Tuesday, April 5, 2011

~ selamat tinggal, sayang ...~


Indah ..
Itu hanya satu cerita dahulu
Sudah terlalu jauh saat itu meninggalkan kita
Aku di sini
Tidak mahu lagi ia menjadi bayangan hidup ku
Penasaran sendiri
Menangis sendiri
Tersenyum sendiri
Tidak mahu jadi gila dengan semua itu
Biarkan aku melepaskan semua itu
Lalu engkau
Tidak pernah lagi menjadi sebahagian dari ingatan ku ...


Assalamualaikum ...

Yuhuuuu ... tajuk awal je orang da tawu aku nak cakp tentang suatu perpisahan. Huwaaaa .. dengan siapa pulak kali ni yerrr ...?? Upssss ... bukn dgn my bf yer. Kalau dgn my bf ... tak tulis sini dah. Tengh frustrated berguling-guling gak nyer masa nih .. hahahaha ..

So ... dgn siapa yer ? Hmm ... actually wif my fren. Kawan lama. Kawan main basikal sama-sama balik sekolah. hahaha .. ingat lagi, masa form 1 aku kenal dia. Berkawan n berkawan ... at last ... break begini. hahaha ... sedey? hmm ... tipu la babe tak sedey. Dah sayang kowt. Tiga-empat tahun jugak frust ... tunggu dia datng semula sebagai kawan baik aku ... aku pujuk hati supaya buang je perasaan marah aku tu. One day ... masa dia n beberapa org kawan aku balik kampung ... aku ajak diorang keluar makan. Walaupun aku minta kawan aku yang ajak dia ... tapi hati ni memang nak sangat jumpa dia. Mulut aku memang jahat kata nak kena kan dia ... tapi, hati tak mungkin sampai hati.

Tapi ... pada aku cukup menyakitkan kowt bila dia kata tak boley datang jumpa kami sebab tunang dia tak bagi. Tapi, minta kami yang datang supaya jumpa dia. So far ... kalau ada kawan2 aku yang baca entry nih .. mungkin diorang akan kenal siapa yang aku maksudkan.

Hari ni ... aku rasa aku dah cukp kuat untuk melenyapkan dia dari hidup aku. Dia ada life dia sekarang nih. Jahat kowt bila aku seperti putuskan persahabatan. There's no sahabat anymore bagi aku untuk dia. Dia cuma ... seorang manusia yang aku pernah kenal sebab kami satu sekolah.

Aku boleh berhadapan dengan dia. Aku takkan mengelak dari berjumpa dengan dia lagi. Tapi aku takkan tarik kata-kata aku ni semula. Jadi, mungkin ada kawan-kawan aku yang akan baca entry ni ... sila sampaikan salam terakhir dari aku untuk dia sebab lepas ni ... aku tak mungkin ada masa untuk ingat dia lagi.

Wassalam ..


No comments:

Post a Comment