Assalamualaikum semua
chill for today okeh !!
mari senyum untuk dunia ..
insya Allah .. kita semua akan tersenyum untuk akhirat
Pagi Ahad yang indah .. kui3x. Indah ke ..?? Harap indah untuk kita semua kan ..??
hahahaa .. hari ini mahu menaip dari kanan ke kiri plak
sesekali kan ..? Asyik dari kiri ke kanan je kan ..??
Hahahaha .. begitu hidup sebenarnya. ada masa dan ketikanya anda dan kita semua
perlu mncari perubahan. Harapnya adalah perubahan yang baik, kan ..? hehee
Ini memng mengarut.!!!
Back to normal plak. Tadi kata nak buat perubahan kan ..?? Kenapa tak sampai habis ..??
Haaaaa !!! Itulah kehidupan sebenarnya.
Dalam satu keadaan .. kita akan rasa nak mengubah segala benda. Kita nak melalui benda yang berbeza. Tapi .. bila stage hidup kita mula berubah .. kita akan rasa kembali kepada asal tu seperti lebih selesa.
Dulu, masa kita sekolah .. kita akan kata dalam hati
'bila laaaaaa nak keluar dari sekolah. aku dah tak tahan dah hidup sekolah nih. bosan, bosan ! '
pernah tak fikir macm tuh ..?
Fine ! tak pernah. anda memang super duper bagus.
Yang selalu duk pk gitu adalah aku ..
kah kah kah ...
Bila dah keluar sekolah ... bila masuk U .. fikir plak, aku dah bosan jawab exam .. bila la nak kerja. Kerja kerja dan kerja. Tapi bila dah kerja ... fikir lagi ... ' belajar kat sekolah tuh sebenarnya jauh lebih seronok dari kerja .. ' pernah fikir ..?? okeh tak pernah jugak. Aku sorang je yang pk .. hahahahaha
Bila kerja, tak berapa bagus ... tengok kawan-kawan kerja macam bagus .. gaji cecah riban riban .. boley pakai kereta baru .. nampak bergaya .. sedangkan kita kerja ala kadar, beli motor satu pun kadang macm sesak nafas je tiap bulan .. dalam hati kata ... ' untungla dia, kerja bagus .. gaji besar ..' bla bla bla. Lagi menyakitkan bila orang sekeliling tanya kita ...
' kau kerja apa ...? '
' kerja biasa-biasa je ..' ( statement malu nak bagitahu kerja apa ..)
' biasa biasa tuh kerja apa ..?'
' angkat sampah kat majlis perbandaran .. '
' tu la kau. dulu suruh belajar pandai pandai tak nak. kan dah kerja angkat sampah je ..'
Tu antara dialog yang mungkin berlaku. Tapi kalau aku jadi yang di tanya aku akan kata
' banyak bunyi la ko. kalau aku tak tolong angkat sampah tuh kat taman perubahan kat bandar tu , nenek ko ke nak tolong angkat ..?? ni negara kita boley jadi negara sampah, reti ?!!! '
~ tidak kira apa yang kita buat .. fokus. Isnin , selasa , rabu , khamis & jumaat itu adalah waktu kerja. tidak kira bagaimana tunggang langgangnya hidup kita .. waktu kerja hanya hingga hari jumaat .. ~
Okeh, bahasa agak kasar di situ.
Actually, setiap kerja yang ada .. ada kepentingan tersendiri. Soal gaji .. mungkin menjadi persoalan bagi setiap orang apa lagi dalam menghadapi dunia sekarang. Bak kata kucing ( asyik org je nak kata kan ..? ) .. kamu takkan dapat apa-apa tanpa duit ! Yup !! that's really true. Tapi, pernah tak kita sedar bahawa duit tak mungkin dapat membeli segalanya ..? Iman dan kebahagiaan dalam hati. Itu benda yang hanya dapat di rasai dalam hati. Dengan apa kamu dapat membeli bahagia dan iman ..??? Andai ia dapat dibeli .. aku rasa memang dah ramai gile org nak beli. Sebab setiap manusia begitu memerlukan kebahagian dalam hidup masing-masing. Dan bahagia itu tak mungkin dapat dikecapi tanpa iman dalam hati.
Bagi non-muslim .. aku tak boleh nak komen lebih. Pada mereka mungkin bahagia itu terletak pada kasih sayang .. not a broken family .. or something like that. Aku tak pasti , tapi .. mungkin mereka tak pernah merasakan perasaan kosong dalam hati mereka .. sebab mereka tidak pernah kenal kasih sayang Allah.
So, bagi Muslim yang tak pernah rindukan kasih sayang Allah .. hati mereka tak pernah rasa kosong saat berjauhan dari Allah .. ehmmmmm .. parah ! Tu je lah boley kata. Ada kemungkinan hati mereka sudah digelapkan dengan dunia. Dunia oh dunia. Jadi, sila tanya hati kita .. sila renungkan kembali hati kita ... jika dalam hati kita tidak pernah rasakan kasih sayang Allah, tidak pernah rasa kosong saat jauh dari Allah .. sila betulkan kembali apa yang salah. Mungkin terlalu banyak dosa dan maksiat yang telah kita buat tanpa kita sedia untuk bertaubat. Bertaubatlah. Jangan pernah tangguhkan.
Aku pernah terbaca kalau kita lakukan dosa yang sama berulang kali .. bertaubat .. lakukan lagi .. lagi .. taubat lagi dan lagi .. tu seperti kita mempermainkan ALLAH. Is it true ..?? So, tak perlu taubat ke ..??? Dont !!! Bertaubat lah .. berazamlah untuk menghentikan dosa dan maksiat yang sama itu. Tidak kira kita mampu atau tidak, teruskan .. jika jatuh, bangunlah kembali. Binalah kekuatan untuk menghentikan dosa dan maksiat yang mungkin berterusan dan tidak mampu berhenti secara drastik. Fine !!!
Okeh !
Back to pasal kerja tadi. Dah menyimpang jauh tu. lalalala ..
Pengalaman aku yang baru hampir setahun bekerja dan pegang duit sendiri. Betapa susahnya mencari kerja .. susah bekerja .. susah nak dapat duit dan senangnya habiskan duit. kui3x.
~ tidak perlu terlalu membanding kerja dengan duit kerana kerja dan gaji diperoleh adalah setimpal dengan apa yang kita lalui setiap hari. Mereka yang bergaji kecil jangan terlalu mencemburui mereka yang bergaji besar kerana .. tekanan yang mereka terima belum tentu anda mampu terima .. ~
Aku pernah kerja sebagai guru tusyen .. dan membuat tusyen sendiri.
Pertama kalinya .. buat business sendiri konon-kononnya .. aku memang tak pandai manage duit tu. 6 bulan tusyen aku sendiri tu berjalan. Adalah duit cukup untuk tidak meminta nak membeli apa-apa, kan ..? Duit isi minyak .. bayar streamyx .. jalan-jalan sendiri .. beli barang apa yang perlu .. cukup setakat itu. Bila semakin lama .. dah mula pandai manage duit, modal buku untuk budak and fotostat. Student aku time tuh tak ramai .. Tak silap aku sekitar 15 orang macam tu. Dari darjah 3 sampai darjah 5. aku sebenarnya tak nak terima darjah 3 sebab susah aku nak handle sekali dengan darjah 4 & 5. Tapi, sebab mak budak tuh nak .. jadi, ok je lah kan .. Bulan Jan 2012, aku dah plan untuk terus. Tapi .. interim pulak. Honestly, sedikit mengecewakan. Tapi .. apa yang indah waktu tusyen tu adalah .. hubungan kami .. aku dan semua student tuh .. dah macam adik-adik and kakak. Kitorang boleh main lego sama-sama. Tangkap gambar sama-sama. Tengok tv sama-sama. Main buai sama-sama .. dan alhamdulillah, kami masih keep in touch sampai sekarang. Honestly, rindu sangat kat diorang. Budak-budak yang comel dan naaaaaaakal sangat. ! Sumpah ..
Kerja di pusat tusyen dengan org .. lain ceritanya .. tapi lebih kurang. Masih baik .. dan aku akan membahasakan diri aku akak dengan diorang. So, hubungan kami .. memang so close ! Pelajar yang baru balik dari uk .. akan banyak sangat crita tentang life dia kat uk. Aku ... seronok juga dengar, tapi .. more to layannnn. kui3x. Baru-baru ni, aku jumpa sorang student tusyen kat depan kedai. Dia tegur aku dulu, tapi sumpah aku dah lupa nama dia. Nama adik dia boley plak aku ingat. Pelajar lelaki darjah 6. Dia datang kat aku, terus salam cium tangan. Adoi, terkejut sekejap. Tapi, cover .. cover ! kui3x.
Then, kerja di oli collection sebagai jurujual. Tiap hari akan kena push dengan bos untuk tarik pelanggan. Call pelanggan semua. Alhamdullillah .. even sekitar 2 minggu aku kerja kat situ .. aku berjaya beri sesuatu yang baru untuk kedai tuh. More to pengurusan yang lebih baik dan cekap, mungkin. Tapi, aku tak pasti macam mana keadaan tu lepas aku pergi sebab perlu mendaftar sebagai guru interim.
Hinggalah sekarang ... dah pun selamat di postingkan sebagai cikgu. Alhamdulillah ..
Tapi ...... dengan terjadinya aku sebagai cikgu sekarang ni, aku baru sangat faham statement ..
'duit banyak tak guna kalau hati sengsara ..'
sengsarakah aku sebagai cikgu ...??? aku tak mahu komen panjang kerjaya sebagai cikgu. Cuma aku boleh kata .. aku tak menyediakan diri aku sebagai guru cemerlang di mata pentadbir sekolah, tapi aku hanya mahu menjadi guru terbaik di mata pelajar.
~ sekali pun kuat bekerjaa .. janganlah sampai begini okeh !! hehe ~
~ rasanya klau semua kertas pbs budak yang hadap setiap hari tu .. bila kumpul .. ada tak bertimbun cam tuh ..?? hahahaha ~
Jadi .. setiap kerja yang kita lakukan .. memang ada cabarannya. Ada tekanannya. Apa lagi kerja yang kita lakukan itu, bukan jiwa kita. ( yup, cikgu bukan jiwa aku .. aku perlu banyak sabar untuk kerjaya ini ). Tapi, walaupun ia bukan jiwa kita .. bekerja atas keterpaksaan .. bekerja atas ketidakrelaan hati .. bekerja atas ketiadaan pilihan lagi ... tapi bekerjalah dengan penuh kemited dan dedikasi. Kerja kita .. lakukanlah sebaik mungkin. Lakukan sebaik boleh ! Sebab ..?? Bukan saja sebab kita menerima gaji untuk setiap kerja, tapi untuk kepuasan dalam diri. Tidak kira kerja apa .. ( yang halal je ye ) .. pasti ia ada keindahan yang tersendiri jika kita semua tahu apa itu nikmat kerja. Mungkin gaji tak besar .. tapi jiwa damai. Tak perlu bawa balik kerja ke rumah. Yang gaji besar .. jiwa tertekan .. setiap hati stress .. mungkin dapat beli kereta or rumah besar. Itulah kehidupan. Setiapnya ada kelebihan dan kekurangan yang perlu dinikmati dengan hati yang terbuka.
Maka berbahagialah dengan kerja anda sekarang. Janganlah duk tukar kerja sana kerja sini ikut suka. Even tak sesuai, berusahalah untuk sesuaikan diri. Hidup kat mana tak de masalah, tak de cabaran. Kalau alasan bukan jiwa, bukan bidang .. sila ketepikan jauh-jauh. Then, nak merungut tak de kerja bagai. Sila muhasabah diri kita ya .. ;)
Okeh lah .. panjang berjelar sudah. Mari senyum untuk hari ini dan esok .. kih3x.
Wassalam ..
No comments:
Post a Comment