Friday, April 17, 2020

~ kena kecam ~

Assalamualaikum
hii .. haiii.. haii. masih dalam tempoh PKP. Masuk PKP fasa 3.
Doakan wabak ini segera berakhir.

Dalam tempoh PKP ni, macam macam hal berlaku di media sosial. Bukan kata wabak covid 19 je, segala wabak tiba-tiba muncul. OMG !

Isu kena kecam sepanjang PKP ni tiba tiba jadi macam ... bursttt !!
Tak boleh salah sikit, memang habis kena kecam. Walaupun selama ni sebenarnya isu kecam mengecam ni isu yang biasa. Benda ni berlaku pada sesiapa saja, bila bila masa saja.

Kena kecam dan mengecam ini lebih kepada isu psikologi. Bukan saja mengundang tekanan yang panjang pada individu yang di kecam. Tapi, begitu juga masalah hati kepada yang mengecam.
Tapi, tak boleh di nafikan juga. Tindakan mengecam seseorang atau sesetengah pihak adalah jalan singkat untuk menjatuhkan individu atau mana-mana pihak. ( tak kisah lah memang salah atau di fitnah bersalah )

Pegang konsep kita tidak boleh mengubah semua orang. Tapi kita boleh mengubah diri kita.
Sama ada nak teguh kuat dan kental berdiri
atau
Rebah menanti belah.
Haaa .. gitu lah.

Isu kecam sewaktu PKP ni, dah terlalu besar. Kita kecilkan skop kita, pergi saja di tempat kerja atau komuniti sosial kecil kita. Cukup lah bila mana kita melakukan tindakan tidak selari dengan kebiasaan komuniti kita. Tahap kita akan di kecam macam kita buat dosa besar .. dekat dunia kena hukum gantung .. kat akhirat selamanya duduk neraka. Gitu lah perumpamaannya.

Kisah kena kecam bukan benda asing bagi aku.
Effect yang panjang dan cukup mendalam bagi aku. Kena pulau itu perkara biasa. Tapi, ia jauh mengajar aku untuk kekal survive sendiri.
Semakin dewasa, aku semakin jelas apa sebenarnya tindakan untuk berhadapan dengan isu kecaman.

Kawal Emosi

Ini adalah hal yang paling susah nak buat. Tapi paling berkesan kalau kau mampu buat. Fasa kecaman yang aku terima, beberapa kaedah aku lakukan. Try and error. Kali pertama jadi mangsa kecaman yang membawa pemulauan yang 'wow ! ' aku gagal kawal emosi. Habis di blog .. sosial media aku lontarkan emosi. Beberapa tempat aku luah kan segala macam sindiran. Ya, walaupun semua itu aku lakukan, ia sangat tidak membantu meredakan emosi. Malah ia jauh membuat kan kau semakin jatuh. Semangat aku habis. Segala macm kebaikan yang dilakukan sebelum ini jadi ungkitan.

Kali kedua, ketiga dan seterusnya menerima kecaman. Akhirnya aku mengambil langkah habis tenang. Diam. Cukup lah dengan diam. Hati mana yang tak panas kan. Cukuplah aku luah kan dengan seorang dua yang sangat rasional. Rasional yang bagaimana..? Mendengar tetapi tidak menjadi batu api.

Dengan tindakan diam itu, api kemarahan itu hanya mampu bertahan kurang seminggu.
Sebab itu orang kata, diam itu dapat mengelakkan daripada datang lebih banyak masalah.
Sebab itu aku sangat belajar untuk diam.

Cerita tentang diam dan bercakap ni, aku ada pengajaran yang sangat panjang. Di mana akhirnya aku memilih untuk diam terhadap apa pun isu. Sama ada terkait dengan aku atau pun tidak.
Sebagaimana kata seorang guru aku :
' saya fikir apabila masuk U, nazura aku involve perwakilan pelajar. Outspoken .. masuk pilihanraya '
aku cuma kata :
' saya tak nak benda tu lagi cikgu. saya memilih untuk diam saja '

Jadi, kawalan emosi akan labih stabil dengan diam.

Minta Maaf

Jika perlu. Minta maaf jika perlu. Media menunjukkan, sekali pun kita minta maaf selepas di kecam, kau tetap kena kecam. Bertambah lagi satu isu. Kita memilih untuk ambil tindakan. Pun akan tambah lagi satu isu untuk di kecam. Itu senario hari ini. Semakin banyak kita bercakap, semakin kita kena kecam.

Jadi, kalau kita rasa bersalah dengan keterlanjuran tindakan, mohon maaflah. Cukup setakat itu. Tak perlu cuba pertahankan apa yang telah kita lakukan.

Contoh :
Saya mohon maaf atas tindakan saya.

Cukup setakat itu. Tak perlu penambahan (tapi) untuk explaination. Kita punya expalaination hanya akan membawa kepada maksud ' tak ikhlas minta maaf ' . Jadi, tak perlu explaination. Ikhlas tak ikhlas itu isu kita dan emosi kita. Settle !

Senyum

Sekali pun sakit, kita senyum je. Biasanya orang yang kecam kita gila gila memang nak nampk kita sugul. Nak nampak kita drop. Kalau netizen yang tak jumpa kita hari hari, sekurang kurangnya dia nak hasil kecaman mereka tu buat kita separuh gila ke. haaaa .. macam tu lah lebih kurang. Jadi, kita kena buat reverse psiko.

Kalau kita rasa dengan menunjukkan kesukaran kita, kita bagitahu kesakitan kita akan buat orang lebih kasihan, kat situ kita silap. kita bukan bercakap dekat boyfriend kita. Kita bercakap pada orang yang tak kenal kita dengan bagus. Kadang tu kita bercakap dengan orang yang tak ada sense of human pun. Pada mereka mengecam itu adalah satu pelajaran yang perlu kita ambil pengajaran.

Ada seorang kawan pernah bagitahu aku.
' senyumlah nazura. meskipun kau tersakiti ..'
eeeecehh. macam ayat novel kan. hahaha. ya, aku cuba belajar dan aku masih belajar. justeru, aku ajak sesiapa juga untuk sama-sama belajar.

Sebaik saja kita mampu untuk terus senyum, maknanya kita sedang memulihkan emosi.
Kesan emosi dan mental itu sangat kuat untuk kemaslahatan fizikal. Mana aku tahu ..? Aku sendiri pernah diagnose darah rendah setiap kali tekanan. Beberapa kali nak pitam. ( Ni antara sebab kenapa aku kena sentiasa make up. sebab muka memg pucat sangat bila tak make up ) Sentiasa migrain. Tahap migrain aku, smpai perlukan painkiller yang dose tinggi sebab aku start migrain masa umur 11 tahun. Jadi, sejak umur 18, panadol is nothing untuk aku. Telanlah bape banyak pun. Tak jadi hape.

Macam mana kalau di pulaukan dalam komuniti ..? benda tu benda biasa. Jangan cepat melatah. Tenang dahulu. Sebaiknya jarak kan sedikit hubungan dengan orang sekeliling. Kalau di tempat kerja, kekal berhubung atas urusan kerja. Bantu diri untuk kekal profesional dalam hal kerja. Jangan terlalu ikut emosi. Selagi boleh elak, kita elak. Tapi jangan sampai menjejaskan kerja kita. Apa pun keadaan, ia akan ada titik klimaks .. kemudian drob. Orang tak akan bertahan dengan aura negatif terlalu lama. Jadi, diam bila mana keadaan puncak, dan bertindak saat semuanya tenang atau drop.

Elakkan Diri daripada Siapa pun

Dalam keadaan ini, bersendiri seketika itu adalah pilihan cukup tepat untuk memastikan emosi kita pulih sebaik nya. Hanya berada dalam kalangan ahli keluarga dan teman yang saaaangat boleh di percayai untuk mendengar dan memberi sokongan. Bukan yang menjadi batu api. Meski pun saat kita benar, apa bila kita di provok .. ia akan membawa kita kepada tindakan yang salah.

Sama ada di pulau kan atau di sokong, cara terbaik adalah menjarakkan diri daripada siapa pun. Sekali pun perlu kan teman untuk bercerita, berceritalah seringkas yang boleh. Cerita hal yang tidak memerangkap kita semula. Sebab, saat kita di kecam .. kita sedang menanti untuk jatuh. Jadi, kita perlu sangat berhati hati. Kita tidak pernah kenal siapa pun walau teman kita paling rapat. Boleh jadi, dengan kita cerita tentang semuanya, boleh menjadi bahan untuk terus buat kita jadi abu. Kenapa aku point kan teman paling rapat ..? Sebab dalam banyak banyak posisi sosial, teman rapat adalah posisi paling bagus untuk menjatuhkan dan di jatuhkan.

Aku prejudis ...? Untuk menjadi seorang sahabat, aku ingat pesan Imam Al-Ghazali. Tapi sebaik sahaja aku tidak menjadi sahabat, cukup aku menjadi teman.

Tinggalkan Sahaja

Ini adalah tindakan paling akhir jika emosi dan mental kita habis koyak rabak dah macam roti kirai. Aku pernah buat ..? Ya, pernah usaha. Tapi masih belum berjaya. Kalau rasa kita tidak mampu bertahan hingga memberi kesan kepada aktiviti harian dan kerja, ada baik nya tinggalkan. Kita seorang tidak akan mampu mengubah komuniti yang besar. Itu realiti. Kita bukan duduk kat filem Tamil Bahhubali. Dia sorang boleh lawan dengan beribu askar pemberontak. OMG !

Kadang ada sayang. Kadang ada kenangan. Kadang ada kepentingan. Tapi beranilah untuk tinggalkan dan menerima cabaran yang baru. Sekurang kurangnya jiwa kita akan tenang sedikit.
Dan biasanya .. Allah tidak pernah kejam. Jika susah sudah kau terima, in sha Allah .. mudah dan tenang selepas itu. Di situ lah hikmah sabar dan redha.

Jangan Berdendam

Biasa dendam ini seiring dengan tindakan jahat di balas dengan jahat. Belajar untuk tidak berdendam. Aku antara manusia yang sangat berdendam. Kau dajal kan aku, kau siap kau ! Gitulah suatu masa dulu. Tapi, semakin banyak berdendam, kita akan dapat rasa betapa hati dan jiwa kita semakin 'sakit'. Kena kecam .. kena attact sentiasa bukan alang alang sakitnya emosi. Sebab itu permainan emosi ini kita je yang boleh rasa kita menang atau kita kalah.

Lakukan saja terbaik. Kalau kita kena kecam dengan kerja kita. Teruskan kerja dengan baik. Kalau orang kata kita membodek. Teruskan saja kerja dengan baik dan lebih baik. Kita bekerja untuk Allah. Tapi, janganlah kita kata kita kerja untuk Allah, tapi dalam masa yang sama kita duk meroyan kena kecam. Relakss je. Tenang itu kunci kejayaan.

Bila kita tak berdendam, emosi kita akan lebih sihat. Kita akan lebih tenang. Bila aura positif itu melebihi aura negatif pada emosi dan mental kita, adalah lebih mudah untuk kita berfikir dan bertindak. Senang kata , jangan terburu-buru.

Bergantung Hanya Pada Allah

Dengan kepelbagaian usaha, pujuk hati .. latih diri .. bergantung hanya pada Allah. Sesungguhnya tiada lagi sebaik baik tempat bergantung kecuali Allah. Allah yang datang kan segala ujian, Allah juga yang dapat meredakan. Allah pegang hati kita. Allah juga punya hati mereka. Hanya Allah. Cukup !

Dalam menghadapi ujian, aku pernah terbaca pada satu kata kata :
Ketika mendapat ujian yang getir, jangan minta di angkat ujian tersebut. Tapi minta di beri kekuatan luar biasa untuk menghadapi ujian tersebut. Minta di beri limpahi rezeki yang baik.
Bukan kerana sombong. Tapi ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah. Ujian itu buat kita sujud dan menangis pada Allah. Ujian buat kita mengadu pada Allah. Sekurang kurangnya Allah masih mahu mendengar rayuan kita. Bagaimana jika kita terlalu senang tanpa ujian .. rayuan dan tangisan apa yang mungkin ada ..? Jangan sampai Allah tidak mahu lagi mendengar rayuan dan tangisan kita ... lalu Allah limpahkan kita dengan kesenangan dunia. Buat baik atau jahat, dosan dan pahala .. semua itu tidak lagi di pandangan Allah.

Marilah sama sama kita muhasabah diri.
Bergantung pada Allah. Serahkan diri pada Allah.

Sekian saja perkongsian kali ni
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment