Tuesday, February 12, 2013

~ kisah masuk balai polis ~



Assalamualaikum
hye readers
this is sooooooo tired and sleepy day
( 12 Feb 2013 )
oh why ..??
yeah .. i'm just back from ipd batu pahat at 3.00 am

ohhhh my !
wat the happened ?!!!

kisah yang panjang jadi makin panjang dan panjang
semuanya mula bila adik laki aku kena pukul dengan orang dia tak kenal. puncanya dia tak mau tolong adik and anak dia jatuh motor. 

mula tuh nak buat report tapi bila mak lelaki itu kata jangan. jangan n jangan 
jawapannya adalah tidak
macam biasalah kan bila mak dengan mak. kononnya nak settle cara baik. 
ohhh wat ever !
orang tua kan. jadi, mak laki tuh pun minta kata tunggu sampai anak dia sorang lagi balik bla bla bla .. 4 hari tunggu dia just bagi adik aku RM50.


~ Nasrul Faiz Mohd Nasir ~
kata Inspektor tu :
Kau kan anak jantan, apa-apa datang terus ke balai. Jangan tanya-tanya mak lagi dah ! Bila dah babitkan orang tua, perempuan lagi .. leceh !


sebab rasa tak puasa hati .. aku sendiri datang jumpa family diorang. 
aku tak mahu adik aku hanya bernilai RM 50 di mata diorang. Bukanlah aku minta RM200 sebab adik aku berharga RM 200 tapi logik. Aku bukannya nak duit orang sangat. Tapi dengan nilaian yang lebih besar bila buat report bukankah itu akan jadi susah bagi diorg dan untung bagi pihak aku ? Maka, aku harap diorg brfikir.
 
Dan disebabkan aku datang pun dalam keadaan tak berapa bagus hati time tuh untuk minta lebih bayaran
jadilah pergaduhan lain antara aku dengan ipar laki tuh plak !
gaduh ..? ya memang gaduh la.
aku pun kena pukul. tapi aku bukan kisah pun aku kena pukul sebab aku tahu lah memang aku pun ada salah even kesan kena pukul tuh di dalam bukan fizikal. I'm going to headache and muntah sebab contact di bahagian kepala.
dalam keadaan kurang rasional and emosional
everything can be worst more than we aspect, rite ???
( 10 Feb 2013 )


~ aku tahu Allah tidak menjadikan aku dengan sia-sia sebab itu Allah jadikan aku manusia dengan jiwa yang besar ~
nasihat utk diri sendiri :
next time perlu jadi lebih bijak, rasional and profesional
 
wat happen after that ..?
yeah ! mula tuh aku dah malas nak fikir
tapi disebabkan oleh aku di cabar di cabar dan di cabar
untuk buat report
jadi, aku pun pergi balai and buat report
walaupun hampir bertekak sebab aku boleh sue dia dan dia pun boleh sue aku then keadaan akan bertambah dan bertambah rumit dan panjang .. alhamdulillah inspektor tu dapat buat keadaan jadi tenang dan semuanya selesai dengan baik..!

 

~ laporan yang ditarik semula ~
actually, aku tak berniat sangat untuk bawak kes sampai ke mahkamah tapi lebih kepada aku tidak mahu apa yang dia cabar, aku buat tak tahu. Dia cabar, aku buat. Even aku sendiri pun ada salah
 
fine !
so, apa aku nak bagitahu readers kat sini ?!!!

Pertama

Okeh, pertama kali aku berurusan di Balai Polis, aku rasa puas hati dan respect pada Inspektor tu. Nama dia, tak perlulah di sini, kan? Kenapa aku kata aku puas hati ? Yeah, dia bertindak sebagai orang tengah yang menyelesaikan masalah. Sebab aku cuma boleh kata kalau tak ada dia, aku tak rasa hal tu boleh selesai dengan baik. By da way, sebelum keluarga pihak lagi satu datang, dia banyak nasihat kan aku .. faham undang-undang jangan sampai terkena balik. Apa yang aku ingat dia kata :
  1. Kalau apa-apa hal, nak settle tepi ke apa, biar polis jadi orang tengah untuk keselamatan dan puas hati sebab kita tak kenal pihak yang kita akan berurusan tuh
  2. Bila jadi kes apa-apa, terus datang buat report jangan cuba nak uruskan sendiri. Tak perlu tanya orang tua ke apa sebab biasanya orang tua, apa lagi perempuan .. semuanya akan jadi leceh
So, apa yang aku nak bagitahu .. tak kira apa pun rupa polis itu, bila dalam keadaan kita teraniaya pergi saja tuntut hak kita. Insya Allah, Allah bersama kita. Settle senang atau tidak, biarkan kita mampu pastikan kita di dalam keadaan selamat.

Kedua

Yeah ! Emosional memang takkan menyelesaikan apa-apa. Even aku seorang cikgu yang dibekalkan dengan ilmu psikologi menghadapi kerenah manusia, tapi aku masih tak dapat mengawal marah aku dan akhirnya menjadikan keadaan semakin buruk. 
Tapi, bila di balai .. bilik peg. penyiasat tuh, aku cuba lebih tenang dan rasional .. means jangka masa yang agak panjang membuatkan aku boleh berfikir dengan lebih baik, alhamdullilah semuanya selesai. Aku tak keberatan untuk minta maaf bila aku salah. Point aku adalah .. kalau rasa tak nak bertanggungjawab atas kesalahan orang lain, kita janganlah kata nak settlekan. 
Point dia kata aku datang ke kedai dalam keadaan biadap .. okeh! aku terima sebab aku tak menafikan aku datang dengan marah. Dia kata kalau nak lebih, kenapa tak cakap baik-baik ..? Ya, aku cakap kat dia, aku minta maaf sangat-sangat sebab lelaki yang pukul aku tuh pun memang tak terlibat apa-apa langsung. Masalahnya adalah dari keluarga isteri dia.


Jadi, untuk semua itu .. aku harap all da readers know how to manage ur problem smoothly okeh. Jangan jadi macam aku. Aku juga belajar dan terus belajar dari sebuah kesilapan. Kalau tidak jadi begini, maknanya aku akan lebih jahil tentang undang-undang. How can u defends urself by rules. Kata inspektor tu, lain tempat lain cara polisnya. Yup. Memang salah apabila kita judge all da police in Malaysia are same. Ada yang memang menjalankan tanggungjawab dia untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan ada juga yang mengambil kesempatan di atas masalah masyarakat. Semua pihak pun sama. Ada saja masalah begitu di mana-mana.

~ lobi balai polis batu pahat ~

Betul kata DS Anwar Ibrahim. Jangan benci polis. Tak semua antara mereka jahat. Sewaktu dia di aniaya dan tinggal bertahun tahun di penjara, tidak sikit anggota polis yang membantunya. Ya, mereka menjalankan arahan. Kalau tidak, hilang periuk nasi mereka. Bagi penjawat awam : kita hanya menurut arahan.

Setiap meeting itulah yang akan di cakap dan buat aku rasa nak muntah juga. Kadang tu benda tak logik pun kena turut. 

Untuk adik laki aku .. ohh ! setiap apa yang jadi perlu difikirkan hal sebaliknya. Itu mungkin kifarah. Itu mungkin pengajaran dan itu pasti peringatan. Jangan kata marah kan mereka ( pihak lelaki yang pukul adik aku ) tapi aku sama marah dengan adik laki aku. Macam-macam dia perlu fikir. Macam macam dia perlu ubah dan berubah. Apakah ..? Banyak perkara dan malas nak cerita.

Moral of da story
especially for girls out there !
Jangan fikir anda perempuan atau lelaki
Jangan pernah fikir anda perempuan yang perlukan lelaki untuk bergantung dalam menyelesaikan masalah.
Masalah akan datang pada sesiapa
Berani untuk selesaikan masalah dan membela hak anda
Berani mengaku kesalahan bila melakukan kesalahan
Apa yang jadi pada aku :
aku sudah tegaskan supaya bawa ke balai polis, tapi sebab mak aku fikir kesian, tak mau panjang cerita .. so wat happen then ..? Jadi makin banyak salah faham kan ..?

 

~ bilik pegawai penyiasat ~
 
hello girls !!
Come on. Kita juga di ciptakan Allah dengan akal dan semangat.
Kita juga dihidupkan oleh Allah dengan hati dan jiwa seorang manusia
Sama saja dengan lelaki
Jadi,  jangan hilang keyakinan diri anda dengan mengatakan
' aku ni perempuan, lainlah kalau lelaki '
jangan pernah terlintas pun ayat tu fikiran kita


Akhir sekali sebelum keluar dari bilik inspektor tuh aku cakap :
' saya bukan nak paw sangat duit dia. saya bukan nak sue dia sangat pun. tapi saya tak nak dia menilai adik saya hanya dengan RM 50 je '

kata inspektor tu :
' betul tu. biar semua dapat pengajaran. saya harap awak pun belajar dari kesilapan '

Baik ! Saya sudah belajar
Wassalam 
;)


Sunday, January 27, 2013

~ broken angel ~



Assalamualaikum
huhuhu 
today is not a gud day to update this blog.
why ..??? why ...?? ohhh why ..??!!

sakit lagi
ok! jangan mengeluh yer
banyak dah dosa buat, bila lagi nak kurang dosa dosa kecil tuh kalau tak dengan sakit ..?? sakit sikit je kowwwttttt !!!

by da way
tengah hari tadi mengadapkan diri ke HPA kat Batu Pahat
ohhh .. macam biasalah kan 
pelanggan tetap Kopi Radix
Bak kata housemate aku dulu .. Kopi Radix tuh dah macam dadah aku.
lalalalala

Dah alang-alang jumpa tuh .. aku pun tanya pasal satu ubat nih
ok laaaaa .. dia check punya check tapak tangan aku 
mula tuh dia cakap laaaaa ... bla bla bla bla
then
dia tengok jari
' dulu pernah jatuh terduduk ea? ada masalah tulang belakang ni .. '
ohhh .. terkebil kebil sekejap
'masa kecik dulu .. banyak kali'

masa kecik duluuuuuuuu
tu laaaa .. ko buas sangat kan 
orang panjat pokok gayut gayut macam monyet kau pun nak ikut buat
main kejar-kejar .. kena tolak jatuh dari lima anak tangga sekolah
orang terjun bangunan sekolah .. ikut terjun
orang panjat tangga .. pun ikut panjat, then jatuh 
waaaa !!!!!!!

 padanlah muka .. kecik dulu degil sangat
yeaaahhhh .. kan dah effect sekarang!

tak apa .. kadang hidup nih kena sakit
kalau tak sakit pun tak best
kan ALLAH hadirkan setiap perkara ada nikmatnya
jadi, nikmatilah setiap apa yang Allah berikan pada kita

Yang baik itu .. disyukuri
Yang kurang baik itu .. disempadani
Kerana setiap sesuatu itu perlu iktibari ..
( tah imbuhan mana lah aku pakai )
hahahahaa .. suka aku laahhhhh 

okeh ..
pening kepala nak muntah sudaaaahhh
layan lagu ni sekejap 

ohhhh .. broken angel
yes, i am
thanks to my dear, bf 

' sy tak perlu cari yang lebih perfect untuk melengkapi saya sebab apabila kamu sudah menerima semua kekurangan saya ... bersama saya dalam air mata dan ketawa .. kamu begitu melengkapi saya. kita tidak tahu masa kita di akan datang. Allah tahu bagaimana saya menghargai kamu .. dan Allah juga sangat tahu hingga mana jodoh kita. berdoa dan terus berdoa .. '


' one and lonely broken angel '
u know wat ..??
kita tak pernah sendiri
ingatlah ... Allah bersama kita.
selalu dan sentiasa

Wassalam 

Thursday, January 24, 2013

~ Yakinlah Allah Sudah Sediakan Yang Lebih Baik ~



Assalamualaikum 
hye readers yang bercuti
okeh ! kat Johor hari ni adalah public holiday
Salam Maulidul Rasul

semoga dalam diri setiap kita yang bergelar Muslim masih kuat rasa cintakan Rasul kita masih kuat memegang amanah terakhir Rasul kita, ya ..

' dan setiap kekecewaan yang Allah beri pada kita, Allah akan gantikan dengan kegembiraan yang tidak pernah kita bayangkan ..'

Itu adalah pegangan aku untuk terus redha dengan setiap apa yang telah Allah aturkan buat aku. Yakinlah setiap yang datang itu adalah yang terbaik buat aku.

Tawaran master UTM in Psikology Education
Itulah impian .. itulah permulaan langkah sebelum aku mencapai impian aku sendiri. 

Ada yang kata aku boleh daftar secara sulit. Illegal la maksudnya kan. Sambung tanpa pengetahuan pengetua. Dua hari lepas aku pergi jumpa pengetua dan berbincang. 

Jawapan yang sudah sedia maklum ! 
' tunggulah sah jawatan. saya akan sokong bila masanya tiba ..'

Alhamdulillah aku menerima jawapan dan alasan dia dengan senang hati dan terbuka. Ada sedikit rasa kecewa. Tapi bila aku fikir semula, yakin itu adalah yang terbaik.! ( nampak tak ayat tu sedang menenangkan hati yang sedikit tegang ..??? ) hahahahaa

Aku tak salahkan dia untuk tidak mengizinkan sebab di bahu dia pun tergalas tanggungjawab dia terhadap aku and staf yang lain. Dan di bahu aku, tergalas tanggungjawab terhadap semua student aku yang mana aku tak boleh meninggalkan student aku yang begitu ramai untuk kepentingan aku.

' Allah akan sentiasa menjaga kepentingan kita bila mana kita sentiasa menjaga kebajikan insan di bawah tanggungjawab kita '

Jangan kecewa. Jangan putus asa !
Allah sudah sedang sediakan sesuatu yang lebih baik dari itu. Maka, aku pun punya plan B yang tersendiri. Melalui jalan pintas untuk sampai ke tempat tujuan tanpa memikirkan orang sekeliling itu adalah amat tidak sopan. Adalah lebih baik kita mengambil beberapa kesempatan yang ada untuk tiba di destinasi tanpa mengorbankan orang di sekeliling kita, kan ...???

So, wat my plan after this ..??
Relaks dulu. Yakinlah jalannya tetap ada dengan adanya usaha. yeahhhh !! usaha

kredit to my bf :
thanks for supporting me ! U are my fren , my best fren & my soul ever 

Kerja yang perlu diselesaikan sekarang adalah ...
Yeah ! Siapkan manuskrip novel. Adakah kali ini akan di tolak lagi ...? Rezeki itu milik Allah. Tunggu dan lihat ! 

Orite dear. Have a lot of work to do !
babai
Wassalam ..   
 

Sunday, January 20, 2013

~ ini yang perlu aku pilih ~




ohhhhh wat ..??!!!

Assalamualaikum
yuhuuuu ..!!
huhu


Dalam hidup nih apa benda yang paling pening nak buat ..??? yeahhh ! memilih. di pilih tak pening. tapi memilih.

Bila terdapat 2 pilihan yang mana kedua duanya sangat diimpikan malah itulah impian .. perlu difikirkan pula untuk memilih di mana yang lebih penting. ya ! mana yang lebih penting.

Jangan mengeluh dulu. Tapi syukurlah !
Ya, alhamdulillah ... dan syukur Ya Allah sebab memberikan dan menunaikan doa di setiap sujud aku. Tapi, saat kedua dua tiba, ada satu yang perlu aku tangguhkan mungkin. 



Aku tahu, aku gatal apply ke UTM sebab frust dan sebab aku memang nak sangat sambung belajar dalam psikologi. Alhamdulillah Allah tunaikan. 

Cuma, dalam masa sekarang aku rasa keadaan sangat tidak mengizinkan. Tolong doakan supaya aku dapat tangguhkan pendaftaran tuh sehingga aku sah jawatan dan sehingga selesai hal-hal yang lebih penting.

Sumpah aku akan tersangatlah kecewa kalau aku tak dapat sambung master in psiko. That's my dream .. that's my aim .. and that's my focus. Aku hanya ada selangkah saja lagi untuk penuhi impian aku. 

Semoga Allah beri aku kemudahan untuk aku melangkah lagi. Belajar dan bekerja bukan satu tugas yang mudah. Aku sedar tu. Menggalas 2 tanggungjawab dalam satu masa yang sama. Itu risiko yang aku perlu lalui.

Ohhhh Cikgu Zaharah. Saya sangat perlukan anda waktu ini. Perlukan advice anda sekarang ini. 
Aku yakin, Allah sudah aturkan yang terbaik untuk aku. Ya, aku perlukan sokongan semua. Family and my bf. Aku harap semuanya akan berjalan sebagaimana seharusnya.

Aku hanya berharap, dengan pilihan yang aku lakukan, Allah permudahkan jalan bagi aku. Allah redhai setiap yang bakal dilalui. 

' Ya Allah, hamba Mu terlalu banyak meminta dan terus meminta meski terlalu banyak dengan dosa. Tapi, demi sesungguhnya hanya pada Mu aku menyembah, hanya pada Mu aku mohon pertolongan, mohon kemurahan rezeki .. mohon kekuatan di atas setiap yang datang .. Aamiin '

Thursday, January 17, 2013

~ oh my 2013 ~



wat ???!!!!
2013 !!

oh Assalamualaikum, readers !
just shock in 2013
aksi bangun tidur terus dah masuk 2013
hahhahaa




wat the .. la kan !
2013, means naik sekolah yer. Ya, naik sekolah. Bila naik sekolah maknanya sangat banyak kerja. Bila sangat banyak kerja maknanya sangat tak cukup masa. Bila tak cukup masa maknanya .. ok, pitam ! hahahhaha

U know wat, masa naik sekolah .. oh, tak mau pk bila kena mengajar peralihan lagi. Peralihan tuh umpama mimpi ngeri tahuuuuuu .. ;(

Last year aku guru kelas peralihan .. u know wat the very nice of them for this year ..??
yeahhhh .. tak kira perempuan ke lelaki datang kat aku .. jumpa kat aku, say hello .. hai cikgu. kadang tu aku tak tahu kenapa diorang naik bilik guru, jumpa aku sebab diorang cuma meluahkan perasaan masuk kelas baru.

Then, sorang pelajar lelaki n perempuan .. datang jumpa aku minta tolong aku tukar kelas diorg ke kelas yang lain. Tapi aku kata aku bukan guru kelas diorang lagi. 

Bagi aku .. satu kejayaan juga bagi aku sebagai cikgu baru, tapi .. pelajar lepas tetap datang jumpa aku walau cuma nak meluah perasaan dia. Bukan sebangsa dan seagama dengan aku. Kadang tu nak translate bahasa cina ke bahasa melayu pun terpaksa tanya kawan dia. 

Kawan -kawan aku ada jugak menganjing cakap ..
'sayang betul diorang tu dengan cikgu dia ..'

Dan peralihan tahun ni pulak ... waaa!!! aku ada masa yang banyak untuk berhadapan dengan diorang. Apa yang aku boleh kata adalah .. Alhamdulillah. ! Sama juga macam yang lepas. Sangat suka haiii .. dan hellooo dengan aku bila keluar dari kelas. Dalam kelas, even nakal .. nak juga buat kerja yang aku bagi. Masih behave lepas di pujuk-pujuk. 

Ohh .. pujuk-pujuk ya ..??? Ya, memang pujuk !
Ada juga kakak yang dulu mengajar BM peralihan tanya kat aku ..

'ok tak diorang, zura ? Tengok diorang behave je .. baca bila suruh baca, buat kerja ..'
'buta masa ni ok lagi. baru bulan 1. tunggu nak akhir tahun nanti ..'  ( aku jawab )

Cuma aku berharap mereka akan ok sampai akhir tahun. 
Must be a guuuuuuuudddddddd boys and girls ya dear !!!

Dan usaha aku sekarang adalah nak tackle sorang girl ex-peralihan tapi kelas peralihan yang aku tak mengajar dulu. This girl memang belagak. Muka dia kerja nak menjeling je. Aku pun sebenarnya meluat gak. Rasa nak gaduh je dengan dia. Tapi ... bila pk balik, kalau aku tak ubah hati aku untuk berbaik dengan dia, aura aku tak suka dia tu akan selamanya sampai pada dia. Jadi, aku sedang cuba untuk 'suka' pada dia. 


 ~ dalam diri kita ni ada aura yang dapat dirasakan oleh orang sekeliling .. sama ada kita suka dia ke kita tak suka dia ke ... yeaaahhh, dia boleh rasa ~


So far, aritu aku terserempak dengan dia n kawan dia. Tiba-tiba kawan dia datng kat aku tanya tempat sorang cikgu nih. Then, dia pun ikut datang kat aku. Aku pun tanya-tanya sikit kat kawan dia n dia. Ok, nampak dia tak rasa nak bermusuh dengan aku. Then, masa kelas PJPK aritu, dia main kejar-kejar sampai keluar dewan, jadi aku suruh masuk. Ok, dengar kata ! Aku try lagi .. bila balik, aku suruh beratur elok-elok. Dia ikut juga. !!! selalunya, dia akan jeling aku then akan protes! that's she, okeh !! Bila dia dah beratur elok tu, aku pun cakap ...

' Bagus. Gud girl ! '

Adakah eksperimen aku akan berjaya nanti ...??? okeh .. try untuk kelas esok ..
yeahhh yeahhhh ..
hahahaha

okeylah
nak pergi tido laaaa
babai
wassalamm
apa aku nak buat kat budak tu esok ya ...???
Zzzzzz ..
;)


Monday, December 24, 2012

~ astaghfirullahaladzim ~



Assalamualaikum
selamat malam
hye .. apa buat tak tidur lagi
wat's time now, babe ?!

12.29 am
yeah ! still cannot sleep like me ya ?

hati yang tak ok
oh Allah .. 
entah dah berapa banyak dosa aku dah buat kan sepanjang hidup ni
baru 2 minggu sakit dah fikirkan mati
sakit itu kifarah dosa.
yeahhh .. actually, untuk aku fikir kembali segala dosa kering yang dah buat
so malam ni
jom kita tenangkan hati

let's crying wif me babe !


' berubahlah wahai nazura .. semua itu hanya menghancurkan diri sendiri '

Saturday, December 22, 2012

~ hapy bfday, dear ~


Assalamualaikum
hye dear, readers !

hari ni tak mau membebel panjang-panjang
ohhh .. kesihatan lagi.
apa lagi kan ...??
yeah ! hari ini cedera parah sebab kena cakar dengan kucing bergaduh
bijak sangat kan pegang kucing baru sangat lepas bergaduh !!!
ohhhh sangat sakit

Tapi, dalam kesakitan ni jugak
just wanna wish
hapy bfday
to
my beloved fren ever
Nur Atikah bt. Razali


' selamat melangkah ke umur 23 tahun, sayang. doakan kamu terus berjaya dalam hidup dunia akhirat. Terus melangkah menjadi seorang Muslimah sejati, seorang Isteri solehah, Ibu buat anak-anak yang soleh dan solehah .. May Allah bless u and ur family, ever .. '

 
yeah ! the chipmunks so cute there !!
don't know either u'll see this entry or not
it's not the matter for me
as long as u always in my mind ever
it's the matter for me !
 
Have a gud day, dear
muahhh
 
 

Wednesday, December 19, 2012

~ result oh result ~


Assalamualaikum
hye dear readers !!
waaa .. bangun tak berapa nak pagi dan tak berapa nak segar
tapi .. hidup perlu diteruskan
even sakit .. sakit .. dan sakit
kena jugak kuat semangat kan ...??? hehehe


Waaa !!!! 19 Disember 2012. Result PMR keluar !
Hahahahaha .. aku adalah orang yang tak berkaitan untuk berdebar .. dan untuk gembira. kan ..???
kih3x. Tapi pernah berkaitan. kan ..?? Fine. Sebelum cerita tentang result result exam .. aku nak bagitahu sesuatu iaitu .. 



~ yeah ! Diana Amir. Malam tadi tertengok cerita ' Mak Sanggup ' .. dia bukan watak utama pun. Tapi .. seriously terpikat kat dia. Sejak dia bertudung .. dia nampak maaaaaaaakin caaaaaannnntik sangat ! Apa lagi dia betul-betul tutup aurat. Even berlakon pun dia still pakai stokin .. tak tahulah dia tak sengaja  atau memang alasan tutup aurat kan. Kat situ aku memang sangat salute. seriously great !  ~


Alhamdulillah .. aku yang dah memang sejak azali bertudung pun boleh terpikat dengan perubahan dia, rasanya mesti ramai lagi teen kat luar sana yang berhajat nak mencontohi dia kan ..?? That's a gud job ! 

Okeh ! Back to result exam kan ?
PMR, SPM, STPM, Matrikulasi .. dan result result kat Universiti.
Masing-masing dan setiap dari kita ada target masing-masing. Nak 8A la .. 10 A laaa .. 4 plat laaa.
Ohhh .. sangat besar target itu. 

Bila target tak tercapai .. mulalah frust menonggeng n tertonggeng tonggeng ! Dalam hidup aku .. aku cuma pernah frust 2 kali je dengan result aku. 
Pertama : UPSR
Kedua   : Matrikulasi Sem 1

Kenapa ..?? Sebab masa tu aku meletakkan harapan yang sangat tinggi dengan struggle yang amat tinggi. Tapi .... HAMPEH .... ;(

Masa PMR, SPM dan result result final kat U, aku hanya ada usaha, tawwakal dan redha.
Bila result tak berapa ok .. aku cuma letakkan sesuatu dalam otak aku iaitu .. ada yang lebih baik untuk aku. 
Even pernah kena hentam dengan lecturer pasal result aku tu tak melayakkan aku untuk sertai program yang maaaaaaaacam bagus sangatla kan .. tapi aku motivate hati aku :

'student yang doktor pilih tu bagus sangat ke ..?? result gempak .. attitude ke laut .. tak boleh nak pakai laaaa'

Sejak masuk ke U, aku tak pernah meletakkan 4 plat sebagai target aku. Tak teringin pun. Nak dapat anugerah Dekan pun tak pernah berhajat. Tapi, ada sesuatu yang aku cari dan aku dapat. 



~ sory dik, pinjam result jap ~
8A ! Siapa pun nak result tuh !! Tapi adakah kualiti diri kita sebagus keputusan PMR kita ??
Think about it !!

Attention to budak-budak yang masih akan mengambil result exam :
Hai budak-budak ! Result akademik bukan segala galanya. Jangan terlalu memandang Keputusan peperiksaan itu menjanjikan kehidupan yang baik bagi anda. Dan jangan terlalu prejudis, keputusan yang tak berapa elok tu hanya menjanjikan masalah dalam hidup.

Itu kesilapan yang terlalu amat besar !
Kenali hidup anda. Dalam hidup ni kita ada macam-macam yang perlu di jalani seiring. Jadi, seimbanglah terhadap sesuatu. Jangan terlalu mengejar pencapaian akademik hingga anda mengabaikan keperluan rohani dalam hidup. Sosial, agama, attitude .. motivasi diri .. ohhhh .. semua itu tersangat jauh lebih penting dari result akademik anda. Result akademik anda hanya sekadar hiasan tanpa elemen elemen di atas !

Faham ?!
Dah faham. Bagus.! Apa pun result yang bakal anda terima sekejap lagi .. sekejap nanti .. atau lama lagi nanti, yakinlah itu terbaik untuk anda setelah anda berusaha. Bagi yang tak berusaha .. rasanya tak kecewa kot even result teruk. Jadi, atur langkah seterusnya dengan lebih baik. Yeah ! anda masih mampu melangkah ke arah lebih baik selagi anda mahu !

Gud luck dear sis, everywhere u are !
Wassalam
 

Monday, December 3, 2012

~ antara aku dan kucing jalanan ~


selamat senyum semua
snap !!!!
haaaa ... kan suweet klau snap pic macam tuh
hehehe

Assalamualaikum
hapy morning day .. hapy monday all ..

Today is a gud day
So .. kita akan story mory kisah yang gud gud saja okeh !
bahekkkkkklah ! heee

Siapa penggemar kucing kat sini ..??
fine. angkat jari saja. hahaha
Penggemar kucing pun ada macam-macam jenis. Kan ..? Ada yang memang sayangkan tak kira jumpa kucing dari mana .. ada yang suka yang comel comel je .. ada yang sekadar suka pandang tapi tak berniat untuk memiliki .. dan ada juga yang tak boleh hidup tanpa kucing. Macam aku. heh heh heh heh ..

Allah menciptakan aku sebagai manusia yang memang sayang kucing.
Entah lahhhhh .. aku pun tak faham dengan perasaan yang datang time pandang kucing 
comel ke .. tak comel ke ...
nampak kucing je .. wow ! they are look like a baby la dear 
kih3x

Kisah 1

Fine, kali pertama aku kutip kucing kat jalan masa tahun 2011. September 2011. Aku ambik dia sebab dia buasir. Huhu .. kisah jaga dia, memang menyayat hati. Setiap kali teringat dia mesti menangis. By da way .. dia dah mati dah. Mati tuh .. dia tak sihat lagi. Mungkin dah ada masalah pada sistem cerna dia. huhu .. nama dia .. Si Mon a.k.a Simon.


~ ni gambar si momon masa aku baru ambik dia. kesian dia nak makan tapi tak boleh nak makan nasi. kolon dia akan sentiasa keluar setiap kali nak membuang dan .. aku lah yang masuk kan semula kolon dia tu. huhu .. tabah tak aku .. huhuhu ~
 

~ ini gambar si momon setelah sebulan ke dua bulan dalam jagaan. macam hero zaman agogo tak ..??? hahahaa .. time nih dia dah jadi tersangatlah temuk and bulat. kerja dia adalah makan makan dan makan .. ~
rindu kamulah si momon. !!!


~ saat kematian si momon. huhuhu .. temukkkk !!!   ~


Kisah 2

Kisah yang ni pun aku ambik kucing ni dari komplek niaga parit raja. huhu .. kucing ni tak sakit. okey je. tapi aku kesian sebab dia sangat kecik and tak ada ibu.
nama dia ... Snowy !!


~ ini gambar Snowy lepas dah siap di mandikan .. dan tidur. Time tu dia baru bangun tido .. ~

Kisah Snowy nih sedikit tragis. Since aku dah ada baaaaaaaaaanyak kucing kat umah, jadi agak masalah bila bertambah dan bertambah. Jadi, aku pun bagi pada kawan aku yang memang sedang mencari kitten. Tapi sayangnya, seminggu je dia duduk dengan kawan aku tuh .. but then dia mati sebab di langgar.
hmm .. mungkin dia duduk dalam tayar dan orang tak perasan.
ohhhh .. tragisnya kematian dia !!!! huhuhu

Kisah 3

Lepas Snowy .. adalah kucing aku kutip di Institut Pertanian Ayer Hitam. Ini pun kitten lebih kurang sebulan lebih umur dia. Dia lagi kesian. Mata dia ada masalah. Mengikut pengamatan aku, mata dia rosak sebelah. keadaan dia memang sangat kasihan. huhuhuhu ..

gambar ..?? huhu .. yang ini tak de gambar sebab tak sampai sehari pun dengan aku. Lepas aku mandikan dan letakkan ubat pada mata dia .. aku letak dia dekat sebuah rumah yang tuan rumah dia saaaaaaaaaangat care dengan kucing. Aku tunggu kucing tu datang kat rumah tu dan tengok tuan rumah tu ambik dia.
Jadi, aku pun senang hati dan balik.
kui3x.
Nasib dia sekarang, wallahualam ..

Kisah 4

Okeh .. setelah beberapa lama duduk dekat JB.
Aku ada jumpa kucing kat satu mini market kat Taman Nusantara, Nusajaya, Gelang Patah.
Tapi aku tak ambik atas dasar kemampuan.
Kucing tu kecik lagi. Kaki belakang dia ada masalah dan dia banyak duduk je. Aku nk ambik .. tapi aku tak ambik-ambik. Lagi masa tuh aku dah ribut dengan masalah aku kat sekolah baru. huhuhu .. Jadi, aku biar je lah. Serahkan keselamatan dia pada Allah. Lagi pun kat mini market tuh ada jual bahan basah. Aku nampak juga orang yang jaga kedai tuh bagi dia ikan mentah kadang-kadang.
Harap dia ok ! huhuhuhu ..


Kisah 5

Okey, yang ni setelah aku pindah ke Taman Perling, JB
Masa aku balik dari sekolah dekat maghrib, aku ada nampak satu kucing tua la jugak .. then, ada kitten kecik jugak baring dekat dia. Jadi aku assume tu anak dia since warna dia sama je.
Malam tuh hujan.
Then .. esok tengah hari aku tengok kitten tuh terbaring lagi kat tangga belakang rumah jiran. Aku dari dalam keta, tak sedap hati then aku stop and panggil dia. Ingat dia da mati kan. But then .. dia bangun ! Huhuhu .. bangun nak jalan tapi dia seret kaki belakang dia. huhu .. kaki belakang dia mungkin di langgar
Yang tu, aku kata aku tak boleh biar ... aku terus ambik dia bawak pergi vet kat BBU. Tak apalah pergi sekolah lambat sikit
Dekat vet, after buat check virus semua .. aku tinggal. Dalam pukul 8 malam, aku terus ambik kat vet, bayar ubat ... dan bawak balik kampung kat BP.

Disebabkan kucing kucing kat rumah ni semua penyamun, jadi aku terpaksa sembunyikan dia dalam bilik aku ... dalam kotak. Tapi yang paling sedih bila dia nak manja dengan kucing besar. Yang betina semua garang .. jadi, terpaksalah aku pujuk si Hensem nih manjakan dia sekejap.


~ kitten tuh dengan si Hensem ~


~ bila Hensem ubah tempat, dia pun datang jugak dan peluk Hensem ~
 

~ tapi nak buat macam mana kalau sudah ajal .. akhirnya dia pergi juga .. pagi Isnin ~
huhuhu ..

Tapi yang paling sedey .. si Hensem hilang sejak malam tuh.
Dia tak balik balik sampailah sekarang
huhuhu 
Assume Hensem pun dah pergi 
ohhhh my Hensem. Kalau dah pergi, mesti Hensem tengah berbahagia kat syurga, kan ..??? 


~ the latest of my hensem. huhu .. hensem in memory ~


Kisah 6

Kisah ni lucu sikit. Aku jumpa dia kat lubang tepi jalan. Besanya, tepi jalan yang ada tempat pejalan kaki akan ada lubang yang terus hubung ke longkang. Tujuan lubang tu adalah untuk mudahkan aliran air terus ke longkang bila hari hujan.

Dijadikan cerita, masa aku drive .. aku dengar bunyi anak kucing menjerit. Aiii .. aku tak tahu macam mana telinga aku nih boleh peka sangat. Masa tu aku di line ke 3 nak buat U-turn. Aku pandang punya pandang, aku nampak kepala kucing tuh kat lubang tuh. Dia nak keluar tapi takut sebab kereta semua laju laju kat situ. huhuhu

Jadi, aku pusing balik .. ingat nak ambik. Bila lalu kat tempat pejalan kaki tuh, aku boleh tak nampak lubang tuh. Kitten tu pun tak bunyi langsung. Jadi, aku assume tu cuma perasaan aku je. Jadi, aku pun terus nak pergi BP ambik adik aku. Time tuh dah dekat kul 12 malam.

Tapi, masa lalu balik kat tempat tu nak pergi BP .. aku nampk lubang tuh. Adoiiiiii .. tapi aku terus je pergi. Dekat BP hati aku tak sedap. Balik ambik adik aku .. teringin nak makan KFC. Pergi KFC dulu .. then lalu lagi tempat tuh. Aku stop jauh sikit and jalan dengan adik aku kat situ. Aku panggil-panggil kitten tuh and .... taraaaa !!! dia pun menjerit. 


Aku pun terus ambik dia. Tapi .. malu sikit ada dua org laki dalam kete tegur
'ehhh .. dia ambik anak kucing !'
aku pun pandang diaorang yang stop kat traffic light tuh then aku cakap
'apsal ? nak bela ke ?!'
hahahaa .. then aku blah

Aku panggil dia Tonet
Dia tak lama pun kat umah sebab kawan kakak aku ambik dia.
Dia saaaaaaaaaaaaaaaaangat becok. Bising sangat
Kata kawan kakak aku .. si Tonet tu kuat buli sebab dia ada satu lagi kitten yang lagi kecik dari Tonet tuh.
So .. jaga diri Tonet. hehehehe


Kisah 7

Okeh. Ni kisah last dalam tahun 2012
hahahaha
Kitten ni plak adik aku yang laki jumpa. Dia lepak kat umah kawan dia then .. kitten nih duk merayap kat tepi tayar. Sudahlah malam .. gelap gulita lagi dia .. ada jugak yang leper nanti.
Kata adik aku .. adik dia dah mati kena langgar. 
Dan kawan adik aku kata .. kitten ni pun dah pernah kena langgar sebab tu dia tempang 
huhuhuhu


~ haiiii .. my name is Namo !!   ~

Malam masa tengah tido, tiba-tiba adik aku pegi letak kitten tuh atas aku
terkejut aku !
Sebab tak ada siapa nak dia .. jadi, aku pun decide biarlah bela je.
Lagi pun .. aku sungguh hairan kenapa si Minnie ( kucing paling tua kat umah ) jadi saaaaaaaaaaayang sangat kat dia. Nama dia ... Tamo a.k.a Namo !!!


~ tengok ... Namo kesayangan Minnie. agaknya Minnie teringat kat anak dia yang mati dulu kot .. huhu ~


~ Ini anak-anak Minnie time kecik lagi. Baru lahir gak la. Si kecik yang kat depan tuh la yang mati sebab tak sihat. Memang lahir tak sihat. Yang kat belakang tuh nama dia Lala .. a.k.a Cik Sombong. Errrkkk .. ~

Minnie tuh tak pernah suka dengan mana-mana Kitten. Dulu masa aku bawa balik Si Momon tuh .. 3 bulan dia tak mau duduk dekat dengan aku. Bila aku ambik dia marah aku. Pergggghhhh .. mogok ! Bila si Momon dekat je habis kena pukul. Tak cukup sebelah kaki dia bedal, dua dua kaki naik ke muka ! Tapi bila datang si Namo ni .. sombong jugak dengan aku. Tapi asyik berkepit dengan Namo.


~ hai .. nama saya Minnie yang comel. Saya sedang ugut Mummy .. kalau Mummy tak nak bangun dari kerusi, Minnie tak mau bangun dari laptop mummy .. yeeaaaahaaaa ~

Dengan aku pun nak berebutlah mak cik ni. Kalau aku dah duduk kat kerusi tuh, tak kira macam mana dia mesti tolak tolak aku suh aku bangun ! Yerkkkk .. dengan Mummy pun nak berebut !

But, lately .. Namo murung je. Demam dan tadi ... alami kekejangan
Alhamdulillah ni dah okeh sikit even nampak weak sangat.
huuhuhuhu .. harap dia akan bertambah elok.
Cuma takut dia ada kesan sampingan sebab pernah kena langgar kan. ;(


Yuhhhhuuu ..
Itulah kisah aku dan kucing jalanan. Sikit tentang kucing yang memang dah lahir kat rumah nih.
Actually, sayang kucing .. bela kucing ada indahnya even kau kena handle najis dia kan.
Alhamdulillah .. even kucing kat rumah ni ada 9 ekor
dalam rumah tak ada bau bauan yang menyayat hati. hahahaha 
Ada juga diorang kencing sana sini .. si pemalas keluar membuang pun ada. Tapi kena terus bersihkan. Cari bau sampai jumpa. Jadi, ia mmang memerlukan kesabaran yang sungguh tinggi.

Nasihat aku ..
sayangilah kucing di alam semesta .. !!!!
Waaaachhhaaawww
Wassalam 

Sunday, December 2, 2012

~ babai Istanbul .. yuhuuuu ~


Yuhhuuuu ..
Assalamualaikum semua
hye readers !
how bout ur day ..??
yeah .. marvelous rite !!! kui3x


Ehmmm .. orang kat sekeliling duk sibuk bercakap tentang Istanbul Aku Datang.
Aku plak baru je habis tengok selepas .. dan jadi air sejuk dah cite tuh. hahahaa .. means bila cerita tu dah boleh download kat u-tube, kira dah sejuk la tuh kan ...??? hahahaa. Sejuk ke suam ke panas ke ... aku memang susah nak tengok movie. Well, bagi aku .. duduk dan tengok tanpa hasil tuh macam membazir. Upppssss .. sangat skemas kan my otak ! Wayang ..?? lagi lah tidak. So, my sis yang excited download even dia dah hadap cite tuh kat panggung .. then paksa aku tengok. Jadi, aku pun tengok !!!

Taraaaaaa !!!!
How bout the movie ..??? Well .. bagi aku. Honestly .. suweeeeett .. fun .. just for enjoy!
There's no big message to audience. Senang kata .. cerita tu hanya menyampaikan mesej .. sila bergembira dan ketawa. So, okeh ! Itu bagus untuk men'release'kan tensen ! hehehehhe ..

But then .. bila tengok watak Tomok and Lisa .. yeah ! Just teringatkan my bf kat Sabah.
Hohoho .. Sabah ke sekarang. No ! Cuti sekolah kan .. sedang memaksimumkan masa dia di rumah di .... Yuhuuu .. Perak ! Masih jauh juga kan ..? lalalalaa ..

Dalam cerita tu .. 7 tahun berkawan. Ehmm ... aku .. baru lepas tahun ke 5 .. lama jugak tuh. 
Aku cuma terfikir ... am I will be cheated like Dian ..?? hoho .. almost all gf will think bout that when ur bf is not around u kan ..?? 


~ see, jodoh dian ditentukan oleh si penulis skrip .. dan jodoh kita  di tentukan oleh .. penulis skrip untuk kita laaa. Allah .. jadi berharaplah Allah temukan jodoh yang terbaik untuk kita .. ~


Kata my bf .. ' sy bukan macam aaron aziz pun ' but then aku kata .. ' kalau awak macm aaron aziz mmng saya tak suka awak lah kan. dont wory ! ' sebab i memang tak minat aaron aziz. kalau dia nak jadi bf aku, time tu jugak aku kata .. sory, i can't. ( waaaaaa .. budget kau lawa sangat la ea gile ! )

U know wat .. aku tak la comey  .. and my bf pun bukan lelaki idaman malaya, rite ! Tapi .. pernah tak kita terfikir .. untuk org jatuh hati dengan kita, tak perlu muka yang menjadi idaman setiap orang. Statement ..
'tak lawa macam saya, siapa lah yang nak' then, when gf saying that to her bf .. means .. even u rasa u tak cantik .. bf u nak jugak kat u. bila bf u nak kat u, maknanya .. ada potensi untuk orang lain nak kat u. betul tak ..???
 
Setiap orang ada tarikan yang tersendiri. Bak kata UAI, perempuan Afrika yang rambutnya ceceiput, kulit gelap ( this is not means to menghina okeh !) yang kita pandang tak cantik, tapi tetap cantik di mata puak dia. So .. jangan hairan kenapa kita tengok kadang-kadang isteri tu caaaaaaaaantik tapi suami dia ehhmmmm .. selekeh je orang kata. Begitu juga sebaliknya.
 
Fine ! Back to isu kena tipu kan.
Ada juga yang tanya kat aku .. tak takut kena tipu ke bf jauh. berbulan bulan bulan tak jumpa. No skype .. just message message and message. Call pun .. seminggu sekali mungkin. 
 
Yeah ! sometime memang terfikir. Tapi aku perlu motivate diri aku untuk tidak terlalu fikirkan. Kalau tak, haiii ... aku kena fikirkan kerja jugak. errkk !!! Percaya. But then .. jangan tipu sebab bagi aku .. there's no 2nd chance and I never ask the 2nd chance to others. Kecuali Allah. huhuhu .. Dan aku pulak sejenis manusia yang tersangatlah pantang orang duk jeles jeles tak tentu hala. Alhamdulillah .. my bf tak pernah lagi buat hal macam tu.
 

~  8000 km mencari cinta .. tapi sape tahu cinta kita tuh tak sampai 1 km pun dari tempat asal kita kan..?? ~
 
 
Selebihnya, serahlah pada Allah. Jika dia memang jodoh kita .. Allah akan pelihara dia di hati kita dan kita di hati dia untuk menjadi jodoh. kui3x. Sila positifkan fikiran dan hati kita semua. Dan kalau bukan jodoh .. usahalah macam mana, tetap bukan jodoh kita. :) let smile .. macam Istanbul Aku Datang. Macam-macam Dian buat supaya Azad propose dia. Gila kan ?!! Tapi .. kalau Azad bukan jodoh dia, maknanya .. bukanlah ! Yuhuuu .. 
 
So .. to all gf and bf ..
Kalau anda tidak bersedia untuk percaya dan kehilangan ..
Sila jangan bercinta. Sebab itulah risiko yang perlu anda lalui. Kalau tak bahagia, duka. Kalau tak bersama, berpisah. kui3x.
Selamat tersenyum semua. peace !
Wassalam.