Assalamualaikum
today is a sad day
today is a unmotivated day for me !
serious !!!
Hilang separuh hati.
Hilang makna .. persahabatan.
Hiduplah sebagaimana hidup ini di takdirkan.
Hiduplah selagi langkah mampu diteruskan.
Hiduplah walau hanya berbekal sepi di atas dunia.
Kerana .. jalan akhirnya, pasti akan tetap sendiri.
Berbahagialah buat insan yang masih dikelilingi gelak tawa dan indahnya hidup berteman.
Jika masa semalam itu indah bagi kita
Cukuplah ia sebagai satu memori indah yang tak perlu aku kenang lagi
Semalam yang pergi
tetap telah pergi
Begitulah juga kamu pergi
Mungkin tak perlu aku kenang lagi ..
Hidup manusia ni pasti akan berhadapan dengan pelbagai rasa dan incident.
Bagi aku .. hilangnya seorang sahabat, bukan suatu yang perlu aku tangisi lagi even kekuatan hati seakan goyah. Dia satu-satunya sahabat yang tinggal. Tapi .. akhirnya hilang juga. Mungkin perasaan aku .. tapi bagi aku, itulah sebenarnya yang sedang terjadi. Dia hilang sebagai seorang sahabat tapi masih ada sebegai seorang teman. Mungkin begitu lah hidup.
Macam mana nak tahu dia sahabat atau teman ..? Kalau kita tahu apa maknanya sahabat dan teman, maknanya kita tahulah dari sisi mana dia hadir. Cukuplah, dia bukan lagi sahabat yang aku kenal dulu. Mungkin faktor masa dan perpisahan yang panjang menjarakkan segalanya termasuklah hati.
Demi sesungguhnya, aku rela !
Aku mahu bangun sendiri. Melangkah sendiri ... walau tanpa dia.
Biar aku bangun dengan air mata. Biar aku melangkah dengan 1000 duka bersama senyum air mata.
Sebab jalan akhir nanti .. aku tidak akan pernah pandang ke belakang.
Tapi menyambut tangan-tangan di sisi aku !
Come on, Nazura ! You can do it ..
No comments:
Post a Comment