Thursday, October 29, 2009

~ terima kasih , sahabat ~

Sejak dulu , aku kenali dia. Aku yakin dia memang yang terbaik. Sejak kecil aku kenali dia , aku terlalu ingin jadi org yang dekat dengannya. Kerana dia punya sesuatu yang mampu menarik setiap orang menyenanginya. Aku akui dia seorang lelaki yang begitu baik dalam perhubungan. Aku mengenali dia sebagai teman , kawan dan sahabat. Aku tidak pernah kenali dia dengan hubungan yang lebih dari itu. Kerana aku sudah rasa cukp gembira bergelar sahabat baginya. Rasa syukur sangat sebb Allah tidak pernah benarkan persahabatan kami putus di tengah jalan sepertimana aku melaluinya selalu. Walaupun marah , kecil hati....atau bengang kami tetap kawan. Itu yang pasti dan suatu realiti.

Dulu aku tidak pernah terfikir persahabatan kami akan jadi sekuat ini. Pada aku , mungkin habis saja sekolah...kami takkan berjumpa lagi...dan dia pun sudah punya kehidupan sendiri. Apa lagi , aku merupakan kawan perempuannya...pastinya tidak akan sama dengan kawan lelaki. Tapi , ternyata jangkaan aku meleset. Walaupun hari ini , kami sudah jauh terpisah namun jika hati ikhlas...jarak bukan alasan untuk tidak menghubungi. Masa juga bukan sebab untuk berkata tidak sempat. Segalanya alasan bagi mereka yang tidak mahu.

Sejak habis SPM...perlahan – lahan aku melalui musibah yang entah apa – apa. Sejak itu aku tidak lagi kenal ketawa...tapi lebih familiar dengan air mata. Sejak itu juga aku tidak ingat lagi bagaimana rasanya gembira. Aku cuma tahu apa rasanya sedih. Tapi , mujur disetiap hari – hari yang sungguh menyakitkan itu dia tetap setia mendengar keluhan aku. Dia tetap bersabar walaupun kadang kala kegilaan aku merasuk. Dan dialah satu – satunya insan yang tak pernah jemu menasihati aku walaupun aku selalu melawan.


Aku masih ingat kata – katanya..
` rose is always rose even it is in a pot or at the golden , n you’re always my fren even in a central jail or in mental hospital ’

Hari ni aku cukp menilai kata – kata itu. Yup..he is always my fren. Walaupun satu hari nanti persahabatan kami takkan jadi seakrab ini , aku yakin kenangan kami tetap di hati. Aku cukp menghargai dan bersyukur dengan hubungan anugerah Allah ini.

Aku pernah melalui saat – saat yang amat menyakitkan di tinggal teman yang telah aku bina sebuah impian yang sangat besar. Hadirnya mereka dalam hidup aku , aku sifatkan sebagai satu anugerah yang sangat berharga. Sama ada mereka itu sedar atau tidak....sayang aku tak pernah hilang walau sedikit hingga hari ini. Hampir 4 tahun aku merana kehilangan mereka...hampir 4 tahun aku menunggu dan menanti mereka hadir semula. Tapi jelas sia – sia. Semakin jauh melalui masa...mereka jelas semakin jauh. Aku masih ingat lagi bagaimana aku sudah nekad untuk meninggalkan matrik semata – mata untuk masuk ke politeknik bersama teman aku tu. Bodoh sungguh bodoh tindakan itu...tapi Allah lebih tahu mana yang terbaik buat ku. Dan bagi memastikan kami masih tetap akan berjumpa...aku pastikan aku akan masuk ke UTHM , di mana itulah universiti aku sekarang...sedang itu jugalah tempat aku membesar , jatuh , bangun , ketawa dan menangis. Saban cuti semester aku menanti mereka untuk berjumpa...namun segalanya teramat sia – sia. Aku mengira detik – detik hari dan masa jika mereka punya masa terluang untuk aku. Tapi itu juga terlalu sia – sia. Dan sejak itulah...sudah hampir 3 tahun air mata merupakan teman aku yang paling setia.


Tapi , sahabat aku yang seorang ni sentiasa ada dengan aku. Walaupun aku sudah jauh sangat berubah. Bukan lagi seorang yang hapy...bukan lagi seorang yang mengimpikan sebuah impian dan harapan. Aku tidak lagi inginkan tawa riang kerana aku yakin dipenghujungnya...air mata juga akan datang menamani aku. Terima kasih , sahabat. Hanya dia satu – satunya insan yang masih buat aku percaya sahabat itu masih wujud di atas muka bumi ini. Tidak ada siapa yang dapat menggantikan dia sebagai sahabat yang cukup setia dalam hati aku. Walaupun ramai yang inginkan kami bersama sebagai lebih dari seorang sahabat , tapi bagi aku...menjadi sahabatnya adalah sesuatu yang terindah. Aku tidak mahu mengakhiri persahabatan kami ini dengan sebuah hubungan yang entah apa hasilnya. Biarlah kami tetap sahabat. Sebab aku yakin , Allah meredhai persahabatan kami.

Hari ini , aku yakin...Allah menarik teman – teman ku dulu dari hidup ku untuk temukan aku dengan seorang sahabat yang terbaik. Ya...aku sudah temui dan amat menghargainya.

Biarlah satu waktu nanti , kami tidak lagi akan seakrab ini...aku yakin , persahabatan kami sentiasa di hati. Terima kasih , sahabat. Kerana sentiasa bersama aku dalam mana jua keadaan aku lalui. Thanks a lot..Aku sentiasa doakan dia akan berjumpa jodoh yang terbaik untuknya. Yang dapat memahami dan menerima dirinya. Apa yang pasti...aku sentiasa doakan dia akan bertemu dengan seorang perempuan yang solehah untuk menjadi permaisuri hatinya..

No comments:

Post a Comment