Thursday, October 4, 2012

~ ohhh my stresss, u are ... !!! ~



Assalamualaikum
hye semua
how are u dear ...???
yeah .. make sure that u're much better than me, okeh !!!

Setelah sekian lama aku tak update pape kat blog ni. Dah berminggu - minggu usya new post, tapi masa tetap tidak mengizinkan. Ohh my time. So pack. ! Full of work .. ! Full of paper !!! Yeah .. paper lah kan. Dah nama pun cikgu, tak jumpa kertas memang penipu giler r cikgu tuh.

Tolonglah mengerti dan faham mereka yang berkaitan bahawa PBS itu menyiksakan. Yup, menyiksakan !
Kalau dulu orang kata .. senang jadi cikgu. Balik sekolah awal. Ada masa untuk keluarga. Cuti banyak. Gaji besar. Wat the ..... !!! yang bercakap macam tuh lagi hari ini. Kalau ada yang aku dengar ada yang cakap macam tuh, aku suh dia duk sehari kat sekolah ganti tempat kami yang cikgu-cikgu yang buat kerja dah separuh nak giler ! 

Tak baik aku merungut tentang kerja aku .. sedangkan di situlah punca rezeki aku. Buat kerja kena ikhlas. 
Yup, memang ikhlas lah. Sebab ikhlas lah semua kerja yang seharusnya aku buat, selesai tepat pada masanya. Macam mana giler aku siapkan semua tu, janganlah aku cerita kat sini sebab kesudahannya adalah .. stress! penat ! nak gila ! separuh gila .. semua tu ada.

Main point di sini adalah .. PBS.
Lantaklah orang nak marah ke hape. Lantaklah sesiapa yang mengadu ke hape. I have my own opinion. Aku buat sebab aku cuba dalam terpaksa menurut arahan sedangkan itu adalah benda dan perkara yang aku paling tak suka. Everything is arahan ... arahaan .. menurut arahan. Wahhhhhhh !!!! 

Back to PBS. Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Proses ni adalah apabila setiap pelajar form 1 mulai 2012 perlu menjalani PBS bagi setiap subjek .. bagi setiap topik. Dalam setiap topik perlu ada beberapa band .. untuk menguji aras level penguasaan pelajar di atas topik-topik tertentu.

Band tertinggi yang dicapai oleh pelajar, perlu dimasukkan ke dalam fail pelajar di dalam bilik fail. Okeh, boleh bayangkan sikit yer. 

Macam aku, aku mengajar subjek PJPK dan PSV. Keseluruhan kelas aku 15 kelas. Memandangkan mengajar PJPK perempuan saja, maka kelas aku .. jadi 6 kelas PJPK dan 3 kelas PSV. Setiap kelas ada tak kurang dari 40 orang pelajar. Sila darab sekarang ! .. 40 x 9 = 360 orang pelajar plus minor.

Masa aku ambik semua kelas-kelas tu .. everything is almost nothing. Di sebabkan PBS tak dijalankan sejak awal tahun, jadi semuanya jadi kelam kabut. Tambah kelam kabut apabila cikgu-cikgu yang baru posting kebanyakannya tak dapat sebarang taklimat dan maklumat yang begitu tepat tentang PBS .. perlu ambil form 1 dan jalankan PBS. Can u see how da hura hara nya keadaan. ( silala tengok betapa hura haranya ayat aku ). Tu dah huru hara ... tambah lagi huru hara .. Bila cikgu di minta ajar subjek yang bukan opsyen. Contohnya : aku lah kan. Opyen teknik vokasional elektrik .. perlu mengajar psv dan pjpk. Jadi, sila jangan marah klau instrumen psv budak yang tah hape-hape masuk dalam fail sebab walaupun aku minat melukis n boleh melukis .. tapi aku tak tahu .. maknanya buta tentang unsur-unsur seni yang seharusnya ada dalam sebuah lukisan untuk melepaskan pelajar dalam band tersebut. ( ha .. kan panjang dah ayat aku tak de noktah ! )

Dan sila jangan marah aku juga kalau aku tak dapat nak explain panjang tentang Pendidikan Kesihatan .. aku dah lama sangat tinggal subjek Biologi okeh ! Sumpah tak henggat semua tu! Suruh aku pergi padang ...? Dengan kat sekolah yang tak pernah turun padang .. tak pernah main bola jaring .. baling tah segala bola semua aku tak tahu ... yang aku tahu campak bola.

Budak tanya aku :
' .. cikgu, bola jaring .. tak boleh ...' bla bla bla
jadi aku pun jawab ... ' ... kau baling je la bola tu. Dah sampai tiang gol, kau masuk kan je la dalam jaring. Apa susah ! ...' 

Memang senang !

Okey, masa aku ambik kelas-kelas tu semua, tiba-tiba penolong ketua panitia jumpa aku kata kena buat PBS, fail budak dengan fail pentaksir akan di check dalam masa 2 minggu. Can u imagine how kelam kabutnya aku ... dengan tak tahu apa - apa, mana nak dapat instrumen .. fail budak n fail pentaksir kosong !!!! Sebab nak penuhkan fail budak .. jadi setiap hari aku perlu buat hampir 2-3 PBS .. dan setiap hari aku ada 6 masa maknanya .. ada 5-6 kelas .. dan balik rumah perlu tanda ... 40 x 6 x 3 = ?????  720 ! betul tak ..? aku congak je pun.  salah, betul kan sendiri. Dan dalam masa 3 hari je yang aku ada, untuk aku penuhkan fail 360 orang pelajar. Nak muntah !!!!!!!

Macam mana pun alhamdulillah, masa check fail oleh ketua bidang .. content dan fail aku ok je. 
Nampak macam selama ni aku buat dengan begitu tenang kan, puan ..??? ! errrkkkk !!!!

So, tolonglah. Pendapat aku secara peribadi, PBS nih tak sesuai nak di jalankan bagi subjek di sekolah menengah harian biasa. Untuk subjek KH yang bahagian praktikal .. yes. Itu sesuai. Macam di sekolah vokasional, nama dia bukan PBS .. tapi ujian kompetensi. Setiap topik, diorang perlu lepas ujian praktikal. Itu sebab diorang perlu boleh buat dengan sendiri untuk menyediakan diorang sebagai seorang pekerja.

PBS di sekolah...??? Cikgu pernah kata .. kalau pelajar tak nak buat .. pujuk dia buat .. bagi jawapan .. masalahnya diorang pegang pen tengok kertas pun tak nak. Nak buat macam mana ..? Aku cakap elok-elok dia jerit kat depan muka aku ..! Nasib aku ingat aku ni cikgu. Kalau tak ingat .. memang aku tampar muka dia dengan buku kat tangan. Boleh bersepai cermin mata. Suruh isi borang pengakuan tak nak buat PBS pun tak nak isi .. apa lagi nak buat ..?? Nak suh aku kena terajang dengan budak plak ke ..? Main kat dalam kelas dah macam main kat umah ko. Kerusi mejaa semua kau langgar .. tonggang terbalik kena kat aku plak tu. Nasib aku tak sepak kerusi tu kat ko. Kalau tak boleh naik atas badan .. masa terlentang atas simen. Suka-suka nak baring-baring atas simen. semak !!!!!!!!

Aku tak tahu lah kalau itu hanya untuk cikgu baru macam aku. Tapi realitinya .. semua cikgu pun cakap benda yang sama. Putus asa jadi cikgu .. tanya saja pada hati aku nih. Lama dah putus asa. Nak menangis .. macam tak de air mata dah. Menangis bukan sedih. Menangis sakit hati sebab kena tahan marah masa budak kurang ajar macam .... letak la segala macam benda yang buruk. Tu lah mereka. ! Tak pernah ada orang selamat dari penampar aku bila dia jerit kat muka aku macam hari tu .. tapi, dia mmang untung sebab selamat. Tapi .. aku punya sakit hati .. aku punya dendam nih .. sampai dah 3 hari pun tak habis lagi. Sila jangan tanya aku kalau lepas ni aku masuk kelas dia, aku suh dia berambus !!!

Mungkin ada yang assume aku tak layak jadi cikgu .. jadi sila berikan kerja yang aku layak. Sila ambil budak tu, kalau ada sesiapa yang rasa dia sangat layak jadi cikgu. Aku nak tengok berapa lama dia boleh bertahan. Budak tu dah tak layak sekolah dah pun sebab dia memang ada kumpulan gengster di luar. Sebab tu .. cakap lembut ke ... kasar ke .. sama je. !!!

Sekian, aku sangat geram.
Sangat marah !!
Wassalam ..


2 comments: