jadi -ve ?
Jom kita tengok sini :

Positif : Kau cabar aku kan yang aku tak boleh dapat 4 plat .. aku tunjukkan kat kau yang aku boleh !
Negatif : Kau cabar aku kan tak ada siapa nak kat aku .. aku tunjukkan kat kau yang aku boleh dapat banyak lelaki. Ingat aku tak cantik !!!!!

Begitu lah gaya bahasanya. hahahaha ..
Manusia yang otak dia positif, kadang kala akan terpengaruh dengan pemikiran negatif sekiranya dia ditekan dan dibebani oleh kepositifan otaknya. ( wahhhhhh .. ayat macam ahli falsafah plak kan ... )
Hasilnya .. satu masa dia akan sedar ( saat dia rasional ) dan mendapati bahawa dia telah melakukan perkara yang bangang dan membuatkaan dia bengang termasuklah aku. hahahaha ( ambik kau ! )

Sedar tak kadang-kadang kita lupa menghargai sesuatu yang kita ada setelah kita rasakan ada sesuatu yang lebih kita dapat daripada apa yang perlu kita hargai. Reti tak bahawa .. menghargai sesuatu bukan dengan apa rupa di luar .. apa secara zahirnya .. tapi nilai sebuah penghargaan itu adalah dari apa nilainya dalam hati. ( lagiii putar belit ayat )






Maknanya .. sesuatu yang perlu kita hargai itu bukan dari luarannya .. tapi di dalamnya. Contohnya handphone. Kita nak tukar nak tukar sebab berkenan dengan yang lebih cantik .. lebih menarik .. lebih da booooommmm .. tapi pernah tak kita sedar handphone yang sudah bertahun tahun dengan kita tu baaaaaaaanyak sangat berkhidmat untuk kita. ( so .. bolehlah ditukarkan analogi tersebut dengan manusia okehhhh )

So, apa kaitan dengan aku ..?? huhu .. yup, entah macam mana aku boleh tersedar yang aku lupa sekejap tentang apa yang perlu aku hargai. Mungkin kerana shock .. mungkin juga kerana sakit hati .. mungkin kerana godaan luar, aku jadi lupa. Lumrah hidup sebagai manusia. Adakalanya lupa tentang perkara yang tak boleh dilupakan. Kata orang .. ikut hati mati. Kan ..?? Sesuai lah tu.

Moral of da story .. sila jangan terlalu ikutkan perasaan pada benda yang tak rasional. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Hargai dan syukurilah dengan apa yang ada.





So far .. thanks to someone who never be far away from me. You are the best thing i ever had. I love You for the rest of my life. Insya Allah ..

k la guys
huhu
wassalam babe !


No comments:

Post a Comment