Sunday, March 11, 2012

~ pelajar, guru dan undang-undang sekolah ~


Assalamualaikum semua ..
huhuhu ..
hmm .. macam malam sebelum ni
masih tak ada idea ..
cerpen apa aku nak tulis untuk pertandingan tu ..
huhu

Tapi tak apa. Tak payah fikir tentang cerpen .. aku nak cerita tentang diri aku sebagai seorang cikgu. By da way .. aku nak bercakap sebagai seorang cikgu lah kan ...??? hahahaha

Ok .. fine.
Sebagai seorang guru .. cikgu lah senang kata .. aku sangat berhadapan dengan pelajar, guru dan undang-undang sekolah. Bagi aku .. dalam hati seorang guru .. perlu ada hati seorang pelajar dan seorang guru. Barulah kita akan dapat memahami suatu keadaan itu secara lebih jelas.

Undang-undang sekolah ... pasti akan berkait rapat dengan pelajar dan guru. Guru adalah orang yang akan melaksanakan undang-undang tersebut dan pelajar adalah pihak yang perlu mematuhi undang-undang tersebut. Itulah realiti dunia ni.

Dalam hal ini aku memandang ketiga-tiganya adalah sangat berkait rapat. Undang-undang dan hukuman kepada pelajar biasanya berkait rapat dengan tatatertib dan disiplin pelajar. Hukuman adalah demi memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan baik tanpa menimbulkan kekacauan dari pihak pelajar.

Contohnya kes pergaduhan. Kes gaduh sesama pelajar bukan kes yang ganjil lagi. Tapi perlu juga diteliti .. dari mula hingga akhir. Apakah punca pergaduhan tersebut ..?? Contohnya, seorang pelajar A datang mencaci memaki atau mengambil barang dari pelajar B. Lalu, pelajar B yang mulanya diam .. tiba-tiba bertindak memukul pelajar A. Jadi, siapa yang salah ..??



~ buli dan bergaduh adalah dua benda yang berbeza pada aku. bergaduh apabila ada yang cari pasal. tapi buli .. memang sendiri cari pasal .. sendiri hangin .. pastu belasah orang .. jadi, pelajar membuli memang seharusnya mendapat hukuman yang setimpal .. ~



Kalau aku .. senang aku cakap. " dah kau cari pasal, jangan marah kalau kena belasah. dah memang kau mintak kena belasah kalau macam tu ..." jadi, hukuman buat mereka adalah sama. Si A sengaja membuat kekacauan .. dan si B bersalah sebab memukul. Kalau hukumannya rotan, dua - dua kena rotan. Kalau kena surat amaran .. dua dua kena surat amaran. Kalau dua - dua kena gantung .. or buang sekolah .. maka dua-dua perlu diambil tindakan demikian.

Suatu kes takkan terjadi jika sendiri. Pasti ada partnernya, kan ...??? Tak adilkan .. kalau salah seorang je yang dihukum .. tapi yang seorang lagi terlepas.

Dalam menjalankan suatu hukuman, pada aku siasatan yang mendalam perlu dijalankan bagi memastikan hukuman dan keputusan yang dilakukan itu adalah bertepatan dengan kesalahan yang dilakukan.

Contohnya, dalam hukuman buang atau gantung sekolah .. hukuman tersebut terletak di tangan pengetua atau guru besar berdasarkan budi bicara dan laporan - laporan disiplin pelajar yang lalu. Hukuman buang atau gantung sekolah adalah hukuman terakhir setelah di rasakan tiada jalan penyelesaian yang lain yang difikirkan sesuai untuk pelajar tersebut.




~ budak budak sekarang .. perempuan pun nak jadi samseng .. erkk .. tak mengerti aku ~


Dalam menetapkan hukuman tersebut kepada pelajar, pengetua mungkin boleh memikirkan secara semasaknya kerana ia melibatkan masa depan pelajar tersebut. Mendengar pelajar tersebut membela diri adalah perkara paling penting untuk dilakukan. Dan jangan sesekali menetapkan hukuman tersebut dengan pengaruh emosi. Apabila timbulnya pengaruh emosi, maka akan terhasillah keputusan yang tidak tepat.

Meletakkan hukuman terhadap pelajar, perlu juga difikirkan apakah pelajar tersebut sememangnya JAHAT atau NAKAL ? Itu adalah 2 konsep yang berbeza. Nakal perlulah dinasihati .. dan diberi peluang kedua. Tapi Jahat, mungkin tidak berbaloi untuk di pertahankan , namun perlu juga mengikut prosedur seharusnya agar keadilan tetap ada baginya. Itu adalah haknya.

Satu hari .. aku diganggu oleh seorang pelajar. Kata-katanya .. tidak jauh dari satu fitnah yang mengaibkan .. yang boleh menjatuhkan maruah aku sebagai seorang guru. Dan aku sebagai guru .. boleh je melaporkan hal tersebut kepada tindakan disiplin sek atau pihak atasan agar pelajar tersebut dikenakan tindakan tatatertib. Cuma aku tak buat.

Aku perempuan dan dia lelaki. Aku tak fikir tentang status tersebut ... tapi aku perlu fikir, aku dewasa dan dia masih seorang budak yang perlu dibentuk. Kata-katanya adalah satu gurauan yang berlebihan yang membawa kepada aib dan menjatuhkan maruah seorang guru perempuan. Jadi, aku cuma mengambil keputusan memberitahu beberapa orang guru lama untuk dapatkan nasihat dan menasihati dia. Waktu dia minta maaf pada aku .. aku cuma diam. Bukan aku benci .. tapi aku harap dia boleh jadikan pengajaran dan lebih mengawal tingkah laku dia lepas ni.




~ bagi aku .. hukuman rotan masih wajar bagi pelajar. tapi ... rotan pun janganlah melepasi had mengajar yer .. ~


Jadi, bagi aku ... sebelum menjatuhkan hukuman yang berat kepada seseorang pelajar .. telitilah kembali keputusan yang bakal diambil. Adakah dipengaruhi emosi atau memang selayaknya pelajar tersebut menerima hukuman sebegitu.

Hari terbuka tempoh hari. Seorang pelajar perempuan pesan pada aku supaya tak bagitahu apa-apa tentang sikap dia di sekolah sebab nanti dia kena belasah. Adakah aku perlu kesiankan dia yang mungkin akan dibelasah, atau aku perlu kasihankan masa depan dia ..??? jawapannya aku memang kesiankan masa depan dia. Serius aku tahu dia memang marah gile dengan aku. Marah sampai menangis. Tapi aku perlu selamatkan dia sementara dia masih diperingkat awal. Sama ada usaha itu berhasil atau tidak, tak tahu lah kan.

Bagi pelajar, sila jangan memaksa guru mengambil tindakan yang mungkin di luar kehendak guru. Tidak ada guru tak sayangkan pelajar. Bagi aku sebagai guru ... jangka masa 3 bulan sudah cukup untuk aku sayangkan pelajar-pelajar aku. Nakal .. biadap .. kurang ajar .. cukup aku lihat dalam kelas. Aku marah dalam kelas. Luar kelas .. anggaplah semua itu selesai. ( kecuali kes kes tertentu ).




~ bengong !!! hahhaa .. ~


Seorang pelajar, seharusnya sedar tentang tingkah laku yang melanggar tatacara seorang pelajar di dalam kelas dan sekolah. Seorang pelajar seharusnya tahu adab dan limit yang perlu ada di antara pelajar dan guru. Guru itu baik dengan pelajar, bukan untuk di ambil kesempatan .. tapi seharusnya di hargai.

So, conclusionnya .. sebagai guru kita ada kuasa untuk menghukum. Tapi fikirlah kembali adakah hukuman tersebut setimpal atau tidak dengan kesalahan yang dia lakukan. Adakah hukuman tersebut berlandaskan apa yang seharusnya. Sekiranya tidak .. kita telah tidak berlaku adil padanya. Kita telah berlaku zalim padanya. apa lagi sekiranya dia tidak bersalah dan kita telah mengakibatkan musnah masa depannya. Jadi, sediakanlah jawapannya di akhirat nanti.

Sekian saja ingatan buat guru dan pelajar.
Bagi guru .. harap dapat hadir ke sekolah sebagai seorang guru yang disayangi pelajar dengan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Ikhlas kasihkan pelajar .. ikhlas mendidik pelajar.
Bagi pelajar .. harap dapat juga hadir ke sekolah sebagai seorang pelajar yang disayangi guru. Nice dan menghiburkan di hati guru. Bukan pelajar yang terlalu pandai yang guru inginkan .. tapi pelajar yang baik akhlaknya, pelajar yang ada semangat untuk belajar dan pelajar yang ada sesuatu untuk guru kenangkan.

ok lah
mari kita tidow
wassalam ..


No comments:

Post a Comment