Thursday, June 23, 2016

~ vaksin pulak ~



Assalamualaikum
salam 17 Ramadhan yer kawan kawan
Semoga kita dapat terus melalui masa masa ini dengan lebih baik dan lebih baik

Actually, dari awal bukanlah nak bercerita tentang hal vaksin tak vaksin nih
Tapi, disebabkan viral sangat la pulak isu nih lately
i just wanna share my short opinion

Dalam hidup selama 28 tahun nih, aku pernah bertemu dengan 2 golongan anti vaksin
diorang nih memang golongan ustazah ustazah la yang pastinya
masih ingat lagi statement diorang
' vaksin vaksin ni semua mainan yahudi nak melemahkan kita ni umat islam. tu la tengok anak anak kita sekarang jadi macam ni. semua ni agenda yahudi ...'

aku yang masa tuh buta tuli apa ke jadahnya vaksin nih 
percayalah bulat bulat
yang aku tahu, vaksin nih bagi kat kucing jek. nak elak dapat penyakit. rupanya manusia pun kena vaksin ea. tak sedar diri sendiri pun terima vaksin.
Punya lah naifnya manusia time tuh

Pernah jugak sampaikan dakyah tuh pada manusia lain. Tapi takat sembang kosong lah. Pun dengan mak aku. Jadi, terlepaslah daripada menyumbang kepada pertambahan manusia antivaxx kat muka bumi nih. Sebab anak-anak mak aku semua dah terselamat di vaksin. hohohoho

Bila lepas bersalinkan umar, sebelum bawak balik nurse dah bagitahu umar sudah divaksin sebelum di bawa balik
aku pun dengan sangat bertenang
' ohh .. oke oke '
mintak juga datang ke klinik untuk beberapa suntikan vaksin, pun aku datang dengan tepatnya.
masa tuh, langsung tak dak nak fikir google .. apa tuh vaksin bla bla bla
sebab sebenarnya, banyak benda lagi aku nak cari kat google tuh
nak argue tu ini tu ini .. aku bukan doktor punnnnnn
mungkin juga sebab google tu aku banyak lagi nak search tentang sakit umar 
pencegahan, kesan sampingan bla bla bla
dan sebab banyak sangat aku punya google .. aku tambah sendiri umar punya vaksin
vaksin pneumacocal
harga boleh tahanlah mak datuk
3 kali cucuk 
6 bulan, 7 bulan , 8 bulan
perlindungan sehingga umur 5 tahun
in sha Allah
harga : tanya sendiri lah kat klinik. huhuhu

tiba tiba keluar cerita tentang antivaxx pulak
banyak pulak kata kalau nak sakit sakit jugak
kalau nak mati pun mati jugak
kalau kata mati sebab tak vaksin tuh jatuh syirik
bagi yang pandai sikit :
tu semuanya jarum yahudi
yahudi nak rosakkan umat islam ( rosak dah pun dengan dakyah yang tah hape hape )

haiiiiiyooooo ... be a very positive thinker laaaaa adoiii
tapi, betul jugak
bukan mudah untuk kita betulkan semula pemikiran diorang
tak mudah nak pusing kan kembali persepsi seseorang tentang sesuatu
saaaaaangat susah makkkk aiii !!

be a simple one cukup lah bagi aku
semua yang mendatangkan kebaikan tanpa kita nampak jelas buruknya
terima lah.
vaksin untuk mencegah
mencegah itu lebih baik daripada merawat
analogi yang sangat baik :
kenapa kita menutup aurat selain daripada kewajipan yang Allah tentukan ?
in sha Allah, dengan menutup aurat itu terhindarlah wanita daripada fitnah, mencegah diri daripada pandangan nafsu buas syaitan yang bertopengkan manusia.
Fine : so nak katalah ... ala kalau nak kena r**** , tak tutup aurat pun kena jugak
Jadi, tak payah lah tutup apa apa macam tuh ke ??? 
Boleh lagi kata : Allah suruh macam tu !
BEgitu juga vaksin, Allah minta kita ikhtiar terhadap suatu penyakit. Allah sukakan hambaNya yang berusaha

Ya, kadang orang begini tidak faham konsep usaha, tawakal dan berserah macam tu saja.
Dalam suatu hal, perlu dahulu ada usaha kemudian bertawakal lah pada Allah .. sekiranya berlaku apa apa, berserahlah. Begitulah yang Allah takdirkan. 

Sama jugak situasi aku baru baru
lepas lengkapkan vaksin pneumacocal untuk umar , selang sebulan dia dapat selesema dan batuk
sebelum ambik vaksin, doktor ada tanya
umar selalu batuk and selesama ke ? So far, hingga umur 11 bulan, alhamdulillah dia belum pernah lagi
so, lepas lengkap vaksin, baru dapat batuk selesema
masa tu hati terdetik
' dah suntik vaksin  pun kena lagi batuk selesema ?'
cepat cepat tampo diri sendiri.
apa punya bengong punya soalan daaaaa .. mana ada vaksin tu cegah batuk dengan selesema, pandai..!!
vaksin tuh untuk cegah paru paru berkuman
tapi kalau Allah takdirkan kena, so .. tu baru boleh kata Allah dah takdirkan begitu.
haiiiiiii lahhh

hmm .. harap dengan berleluasanya isu isu berkaitan antivaxx ni , ramai antara kita ambil tahu tentang isu isu keselamatan anak anak. 
menyesal dahulu pendapatan, penyesal kemudian ... apa pun tak dak !
tapi golongn gini, tak dak menyesalnya lah
tu keluar statement :
takdir Allah !
senang sangat nak salahkan takdir !! haih

Wallahualam
Wassalamm




No comments:

Post a Comment