Friday, July 30, 2010

~ bila yang negatif itu juga ada pada aku ~

Assalamualaikum semua ...

sebenrnya aku dalm kepeningan untuk tulis dalam blog ni. bukan tak de benda ...tapi macm banyk bnda nak story. tapi ... kena lah pandai pilih yang priority kan. jadi , aku pilihlah ini untuk aku muatkan dalam post kali ini.

Dalam dunia ni , tak ada manusia yang sempurna segalanya. Rasulullah s.a.w sajalah kan. Pandang kiri dan kanan kita. Mereka manusia. Kemudian , pergi cermin ...tengok diri kita. Manusia jugakkan..?? Bukan kucing , kan ? Jadi...bila kita sedar diri kita adalah manusia , maka sedarlah ada 1001 kelemahan dalam diri kita. Kalau kawan - kawan kat sebelah kita tu pun manusia juga , terimalah juga 1001 kelemahan dan kesalahan yang mereka lakukan dan bakal lakukan.

Seharusnya , kita tidak terus melatah lantaran kesilapan yang mereka lakukan pada kita kerana perlu ingat ..... kita juga ada yang negatif. perlu sedar , kita juga pernah melakukan kesilapan yang mungkin lebih besar dari teman kita itu. Jika teman kita itu marah , why not kt kaji dulu tndakan kita yang mnjadi sbb kemarahannya.

Hidup mana boleh pentingkan diri sndiri , kan..? macam bila kita bersama pasangan. kdang kala , ada pasangan yang sgt kontra dalam banyk perkara. secara tidak langsung , ia akan menimbulkan pelbagai perbalahan. Dari sekecil - kecil perkara hinggalah sebesar - besar perkara. Kalau tak ada rasa hormat dan saling menerima ... alamatnya , memg tak lama lah hubungan tu.

Satu pengalaman yang aku nak share di sini adalah kisah akulah. Dari kecik sampai besar , aku tak pastilah kenapa aku sering dekat dengan satu perkataan yang di namakan 'pulau'. hampir di semua peringkat aku lalui kehidupan tu.

seawal umur 7 tahun ... ms tu macm biasalah budak2 baru masuk sekolah , kan. aku tak kenal pun dengan budk prmpuan ni. aku rs waktu tu dia memng sangt jht. aku tegur dia pun tak lagi waktu tu. tapi , bila aku berkawan dgn budak prmpuan , dia akan bagitahu budak prmpuan supaya jgn kawn dgn aku. aku pun tak faham apa masalah dia waktu tu. sampailah satu keadaan , aku hanya berkawan dengan lelaki. kiri kanan depan belakang ....lelaki. keadaan tu berlanjutan hngga akhir darjah 2. kira setahun lebihla kan. lepas tu dia pindah .... dan murid perempuan kawan dengan aku macam biasa. tapi yang aku hairan bin ajaib , bila budk pmpuan tu pindah .... banyk kali jugak lps tu dia telefon aku. cakap minta maaf ... nak kawan ....hidup memg hairan. aku plak ... jenis lembut hati. ok je lah. tapi sekrang ni aku xtahu dah al kisah dia. last sekali aku dapat tahu ayah dia mninggal dan dia duduk di asrama anak yatim.

Tu kisah masa sekolah rendah. Masa sek menengh plak .... dengn kawn baik aku satu masa dulu. Kawan dgn dia memg banyk mengubah aku jadi lebih baik. Dari kasar version lelaki , aku mula terima ...aku permpuan , maka perlu menjadi seorang permpuan. Tak lama kawan dgn dia. tak sampai setahun pun. Tiba - tiba dia lari dari aku. Dia kata aku batu api ..... tak care dia punya masalah .... sampai sekarang aku masih fikir. Betul ke aku macm tu ? Sebb sejak aku hdup , tak penh plak aku ada perasaan macm tu. mungkin perasaan dia kot. Bila dia jauh je dari aku .... kawn2 prmpuan kelas mula jauh dgn aku. Tu lagi aku hairan. aku ada masalah apa plak dgn girls yang lain....???? tapi ... bila masa dah semkin jauh , alhamdulillah ....segalanya neutral seperti biasa.




Di Matrikulasi , aku totally change. Kalau mereka yang kenal aku sejak sekolah , memang tak percaya itu adalah aku. Dari banyak mulut , jadi pendiam. Dari seorang yang suka beri pendapat , no no no ....takkan dengar lagi dari aku. Dan sepanjang di matrik , aku ok dgn semua kawn2 tapi bukan lecturer. seorang lecturer la. sampai dia tak mau sebut nama aku ... benci giler dia kat aku , kan. sebb ? sebb dia minta pndapat aku tentg isu rogol. aku bgtau la aku tak salahkan lelaki or prmpuan. aku cakap , salah pemimpin yang memerintah sebb kesalahn yang berkaitan rogol , zina tu sume perlu tertakluk di dalam hukum yang Allah turunkan. lepas tu , memg dia benci gile kat aku. aku pun pelik gak...salah lagi ke aku cakap ? aku rs dah habis bertapis dah. hampir student satu kelas sokong aku. hmm...sampai sekarang aku masih confuse..

At last...tempat aku belajar sekarang. di mana ? tnggu aku keluar , aku sebutla kat mna. hehe.. aku tahu di mana ia bermula .... tapi tak faham , kenapa ia terjadi. dlm satu keadaan yang aku rasa aku perlu tegur tentang kerja. aku pun buat kerja tak sempurna. tapi .... satu hal yang ramai org bgtahu aku , aku jenis rajin. Dan satu hal yang aku sedar , aku jenis teliti. tapi takla giler teliti ,kan. sampai tulisan lari margin je aku print lain. soalnya , segala yang berkaitn dengn ms .... aku akan cuba jg sebaiknya. sbb .... kehidupn aku mungkin tak sm dgn student lain. sebb aku duduk di rumah sndiri , segala hal di rumah .... banyk urusn yang aku perlu adjust. jadi , setiap jam itu .... aku perlu susun betul2. contohnya ... nak pergi kuar dating je la. hari sekian , ms sekian ... tak boleh lebih dari 2 jam mungkin. sbb lepas 2 jam , aku perlu ada di mn2...mcm tu la conthnya.

ok , berbalik dgn soal tegur tentang kerja. aku tak lah berniat nak merendahkan kerja orang. aku terima semua hasil kerja orang seadanya. tapi , teguran aku tu sbb aku rasa perlu. bukn saja sebb aku dah lama bersabr , tapi .... untuk kabaikann mereka. ( ini bukan usaha mempromosi diri ) Mungkin pada sesetengahnya aku menengking hingga menimbulkan satu konflik baru. Tapi , hakikatnya memg ada sedikit rasa marh sbb tertntu .... dn tegurn atas kerja yang keadaan itu aku fikirkan tidak seharusnya berlaku. tidak kira siapa pun , aku tetap akn tegur. kawan baik or bukan kawn baik. rasanya sebb aku anggap mereka kawn baik aku , maka aku tegur. kalau tak ... rasanya itu bukn sebahagian dari tanggungjwb aku.

Mungkin juga waktu itu aku sedang di pengaruhi rasa marah atas suatu tndakan teman aku itu. Maka , teguran itu mungkin di sifatkan telah menjatuhkan maruahnya di hadapan ramai sebb menegur tentg kerjanya.( tapi ... tak ramai sangt kot. kalau tidak , mesti semua orang tahu kejadian tu. ) dan oleh sebb keluar satu statement dari teman yang aku rasakan .... itu tak seharusnya , maka keluarlah statement aku yang tak kurang kasarnya di sidang blog ini. ( aku dah buang pun post tu ). Jadi , timbullah satu konflik dan konflik ..... dan akhirnya , aku di 'pulau' kan.

Pasti ada sesetanghnya tidak setuju dengan statement aku bahawa aku di pulaukan. Maka , mereka yang berada di lingkaran konflik ini , pasti dapat merasa ... melihat dan apa saja. Aku masih confuse .... aku bermasalah hanya dgn beberapa orang .... tapi kenapa mereka yang tidak terlibat turut melibatkan diri...??? itulah namanya realiti kehidupan. banyak cabaran - cabaran yang harus kita lalui. Pada aku , itu perkara normal bagi kelompok perempuan. Kenapa ? aku pun tak tahu. Tapi aku biasa jumpa begitu. Kalau aku ???? Siapa yang pernah kenal aku , soalan aku ...pernah ke aku begitu ? aku tak ada jawapannya.





Ya....sesuatu itu terjadi , pastinya hasil kesalahan kedua - dua belah pihak. Dan berulang kali aku sudah mohon maaf. Pada aku , apa saja msalah , lebih baik beritahu saja pada aku. Kalau gentle la. Tapi , jika rasa selesa dengan keadaan yang begini .... rasanya pun tidak menjadi masalah yang sangt besar. Dan kerana sejak dulu , menerima situasi yang lebih kurang .... aku sifatkan aku ini negatif di kaca mata ramai. Jadi , untuk itu .... adalah lebih baik aku diam dari bergurau senda dan bercakap tentang benda tak perlu. Adalah lebih baik aku sendiri dari aku hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik dan perbalahan. Itu prinsip aku. Tak suka tak mengapa. Aku pun anggap itu hak masing - masing untuk menerima individu lain. Tapi , bila berkata tentang jauh di sudut hati .... biarlah aku dan Allah s.w.t yang menilainya.

Post ini bukan sekali kali untuk mncari simpati sesiapa. Tapi ... bila yang negatif itu aku rasa ada pada aku terhadap suatu golongn , maka aku menghindar. Tapi , bila aku rasa aku adalah positif terhadap suatu golongan itu .... maka aku adalah aku.

Jadi , apa renungannya...??? Jangan pernah marah , benci , dendam terhadap mereka yang pernah memberi kepahitan kepada kita. Tapi , berterima kasihlah kepada mereka kerana telah mengajar erti sabar , tabah , berdikari dan mengenal kehidupan ini dengan lebih matang. Siapa pun di atas muka bumi ini buat salah. Mungkin hari ini , dia betul2 buat kita menangis ... khianat pada kita .... tak hargai kasih sayang kita .... tapi , siapa tahu satu waktu nanti .... mereka inilah yang akan buat kita bisa menjadi manusia yang unggul. Moral of da story .... jangan membenci , jangan berdendam....jika kita ingat , yang negatif juga ada pada kita...

sekian , wassalam.

No comments:

Post a Comment