Wednesday, October 28, 2009

kenali trauma



Kita sering mendengar perkataan trauma. Tetapi adakah kita jelas dengan masalah trauma sebenarnya. Apabila berkata dengan trauma kita sering dikaitkan dengan peristiwa lalu yang memberi perasaan negatif terhadap diri individu.


Pengalaman traumatik adalah pengalaman yang memberi kesan kegelisahan dan ancaman yang begitu teruk. Seseorang yang telah mengalami trauma akan bereaksi dengan cara yang aneh , menyebabkan hal semakin sulit bagi diri mereka atau risau tentang hal yang tidak munasabah. Seseorang yang mengalami trauma akan mengalami masalah dalam anggapan kehidupan mereka dan kepercayaan kepada orang lain. Perasaan gelisah yang mereka lalui akan melampaui tahap kegelisahan biasa dan perasaan tersebut tidak akan berkurang dengan berlalunya masa malah ada ketikanya ia akan menjadi semakin teruk. Mereka yang mengalami trauma akan mengalami tegangan yang amat besar dan akan menyebabkan reaksi marah yang kuat , perubahan persepsi terhadap kehidupan dan dunia dan juga mimpi buruk.

Peristiwa – peristiwa yang mengundang stress juga secara umumnya dapat mengundang trauma dalam diri seseorang individu. Antaranya adalah :
1. Keadaan yang berlaku tidak terjangka
2. Individu itu tidak bersedia berhadapan dengan suatu keadaan itu
3. Individu itu berasa tidak punya daya untuk melawan keadaan itu
4. Peristiwa yang berlaku ketika kanak – kanak


Terdapat 2 simtom- simtom trauma iaitu dari segi mental dan juga fizika


Mental
Tidak dapat mempercayai sesuatu kenyataan
Mood yang tidak menentu
Rasa bersalah atau selalu menyalahkan diri sendiri
Sedih atau putus harapan
Sukar untuk fokus pada suatu perkara
Perasaan takut terhadap suatu yang telah terjadi atau yang mungkin akan terjadi
Perasaan terasing


Fizikal
Insomnia atau nightmare
Mudah melakukan perkara tidak terjangka
Degupan jantung yang begitu laju
Keadaan tidak sihat yang berterusan tetapi tidak serius
Fatigue atau keadaan letih yang terlalu kuat
Sukar untuk fokus terhadap suatu perkara
Muscle tension

Bagi pemulihan trauma , hal yang paling penting adalah berfikir semula kejadian yang terjadi secara berterusan supaya perasaan itu kian pudar dan mereka yang mengalami trauma dapat memahami kejadian tersebut dan menyedari bahawa ia terjadi pada masa lalu. Dalam keadaan ini , sokongan dari orang – orang yang tersayang adalah paling bernilai. Namun , mereka ini selalunya sering tidak pasti tentang apa yang sepatutnya dilakukan untuk mengurangkan kegelisahan itu. Hal ini mengakibat orang disekeliling mereka akan menjauhkan diri dari mereka. Sebaiknya , jika anda mempunyai teman yang mengalami trauma , bertanyalah padanya bagaimana anda dapat membantu dan anda boleh mendengar jika mereka perlu bercakap.



Cara terbaik untuk membantu mereka yang mengalami trauma adalah :
1. Menghabiskan masa dengan mereka yang mengalami tegangan.
2. Memberi sokongan dan kesudian untuk mendengar.
Bercakap merupakan cara terbaik bagi mereka , namun mereka mungkin akan mengulanginya beberapa kali. Jadi , bersabarlah. Elakkan dari memberi nasihat atau penyelesaian masalah. Percakapan saja penting dan dapat membantu menyebabkan masalah pudar.
3. Memberi mereka masa , ruang dan kesabaran.
Dalam masa ini , mereka akan mudah tersinggung , terganggu , marah – marah atau ingin bersendirian.
4. Memberi bantuan dengan tugas praktikal
5. Jangan cuba memujuk mereka mengabaikan peristiwa tersebut atau memperkecilkan peristiwa tersebut seperti ’ lupakan saja’ atau meminta mereka menjadi lebih gembira. Mereka akan rasa disokong jika anda mengatakan anda ingin membantu , sedang cuba mengerti atau mengambil berat.

Seseorang yang mengalami trauma tidak akan pulih dengan sekelip mata. Mereka akan pulih perlahan – lahan dengan berlalunya masa. Jadi , jika anda mengenali mereka yang mengalami trauma , bantulah mereka...atau jika anda sendiri mengalami trauma , dapatkanlah bantuan dengan berjumpa kaunselor atau profesional.

Sumber :
1. Unit Pemulihan Kecemasan Negeri (State Emergency Recovery Unit),
Bahagian Operasi, Jabatan Perkhidmatan Masyarakat,
Kerajaan Negeri Victoria, Jun 2004.
June 2004 (0070604)
http://www.dhs.vic.gov.au/emergency
1. Article : Healing Emotional and Psychological Trauma posted by Melinda Smith, M.A. and Jeanne Segal, Ph.D.

3 comments:

  1. trauma,
    such a nice word,
    once u felt it,
    u will regret for ur whole life..

    the most hardest part for a traumatic person,
    is...hard to forget,
    things tht had happened had remained eternity in mind n soul..

    for me,
    to cure traumatic problem,
    is..learn to forget even it was the toughest part..

    haih...

    ReplyDelete
  2. salam...ek,dh da blog?..slm berkenalan dlm blog ini...sm2 maju utk negara..hehe

    ReplyDelete
  3. he..baru terasa ada masa.sbb tu ada blog.he

    ReplyDelete