Assalamualaikum
haiii masih dalam tempoh PKP. Masuk fasa dua anyway.
Ya, dah ramai yang tepu. Ramai yang dah tak tahu nak buat apa. Alhamdulillah aku masih rasa 'oke' di rumah. Masing - masing ada tempoh mental expired kan.
Banyak sebenarnya yang mempengaruhi diri kita untuk berada dalam satu situasi dalam jangka masa yang lama.
Kalau selalu bekerja, bebas keluar .. shopping itu ini. Berjalan sana sini .. hari ini 2 minggu duduk rumah. Dan bakal 2 minggu lagi. Mungkin di tambah lagi entah berapa minggu.
Kita cuba sedaya upaya untuk tenang menerima arahan. Yakinlah, kita menerima arahan daripada mereka yang ahli dengan tugas mereka.
Bukn masa ini saja untuk kita tenang menerima arahan. Kita sangat di ajar untuk tenang. Dalam apa jua bidang kerja, pertambahan bidang tugas .. perubahan bidang tugas .. belajarlah untuk tenang menerima. Terima dan lakukan yang terbaik. Bagaimana hasil itu diperoleh .. barulah akan dibahas kemudian. Ini, terima tidak .. buat tak lagi .. dah buat analisis, dah siap bagi keputusan lagi. Ang tok nujum ke macam mna ..?
Sebenarnya sebelum PKP tu, aku dengan family di rumah mak suami di Sungkai. Apabila arahan PKP, kami stay sehari memandangkan mak kurang sihat. Tapi hari pertama PKP tu kami terpaksa balik ke Batu Pahat memandangkan suami ada appoinment doktor pada keesokan harinya. Perjalanan balik tu, memang agak struggle. 4 jam perjalanan tanpa henti kecuali isi minyak. No toilet, no jajan and wat so ever. Sampai di Batu Pahat kereta mula ada yang tak kena. Aku macm biasa dengan keadaan tu. Tapi di sebabkan oleh terlalu lama tak uruskan kereta, aku jadi lupa. Bunyi berdengung yang kuat di tayar belakang. Stereng mula tak fixed. Ya, bearing dah minta tukar mungkin. 5 tahun tak tukar weyhh. Jadi, sampai saja di rumah ... kereta simpan je lah bawah atap..hoho.
So, bila dah kat rumah, apa yang aku buat di rumah ?
Kemas Rumah
Hari hari kemas rumah kan. Cuma, bila banyak masa yang ada .. tak perlu kejar masa untuk keluar, banyak benda boleh di kemas dan geledah. Boleh baiki apa yang perlu dan boleh di guna semula. Ruang stor boleh di kemas kini. Baru perasan stroller budak budak dah naik cendawan akibat dibiar terlalu lama. Baru ada masa untuk kemas semula. Baru ada masa untuk berus dan bersihkan lantai anjung yang dah setahun lebih tak berus. Baru ada masa untuk pilih dan susun atur semula pakaian semua orang di rumah. Mana yang dah tak muat .. repack untuk simpan dalam box. Kemas mainan budak budak ni hari hari pun dah makan masa. Dalam masa ni jugaklah, kain dah masuk 5-6 bakul tak pernah lipat dan susun sejak Dec 2019. Aroma terapi yang beli sejak bulan 12 hari tu pun baru nak buka time PKP ni jugakk. So selama ni memg malas tahap beruang kutub ke macam mana ..? Apabila urusan di luar rumah terlalu padat berbanding dalam rumah, inilah bahana nya. huhu. So, benda yang aku buat untuk kemas rumah tu, aku tak buat sekali gus sehari. Tapi, setiap hari aku buat satu satu benda. Sebab biasanya aku akan peruntukkan masa dari pukul 10 hingga sebelum zohor untuk mengemas benda begitu. Habis pagi buat apa ..?
Tugasan Sekolah
Bangun pagi pukul 6 .. baru dapat peluang yang selesa untuk pegang Al-Quran. Bukanlah selama hari ni tak pegang Al-Quran. Thats why aku kata ' peluang yang selesa '. Lepas tu, macam biasa aku punya breakfast adalah secawan kopi radix dan dua keping roti atau biskut. Dua benda yang wajib setiap hari. Kalau pagi tanpa breakfast yang ringan macm ni, ia akan mengganggu emosi sepanjang hari. ( aicehhhhh ....hahhaha )
So lepas tu, baru lah aku akan siap kan kerja sekolah. Sama ada menanda paper yang tak siap siap tu ( baru lah siap tanda. punya lembap menanda ). Siapkan soalan tugasan untuk pelajar sepanjang tempoh PKP. Isi SSDM yang beratus tak siap siap lagi. huhuhu .. Update senarai nama untuk kehadiran dari APDM ( semua kelas sesi pagi - ini pun pending lagi ).
Siapkan jadual cikgu cikgu untuk naik sekolah nanti. Buat masa ni kalau nak guna terus jadual, dah siap. Tapi di sebabkan ada masa yang panjang lagi, cuba untuk murnikan lagi mana yang mampu. Walaupun aku yakin akan ada lagi yang melenting macmm wowwww ... saya sangat teraniaya..! wat ever .. fuhhh. Biasanya nak mengadap jadual ni .. limit dari pukul 7 pagi, sampai pukul 3 petang aku tak akan bergerak daripada laptop. Anak nak terabur ke ... tak mandi ke ... rumah macm kena bom pun aku ignore je. Makan apa ada. Sebab aku kerja ikut KPI. Sama juga macam masa aku drive. Aku setting pukul berapa aku kena sampai. Aku tengok jam, tak tengok meter. Hmm .. sebab tu selalu kena saman. Dah la kena saman, kena marah dengan abang polis pulak tu. Last sekali bayar saman, siap kena bahan. ' tengok budak ni bang. semua saman lebih had laju. kaki tekan budak nih..' hmm... hmm.
Baik, balik kepada KPI kerja.
Contoh : kalau kata hari ni KPI aku adalah untuk murnikan jadual cikgu .. maknanya list cikgu tu perlu selesai hari tu jugak. Dalam proses pemurnian tu .. ada lah pertimbangan pertimbangn lain yang akan di ambil kira klau kata jadual tak dapat bergerak lagi. Kalau dah tak dapat nak bergerak, nak buat macam mana. Kalau suruh aku yang bergerak, aku oke je .. hahaha. Oke, malas dah cerita pasal jadual yang tak berapa nak menarik tu walaweyhhhh.
Menulis
Peluang yang jarang ada untuk menulis semula. Cuma aku tak decide untuk menulis novel semula. Menulis novel perlukan komitmen yang sangat tinggi. Kalau kata aku menulis novel, maknanya aku perlu bersedia untuk mengadap laptop sepanjang hari. Penulisan novel mempunyai kesinambungan yang panjang. Selagi mana idea tu ada, jangan berhenti. Kalau kata berhenti, idea tu akan mati di situ. Aku hanya boleh berhenti apabila idea tu habis di situ. Dan aku yakin, aku tak mampu nak buat begitu dalam masa sekarang ni. Untuk menulis novel dalam masa lebih kurang sebulan hingga dua bulan, itu adalah hal yang mustahil. Dua kali aku buat manuskrip dalam tempoh kurang setahun, habih kena reject.
Last sekali komen daripada editor : saya suka cerita awak. Ada benda baru yang orang boleh belajar. Tapi jalan cerita dia klise. Adik bercinta dengan abang. Kita nak something new. Lepas tu, ada some point yang tak logik. Golongan yang terlalu kaya sampai ada helikopter persendirian. Kalau awak boleh betulkan yang tu, dah cantik dah.
Tapi, di sebabkan masa tu aku dah start posting .. kerja semakin menimbun. Arwah abah pun dah mula sakit, banyk masa habiskan untuk arwah jadi aku decide ..its burn. Membetulkan kisah dalam novel lebih susah daripada membina kisah yang baharu. Betul cikgu aku kata : penulisan kreatif adalah bahagian penulisan yang sangat susah. Perlu ada bahasa yang di jaga. Perlu ada jalan cerita yang menarik. Perlu ada moral yang di sampaikan. Perlu ada persoalan yang tinggi untuk di jadikan pengajaran. Untuk dapat itu dalam sebuah penulisan kreatif .. ya, mungkin 1 dalam banyak banyak penulisan yang kita lakukan.
Jadi, aku menulis semula dalam blog. Orang baca atau tidak itu bukan aku punya KPI. KPI aku adalah menulis. Yes, writing is my passion .. but its not my profession. Orang tanya kenapa tak menulis bahan ilmiah. Ramai je orang menyumbangkan idea penulisan melalui apa yang dia belajar. Setiap orang mempunyai pandangan kualiti masing-masing. Untuk aku menulis bahan ilmiah, aku perlu pastikan aku ada kualiti. Thats why .. aku nak sambung belajar dalam bidang psikologi pendidikan atau bahagian pengurusan pendidikan. Tapi nak buat macam mana, hingga hari ini masih tergendala.
Passion aku menulis sebenarnya sejak sekolah rendah. Aku ingat lagi masa aku menulis cerita dalam buku tulis. Aku ada sorang kawan, ayah dia buka kedai runcit. aku akan beli buku tulis yang kecik tu daripada kawan aku ni. Kerja aku di sekolah ( waktu sekolah rendah ) adalah menulis. Aku baca novel, then aku akan apply macm mana penulis gunakan bahasa dan olah jalan cerita. Bila tak ada cikgu, aku akan menulis selain kerja hakiki aku bercakap. hoho .. Di sebabkan aku kerap menulis, kawan kawan akan sibuk nak tahu apa aku buat. Tak nafikan, ada yang cuba ikut. Dua orang kawan aku cuba untuk menulis cerita macm yang aku buat. Beli buku dan menulis cerita. Semuanya tinggal separuh jalan. Thats why aku kata, menulis ini passion. Aku tak ikut sesiapa. Aku tak bersaing dengan sesiapa. Aku tak tunjuk nak belagak dengan sesiapa. Tapi aku nak belajar menulis ... aku belajar menulis dan aku menulis. Itu sahaja.
Sebab itu juga dalam penulisan blog, kawan kawan aku yang menulis blog .. terhenti pada 6 tahun lepas. Sebab sekitar tahun 2008-2010, penulisan blog antara trend kami. Masing-masing ada blog. Tapi alhamdulillah, aku saja yang masih menaip mengadap blog. hmm ...
Jadi, apabila blog aku di geledah. Apa saja kau putar belit kat aku tentang blog .. aku boleh tahu dan detect. Sebab aku dah lama geledah blog. Hampir setiap link dalam blog tu aku tahu apa fungsinya.
Oke, done riak !
Belajar Masak
Belajar masak dan memasak adalah dua benda yang berbeza. Umur 32 tahun masih nak belajar masak ke..? Belajar tu tak mengenal usia la walaweyhhh. Sejak mengandungkan fahim, aku dah sangattttttttttt jarang memasak. Habis beli sepanjang masa ke ..? Tak jugak. Banyak masa, suami yang akan masak. Jadi, semakin kuranglah masa aku di dapur. Aku cuma akan masak bila suami tak sihat. Makan untuk budak dua ketul ni. Itu pun ikut mood yang selalu berterabur haru biruuuu kuning hijau purple. Mungkin sebab passion aku lebih kepada mengemas, jadi aku kurang dalam hal memasak.
Jadi, masa yang panjang di rumah adalah peluang untuk aku belajar memasak. Macam mana nak masak lemak. ( nak guna kan santan ). Masak 'welcome welcome' pun .. cuba jaya. Kali ke tiga barulah berjaya. Masak lempeng pun baru 2 kali dalam sejarah hidup 32 tahun. Sedih tak sedihhhh jadi aku. hmm...
Tapi tak ada pulak aku cuba resepi resepi viral tu. Ya Allah, masih belum terlekat di hati nak buat.
Masa dan ruang yang ada memang untuk belajar mana yang perlu. Walaupun suami willingly untuk masak apa je .. belajar masak adalah inisiatif aku. Ada masanya aku perlu masak. Sesekali aku perlu masak untuk tidak terlalu kekok. Mungkin tabiat makan aku yang makn bila perlu membuatkan aku rasa masak itu tak termasuk dalam kategori penting.
Kenal Anak-Anak
Bukan mudah Allah nak bagi masa yang panjang untuk bersama-sama anak-anak. Sekali pun suri rumah, dia pun tak dapat bersama anak anak selalu sebenarnya. Sebab anak-anak akan ke sekolah. Beberapa jam saja sebenarnya kita nampak anak kita. Sampai kadang kita rasa kita kenal anak kita. Tapi kita terlupa, anak yang kita kenal itu sudah berlalu 4-5 tahun yang lepas. Anak yang ada di depan mata kita hari ini, berbeza.
So, dalam tempoh ini adalah masa untuk aku kenal Umar Anaqi dan Abdullah Fahim. Anak-anak ini adalah anak-anak yang terlalu banyak masa di luar rumah. Perlu ikut mama papa dia bergerak ke mana-mana. Sebab prinsip kami, ke mana saja kami akan bergerak bersama waima cuma pergi kedai ke Parit Raja. Walaupun cuma keluar pergi KFC dan balik. Sebab itu, kami kerap keluar. So, dalam tempoh ini, alhamdulillah anak-anak tak bosan dan happy dalam rumah. Buka lah pintu besar mana, diorg akan duduk je dalam rumah.
Untuk Umar Anaqi .. masa di rumah dia memang perlu aku guide. Aku tak ada masalah untuk dia layan phone, main game. Aku tak pernah kata : Umar, stop ur phone.
Tapi aku ambil pendekatan, sediakan bahan pdpc yang sesuai dengan keupayaan dia tanpa ugut tentang phone.
Maknanya tak ada perkataan : Kalau tak belajar, tak ada phone.
Yang aku guna adalah : Umar buat dulu. Nanti sambung lagi phone tu.
Ayat kedua menurut aku dan tindak balas Umar lebih positif sebab ia membuatkan anak itu rasa bertanggungjawab tapi bukan rasa terpaksa.
Apa yang aku nampak pada Umar, jika dia rasa terpaksa dia tak akan fokus. Bila tak fokus, benda mudah pun dia akan buat terbalik balik.
Berbeza bila dia rela dan dia fokus. Walaupun phone itu ada depan mata sebelah buku dia, dia akan dapat buat dengan baik tanpa sentuh phone.
Abdullah Fahim..? Ohhh ya. Baru aku nampak perangai dia sebijik pangai aku..hmm. hurmm.. tak perlu ulas banyak banyak. Tapi satu bukan pangai aku : gengster tapi takut hujan. Kaki dengki orang, tapi manjaaaa. Tinggi helah bela diri dia. Berbanding Umar, dia lebih kuat semangat dan bersungguh sungguh. Macam Umar lebih relaks ... malas malas tapi pick up dia memg cepat ( ni banyk karakter papa dia ). Macm Fahim, dia lebih rajin dan kuat semangat untuk dapat apa yang dia nak ( macm mama ke ...??? mungkin la kottt.. hahaha ).
So masa untuk Umar belajar setiap hari tu memang perlu ada untuk memastikan dia beralih sedikit daripada phone. Biasanya aku akan panggil dia belajar waktu dia tengah pegang phone. Aku tak pernah lagi panggil dia belajar waktu dia tengah main lego, tengok tv atau main dengan Fahim. Waktu mengaji pulak, biasanya aku akan pass baton kat papa dia. Sebab i is super laaaaa tak sabar nya. Lunyai kan budak tu aku kerja kan. huhuhu
Kenal Semula Pasangan
So, masa ini juga masa yang bagus untuk kita kenal semula pasangan. Pasangan kita bukan sama je dari dulu sampai sekarang. Kerana mereka juga manusia, mereka boleh dan akn berubah mengikut peredaran masa.
Contoh, kalau dulu pasangan kita katakan suami. Dia oke je dengar kita bising bising. Mungkin dalam masa PKP ini, tekanan menjadi tinggi .. tindakan luar jangka mungkin terjadi. Pada masa ini, jangan terus menyalahkan satu pihak saja. Banyak pihak perlu di pertimbangkan. Perasaan kita. Perasaan pasangan. Itu kalau yang tertekan lah.
Bagaimana yang asalnya sudah bermasalah ..? Come on. Inilah masanya untuk memperbaiki hubungan. Buang EGO jauh jauh. Suami dan isteri. Ya, suami ada ego dia. Isteri turut ada ego sendiri. Mungkin Allah takdirkan hubungn itu pulih dalam masa PKP ini. Siapa tahu kan..? Set up balik marriage goal kita. Adakah kita nak hidup dengan perasaan yang kosong atau penuh rasa tak selesa ? Masing masing perlu main peranan untuk creat the 1st step. Kalau suami tunggul, mungkin isteri. Kalau isteri bingung, mungkin suami.
Tipulah kalau pasangan suami isteri tak gaduh. Tapi, bagaimana kita nak menyelesaikan. Untuk aku, aku tak banyak membebel. Tak kemas ... tak adalah aku berleter sepanjang hari. Aku mampu aku buat. Tak mampu aku minta tolong atau biar.
Contoh : Umar, tolong mama kemas mainan awak tu. Cukup arahan macam tu. Tak ada penambahan : mama dah sehari suntuk buat kerja. awak duduk je main phone .. tak ada ayat macam tu. Sebab aku duduk dengan golongan LELAKI.
Arahan kepada golongan lelaki ini perlu ringkas dan padat. Cakap lah panjang berjela .. ayat sentap tertusuk ke hati .. yang dia dengar adalah : tolong kemas. Jadi, ayat ayat panjang tadi, tak perlu ada. Mungkin itu antara salah satu sebab kenapa Umar masih tak bercakap dengan baik. Dia hanya akan cakap benda penting sahaja.
' Mama, where's phone ..'
' Mama ... papa. work ..'
' Mama .. adik ...' mengadu kena pukul dengan fahim.
' Mama .. nak booba ..'
' Mama .. nak kek ..'
Umar Potty Train
Ini antara benda yang paling aku pening nak buat. Kali ini adalah cubaan kedua untuk Umar Potty Train. Bila dengar ada penambahan masa PKP 2 minggu lagi, terus grab masa untuk Umar potty train. Masa 1st training gagal mungkin di sebabkan oleh aku punya faktor emosi sendiri. Masa tu cuti sekolah akhir tahun 2019. Suami pun tak sihat. Semua kena handle serentak dan hadap sendiri. Bila aku nampak Umar masih tak nak gunakan toilet walau apa juga keadaan. Hingga memberi effect kepada emosi aku dan dia. Mengamuk kan dia tak usah cakap la bila dia tak guna toilet ( tapi bahasa makian alhamdulillah kekal terkawal. please... tolong jangan keluar segala kata makian bila marahkan anak ). Jadi, aku berhenti di situ. Aku cuma kata : satu masa yang betul awak akan gunakan toilet. Sebab aku kena sedar bahawa untuk sesetengah perkara Umar memang tidak boleh di paksa.
Baik, masuk cubaan kedua. Hari 1st aku cuma kata dengan dia :
' Umar, u have no pampers ya .. '
' Okay '
' So, awak nak biyak kat mana ?'
( dia tunjuk toilet )
' Awak nak kencing kat mana ?'
( tunjuk toilet )
Sebenarnya untuk Umar, aku kena gunakan dua bahasa. Kadang guna bahasa melayu dia susah nak absorb arahan tu. Jadi terpaksa guna bahasa inggeris. Ada masanya dia akan guna sesetengah perkataan bahasa melayu. Jadi, kena alert bahasa mana nak guna kat dia.
Baik, hari pertama .. alhamdulillah. Bila nak buang air, dia terus ke toilet. Tak ada panggil mama or papa. Hari kedua, terbabas sikit. Tapi dia terus berlari ke toilet. Disebabkan emosi mama bagus time PKP ni, jadi ur mama is soo cool. Hari ketiga ... ya, nak buang air terus ke toilet, dah settle everything baru panggil mama.
So far, alhamdulillah. Potty Train untuk Umar berjaya dengan baik setakat hari ini. Mungkin betul. Bila kita lakukan pada masa dan ketika yang betul, ia akan jadi mudah. Ya, Allah mudahkan.
Muhasabah Diri
Akhir sekali, inilah masa yang terbaik untuk muhasabah diri. Kalau sebelum ini terlalu banyak masa di kejarkan untuk kerja. Selesaikan semua kerja sebaik mungkin. Walaupun mungkin segelintir mengatakan aku jenis buat kerja asal siap. Anyway, itu pun kadang kadang perlu jugak. hoho.
Masa yang sebenarnya tak lama mana pun. Ambil lah kesempatan untuk bina semula jiwa kita. Allah pilih kita sebenarnya. Sebab itu yang ada di rumah, kita duduk di rumah. Konsep muhasabah nih bukan nak suh duduk termenung atas tikar sejadah 24 jam. Huhuhu. Tapi, masa ini lah boleh diisi dengan menambah ilmu kejiwaan tentang akhirat. Tambah pengetahuan tentang Islam. Renungkan iktibar atas semua keadaan dan kejadian. Banyak perkara boleh di tambah dan ditambah baik yang mana selama ini kita lupa atau tidak sempat nak buat. Isilah masa dengan hal yang dapat memberikan nilai tambah dalam diri dan keluarga kita.
Sekian saja perkongsian hari ini
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment