Thursday, February 23, 2012

Cikgu bercinta dengan anak murid ..???


Assalamualaikum semua ..
alhamdulillah
aku akhirnya di beri idea berkoyan koyan nak menaip di blog ini
hahahaa ..
mana dapat idea ni ..?

hahahaa .. ok. actually .. dalam kebuhsanan aku dan ke fade up an aku dengan studnt kat sekolah tadi, aku pun merayap dalam internet baca cite-cite bangang lagi sengal kot. hahahaha. then, aku pun terjumpa tajuk forum ... guru perempuan dan anak murid bercinta, mungkinkah ..??? haaaa .. mungkin kah ...????

Jawapan anda ...??? mungkin ke tak mungkin ..??? hahaha
Jawapan saya adalah mungkin ... hahaha

Yup. Memang mungkin. Sebab .. bila adanya lelaki dan perempuan .. tidak mustahil timbulnya perasaan. Perasaan itu dari hati. Dan pernah tak dengar pepatah kata ... ' ikut hati mati ...'. Ok .. kalau tak pernah sila terjun sungai. Tak logik tak pernah dengar ! erkk





~ ini cikgu dan ini student .. cuba bayangkan mereka bercinta .. huhuhu .. confirm .. sure .. weird gilerrrrrr !!!! hahahaha ~


So, bila ikut sangat hati dan perasaan ia akan jadi suatu perkara yang ... yang apa ek ... benda yang pelik pelik la. cikgu 29 tahun bercinta budak 12 tahun. .. bla bla bla. ha .. so weird kan ..?? itu lah realiti. Itulah masalah jiwa. Guru yang belajar kaunseling .. belajar psikologi seharusnya tidak terjebak dengan gejala yang begitu sebab seharusnya mereka sudah tahu psikologi seorang budak lelaki atau perempuan yang baru nak meningkat remaja.





~ cinta tu tak salah kot nak kata dia buta. Tak pasal-pasal dia OKU. Orang yang bercinta tu je yang selalu membutakan hati mereka. Perbezaan usia bukan disebabkan orang bercinta tu buta atau cinta tu buta. Tapi bercinta ikut nafsu tu lah sebenarnya yang membutakan hati mereka yang bercinta .. ~


Aku pun cikgu. Bagi aku memang masalah besar bagi seorang cikgu yang masih muda ( rasa diri muda kot. hahahaa ) apabila perlu mengajar pelajar yang dah besar. Maksudnya remaja. Budak2 mengusik tak payah tunggu cikgu tu cun melecun .. asalkan cikgu tu happening melayan dia, memang habis ko kena kacau. Aku yang tak cun pun kena kacau. Kena kacau nak buat apa ...??? menggedik or layan perasaan ...?? jawapannya adalah .. anggaplah itu gurauan yang buat kita selalu senyum setiap hari. Itu saja.

Aku ada seorang kawan. Perempuan. Dia cikgu. Even dia ni dah 20 lebih .. tapi fizikal .. n riak muka .. sikap dia .. tak macam 20 lebih. Bukan di buat buat .. tapi dia memang begitu. Siapa yang jumpa dia mesti akan tanya ... form berapa.? mengarut kan ...?? sangat mengarut. Then .. bila jadi cikgu .. memang dia selalu kena usik. Pada hal .. honestly aku kata dia memang tak cun pun.





~ sayangi student .. sebab mereka memang perlukan kasih sayang. Kasih kan mereka sebagai anak. Kasihkan mereka sebagai adik .. kasihkan mereka sebagai teman. ~


Bagi aku .. yang menjadikan seorang guru itu selalu diusik .. senang di dekati .. adalah kerana karekter dia. Tahu kan karakter. Sila jangan kata tak tahu okeh .. bukan sebab dia cantik or bla bla bla. Ada sesuatu yang berbeza antara dia dan guru lain. Cara dia layan .. cara dia bercakap .. lebih kurang je dengan budak-budak tu. That's why budak2 jadi selesa bergurau dengan dia. Budak-budak lelaki .. umur baru nak remaja .. memang suka mengusik. Waima dia anggap kita kakak sekali pun. So, sebagai manusia yang lebih tua .. bertindaklah matang. Even muka or karekter tu macam budak umur 17 tahun .. tak salah kalau minded umur 27 tahun kan ..?? awet muda tu penting. Tapi otak tak matang tuh parah.

Bagi mana-mana guru yang sudah terjatuh hati kepada student .. ( aku cakap sebab aku ada baca statement org lain yang dah jatuh hati kat student dia form 1 okeh ) .. fikirlah dengan matang. Bagi yang dah kahwin tuh .. jatuh hati kat student form 1 tu .. aku rasa macaam dah pelik kot. Jadi, aku taklah -ve sangat bila orang kata dia bla bla bla ( sila faham sendiri ok ). Tapi untuk guru yang masih single .. bagi aku benda tu tak salah. TAPI :

1- Sila jangan tunjukkan perasaan tu selagi dia masih student kita. ( mknanya budak tu tak habis sekolah lagi )

2- Jangan ajar budak tu bercinta selagi dia tak habis sekolah. Pun tak bermakna boleh ajak bercinta pas habis sekolah kan ... bia budak tuh matang .. tahu erti tanggungjawab.

3- Hmm .. tak payah bercinta lah. Kahwin terus. Habis kisah. Orang pun tak banyak spekulasi .. tinggal kata .. ' dah jodoh .. nak buat cam ne ..' hohoho. Kesimpulannya, ckgu jangan nak buat perangai budak2 plak nak couple2 dgn student. erkk .. huhu




~ kalau memang sudah jodoh seorang guru perempuan dan pelajar lelakinya .. jangan pula kita mengata bagai. cakap cikgu tu gatal laaa .. tah pape je kan. kalau mereka nak kahwin .. doakan je diorang bahagia. Asalkan si lelaki tu memang dah cukup untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Tak salahkan lelaki muda kahwin dengan wanita berumur .. ~


Pengalaman aku sebagai cikgu dengan budak-budak, even aku layan diorang macam kawan .. aku selalu ingatkan diri aku mereka semua adalah insan yang perlu aku bantu sedaya upaya untuk menjadi 'manusia' dunia akhirat. Aku tetap orang yang lebih tua. Aku adalah orang yang perlu bantu mereka untuk tunjukkan jalan yang betul untuk mereka. Bukan aku tolong duduk sama-sama dalam jalan yang salah untuk mereka.

Bagi aku .. pujian, usikan mereka untuk aku tu .. adalah penghubung kemesraan antara guru dan student. Satu hari student aku kata :
' ishhh cikgu. Buruk gile muka bukak spect ..'
aku jawab :
' la .. muka aku kot. macam aku kisah ..'

Even statement tu cam kasar, tapi kalau kita rasa budak tu hanya budak .. dia fikir gurau .. kita takkan ambik hati. Tapi, kalau kita rasa serius .. kita rasa ada something dgn budak tu .. kita akan kecil hati. Dekat kelas .. tak nak cakap dengan dia. Ala ala budak-budak jugak la kita respon. So .. wat da point kita jadi cikgu. Jadilah student balik, kan..?




~ ni pun kisah cinta perempuan tua lelaki muda. tapi jangan ikut style ni plak sebab cam bodoh gile cite ni. serius tak ley blah .. hahahaa ~


Ada jugak dikalangan student aku nak aku jadi kakak angkat .. panggil aku kakak bagai .. it's still ok. Tapi kalau aku rasa ada masanya msg tu macam tak sesuai hubungan guru n student, aku tak layan. Senang cita. Kadang-kadang kita perlu juga tahu, mereka ni kurang kasih sayang .. perlukan perhatian. Tak salah kita nak sayang. Tapi, sayanglah dengan akal. Bukan dengan nafsu. Kita care dia .. nasihat dia buat benda yang baik .. selalu ingatkan dia dengan benda yang baik .. that's care. Itulah cara yang baik dalam mendidik. Tapi kalau bergayut .. sms tah hape2 .. berat dah tu. Actually .. semua benda.. rasional itu adalah asas kepada kebaikan dan kemaslahatan. That's it !





~ tapi cite ni macam sweet sikit sebab perempuan nampak childish and sweet. tak nampak sangat lelaki tu tua. hahahahaha ... kalau nak bercinta dengan student .. buat perangai cam tu yer. hahahaha .. tapi tak leh gak sebab diorang couple yang tak betul ! wekkk .. hahaha ~


Hmm .. bila terjumpa kes yang begitu, best agaknya kalau dijadikan novel kan ..??? hahahaha .. mengarut dah tu. hahaha ...

So, bakal cikgu .. sila bersedia untuk menghadapi kemungkinan pelajar suka kita or kita suka pelajar. Letakkan rasional itu di tempat paling tinggi. Insya Allah .. selamat dunia akhirat ..

So, mari kita semua muhasabah diri
wahai cikgu sekalian
wassalam ..


21 comments:

  1. salam... sy dh bc entri cik...utk makluman ci, sy adalah seorang guru yg telah berkahwin dgn murid sy. sy mengajar dia masa dia tingkatan 3. masa dia ting 4 dia bersekolah di sek teknik pula. sepanjang dia di sek teknik itu dia selalu hubungi sy. sy syak dia suka kat saya tp sy abaikan. dia minta fb sy tp sy katakan sy akan bg bila awak hbs sekolah. smpilah satu hr, masa tu dia dh masuk politeknik, dia hubungi sy lg utk bertanya ttg fb yg sy janjikan dulu. sy bgtau fb sy dh tutup lalu sy buat baru khas utk dia. dia aga kecewa sbb xde apa dlm fb sy. lps tu sy ajak dia kuar mkn sbb rasa bersalah krn hal fb tersebut. dan sy fikir biarlah pertemuan ini yg pertama dan terakhir antara kami stlh sy lega kerana telah kecewakan dia tempohari. namun, sejak pertemuan ini, perasaan sy berubah. mgkn perasaan dia terhdp sy x pnh berubah dari dulu. maka ak dipendekkan cerita, dia berjaya memujuk ibunya utk meminang. begitu jg sy memujuk ibu sy. masyarakat sekeliling dh mula mengata. tp kami fikir jika ini jodoh kami, kami akan teruskan. kini kami hmpir dua berkahwin..alhamdulillah..mmg x dinafikan masih ada ketidakmatangan pada diri suami namun sy seimbangkan dgn kematangan sy. ibunya juga selalu mengingatkan dirinya agar sentiasa igt tggjwb sebagai suami. sy bersyukur kerana mendapat ibu mertua yg muda tetapi memahami dan sporting. semoga cinta kami berkekalan. perlu diingat, sy x penah bercinta dgnnya semasa dia masih menjadi muridnya walaupun sy dh tau lama yg dia menaruh perasaan dgn sy selama itu. ibunya sendiri beritahu sy mmg dia dh lama menyukai sy.. sekian kisah benar dari sya.. sy yakin bukan sy seorang saja yg melalui kisah yg sama hingga ke jinjang pelamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Sebijik je dengan situasi saya sekarang

      Delete
    3. sis sangat bijak mengawal situasi. betul, tak ada salah pun berkahwin dengan student sendiri. sama juga macam che ta dan zain. beza umur yang jauh. tapi jika ada keserasian, apa salahnya, kan? mulut orang nak mengata, bukan boley tutup pun. soo .. no nedd to care la kan. hehehe .. semoga cinta kalian hingga ke Jannah. In sha Allah ..hehe

      Delete
    4. Boleh dapatkan contact number x? Saya wartawan Harian Metro. sedang mencari pasangan anak murid dn cikgu. Kongsi kisah cinta mereka yang sehingga dibawa ke jinjang pelamin. ini email saya gd2309@yahoo.com

      Delete
  2. Hi, nak tanya boleh? Saya ada sorang cikgu ni rapat sangat dengan saya. Tahu tak, saya kenal dia time darjah 3, time tu dia ajar saya kat tusyen je. And bila saya dah tak tusyen situ. Ttbe dia masuk mengajar kat sekolah saya. Then, cikgu lelaki ni dah kahwin. Tp dia layan saya macam isteri dia. Pls lah, i mean dia layan baik gila. Tp time tu saya tak de perasaan apa-ii kat dia. Sampai lah saya darjah 6 dia layan saya. And perasaan saya masa darjah 6 mulalah timbul suka kat dia. Macam-ii lah benda sweet dia buat kat saya. Sampai akhir tahun dia bagi buku diari kat saya. Sedangkan saya tak bagi dia apa-ii. Ya Allah, saya asyik fikir je. Kenapa dia sweet sangat. Saya sedih sngat sbb baru perasan dia layan saya berbeza dngn murid yg lain. Smpailah saya form 1 form 2 form3 (sekarang) dia layan saya lagi. N dia akan whtspp saya time dia tak de dengan isteri dia, sbb isteri dia pun tahu pasal saya dngn dia, sampai saya kena marah. Tp cikgu ni tak pernah lost contact, tp selulnya saya yg start dulu conversation. Akhir conversation mesti dia cakap, 'night my dear'. Boleh bayangkan tak? Macamana nya perasaan saya. Hwm dia dah lah sweet. Then, saya tak tahu macamana nak lost contact ngn dia. Saya nak suruh dia pergi jauh. Tp hati dengan perasaan saya tak boleh. Umur dia dah 33 tahun dah. Takkan saya dah besar pun nak kahwin dngn dia. Hwmmm boleh tak tolong bantu saya. Saya tak boleh lepas nak stalk pasal dia. Setiap kali saya bangun saya akan lihat last seen dia and stalk pasal dia. Tu dah jadi routine. Macamana? Tolong saya hwm

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon rasa benda yang sama, since kita dah sayang , automatic jadi bodoh, sampai satu tahap cikgu tu ajak chat benda yang tak elok pon saya layan je, tapi sy dah pindah, and tekad untuk lupakan dia, so dah move on laa,set mind yg dia takkan kahwin dengan kita, and dia akan automatic utamakan wife dia. so kita ni dh mcm perempuan simpanan dia. Dia nak dia datang, dia tak nak dia tinggal haihh

      Delete
  3. Saya juga pernah jatuh cinta ngan student...perasaan tu seram sangat.. haha...tapi mujur budak tu dah masuk f4 dia ke sesi pagi.. jadi x jumpa dah..malangnya saya tersuka dgn plr lain pula...makna kata asal yg senyum manis ja saya mudah cair...jadi sekarang saya cuba matangkan fikiran saya dengan mnganggap mereka sebagai anak...tiap kali sembang dengan anak2 murid saya gelar mereka anak...harap2 perkara ini sekadar suka2..x merebak dengan lebih jauh...

    ReplyDelete
  4. Saya juga pernah jatuh cinta ngan student...perasaan tu seram sangat.. haha...tapi mujur budak tu dah masuk f4 dia ke sesi pagi.. jadi x jumpa dah..malangnya saya tersuka dgn plr lain pula...makna kata asal yg senyum manis ja saya mudah cair...jadi sekarang saya cuba matangkan fikiran saya dengan mnganggap mereka sebagai anak...tiap kali sembang dengan anak2 murid saya gelar mereka anak...harap2 perkara ini sekadar suka2..x merebak dengan lebih jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, perasaan jatuh cinta dengan student sendiri memang seram. tapi apa yang awak buat tu memang terbaik. semoga Allah memelihara perasaan kita dengan baik. cuma, personaly .. perasaan tu tak la salah mana. as long as .. budak tu dah habis belajar. budak tu pun sma macm girl/boy kat luar. satu masa dulu .. semua pun budk sek. bezanya .. kita cikgu dia. tu je. hehe

      Delete
  5. Salam. Sy pun cikgu. Dah kawin, anak 2. Umur dah 30-an.
    Tp murid suka sgt buat pick up line kat saya.
    Ada sorang murid ni, dia xtahu saya dah kawin. Dan dia cuba mengorat saya, dan ckp nak masuk meminang sy. Sy jelaskan yg saya dah kawin, dia pun kecewa...tp dia masih simpan perasaan kat saya. Katanya sy nampak muda dan mcm.belum kawin. Mmg ramai org ingat saya ni budak skolah. Taktau nape, sy tinggi n kurus, muka kot mcm budak2. Perangai pun.
    Dia suka approach sy...dan lama2, sy terjatuh cinta kat dia. Sy x boleh berdepan dgn dia, sy x pernah mengajar dia, tp pernah masuk relif kelas dia.
    Actually, ni bukan kali pertama student tackle sy, tp sy x pernah jatuh cinta...ni lain sikit.
    So, apa sy buat...sy cuba elak layan perasaan dia. Sy layan kalau dia tanya benda yg berkaitan pljrn je...selebihnya saya hahahaha kan aje...hihi

    Harap Allah kuatkan iman kami. Doakan.

    ReplyDelete
  6. Fuhh..gila kan...moga moga kuat iman dan sentiasa anggap merekani anak anak anak...sepatutnya tak berlaku .

    ReplyDelete
  7. cita saya pulak lain. saya ni student pompuan and saya rapat dgn satu cikgu pompuan ni since saya F1 lagi. bukan kes jatuh cinta tapi cikgu tu anggap saya mcm anak dia and saya pun anggap dia mcm ibu saya sendiri. hampir setiap hari kitorang akan mesej pasal hal-hal yg takde kena mengena dgn pelajaran pun haha. sampai la saya habis sekolah pun kitorang still whatsapp. time ws tu bukannya 15 minit, berjam-jam jugak and share gambar semua. kitorang pun call2 dalam fon jugak kalau nak cita masalah

    Cuma kadang2 bila saya fikir balik, saya rasa hubungan saya dgn cikgu ni lebih drpd apa yg guru2 lain selalu buat dgn student yg dorang rapat. Saya bukan lesbian ye kalau tiba2 ada yg terfikir saya mcm tu pulak. saya harap2 ada jugak kes cikgu yang sayang student mcm anak sendiri jugak :( sbb saya tak bercinta pun dgn cikgu ni, cuma saya sayang dia as ibu saya je sbb kitorang terlalu rapat. saya dah habis skola pun kitorang still rapat jugak. saya ni pun bkn la student yg jenis keluarga bermasalah pun, cuma mungkin saya pun suka usik cikgu ni jugak masa F1 dan cikgu ni pun suka bila saya buat mcm tu. thats why mula jadi rapat

    bila terbaca post ni, baru saya tahu bahaya jugak kalau student usik cikgu ni. boleh jadi kes lain pulak hahaha

    ReplyDelete
  8. Sy ada pengalaman yg sama. Sy ada ciri2 karakter yg korg semua sebutkn. Mgkin natural kot ada perasaan2 bgni dgn students. Hnya org yg pnh merasa ja tau. Apapn kena balance sndr la. Sb nawaitu kita sbgi pndidik seharusnya mbawa pljr ke arah kebaikan. So mgkin rsa crush pljr sndr pd guru boleh kita guna pakai utk menarik phatian mrka secara positif utk bljr. X perlu drama swasta sgt. Mgkin satu cara tuk avoid tjadinya pkara yg bkn2 adalah dgn merapatkn dri dgn ibu bapa pljr. Biar dorg jd segan. =)

    ReplyDelete
  9. Sy da baca entri cik. Sgt menarik perhatian sy. Sekarang sy adlah seorang guru ganti disebuah sekolah menengah. Sy mengajar pelajar f3,f4 & f5. dan sy da mula jatuh hati kpd student sy. Actually..sy pernah mengajar dia semasa dia f1 krn sy pernah mnjd guru ganti pada masa itu.Dan waktu itu lagi sy sudah jatuh hati pada dia. Tp setelah sy berhenti menjadi guru ganti kerana ingin melanjutkan pelajaran. Kmi putus hubungan. Sy syak dia tahu sy suka pada dia. Sebab sy sering approach dia melalui msg. Km jarang msg tp boleh dikatakan setiap kali sy masuk kelas,Dia akan panggil sy kakak. Dan dia membuatkan sy ternanti2 utk masuk ke kelasnya. Sy harap sy dapat buang perasaan ni. Tapi dlm masa yg sama sy harap sy berjodoh dengan dia.since jarak umur kami tidak jauh. Sy berserah kepada Allah.. andai dia adalah jodoh yg terbaik utk sy..sy bersyukur dan redha. Doakan sy ya.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..saya seorang students perempuan f5.saya suka kepada seorang cikgu yang juga seorang ustaz.dia ni dah kahwin dan mempunyai 2 orang anak.dia ni boleh kata,cikgu yang paling hots di sekolah saya dan dia mempunyai ciri2 idaman lelaki saya terutama sekali mata sepet.saya ni sakit.masa saya f3 dia ni baru masuk pindah ke sekolah saya, dan ajar pendidikan islam yang pasal hafazan,ayat al-quran.masa tu dia tanya kenapa dengan kaki.saya jawablah saya ni lumpuh separuh badan.sejak dari situ,kalau saya baca al-quran atau hafazan di depan,mesti dia tanya okey ke tidak?tinggal kat mana?adik beradik berapa?macam2 lagi soalanlah dia tanya.saya rasa dia seorang je yang caring pasal saya.tapi saya tak ada apa2 perasaan kat dia masa tu.masa sambutan hari guru tahun ni,dia sangat2 hensem.sejak dari situ saya suka kat dia.masa haritu,lepas habis bacaan yasin di dataran,saya hendak ke kelas,saya dengan dia tertembung hendak menuju ke arah yang sama,dia pandang saya,saya pun senyumlah lepastu dia balas senyuman dan bercakap sesuatu.ya allah,saya cair gila.waktu itu saya rasa macam kaki saya tak kuat nak jalan,tapi saya control perasaan suka di dalam hati sebab saya jalan dengan kawan2 saya.sebenarnya dalam hati saya,saya rasa macam nak pengsan.dan minggu ni,minggu dia bertugas setiap hari dia naik pentas untuk bagi ucapan.saya perhatikan dia sahaja dalam diam.dalam pada masa yang sama,hati saya macam nak meletup.setiap kali saya nampak dia,hati saya berdebar2.kekadang kalau tak nampak dia,nampak kereta dia pun jadilah.dah la kereta dia,dia parking sebelah kelas saya.selalu jugaklah saya kerap ponteng sekolah,tapi sejak dua menjak saya rasa semangat nak sekolah gara2 nak jumpa dia sahaja.dan masa tu,saya nak balik dari kelas tambahan.saya nampak kereta dia laju nak keluar dari pagar sekolah,saya pun nak kejar.tapi apabila saya melihat keadaan saya macam ni,saya tak jadi nak kejar.saya hanya memandangnya dari jauh,dan dia ada tumpangkan seorang budak perempuan f1.lepastu,mula timbul rasa cemburu,rasa ingin tahu siapa budak perempuan tu.saya pun cari instagram,facebook dan cuba meminta nombor dari bekas pelajar2 dia.tapi saya hanya dapat instagram dia.masa cuti sekolah,saya harap sekolah akan buka cepat2 sebab saya rindu dia dan melihat muka dia.saya tak tahu nak buat apa sekarang ni.tolong saya..setiap malam saya akan berdoa,"ya allah jikalau engkau cipta dia untuk aku,maka kau rapatkanlah kami.dan jikalau dia bukan diciptakan untuk aku,engkau buanglah perasaan cinta ini kepada dia secara perlahan2 dan engkau gantilah dengan seorang yang mempunyai sifat yang sama seperti dia.amin.."tapi setiap hari perasaan cinta ini makin bertambah dan setiap hari kalau pergi sekolah,mesti bertembung dengan dia.apa yang harus saya lakukan?adakah saya berserah pada allah sahaja?tolong saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asslm saya student perempuan.. Baru hbis sekolah time form 5 cg yg ajar saya tu admire ngan saya tapi dia dh kawin.. Yg perasan cg tu mcm suka saya tu kwn saya.. Smpai dia cri ig, fb saya semua bila terserempk kat sekolah dia senyum kat saya smpai ketelinga n nmpk happy n tetiba hati saya berdebar sngt tak thu nk ckp cemana siapa yg ada pengalaman ni mesti tahu kan . Dn perkara tu bt saya tersuka dngn cg saya sendiri. Time graduasi tu dia puji saya cntik yelakan time tu semua pakai baju yg lawa lawa an n ntah npe saya rasa happy time tu. Sampai sekarang Klau saya update ig or ig story mesti dia view. Jadi boleh tk bantu saya nk hilang kan perasaan ni??. PLEASE..

      Delete
  11. Asslm.saya student lelaki..bru hbs spm bulan lalu...ni kisah sya masa form 4 sya jgk pernah terjatuh cinta dgn guru praktikal saya di sekolah....mula2 saya mmg xda niat untuk suka dia...lama kelamaan sya selalu jumpa dia di sekolah..saya terjatuh cinta pada guru praktikal saya tu...setiap hari saya pergi ke bilik guru tanpa niat...hahahah niat saya nak tengok cikgu praktikal tu je... N dia pun mmg tau yg saya suka dia hahah (mungkinlah)... Setelah dia(guru praktikal) habis praktikal di sekolah saya...saya sangat sedih haha sbb x jumpa lagi dia di sekolah... Pada hari ahad (cuti sekolah) saya bergegas ke rumah dia untuk berikan hadiah...syaa dapati dia tiada di rmh..sya bagi hadiah tu kpd ibu dia (cikgu praktikal)...sya berpesan ibu dia(cikgu praktikal)untuk bagi hadiah tu..lalu sya bergegas pulang kerumah ..hahaha hati saya punyalah dup dap dup dap...keesokannya dia masih lagi dtg ke sekolah saya..saya pun tak tau ini terjadi...rsa xnk jumpa dialah..rupa2nya dia nak jumpa pelajar dia yg telah dia ajar di kelas selama 3 bulan utk kali terakhir pd hari itu...habis sesi persekolahan secara tidak sengaja saya terjumpa dia hahahha niat nak lari..dia dh nmpk saya..dia panggil saya dan memberi coklat utk saya dan mengucapkan terima kasih atas hadiah yg saya bagi tu...happy sangatlah masa tu hihihi...sampailah saya dah dapat nombor telefon dia dari kwn saya kihkih...skrg masih lagi dpt contact ngan dia(cikgu praktikal)alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jd skrg? Tak approach dy? Ka hati dah berubah?

      Delete
  12. Saya ajar dy Masa dy form 3. Waktu tu sy single blom kawin. Masa tu sy tgk dy tkde prsaan ap melainkn sbg Ank murid biasa. kemudian sy berkhwin dan dpt ank sorg. Jodoh Tak pjg, Slps setahun bercerai dgn suami, dia mula contact sy dan skrg sy dan dy dah ad Ank 2. Kami kahwin slps setahun prkenalan sbg couple. Alhamdulillah dpt restu org tua walaupon jarak umur kami 10 tahun.

    ReplyDelete
  13. saya ada kisah tentang saya jugak ... ada laa masa tu bulan 8 saya bru break dgn ex bf saya tu then time tu exam .. mmg sedih tp xsedih sgt sbb dia dh bgi sakit dkt saya awal' .. so lps tu hari first ada cg praktikal datang tu en saya ada nmpk sorang cg praktikal ni , lekaki laa .. dalam rmai' cg praktikal lelaki saya xtau knpaa diaa yg saya ttba rasa mcm mengagumi mcm tu .. then mse kt kantin tu dia mkn dlm blik guru and saya dgn kawan' makan dkt meja mkn la dkt kantin tp meja kitorg dpn blik guru lelaki la then cg tu ddk dkt meja yg mmg boleh nmpk saya then saya tgk dia and dia tgk saya , kitorg mcm ddk main mata dkt situ .. eyectc byk kali and cara dia pandang saya mmg lain mcm and dia tk berhenti pndg saya dan saya pon mula blushing and ttba saya xleh focus mkn then saya pon pusing blkg lps tu saya try pusing kepala saya nk tgk dia tgk sayo tak pstu sayo and pusing tu dia tgk saya ya allah blushing gilaa .. start situ saya mula ada prasaan dkt dia .. and saya try hard cari thu psal dia nama dia and nk try ctc dia sbb nk bgthu about my feelings ni .. and then saya ada dgr org' ddk ckp dkt saya sruh stop kejar cg tu sbb dia dh ade bini but saya try utk positive and xnk trust bnda tu yg keluar dari mulut org yg tk brpa nk pasti , sbb cg tu bru jee kot and kitorg time tu tgh exam bkn nyaa dia mngajar ke apa .. lain laa dia mngaja bdk kls dia then dia crita dia dh ade bini en .. then saya byk jumpa dia kt kantin and byk eyectc ... always tau tk . and saya try la bgi air dkt dia dgn note , mcm confess gtu tp tapis' laa guna ayat mcm pickupline gtu ... then saya sruh kawan lelaki yg dkt dewan exam tu bgi dkt cg tu sbb saya xleh bgi sndiri sbb skolah tu kan skolah arab so susah .. pstu kawan lelaki saya ckp laa cg tu mcm blushing dpt coklat ng note saya then esk tu saya bgi air kopi dgn note jgk .. and then smpai satu mse saya geram org ddk ckp dia ade bini ape tu saya pon try brani kn diri ng note and saya ckp dkt dia saya susah nk dpt no dia and saya bg no saya dkt and dia and saya ckpla ada something urgent yg nk diberthukn ... then dia cht laa pstu dia tya apa yg urgent tu then saya pon crita laa dari awal smpai akhir then start situ saya rpt gila dgn dia and dia selali bgi saya nasihat and motivasi and saya pon selalu bgi tahu hall random dkt dia and slalu luah problem saya dkt dia ... pstu en saya rpt dgn dia tu smpai satu mase tu saya ada bwk phone sbb urgent mmg kena bwk phone wlaupon saya thu xle bwk phone ... tp saya bg laa cg tu pegang sbb yelaa better dia pgg dari saya pgg .. pstu time saya bg phone saya dkt dia ade bdk kls lain nmpk and time blik dia nk bg phone saya dkt saya tu pon ade bdk kls lain nmpk .. and start daritu mmg dh viral psl kitorg ... and bdk' kls sblh pakat ddk report dkt cg' and diorg ddk fitnah kitorg prnh dating laa pstu prnh blik skolah ng cg tu la apela pdhl bnda tu kitorg xbuat .. stkt ctc dkt cht tu jelaa xde prnh jumpa ... lepastu mmg viral la psal kitorg dikalangn cg' ... lps tu saya smpai kena pnggil tau dgn cg kaunseling but its oky ..and skrg dia dh xde dh praktikal kt sini , bru jaa hbis kelmarin.. wlau apa pon jdi my feelings on him never change until now ... saya ada laa bgi hadiah dkt dia tanda saya appreciate dia sbb dia ada dgn saya time saya mmg perlukn dia ... dia mgkin anggp saya as a student cuma saya jee yg berhrp lebih tp kita xtau mgkin dia ada feelings jgk but choose utk silent ... sbb dia jenis berfikiran matang ... even tho dia ada byk masa silam yg teruk .. at least dia jadi org jgk .im so pround with him ... saya hrp dia lah jodoh saya .. saya berharap sangat'

    ReplyDelete