Thursday, February 23, 2012

Cikgu bercinta dengan anak murid ..???


Assalamualaikum semua ..
alhamdulillah
aku akhirnya di beri idea berkoyan koyan nak menaip di blog ini
hahahaa ..
mana dapat idea ni ..?

hahahaa .. ok. actually .. dalam kebuhsanan aku dan ke fade up an aku dengan studnt kat sekolah tadi, aku pun merayap dalam internet baca cite-cite bangang lagi sengal kot. hahahaha. then, aku pun terjumpa tajuk forum ... guru perempuan dan anak murid bercinta, mungkinkah ..??? haaaa .. mungkin kah ...????

Jawapan anda ...??? mungkin ke tak mungkin ..??? hahaha
Jawapan saya adalah mungkin ... hahaha

Yup. Memang mungkin. Sebab .. bila adanya lelaki dan perempuan .. tidak mustahil timbulnya perasaan. Perasaan itu dari hati. Dan pernah tak dengar pepatah kata ... ' ikut hati mati ...'. Ok .. kalau tak pernah sila terjun sungai. Tak logik tak pernah dengar ! erkk





~ ini cikgu dan ini student .. cuba bayangkan mereka bercinta .. huhuhu .. confirm .. sure .. weird gilerrrrrr !!!! hahahaha ~


So, bila ikut sangat hati dan perasaan ia akan jadi suatu perkara yang ... yang apa ek ... benda yang pelik pelik la. cikgu 29 tahun bercinta budak 12 tahun. .. bla bla bla. ha .. so weird kan ..?? itu lah realiti. Itulah masalah jiwa. Guru yang belajar kaunseling .. belajar psikologi seharusnya tidak terjebak dengan gejala yang begitu sebab seharusnya mereka sudah tahu psikologi seorang budak lelaki atau perempuan yang baru nak meningkat remaja.





~ cinta tu tak salah kot nak kata dia buta. Tak pasal-pasal dia OKU. Orang yang bercinta tu je yang selalu membutakan hati mereka. Perbezaan usia bukan disebabkan orang bercinta tu buta atau cinta tu buta. Tapi bercinta ikut nafsu tu lah sebenarnya yang membutakan hati mereka yang bercinta .. ~


Aku pun cikgu. Bagi aku memang masalah besar bagi seorang cikgu yang masih muda ( rasa diri muda kot. hahahaa ) apabila perlu mengajar pelajar yang dah besar. Maksudnya remaja. Budak2 mengusik tak payah tunggu cikgu tu cun melecun .. asalkan cikgu tu happening melayan dia, memang habis ko kena kacau. Aku yang tak cun pun kena kacau. Kena kacau nak buat apa ...??? menggedik or layan perasaan ...?? jawapannya adalah .. anggaplah itu gurauan yang buat kita selalu senyum setiap hari. Itu saja.

Aku ada seorang kawan. Perempuan. Dia cikgu. Even dia ni dah 20 lebih .. tapi fizikal .. n riak muka .. sikap dia .. tak macam 20 lebih. Bukan di buat buat .. tapi dia memang begitu. Siapa yang jumpa dia mesti akan tanya ... form berapa.? mengarut kan ...?? sangat mengarut. Then .. bila jadi cikgu .. memang dia selalu kena usik. Pada hal .. honestly aku kata dia memang tak cun pun.





~ sayangi student .. sebab mereka memang perlukan kasih sayang. Kasih kan mereka sebagai anak. Kasihkan mereka sebagai adik .. kasihkan mereka sebagai teman. ~


Bagi aku .. yang menjadikan seorang guru itu selalu diusik .. senang di dekati .. adalah kerana karekter dia. Tahu kan karakter. Sila jangan kata tak tahu okeh .. bukan sebab dia cantik or bla bla bla. Ada sesuatu yang berbeza antara dia dan guru lain. Cara dia layan .. cara dia bercakap .. lebih kurang je dengan budak-budak tu. That's why budak2 jadi selesa bergurau dengan dia. Budak-budak lelaki .. umur baru nak remaja .. memang suka mengusik. Waima dia anggap kita kakak sekali pun. So, sebagai manusia yang lebih tua .. bertindaklah matang. Even muka or karekter tu macam budak umur 17 tahun .. tak salah kalau minded umur 27 tahun kan ..?? awet muda tu penting. Tapi otak tak matang tuh parah.

Bagi mana-mana guru yang sudah terjatuh hati kepada student .. ( aku cakap sebab aku ada baca statement org lain yang dah jatuh hati kat student dia form 1 okeh ) .. fikirlah dengan matang. Bagi yang dah kahwin tuh .. jatuh hati kat student form 1 tu .. aku rasa macaam dah pelik kot. Jadi, aku taklah -ve sangat bila orang kata dia bla bla bla ( sila faham sendiri ok ). Tapi untuk guru yang masih single .. bagi aku benda tu tak salah. TAPI :

1- Sila jangan tunjukkan perasaan tu selagi dia masih student kita. ( mknanya budak tu tak habis sekolah lagi )

2- Jangan ajar budak tu bercinta selagi dia tak habis sekolah. Pun tak bermakna boleh ajak bercinta pas habis sekolah kan ... bia budak tuh matang .. tahu erti tanggungjawab.

3- Hmm .. tak payah bercinta lah. Kahwin terus. Habis kisah. Orang pun tak banyak spekulasi .. tinggal kata .. ' dah jodoh .. nak buat cam ne ..' hohoho. Kesimpulannya, ckgu jangan nak buat perangai budak2 plak nak couple2 dgn student. erkk .. huhu




~ kalau memang sudah jodoh seorang guru perempuan dan pelajar lelakinya .. jangan pula kita mengata bagai. cakap cikgu tu gatal laaa .. tah pape je kan. kalau mereka nak kahwin .. doakan je diorang bahagia. Asalkan si lelaki tu memang dah cukup untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Tak salahkan lelaki muda kahwin dengan wanita berumur .. ~


Pengalaman aku sebagai cikgu dengan budak-budak, even aku layan diorang macam kawan .. aku selalu ingatkan diri aku mereka semua adalah insan yang perlu aku bantu sedaya upaya untuk menjadi 'manusia' dunia akhirat. Aku tetap orang yang lebih tua. Aku adalah orang yang perlu bantu mereka untuk tunjukkan jalan yang betul untuk mereka. Bukan aku tolong duduk sama-sama dalam jalan yang salah untuk mereka.

Bagi aku .. pujian, usikan mereka untuk aku tu .. adalah penghubung kemesraan antara guru dan student. Satu hari student aku kata :
' ishhh cikgu. Buruk gile muka bukak spect ..'
aku jawab :
' la .. muka aku kot. macam aku kisah ..'

Even statement tu cam kasar, tapi kalau kita rasa budak tu hanya budak .. dia fikir gurau .. kita takkan ambik hati. Tapi, kalau kita rasa serius .. kita rasa ada something dgn budak tu .. kita akan kecil hati. Dekat kelas .. tak nak cakap dengan dia. Ala ala budak-budak jugak la kita respon. So .. wat da point kita jadi cikgu. Jadilah student balik, kan..?




~ ni pun kisah cinta perempuan tua lelaki muda. tapi jangan ikut style ni plak sebab cam bodoh gile cite ni. serius tak ley blah .. hahahaa ~


Ada jugak dikalangan student aku nak aku jadi kakak angkat .. panggil aku kakak bagai .. it's still ok. Tapi kalau aku rasa ada masanya msg tu macam tak sesuai hubungan guru n student, aku tak layan. Senang cita. Kadang-kadang kita perlu juga tahu, mereka ni kurang kasih sayang .. perlukan perhatian. Tak salah kita nak sayang. Tapi, sayanglah dengan akal. Bukan dengan nafsu. Kita care dia .. nasihat dia buat benda yang baik .. selalu ingatkan dia dengan benda yang baik .. that's care. Itulah cara yang baik dalam mendidik. Tapi kalau bergayut .. sms tah hape2 .. berat dah tu. Actually .. semua benda.. rasional itu adalah asas kepada kebaikan dan kemaslahatan. That's it !





~ tapi cite ni macam sweet sikit sebab perempuan nampak childish and sweet. tak nampak sangat lelaki tu tua. hahahahaha ... kalau nak bercinta dengan student .. buat perangai cam tu yer. hahahaha .. tapi tak leh gak sebab diorang couple yang tak betul ! wekkk .. hahaha ~


Hmm .. bila terjumpa kes yang begitu, best agaknya kalau dijadikan novel kan ..??? hahahaha .. mengarut dah tu. hahaha ...

So, bakal cikgu .. sila bersedia untuk menghadapi kemungkinan pelajar suka kita or kita suka pelajar. Letakkan rasional itu di tempat paling tinggi. Insya Allah .. selamat dunia akhirat ..

So, mari kita semua muhasabah diri
wahai cikgu sekalian
wassalam ..


2 comments:

  1. salam... sy dh bc entri cik...utk makluman ci, sy adalah seorang guru yg telah berkahwin dgn murid sy. sy mengajar dia masa dia tingkatan 3. masa dia ting 4 dia bersekolah di sek teknik pula. sepanjang dia di sek teknik itu dia selalu hubungi sy. sy syak dia suka kat saya tp sy abaikan. dia minta fb sy tp sy katakan sy akan bg bila awak hbs sekolah. smpilah satu hr, masa tu dia dh masuk politeknik, dia hubungi sy lg utk bertanya ttg fb yg sy janjikan dulu. sy bgtau fb sy dh tutup lalu sy buat baru khas utk dia. dia aga kecewa sbb xde apa dlm fb sy. lps tu sy ajak dia kuar mkn sbb rasa bersalah krn hal fb tersebut. dan sy fikir biarlah pertemuan ini yg pertama dan terakhir antara kami stlh sy lega kerana telah kecewakan dia tempohari. namun, sejak pertemuan ini, perasaan sy berubah. mgkn perasaan dia terhdp sy x pnh berubah dari dulu. maka ak dipendekkan cerita, dia berjaya memujuk ibunya utk meminang. begitu jg sy memujuk ibu sy. masyarakat sekeliling dh mula mengata. tp kami fikir jika ini jodoh kami, kami akan teruskan. kini kami hmpir dua berkahwin..alhamdulillah..mmg x dinafikan masih ada ketidakmatangan pada diri suami namun sy seimbangkan dgn kematangan sy. ibunya juga selalu mengingatkan dirinya agar sentiasa igt tggjwb sebagai suami. sy bersyukur kerana mendapat ibu mertua yg muda tetapi memahami dan sporting. semoga cinta kami berkekalan. perlu diingat, sy x penah bercinta dgnnya semasa dia masih menjadi muridnya walaupun sy dh tau lama yg dia menaruh perasaan dgn sy selama itu. ibunya sendiri beritahu sy mmg dia dh lama menyukai sy.. sekian kisah benar dari sya.. sy yakin bukan sy seorang saja yg melalui kisah yg sama hingga ke jinjang pelamin..

    ReplyDelete
  2. Hi, nak tanya boleh? Saya ada sorang cikgu ni rapat sangat dengan saya. Tahu tak, saya kenal dia time darjah 3, time tu dia ajar saya kat tusyen je. And bila saya dah tak tusyen situ. Ttbe dia masuk mengajar kat sekolah saya. Then, cikgu lelaki ni dah kahwin. Tp dia layan saya macam isteri dia. Pls lah, i mean dia layan baik gila. Tp time tu saya tak de perasaan apa-ii kat dia. Sampai lah saya darjah 6 dia layan saya. And perasaan saya masa darjah 6 mulalah timbul suka kat dia. Macam-ii lah benda sweet dia buat kat saya. Sampai akhir tahun dia bagi buku diari kat saya. Sedangkan saya tak bagi dia apa-ii. Ya Allah, saya asyik fikir je. Kenapa dia sweet sangat. Saya sedih sngat sbb baru perasan dia layan saya berbeza dngn murid yg lain. Smpailah saya form 1 form 2 form3 (sekarang) dia layan saya lagi. N dia akan whtspp saya time dia tak de dengan isteri dia, sbb isteri dia pun tahu pasal saya dngn dia, sampai saya kena marah. Tp cikgu ni tak pernah lost contact, tp selulnya saya yg start dulu conversation. Akhir conversation mesti dia cakap, 'night my dear'. Boleh bayangkan tak? Macamana nya perasaan saya. Hwm dia dah lah sweet. Then, saya tak tahu macamana nak lost contact ngn dia. Saya nak suruh dia pergi jauh. Tp hati dengan perasaan saya tak boleh. Umur dia dah 33 tahun dah. Takkan saya dah besar pun nak kahwin dngn dia. Hwmmm boleh tak tolong bantu saya. Saya tak boleh lepas nak stalk pasal dia. Setiap kali saya bangun saya akan lihat last seen dia and stalk pasal dia. Tu dah jadi routine. Macamana? Tolong saya hwm

    ReplyDelete