Thursday, October 11, 2012

nak nangis okeh ..



Assalamualaikum  semua
dannnnn
selamat pagi !!! gud morning guys !!!
lalalaala

Tajuk entri yang menyampah okeh. Ape daaaa pagi pagi orang seharusnya bangun dengan semangat untuk memulai hari yang baru, aku boleh buat entri nak nangis kan ?! hahaha ..

You know wat .. janganlah negatif sangat dengan air mata. Janganlah negatif sangat dengan tangisan, beb ! My bf selalu marah .. bila aku cakap aku sedih .. aku nak nangis. Dia kata jangan negatif sangat ! Huh .. tu la orang tak penah menangis memang cakap macam tu. ( boley tak mengumpat bf kat blog. Jap lagi dia baca ... xde maknanya dia nak jengah belog ni. Mengumpat berkati kati pun dia tak tahu .. hahahahahahaha )

Kalau anda dapat mem'positif'kan air mata tuh .. anda akan tahu sebenarnya air mata tuh ada 1001 kekuatan yang tak pernah anda rasa. Dulu, aku macam lelaki gak .. air mata tanda kelemahan. ( ada ea lelaki fikir gitu ..?? ) hahaha. Okey laaaa .. yang penting, seorang yang egoistik macam aku nih .. memg selalu memandang air mata tu tanda kelemahan. That's why aku .. tak nangis depan orang. Aku nak nangis sorang2. lalalalalaa .. hahaha.

Satu hari .. aku marah sangat dengan student kelas ni .. rasa hati dan perasaan memang nak sepak terajang je kerusi yang diorang jatuhkan kat atas kaki aku. Rasa nak bagi penampar kat muka budak yang jerit kat depan muka aku. Tapi .. aku tak buat macam tu. Sebab aku tahu .. aku sedar, kesan akan lebih negatif bila aku buat macam tu pada diorang. Confirmlah kena panggil pengetua nanti. Yelah, cikgu dah ikut sama macam budak, duk bergaduh dalam kelas. ( i bukan serupa cikgu sangat pun ... tertekan kot jadi cikgu sebab tak boleh belasah budk ikut suka .. cehhhh ... cam kuat je nak belasah jantan kan ... hahahaha ). Disebabkan aku tahan emosi dan marah aku tuh .. 3 hari aku mudy .. setiap malam aku nangis sebab terlalu sangat amat marah. Rasa macam diorang 'bodoh'kan aku sebab aku tak dapat buat apa-apa lepas dia jeritkan aku macam tuh. Ohhhhh my heart !!! tersiksa jiwa aku time tuh.

Point dia adalah menangis. 3 hari aku menangis. Kenapa ...? You know .. menangis tuh kadag kala dapat meredakan emosi. Menangis lah jika itu yang terbaik. Aku tak boleh nak nasihat org pasal control emosi bila marah .. sebab aku memg takkan boley tahan marah bila berdepan dengan orang biadap .. cakap kurang ajar dengan orang tua .. confirm pasti penampar 2,3 das tu akan dapat. Tanya je lah sape penah rasa. kui3x.
( perghhhh .. penyamun kan .. hahaha ). Nak buat macam mana, kan ? Aku doa banyak-banyak supaya anak aku tak de yang perangai macam tu. Kan lunyai kena belasah je .. huhu. ( point to my bf .. jaga anak awk bagus2 yer .. bengong !!!!! ) hahaha

Ada masanya kita akan sedih. Ada masa tu ... sedih tak de sebab kan. Opsss .. sebenarnya bukan tak ada sebab, tapi kita saja tak dapat nak mencari sebabnya. Atau pun .. ada 1001 sebab sampai kita tak dapat nak detect even satu sebab pun. kui3x.


~ everything about u is gone rite now .. but u left me sweet memories to remember . thanks for that ~

Satu hari aku rasa aku rindu sangat pada seseorang. Fine, bukan my bf. Rindu my bf tak pernah menangis okeh. hahahaa .. everythins is gone. Aku benar-benar lepaskan dia walau dalam hati ni masih rasa sayang lagi pada dia. ( bukan lelaki yer .. sila jangan salah sangka. hahahaa ). Orang kata aku ego .. tapi bagi aku, itulah solution. Hakikatnya memang menderita melepaskan orang yang kita sayang. Kita rindu .. kita sayang .. tapi kita hilang. Hati tu luka macam tak terubat pun lagi. Ada masanya bila drive .. pun boley teringat dia. Then, menangis lah. Aku bukan jiwang laaa. Tapi kalau ada sesiapa yang boleh tenang cool je melepaskan orang yang sangat kita sayang, meh datang jumpa aku, aku bagi coklat. hahhaaha.


Tapi, air mata yang ada, sebab teringatkan dia buat aku motivate hati aku sendiri, supayaa lebih kuat untuk lalui semua sendiri. Bukanlah aku tak maafkan dia, tapi .. memaafkan tak semestinya menerima. Mungkin life dia lebih bagus tanpa aku kan ...?? Let me alone, then u can hapy ever after. lalalalalaa .. touching bongok punya ayat, kan ..??? hahahaa.

Sebab tu aku selalu pesan ... nak buat aku jangan sampai aku nangis. Bila sampai aku nangis, means i got something yang luar biasa. Kekuatan yang aku dapat secara paksa itu buat aku akan pastikan apa yang aku cakap itu jadi kenyataaan. 

Point menangis adalah ... air mata itu adalah sumber kekuatan. 
Yup, kuatlah dengan air mata. Kuat lelaki pada tenaganya. Tapi kekuatan seorang perempuan pada hatinya. Tak percaya ..??? Woiiii .. percayalah !!! penat kot aku taip dari atas tadi. erkkk !!!

Menangis sebab mengenangkan dosa ..?? Itu lagi baik. Sangat bagus okeh !

Kadang2 .. bila kita dengar lagu yang berunsur nasihat .. mendekatkan diri pada Allah .. mngingatkan tentang taubat dan dosa .. yes, hati yang masih subur dengan iman, pasti akan menangis. Tapi hati yang poyos .. dia akan kata .. lagu je kot ! Meh aku tolong sepak orang gitu ! Jadi, menangislah di hadapan Allah. Menangislah sebab mengenang dosa terhadap Allah. ( penipu la ko tak de dosa sampai ko tak nak nangis depan Allah. Sombong benar !! ) Bersujud dan menangislah di hadapan Allah sebab Allah takkan pernah bosan dengar rintihan dan tangisan kita. Percayalah. Cuba lah ko nangis depan bf .. sekali dua dia tahan lah pujuk. Lama-lama .. tak de maknanya. Lagi kau kena marah ada lah. Bf kau takkan sayang kau macam Allah sayang kau. Termasuklah bf aku !! hahahaha.

So .. apa nak takut menangis. Cuma aku nasihatkan .. jangan menangis depan orang. Aku tak suka pandang orang menangis. ( even aku suka nangis ! ) kah4x. Kalau macam student aku nangis kecik ati dengan kawan dia .. aku selalu cakap ..' adooiiiyaii .. jangan bazir air mata sebab kecik ati je. ada banyak lagi kegunaaan air mata tuh ..' hahahaa. Dalam hati nak kata .. ko gaduh main bola jaring pun mau nangis ka ..?? okey, budak2. Boley terima akal. hahahahaha .


~ not just for today .. but, always do that after u cry, okeh ~
 
My conclusion is .. kalau nak nangis tuh nangis je la. Tapi pastikan lepas nangis hati anda makin kuat .. bukan makin lemah. Gelaran hati tisu .. tu pun aku gak. Kenapa hati tisu ...? Tu tandanya aku nih penyayang .. lalallaaa ( best tak puji diri sendiri .. hahahaa ) Jadi, berbanggalah kalau kita penyayang .. kau penyayang ke ..?? hahhhaaha. Jangan malu menangis .. jangan rasa diri anda lemah sebab selalu menangis .. tapi, yakinlah .. anda telah menggunakan air mata di tempat yang seharusnya. kan ...?????? kih3x

 

~ jangan takut untuk mengakuinya .. ada masanya aku dan kita semua memang diciptakan punya semua kebijaksanaan, kecerdikan, kepandaian dan kebodohan ... itulah manusia ~
 

okeylah .. chaw dulu
wassalam ..
kui4x

1 comment:

  1. Sye sgt setuju yg kadang2 kte menangis xde sebab....

    ReplyDelete