Assalamualaikum
Entah hari ke berapa PKP aku pun dah tak dapat nak fikir dah.
Tajuk saja orang dah boleh baca entri ini tentang guru. Biasalah musim PKP ni, ramai sangat yang ada masa terluang nak menaip itu dan ini. Apa saja yang tak kena di mata di saat emosi kurang rasional, semuanya tulis in public. Nabi dah pesan. Kalau tidak ada yang baik untuk berkata-kata, diamlah. Dengan diam itu dapat menghindarkan kita daripada mendapat banyak masalah. Dan dengan senyum itu, dapat menyelesaikan banyak masalah.
Jadi, penulisan berbentuk kecaman terhadap guru .. i just ignored.
Nak kurangkan gaji guru. Guru makan gaji buta. Guru tak buat kerja.
Kalau nak layan emosi .. memang segala bentuk sumpah seranah dah sampai dah. Bagi individu individu tak bertanggungjawab ni murung sepanjang hayat. Tapi, adakah perlu itu semua ...?
Guys .. suara mereka ini nothing. ! Jadilah kita individu yang rasional membentuk identiti diri sendiri.
Bukan tak ada guru yang tidak berintegriti. Ada. Di mana pun ada. Di mana pun tempat kerja ada. Aku yang pernah menguruskan beratus guru ( walaupun aku muda dan baru lagi dalam profession nih ) tapi jujur aku jelaskan di sini adalah segelintir mereka yang kurang integriti adalah dalam aspek pengurusan dan sistem. BUKAN PADA STUDENT. Ambiklah mereka terpaksa tara mana pun pada awalnya berada dalam profession ini, tapi sebaik saja mereka berada di sekolah .. berhadapan dengan pelajar, hati mereka lembut di situ. ( unless kes kes terpencil )
Betul. Waktu PKP ini cikgu bekerja dari rumah tapi gaji bergerak seperti biasa.
Tapi, ramai yang tidak sedar bahawa sistem pengurusan tetap bergerak seperti biasa. Dunia pendidikan sekarang tidak hanya sekadar guru-pelajar-kelas-mengajar. Masa 24/7 tu di rasakan sangat dan terlalu tidak cukup apabila guru terlibat dengan pelbagai bahagian pengurusan.
Aku dan seorang kawan antara yang mahu lari daripada profession ini sebaik saja posting dahulu. Kenapa ..? Masa praktikal aku nampak ia mudah. Masa interim aku mula rasa susah. Bila posting aku sudah rasa keterlaluan susah. Tercabar fizikal dan mental. Masa tu, aku sudah nampak, why dont aku proceed saja dengan pusat tusyen, teruskan menulis. Tapi tak tahu kenapa kekuatan untuk tinggalkan kerja ini tak ada. Aku masih proceed .. tapi, tidak merungut. Sampailah aku bertemu dengan 2 orang insan ini : aku simpan kata kata dia. ' Zura, kerja ni kena ikhlas. Kita buat sungguh-sungguh. Lillahitaala. Zura tak buat kerja kerana orang lain .. cukup kerana Allah '
Baik. Sedikit saja gambaran tentang rencamnya profession yang aku duduk sekarang.
Kisah pdpc sewaktu PKP. Ada banyak platform yang digunakan untuk pdpc online. Meski pun aku secara jujurnya meragui keberkesanannya. Kenapa ..? Apa kerjasama daripada pihak pelajar ..?
Proses pdpc ini hanya boleh berjaya jika ada kerjasama yang baik antara guru dan pelajar.
Waktu di sekolah, kita boleh kawal pelajar untuk berada dalam kelas dan buat tugasan. Banyak benda boleh di buat untuk memastikan pdpc berjaya.
Bagaimana dengan pdpc online ..? pdpc hanya berjaya bila pelajar respon.
Aku tidak mengambil situasi aku saja. Hampir semua rakan guru aku mengalami masalah yang sama. Pelajar online tapi tak nak respon. ( kami berada dalam kalangan guru sekolah menengah ). Aku rasa mungkin ada kerjasama yang lebih baik dalam kalangan murid sekolah rendah. ( tak pasti ). aku ambil situasi aku sendiri. Bagi aku, aku tak gunakan platform googleclassroom. Sebab kemungkinan dan kebarangkalian untuk mereka attend dan involve itu adalah sangat rendah. Kenapa aku dah buat kesimpulan awal.? Kadang budak ni tak berapa nak bijak jugak bila bercakap. Sebab mereka memandang aku sebagai 'kawan' sampai terlupa semuanya habis dia cerita ke aku.
satu hari mereka ajak ke makmal komputer.
' bolehlah. kita buat google classroom ..'
'ehh .. tak payah lah cikgu. bosan la benda tu '
' habis tu pergi makmal nak buat apa..?'
' makmal ada aircond ..'
Aku hanya mengambil kesimpulan .. aku aku invite dalam keadaan aku tak mampu nak 'jerit' kat diorg, cerita nya aku buat kerja sia-sia.
Then, aku hanya gunakan platform paling mudah. Penggunaan telegram dan whatapps.
Untuk kelas tingkatan 5 ( pelajar sederhana ) boleh jalan lagi. Aku hanya minta mereka selesaikan modul yang ada. Dalam situasi ini, aku lebih kepada win win situation. Aku perlu faham, ada subjek lain yang menuntut silibus selesai. Bukan sejarah sahaja.
Beralih kepada pelajar tingkatan yang lain.
Biasanya aku tangkap seorang saja untuk wujudkan group kelas. Bila dah terbentuk group subjek tersebut. Keluar satu statement :
' perlu ke group ni di tubuhkan ..'
' cikgu nazura ada. dia yang suruh '
senyap.
Ada juga group kelas yang lain. Apabila tugasan di beri, semua dah 'seen' tapi seorang saja yang respon. Aku akui, masa awal hari tu aku emo. Sebab aku buat soalan tersebut dalam keadaan aku tak sihat. Bila respon yang sangat menjengkelkan aku memang out of rasional. Tapi bila fikir balik aku .. cool je. I've been doing my job. Ada seorang dua yang bagus, memang mereka keep asking. Alhamdulillah. ( budak yang memg bagus pun dalam kelas. so..no wonder )
Sama juga macam suami. Tiap pagi duk berkurung dalam bilik kerja buat simulasi tu ini untuk budak tahun akhir ( pelajar KV ). Bagi tugasan, nanti adalah sorang dua budak calling back. Perkara yang sama dengan guru-guru di sekolah yang lain. Pelajar buat tiktok .. tapi cakap dengan cikgu data tak ada untk tugasan. Dan lagi menarik adalah .. cikgu minta buat tugasan ( simple quiz je pun ), budk siap screenshot .. masuk kat status whatapps ..' bagilah kerja banyak mana, aku tetap tak nak buat '
Alhamdulillah. Ramai cikgu makan hati dengan sikap pelajar yang begini. ( minoriti )
Baik, waktu PKP ini kebanyakan pelajar berada bersama parents. Aku yakin, yang rasa iri dengan guru waktu PKP ini juga parents. Mungkin mereka hanya melihat anak anak mereka hanya sibuk dengan tiktok .. status whatapps ..sampai rasa tak ada tugasan untuk anak mereka sepanjang PKP ini. Parents, check balik dengan guru anak anak anda. Jika anak anda kata tiada tugasan di beri, mohon tanya semula pada guru bertanggungjawab. Anda percaya anak anda ...? Anak aku yang umur 5 tahun pun pandai temberang tiap kali minta buat tugasan techer dia bagi, apa lagi anak anak yang dah menjangkau umur belasan tahun. Itu kalau anak yang tak nak buat tapi parents tak tahu. Belum lagi parents yang tak bagi anak buat tugasan. Marah marah cikgu sebab bagi tugasan. OMG !
Tapi jangan risau. Walau seorang pun pelajar respon, walaupun kena marah dengan parents .. cikgu tetap gigih bagi tugasan. Buat juga. Sedaya upaya husnuzon pada pelajar. Sebab apa ..? Sebab itu adalah tanggungjawab. Sebab guru juga akan di persoalkan apa yang guru lakukan.? Main tiktok ..? Join netizen army ..? atau .. whatever !
Aku melihat situasi bagaimana sukarnya polis dan ATM berdepan dengan masyarakat hari ini. Tak banyak. ' Dengar Arahan' sahaja. Hingga saat ini, Polis antara yang sangat memahami tugas guru berhadapan dengan palajar. Kenapa aku tahu ..? Sebab aku pernah beberapa kali bersembang dengan individu berpangkat inspektor dalam kes tertentu. Sedangkan hari ini, doktor dan jururawat yang menjadi frontliner .. yang menjadi individu paling hadapan bermain dengan nyawa kita, sedangkan nyawa mereka sendiri terancam turut meluah rungutan akibat attitude. Bukan beratnya tugas. Tapi 'attitude' patient. Adakah apabila mereka mula sebut tentang attitude patient yang biadap, kita nak kata dengan mereka ' kalau tak suka, berhenti kerja ...' What the .... oke. Keep my mouth shut up !
Baik, tak perlu pun aku nak ulas benda ni terlalu panjang. Aku cuma sebut tentang tanggungjawab sewaktu PKP sahaja. Aku tak suka nak sebut waktu di luar PKP. So, situasi nya sekarang .. individu yang claim cikgu makan gaji buta. Cikgu tak buat kerja jadi potong gaji cikgu, siapa sebenarnya yang menjadikan keadaan itu berlaku ..?
Tepuk dada .. toleh kiri kanan. Mungkin anak anak kita. Mungkin kita sendiri.
Jawapan ada di tangan kita.
Aku cikgu. Aku juga parents. Setiap hari teacher Umar akan beri tugasan pada Umar. Sedaya upaya aku buat kan untuk Umar .. aku pasti kan dia buat dan aku respon.
Sebab aku tahu rasa sakitnya hati bila usaha baik kita tak di hargai. Sebab dalam kita menyenangkan hati orang, ada keberkatannya.
Sekian saja perkongsian aku yang sangat banyak masa sekarang ni
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment