Wednesday, April 8, 2020

~ penjagaan waktu covid ~

Assalamualaikum

haiii. entah tak boleh nak kira dah masuk hari ke berapa kita dah melalui PKP.
Mesti dah start tepu.

Yup. Aku pun hampir tepu. Banyak benda mula tak kena. Tapi cuba juga untuk kawal. Mental dan emosi perlu cukup kuat dan stabil.

Sekarang ni bukan isu covid je yang menjadi masalah rakyat Malaysia. Dah keluar pelbagai isu yang entah apa-apa. Sorry to say. Pada aku pada masa genting begini, diam sudahlah. Hal yang baik, biarkan. Ini bukan masa untuk selfish. Ini masanya kita nak melihat mereka yang berada jauh lebih susah daripada kita. Fine, aku tak nak membebel benda tu sekarang ni.

So far, penularan wabak fasa 2 yang agak mendadak menyebabkan kita menjadi panic. Panic dalam segala benda sebenarnya. Apa lagi bila PKP di lakukan. Siapa pun akan panic. Aku cuba tenang dalam panic sebenarnya. Sebelum cuti sekolah lagi, desas desus covid gelombang 2 dah mula menyerang. Since sepanjang cuti hujung tahun 2019 kami hanya ada di rumah, kami mula plan untuk bercuti dalm sehari dua memandangkan kesihatan dan luka operation suami semakin membaik. Kami tak boleh bergerak lama kerana suami masih terikat dengan appoinment hospital dan keperluan mencuci luka setiap hari. Tapi, dalam masa memilih tempat untuk bercuti .. semua serba tak kena. Aku tak bercakap dengan suami aku tak sedap hati mulanya. Tapi last sekali aku sebut juga kebimbangan aku. Then, di sebabkan lama sangat tak balik ke Besout, akhirnya kami decide untuk balik sekejap. Itu pun lepas dapat permission daripada nurse suami, yang aku boleh buat dressing tu sendiri.

Sebelum ke Besout, kami pergi dulu ke kenduri kahwin sepupu. Entah kenapa masa tu tak ada hati langsung nak berlama lama dan bertemu sesiapa. Cukup sekadar makan, berbual ala kadar dan balik. Cuci tangan dengan sabun semua memang sudah jadi habit. ( nanti cerita macam mana jadi habit ). Cuma kali ini lebih paranoid. Budak budak semua tak boleh makan sendiri. Main jauh sikit, akan cuci kan tangan mereka. Sebelum masuk kereta cuci tangan, keringkan dan guna sanitizer since tak ada sabun dalam kereta. Walaupun sebelum ini memang biasa dan stock sanitizer memg sentiasa ada dalam kereta dan dalam beg.

So, untuk mengelakkan penularan wabak ni, aku perlu lebih tenang. Untuk mengawal rasa panic tu, aku hanya buat apa yang disarankan oleh KKM.

Sentiasa Cuci Tangan Dengan Sabun 

Walaupun ini benda biasa bagi aku, tapi mungkin kurang biasa pada anak-anak. So, ini adalah masa untuk educate anak anak tentang kebersihan dan memantau suami. Since Umar dah mudah faham dengan setiap tindakan, so setiap kali dia nak makan atau beberapa jam sekali aku akan minta dia cuci tangan dengan sabun. Beberapa minggu ini, dia sudah mula faham nak cuci tangan perlu dengan sabun, walaupun dia langsung tak keluar rumah. Sama juga dengan Fahim. Minta dia cuci tangan. Tapi advance sikit dia ni, kalau suruh cuci tangan, dengan muka .. tangan sampai ke siku, dah macam ambil wudhuk. Kalau tak cepat datang tengok, dengan bilik air sekali dia cuci.

Seorang Saja Keluar Beli Barang

Tang beli barang ni memang suami aku yang keluar. Actually sepanjang tempoh PKP nih, aku baru sekali je keluar dari rumah. Itu pun keluar pergi sekolah sebab nak ambik face mask 1 kotak di meja kerja. Balik tu singgah 7e beli roti dan balik. Tapi dia punya perasaan macam nak kena penembak hendap. Dia punya tak confidentnya keluar time macam ni ... Allah je yang tahu. So, balik tu terus mandi. So, cuci baju memang dah sedia guna sabun dan cecair antiseptic. Tak kisahlah brand apa. Kalau ada dettol, pakai la dettol. Kalau tak ada, pakai yang lain pun oke je.

~ pintu terbuka tapi tak nak juga main di luar ~
So, kalau suami beli barang dapur, biasanya 2-3 hari sekali je. Itu pun akan pergi ke kedai yang tak ramai orang jadi perlu nak beratur. Jadi, suami akan pusing satu parit raja usya kedai mana nak pergi. Biasanya memang akan pergi ke Ain Evergreen, 7e atau Selesa. Harga sebenarnya tak banyak beza pun. Dari segi barang, kami beli saja apa yang ada. Contohnya biasa guna beras dan minyak masak brand ni .. tiba kat kedai tu tak ada. Jadi, ambik je brand yang tak pernah guna tu. Sebab tak nak pergi banyak tempat dan keluar terlalu lama apalagi bertemu dengan ramai orang.

Barang yang dibawa balik, tak adalah sampai rendam dengan air sabun atau di biarkan sampai 8 jam. Biasanya aku cuma spray dengan sanitizer dan lap dengan kain basah mana-mana yang berhabuk.
( Barang kering biasanya ). Sebab Fahim dan aku sendiri alahan dengan habuk. Jap lagi selamat gatal-gatal. Pastu simpan.


Gunakan Face Mask

Pada awalnya memang tak guna face mask sebabnya saranan penggunaan kepada mereka yang tak sihat. So, untuk seminggu awal PKP suami memang tak guna. Stock di rumah pun tak ada dan tak mencari pun. Sebab dalam kepala otak, aku ada satu kotak lagi di sekolah. Kemudian, mak suami warded di Hospital Selayang. Abang ipar perlu bergerak setiap hari dengan face mask yang dah banyak kali guna. So, kami tak cari di farmasi. Terus direct to supplier.  Sebab adik yang supplier medical stuff pun dah kena tipu dengan scammer online. Since tanya kat adik, dia kata mungkin boleh dapat lagi 2 minggu harga 50 pcs : RM100.

~ facemask pun colourfull.huhu ~
 So, order dulu. Cari lagi satu supplier memang dah ada 50 pcs : RM 130. So, terus ambik yang 2nd supplier pos pada abang ipar. Alhamdulillah, sampai dalam keadaan baik dan dapat digunakan bersama. Apa lagi biras pun perlu keluar sesekali untuk check ibu mengandung. So, face mask yang order dengan adik pun alhamdulillah sampai lebih awal daripada jangkaan. 100 pcs dapatlah pos ke Sabah untuk family abang ipar. Since, mereka ramai yang ada asma, jadi kadar penjagaan mereka lebih tinggi. Lagi 100 pcs, untuk persediaan family aku di sini. Since facemask free yang lama pun tak habis guna, jadi masa ambik facemask di sekolah, bagilah dalam 10 keping kat mak cik guard. Dia bukan orang senang nak dapat kan facemask dengan harga yang tinggi sekarang. huhu.

Then, sekarang tiap kali keluar memang kena pakai facemask sejak suami kena halau tak boleh masuk. Macam adik aku pun, dia kerap guna face mask sebab dia supplier kelapa tua ke kedai runcit. Even PKP, bila ada permintaan dia memang akan bergerak ke kebun ambik kelapa, dan hantar ke kedai runcit. So, penggunaan facemask mmg agak kritikal. Tapi lain sikit la kami punya face mask. Ada kuning. Ada pink. Ada Biru. OMG. Kami tak buat panic buying ya. Itu stock kat rumah mak dah 2 tahun lepas tak silap. huhu.

Penggunaan Cecair Antiseptic dan Sanitizer

Bila sebenarnya mula guna cecair antiseptik nih masa cuci baju .. ? Sebenarnya start dari kemas kini kotak First Aid PBSM. Dalam kotak tu ada cecair dettol untuk cuci luka. So, aku curious sikit. Sebab aku pernah baca cecair tu tak sesuai untuk kulit. So, bila baca balik, betul memang tak sesuai untuk kulit tapi bagus untuk campuran cuci baju dan cuci lantai. Since that day memang sentiasa guna sampai hari ni. Cuma untuk sekarang , guna juga cecair antiseptik tu spray pada tilam, langsir dan karpet kat rumah.


Then, sanitizer spray dan cecair. Sanitizer spray memang ada di mana mana. Ada kat meja kerja kat sekolah. Ada kat rumah mak di Sungkai. Kat rumah pun memang ada. Spray ni pun mmg dah lama guna. Biasanya aku spray mainan budak budak ni. Kalau meja berhabuk, biasanya lap. spray dan lap semula. Kalau sanitizer cecair tu memang ada tapi jarang guna. Sebab dah biasa nak pegang apa apa makanan akan cuci tangan dulu. So, dalam kereta memang ada sediakan air satu botol untuk cuci tangan. Cuma dalam masa covid ni, penggunaan sanitizer lebih sedikit.

Macam adik hari tu pun, orderkan 5 liter daripada supplier. So, adik pun repack dalam botol dan bagi pada nenek di kampung dan untuk kegunaan sendiri. Sepatutnya share dengan aku. Since stock hand sanitizer aku pun banyak lagi tak guna, jadi biar je lah dulu. huhu.

Nak beli barang dari supplier, make sure tak ada tulisan - UNTUK KEGUNAAN KKM -

Tiada Barang Kemas

~ cincin tunang yang dah muat la walaweyhh ~
Benda ni pada mulanya sebab cincin tunang dah mula ketat di jari. Jadi masa cuci tangan tu terfikir sendiri, bersih ke cuci tangan dengan cincin ketat macm ni..? hmm.. jadi, teruslah buka. Satu sebab tak rasa bersih cuci tangan dengan cincin kat jari. Then, dah hampit fit. Jadi tak selesa. So, memang apa barang kemas pun tak ada. Siap cakap dengan laki nak jual je la cincin tu sebb tak boleh nak pakai. hoho .. suami suruh beli yang baru, yang cincin tunang tu simpan. Punya lah tak de perasaan cincin tu cincin tunang kan. OMG betul ! Kalau tak ada yang baru i is oke je. Sebab rimas. hoho..

Vitamin C

- champ ni beli masa tengah sale kat farmasi -
Vitamin C ni pun memang dah sedia ada di rumah untuk imunisasi budak budak nih. Since budak budak kat rumah ni tak makan buah dan sayur, jadi kena juga bagi vitamin c ni untuk diorang. Kalau sebelum ni tak berapa konsisten bagi, tapi kali ni lebih konsisten. Mama diorg pun kena belajar berdisiplin. Macam aku sendiri, bila tak ada buah baru lah makan vitamic C. Tak kisahlah brand mana pun.


Jaga Kesihatan Fizikal

Ini benda yang paling penting masa ini. Aku perlu sangat alert dengan perubahan kesihatan yang berlaku. Bukan saja pada aku, tapi pada suami dan anak anak. Bukan saja berkaitan dengan simptom tapi semua. Perkara paling penting adalah kesihatan aku sendiri. Apa lagi hujung oktober 2019 pergi ke klinik, buat scan then doktor diagnose something not well. So, bagi satu ubat untuk aku jumpa dia semula januari 2020. Since apa pun tak sempat. Nak fikir untuk diri sendiri pun tak selera waktu kritikal masa tu .. jadi bertangguh dan terus bertangguh. Sampai hujung Februari, tiba-tiba langsung tak boleh bangun sehari suntuk. Sekadar makan pain killer ... jadi lagi sekali awal Mac. Sama juga makan pain killer. Tanya juga pada nurse suami .. dia tanya kalau aku pernah jatuh terduduk. Ya .. dua kali masa sekolah jatuh terduduk dengan ketinggian yang ..wow !!! Then, dia minta check tapi hari tu hari terlalu padat. Tiba-tiba bersambung dengan PKP. Nak pergi klinik semula untuk check pun .. hmm .. tak berapa nak selesa. Jadi bertahan lah dulu. Jadi, dengan keadaan yang tak boleh duduk lama .. setiap masa masih ada rasa sakit dan bimbang, aku sangat perlukan rehat yang cukup.

~ barang untuk dressing. kejap cikgu. kejap nurse aku nih ~
Kesihatan suami juga perlu sentiasa di pantau. Walaupun luka operation dia, alhamdulillah dah pulih sepenuhnya, tapi .. sepanjang PKP ni sudah 2 kali sakit dia menyerang. Tidak boleh bangun dan berjalan. Alhamdulillah tak lama. Dalam 2-3 hari saja. Sebab itu, aku cuma akan minta tolong dia buat kerja ringan-ringan je.

Untuk anak-anak pun perlu sentiasa di pantau. Apa lagi Fahim sangat mudah kena batuk berkahak dan selesema. Since dia kulit sensitif, dia tidak boleh terlalu panas. Contohnya tidur hingga berpeluh. Nanti akan keluar ruam dan gatal-gatal. Tapi dia pulak tak boleh sejuk, nanti sangat cepat batuk berkahak dan selesema. Fuhhhh ...! Macam Umar sendiri sudah mula batuk bila sepanjang hari dengan aircond. Ubat hanya standby. Selagi tak nampak teruk biasanya aku hold dulu. Since dah tahu punca, memang sebelum tidur .. Fahim dan Umar akan sapu kan minyak telon di dada. Kalau selama ni minum susu sejuk ( peti sejuk ) jadi, Fahim kena minum susu panas la. Kemudian on Vitamin C lebih sikit. Then, semua bantal diorang, tempat tidur memang cuci dengan cecair antiseptik ( suggestion doktor ). Alhamdulillah, bila tukar cara makan dan cara penjagaan begitu .. batuk selesema dalam 2 hari saja then recover.

Last sekali, walaupun dalam tempoh cuti, waktu tidur aku tetapkan pukul 10-11 malam pada semua. Maknanya masuk pukul 10 saja, cuma guna lampu kecil saja. Macam Umar dia dah mula biasa. Bila aku dah bagi susu untuk dia tidur, dia sendiri akan bagi phone kat aku.

Jaga Kesihatan Mental

Selain kesihatan fizikal, kesihatan mental adalah yang perlu di ambil kira. Melepasi tempoh PKP 14 hari dengan baik. Namun, untuk melalui lagi 14 hari dan mungkin akan lebih .. sangat memerlukan kekuatan mental. Apa lagi bagi individu yang sudah kerap keluar bekerja, pasti situasi di rumah dan menjalankan rutin yang sama sepanjang masa memberi tekanan yang besar. Untuk kami, mungkin faktor keselesaan rumah itu tidak menjadi isu. Cuba bayangkan mereka yang perlu berada di rumah dengan keadaan rumah yang kecil, bilangan ahli keluarga yang ramai, kekurangan makanan .. ya, perlu akui semua itu punca tekanan yang besar. Aku hanya mampu berfikir dan membayangkan. Untuk membantu itu sangat jauh daripada kemampuan. Aku hanya mampu berdoa agar mereka ini dikurniakan kekuatan, kesabaran yang tinggi dari Allah.

~ beli masa pantang kat fahim. ni baru sempat guna semula ~
So, apa yang aku buat untuk cover emosi yang kadang kala kacau ..?
Pertama memang aku habiskan masa dengan anak-anak. Itu sebagaimana yang selalu aku harapkan. Alhamdulillah Allah izin. Walaupun dengan cara yang begini. Since hujung 2017, masalah kesihatan aku bermula daripada masalah hormon ( depress keterlaluan ) .. so, aku kena pastikan hormon aku stabil semula. Aku kena pastikan emosi aku stabil semula. Satu saja cara adalah .. aku perlu bermula dengan bersama anak-anak dan keluarga.

Kedua adalah lebih kerap membaca Al-Quran. Ya, tidak lain ia sangat membantu untuk kita kembali tenang.

Ketiga adalah give some reward pada diri sendiri walaupun dalam masa PKP nih. Dalam tempoh PKP nih mana nak ada spa yang buka kan. At least, jaga diri sepanjang di rumah. Pastikan rumah sentiasa bersih ( bukan tak bersepah ). Maknanya, tak ada sampah berbau dalam rumah. Pakai pakaian yang kita suka nak tengok. Pastikan diri sentiasa kemas dan tidak berbau 'dapur'. Walaupun perlu sentiasa masak atau buat kerja rumah waktu PKP ni .. usahalah untuk kekal kemas. Akhir sekali, pemakaian losyen waktu sebelum tidur dengan bau yang menenangkan dapat membuatkan kita lebih relaks. So far, itu antara cara yang aku guna untuk control emosi yang kejap oke kejap tak.

Jaga Makan

Walaupun sebelum ni memang amalkan penjagaan makan, tapi kali ini perlu lebih berhati hati. Alhamdulillah, since 2 minggu tak keluar maka aku berjaya stop collblog and tea ice. Ini antara dua benda yang sangatttt susah nak stop sebelum nih.

~ sebb tak ada coolblog, bubur pulut hitam sejuk pun oke laaa ~
Sepanjang tempoh PKP ni, memang makan masakan di rumah. Tak pernah lagi buat delivery. Bukan tak nak support. Tapi, sebelum ni banyak sangat makan di luar sebab tak sempat dan tak larat nak masak. Jadi, biarlah masa yang ada ni .. guna untuk masak sendiri makanan di rumah. Kalau suami tak sihat nak masak, aku akan masak. Kami bergilir. Tapi memang lebih kat suami la yang masak. hahaha.

Sepanjang tempoh PKP nih .. makan nasi memang sekali saja sehari. Budak budak pun on je. Bila dah makan nasi, mereka dah kurang sangat makan benda lain. Bila malam, makan simple simple je. Kadang suami masak kan meggi semangkuk pun share 4 orang. Kadang aku buat jemput jemput pun, makan nak di paksa. ( jemput jemput biasa aku buat kentang untuk bagi karbo )

~ jemput-jemput : cubaan kali ke 4 baru jadi weyhh.. huhu ~
Jajan pun kadang ada, kadang tak ada. Kalau ada, budak budak makan je. Kalau tak ada, tak mencari. Cuma macm hari tu, letak stok kek dalam peti sejuk. Satu hari 1 slice je boleh makan. redha. Minggu ni stok aiskrim plak. Satu hari satu aiskrim share berdua. Pun redha.
Cuma kadang aku pulak teringin nak makan something, maka usaha lah buat sendiri walau selama ni tak pernah buat. Macam hari tu teringin nak makan bubur pulut hitam, maka gigih lah buat sendiri. Nasib jadi, kalau tak memang ke lubang sinki la jawabnya.
Bukan sangat jaga makan sebab takut gemuk. Tapi permulaan gaya pemakanan yang sihat. Jadikan tempoh ini sebagai permulaan yang baik dalam semua perkara. 

Kalau orang tanya aku panic or aku paranoid..? Ya, mungkin ada sikit aku kedua duanya. Tapi aku cuba kawal dengan kata. - Kita usaha, Allah jaga -
Mungkin sebab aku pernah bawa Influenza A kat Umar. Jadi, aku perlu akui aku takut nak keluar. Takut aku yang bawa ke dalam rumah. Jadi, lantak laaaa kata aku skema, aku paranoid, aku panic .. yang penting aku duk umah tak kacau orang.

So, sekianlah perkongsian aku.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment