Wednesday, April 6, 2011

~ sayang kamu selamanya .. ~

Assalamualaikum ...

Huuuuuuu .... begitu panjang hu di permulaan entry kali ini. Pastinya sangat sedey. Sungguh sedey. Amat sedey. Dan yang pastinya sedey-sedey belaka.

Kenapa kah ...??? Hmm ... once again my lovely cat is gone. Yang dulu nama dia pipy. Pergi selamanya membawa diri tanpa mampu di kesan. Dan mickey nih pulak ... dah sebulan lebih dia sakit. Tak mau makan. Dari gemuk sampailah tinggal tulang jerk. Huhu ... at last, malam tadi .... tengok dia cam sesak nafas. Pegang telinga dia dah sejuk. Hati aku dah kata ....' tak lama dah mickey nih ..' tapi malam tadi, bila aku bangun tidur dia dah menghilangkan diri.

Orang selalu kata ....' kucing takkan mati depan tuan dia ...' tu lah benda yang aku sangat sedey. Kalau dia nak mati ... aku nak ada kubur dia. Aku nampak dia dah mati. Habis malam nih tadi ... aku menangis sampai bengkak mata aku teringatkan mickey. Ya laaa ... aku jaga dia sejak kecik kowt. Orang lain sayang dia time dia ok je ... aku jaga dia ... sediakan tempat najis, bersihkan tempat dia buang najis ... sampailah dia pandai keluar umah sendiri bila nak buang najis. Sooo cool.

Then tadi, masa nak keluar ... bila bukak lampu kereta tersuluh dia ada dekat bawah kereta ayah aku. Sumpah rasa nak melompat hapy gile. Aku ingat dia dah ok. Sebab dia menjawab bila aku panggil. Bila aku ambik dia ... hati aku kata ...' memang tak lama ...' sebab telinga ... badan dia semua dah sejuk. Aku bagi kat kakak aku ... then, terus keluar. Belum sempat balik lagi, kakak aku dah call bagitahu mickey dah tak de. Oh, mickey !
Balik tuh .. aku terus pegi kat dia. Pegang badan dia ... tak keras lagi. Mata dia tak boley tutup. ( memangla kan ...huhu ). Pastu aku bungkus dia dengan kain ... dan angkat dia bawak pegi kubur dia.



mickey sebelum aku masukkan dalam kubur dia ... huhu

Aku panggil Minnie ( adik beradik dia ), Lala ... Wiwin n Lu'lu ( anak-anak Minnie ) datang tengok Mickey di masukkan ke dalam kubur. Lalu ... kambuslah. Selamat tinggal Mickey. You know that I really love You. Will miss You forever, sayang ....





miss you, baby ...



nih gambar dia paling latest before dia sakit ri tu ... huhu



love you soooooo much !!!!


okeh laa ... menangis balik plak aku nanti klau upload gambar dia banyak-banyak. sebak ni sebak ... huhuhuhu...

Wassalam ....





Tuesday, April 5, 2011

~ selamat tinggal, sayang ...~


Indah ..
Itu hanya satu cerita dahulu
Sudah terlalu jauh saat itu meninggalkan kita
Aku di sini
Tidak mahu lagi ia menjadi bayangan hidup ku
Penasaran sendiri
Menangis sendiri
Tersenyum sendiri
Tidak mahu jadi gila dengan semua itu
Biarkan aku melepaskan semua itu
Lalu engkau
Tidak pernah lagi menjadi sebahagian dari ingatan ku ...


Assalamualaikum ...

Yuhuuuu ... tajuk awal je orang da tawu aku nak cakp tentang suatu perpisahan. Huwaaaa .. dengan siapa pulak kali ni yerrr ...?? Upssss ... bukn dgn my bf yer. Kalau dgn my bf ... tak tulis sini dah. Tengh frustrated berguling-guling gak nyer masa nih .. hahahaha ..

So ... dgn siapa yer ? Hmm ... actually wif my fren. Kawan lama. Kawan main basikal sama-sama balik sekolah. hahaha .. ingat lagi, masa form 1 aku kenal dia. Berkawan n berkawan ... at last ... break begini. hahaha ... sedey? hmm ... tipu la babe tak sedey. Dah sayang kowt. Tiga-empat tahun jugak frust ... tunggu dia datng semula sebagai kawan baik aku ... aku pujuk hati supaya buang je perasaan marah aku tu. One day ... masa dia n beberapa org kawan aku balik kampung ... aku ajak diorang keluar makan. Walaupun aku minta kawan aku yang ajak dia ... tapi hati ni memang nak sangat jumpa dia. Mulut aku memang jahat kata nak kena kan dia ... tapi, hati tak mungkin sampai hati.

Tapi ... pada aku cukup menyakitkan kowt bila dia kata tak boley datang jumpa kami sebab tunang dia tak bagi. Tapi, minta kami yang datang supaya jumpa dia. So far ... kalau ada kawan2 aku yang baca entry nih .. mungkin diorang akan kenal siapa yang aku maksudkan.

Hari ni ... aku rasa aku dah cukp kuat untuk melenyapkan dia dari hidup aku. Dia ada life dia sekarang nih. Jahat kowt bila aku seperti putuskan persahabatan. There's no sahabat anymore bagi aku untuk dia. Dia cuma ... seorang manusia yang aku pernah kenal sebab kami satu sekolah.

Aku boleh berhadapan dengan dia. Aku takkan mengelak dari berjumpa dengan dia lagi. Tapi aku takkan tarik kata-kata aku ni semula. Jadi, mungkin ada kawan-kawan aku yang akan baca entry ni ... sila sampaikan salam terakhir dari aku untuk dia sebab lepas ni ... aku tak mungkin ada masa untuk ingat dia lagi.

Wassalam ..


Tuesday, March 29, 2011

~ adoiiiila camping 'cikgu ... cikgu'~


Assalamualaikum ...


Seperti biasa perkataan pertama sebelum memulakan pengembaraan di sebuah entry yang serba tak best ini. Pastinya ada sesuatu yang ingin di kongsikan di sini. Dan pastinya ... untuk mereka yang bergelar bakal guru ... mungkin juga guru ... dan mungkin juga pendidik or wat ever yang seangkatan dengan nya. sekian, terima kasih.

Hahaha ... beberapa hari lepas aku telah di tugaskan untuk menjadi guru pembimbing untuk satu kem badan unit beruniform pelajar sekolah aku. Opssss .. bukan aku sorang. semua guru pelatih kat sekolah tuh. Aku, Dayah, Fakhrul n Hilmi. Waaa .. nampaknya itu memang pengalaman yang baru. For da first time ... there is no problem there sebab pihak yang menganjurkan kem tersebut adalah junior - junior aku walaupun nampaknya mereka jauh lebih tua dari aku. ( ex-student poli ... sebb tuh lebey tua dari aku ). Aktiviti malam tuh sikit menghairankan aku apabila pelajar perempuan di asingkan dari pelajar lelaki. Bukan aktiviti kot ... tapi, macam ... time diorang makan, time solat ... time berkumpul untuk pegi makan n solat tuh diasingkan. Sebab banyak2 kem yang aku dah penah pegi sejak sekolah rendah pun, tak pernah jumpa kem macam tuh. So ... keadaannya, pelajar lelaki di rangging untuk cepat ... sedangkan pelajar perempuan boley berlenggang and bersembang lagi untuk ke suatu aktiviti. Aku tak perlu komen ... mungkin bagi sesetangah mereka boley menilai. Bagi mereka yang mungkin akan mengadakan apa-apa program, sila lah ambil pengajaran agar ia tidak di ulang lagi.




Bila start aktiviti pertama. Satu benda yang aku susah sangat nak terima adalah para fasilitator pakai baju kurung bukan men anggunn ... n lelaki pakai kemeja siap bertie ... that's camping okeh. Tu satu lagi benda yang aku tak pernah jumpa sepanjang ikut camping baik kat sekolah atau dekat U. Cukup aku kata, tak sesuai. Ada juga fasi perempuan yang menggunakan high hill 2 inci setengah .. ada yang pkai wedges jalan atas batu krikil. Serius ... tu first time aku nampak. hohoho ... sumpah mencapap.
Okey ... masuk aktiviti seterusnya. Lampu ayam. Berjalan di waktu malam. Okey .. bagi aku aktiviti nih biasa. Cuma mungkin komen aku tak perlulah berjalan sampai 2-3 jam di waktu malam. Sebab itu akan membuatkan student bosan dan tak ada adventure sebab jalan beramai-ramai. Mungkin boleh dilakukan aktiviti pergi ke jarak yang lebih jauh ... then stop ... lepas tuh minta diorang berjalan seorang diri untuk pulang ke kem site. Atau tinggalkan mereka sendiri dengan mata tertutup ... pada jarak yang agak jauh antara satu sama lain . Itu mungkin ada motifnya untuk sebuah kem XPDC Insan Juara.



Dan waktu perjalanan malam itu, seorang student aku digigit lipan yang besar. Lipan kat kebun katakan. Dua kali sengat plak tuh. Then, student tu tak boleh berjalan. Sebelum kami teruskan perjalanan, pihak penganjur dah yakinkan kami (guru pelatih) untuk mengambil pelajar tersebut sebentar lagi. So .. aku pun dengan berat hati juga, tinggalkan student tersebut dengan 2 orang pihak pengajur dan seorang lelaki pihak resort. Hakikatnya, memang aku tak boley tinggal. Tapi, bila mereka kata 'sekejap lagi ada yang datang ambil' sooooo ... aku pun jalanlah. Lepas tu aku call kawan di kem site supaya stand by. Bila setengah jalan ... aku tanya mereka ... rupanya tak ada sesiapa yang ambil student aku tu. Mereka kata tunggu kami semua tiba di kem site, baru mereka akan pergi ambil. Masa tu ... memang aku dah bengangla kan. Anything will be happen kot kat student aku. Meninggalkan mereka hampir 2 jam dengan pihak luar sedangkan dia di bawah tanggungjawab kami. Pastu bila aku cakap2 dengan diorang ... diorang still buat bodo. Bingung kot sebab aku kata mereka patut ambil student aku segera. Sekali lagi aku tanya ....' so, macam mana ? Siapa yang pergi ambil student tu ?' .. hmmm ... jawapan yang aku tak duga dan aku rasa cukup biadap kot ... ' tak tahu lah siapa yang ambik. kalau ada yang cal adalah yang ambik ...'





Aku rasa macam nak penampar je time tuh. Sepanjang jalan 2 jam tuh .. aku tahan je hati nih. Memang panas gila. Sampai kem site ... aku terus pegi dewan makan jumpa urusetia di sana. Budk tuh cakap ...' ha, baru ada yang ambik ..' pastu aku cakap ...' dah berapa jam budk tuh kat sana baru nak ambik ? Sepatutnya, awak ambil dia dulu. Macam mana dekat kem site seorang pun tak boleh nak bergerak. Patutnya adalah sorang yang tinggal. Ini, semua ikut. Kalau memang tadi tak boley nak ambik awal, kenapa tak cakap. Saya sepatutnya tak boleh tinggal budak tu kat sana ' hohoho .. sumpah aku tak ley cover marah. Dengan sorang budak laki aku hentam sekali. Waaa .. time tuh aku tak ley blaaa tengok muka diorang. Salah ke aku marah ek ...???



adakah cikgu yang pkai shawl grey itu kelihatan garang apabila marah ...??? hmmm ..


Yang pasti memang diorang tak ley terima kena marah. Tahu kenapa ...??? Tuh la, nak mengumpat tak nak cover. Sebelum tidur ... waaa ... bukan men diorang mengumpat aku. Macam lah aku tak dengar. Len kali nak mengumpat ... mengumpat dalam kolam. Ikan je yang dengar. Hhahahaha ... Tapi memang panas kot kena marah dengan aku. Siapa yang pernah kena marah dengan aku ... mesti tahu macam mana. hohooo .. bukan bangga marah orang ... tapi memg aku rasa da melampau kot. Aku memg jarang-jarang nak marah ... tapi, once aku marah .. orang yang kena tuh mesti jadi hot gile dengan aku.


Dan lepas waktu tu ... sumpah diorang tarik muka. Nak makan makanan diorang prepare pun tak de selera then aku keluar makan kat kuar. Masa waktu aku keluar plak ... sorang student lelaki sakit perut. Yang aku tak boley terima, diorang cuma bagi makanan ... then tinggal budk tuh dalam khemah. Kalau mati kejang budk tuh tahan sakit perut sorang-sorang dalam khemah sape nak jawab ...???? At last, bila suh bawak pegi klinik .. barulah budk tu di hantar ke klinik.

Malam kebudayaaan plak. Apa diorang anggap kami nih sebagai guru pengiring ...??? Diorang suruh join malam kebudayaan diorang ... tapi langsung tak sediakan space tuk kami. Aku malas nak ketara sangat menyampah ... berdiri je kat penjuru audience. Bila penat .. hajat di hati, nak balik chalet la. Ye lahh ... berdiri je dekat 2 jam. Mana tahan. Bila kami balik ... dah nak sampai chalet ... ketua diorang tegur aku ... 'awak tak tengok student awak buat persembahan ke ? Tengokla sampai habis ... kesian diorang ...' dengan muka yang sangat tak ley blaaaa ... rasa nak campak terjun kolam je budak tuh. Bukan budk ... mak orang. ( supaya anak ko rasa pe ko buat kat anak orang ) ambik ko.



malam kebudayaan .. oleh kerana tak tau nak duk mana ... so mak nenek tuh duduk atas batu je la .. nasib tak masuk kolam belakang tuh sebb mengantuk .. hahhaha ..

Malam tuh pulak ... diorang tak sediakan minum malam untuk budk2. Tu pun satu benda aku tak penah jumpa. Makan malam sekadar mee hoon ... n bbq. Lepas habis malam kebudayaan ... ingtkan mereka terus tidur. Rupanya ... perlu buat latihan kawad kaki ..Hmm .. adoiiiiyaiii ..

Then .. esok pagi. Hari last. Sorang plak student perempuan kaki terseliuh dah lama tapi bila tak pernah urut ... n main lanyak je kaki tuh ... jadi bengkak. Terkejut aku tengok kaki budak tuh da bengkak n biru sikit kat urat yang berkak tuh. Budk tu kata dia dah tak boleh nak menapak. Berdenyut-denyut. Aku tanya ... pe diorang buat. Budak tu kata ... diorang suh duduk je diam-diam. Adoiiiiii ... kaki budk tuh da bengkak cam tu buat la smthing. Aku cuma ley tolong urutkan sendi kaki dengan losyen mustajab. Mungkin agak lega untuk sementara. Then aku kata ... g minta diorang panadol kalau makin sakit.



da chalettt ... agak best di sana .. tapi tak sesuai untuk honeymun sebagaimana cadangan dayah .. hahahaha

And lassssttttttt ... sekali. Majlis protokol. Dua orang cikgu datang untuk majlis perasmian penutup. Penyelaras Unit Beruniform n GPK KO-Kurikulum. Dalam majlis penyampaian hadiah ... ada banyak bahagian. Mengikut pandangan aku ... diorang seharusnya membahagikan bahagian yang perlu disampaikan oleh dua-dua cikgu. Bukan sorang je cikgu yang dipanggil untuk bagi hadiah. Kesannya ... cikgu yang seorang tuh dah macam tunggul kat depan duduk sorang-sorang pandang kiri kanan. Muka cikgu tu pun da merah padam n tak senang duduk. Aku rasa agak teruk di situ. hohoho ...



hargai sikit cikgu tu penat2 datang time cuti sebb prog awak ... klau dia tak nak layn prog awak .. mana awak nak cari markah ...?? boleh fail pengurusn koko tawuuuuu ...


Jadi ... bagi mereka yang mungkin akan ada kaitan dengan semua ini ... sila lah care ... n ambil perhatian tentang semua tuh. Semua itu masih proses belajar buat mereka. Tapi .. bila dah keluar dari proses belajar jangan sampai kita kena hentam dengan sesetengah pihak. Bila kita bawak student ... jagalah mereka dengan ikhlas. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga. Aku pernah rasa diabaikan oleh guru pengiring semasa sakit ... jadi aku tak nak sampai student aku rasa pe yang aku rasa. Sebab rasanya sakit sangat. Dan aku tak nafikan ... aku memang masih berdendam dengan cikgu tuh. siapa ...??? Wallahualam. Lagi satu ... hormatla guru yang mengiring. Ingat sdap ke jadi guru pengiring. Baik2 boley cuti duduk rumah siapkan kerja ... kena jaga student kat kem ... gara-gara program awak. Gara-gara nak tolong awak dalam subject. Oiii ... kira baik hati tau. Tapi dengan layanan yang macam tuh ... kalau aku diberi kuasa untuk bagi markah ... B- tuh paling baik aku boley bagi tau. Jadi .. hati-hatilah.



nice rite ..??? hahahaha



alsoooo nice .. hehehe .. like it



perlu juga untuk melihat masa depan yang lebeyyyy baik ... hahaha



yang niiii .... aku tak pasti pe masalah dia. pe masalah ko fakhrul ...??? hahahaha

hmmm ... mana hilmi ? dia tak pernah ada waktu aku nak snap pic. hilang je keje dia. Hilmi, meh 1 gmbar. gmbar pasport pun ok laaaa ... hehehehe ( jgn maraaa )


Adoooiiiii ... habis dah kot kisah aku ... harap ada pengajarannya. ;) ...

Wassalammm



Friday, March 18, 2011

~ hmm ... bila kecewa lagi .. ~

Assalamualaikum ..
Everything alright, kan ...??? i je tak alright pagi jumaat nih. huwahahahaa ...

huhu .. ada tak sesiapa kat sini pernah rasa perasaan di tinggalkan ..??? hahaha .. dalam banyak-banyak perasaan yang ada kat dunia ni ... aku nak rasa perasaan meninggalkan. Macam mana agaknya bila kita meninggalkan dan mengecewakan orang yang kita sayang .. ?? serius belum pernah rasa. Tapi banyak kali rasa ditinggalkan. Seronok ...???? hmmm ... seronok untuk sebuah kesedihan. Maknanya .. sebuah kesedihan yang betul2 menyedihkanla kan .. huhu ... haiiiila nazura... bila masanya lah nak happy nih. bantai sedey je 27 jam ... kan kan ...???? membosankan sungguh .. hahaha



Tak pe .. biarkan ia menjadi kisah yang tergantung. Apa yang perlu kita buat bila menghadapi kekecewaan ...??? tidur ..??? makan ...??? jalan-jalan ...??? ehmm ... masing-masing ada jalan masing-masing untuk menghadapi kekecewaan itu. Bagi aku .... hahaha .. menangis .. dan bercakap dengan kucing. Gilaaa!!!!!!! hahaha ... but that's da real thing la ...tahu tak ... kadang-kadang kucing boley memahami hati kita. pe lagi bila kita menangis depan dia. Serius ... diorang akan pandang kita ... n datang pada kita supaya kita peluk dia. Ada masanya ia berbaloiiii ... tapi bila berhadapan dengan kuciwa yang amat sangt ... ia akan memakan masa yang sangt sangat panjang bagi aku untuk cool n calm.

One thing yang aku sangat-sangat ingat tentang manusia yang lahir pada bulan 9. ' luka hatinya akan tersimpan sangat lama ...' mahu atau tidak ... terima atau tidak ... cuba berubah atau tidak .... that's me. Once aku rasa sangt kecewa .... ia akan makan masa bertahun-tahun lamanya. Walaupun aku tidak pernah berdendam dengan mereka-mereka yang menyakitkan hati aku .... tapi ... hati tidak mampu jadi seperti asalnya. Tapi .. bagi mereka yang begitu mudah melupakan ... bagi aku mereka adalah manusia yang sangat beruntung. Serius. Tahu tak ... pe yang aku rasa ... setiap kali ingat waktu-waktu yang menyakitkan ..??? sakitlah rasanya kan ...that why ... bila sakit rasanya itu ... maka matilah segala macam rasa yang positif.


wohohoho .. beginikah rupa hati yang da berbelah bercantum kembali ..???? hahahaha

Soo ... bagi mereka yang selalu sangat menghadapi kekecewaan macam aku nih ... yang selalu sedey macam aku nih ... yang selalu ditinggalkan macam aku nih ....hahahaha ... dont ever give up wif ur life. Rasanya sakit bila orang yang kita sayang tinggalkan kita. Rasanya pahit sangt bila segala kenangan yang manis2 menerjah ruangan hati kita kembali sedangkan mereka yang kita kenangkan itu sudah lama pergi mencipta kenangan yang baru. Jadi ... bantulah diri kita untuk bangun meskipun tiada siapa di sisi kita. Meskipun tiada siapa jua yang sudi untuk memapah kita yang senantiasa bangun dan jatuh semula. Meskipun kadang kala orang yang terdekat di sisi kita jua tidak sudi membawa kita bersama untuk bangun. Maka ... yakinlah pada diri sendiri. Benar , Allah ciptakan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk saling bergantung antara satu sama lain. Tapi ... buktikan pada diri kita ... kita mampu bangun sendiri dengan membantu mereka yang lain untuk bangun. Meskipun bila mana mereka yang kita bantu itu sudah mampu berlari ... tapi adakalanya kita masih terjatuh ... jangan pernah give up dengan diri sendiri.



percayalah kamu mampu lakukan ....


Biar kita kalah dalam perlumbaan ... tapi jangan pernah kita kalah dalam sebuah perjalanan yang panjang. Belum tentu mereka yang sentiasa tersenyum dan tertawa .... di kelilingi orang-orang yang mereka sayang itu ... akan terus begitu. Belum tentu mereka bisa kuat menghadapi kehidupan bila mana mereka berada di tempat kita. Maka ... bersyukurlah kerana kekuatan itu tetap milik kita ... bukan milik mereka. Yakinlah ... kita jauh lebih kuat dari mereka. Kita jauh lebih hebat dari mereka. Biar kita dilihat lemah dengan air mata. Tapi air mata itu yang membuatkan hati kita semakin kental menghadapi setiap duri dalam hidup. Membuatkan kita lebih bijak menghadapi hidup ini... yakinlah wahai sahabat sekalian..

sekian motivasi pagi ...~ ngeeee ~

hehe .. wassalam ..


Tuesday, March 8, 2011

~ getting better ...~

Assalamualaikum ....

hehheee ... rasa ingin berkata-kata di kala subuh datang. Jam 4.18 pagi. hahahaa .. rasa segar sikit after recover dari demam .. thanks to Allah ... jadi, esok aku ley lah ke sekolah tanpa muka sakit cam hape tah. that's not da point. Huwahahahahha ..

Waktu ni gak .... aku rasa aku dah semakin ok banding 4 minggu terakhir nih. Hmm ... mud celaru ... nak nangis tanpa sebab ... moody tanpa alasan n sedey tanpa ... tak tahu lah tanpa apa. Apa pun ... mungkin kah semua itu sebab rindu ..??? owhhh .. tidak sekali kali. cool okeh .. tak de rindu rinduan. hahahahaha ... tak mengaku nampaknya cik nazura nih. tak pe ... rindu itu tanda sayang. Rindu siapa ek ...??? siapa -siapa la kan ...hahaha

Just introduction yang tak menarik. Actually ... masa tengah pening2 di sebabkan demam yang melanda ... aku buka fb. Dalam link ... apa ek ...?? Jap .. nk g bukak fb jap ... hahahaha .....haaa ..' Rosmah Mansur : sila minta maaf pada umat Islam ...' kat situ ada statement ....

'
BORAK SANTAI : KENAPA ADA PASANGAN KEKASIH BERGAMBAR BERPELUK LEPAS 2 TAYANG KAT FACEBOOK MEREKA? BILA ORG TEGUR CARA BAIK ORG 2 PULA DI REMOVED DR FRIENDLIST DAN DILABELKAN KOLOT. KITA XDE LAH BAIK TP XDE LAH JAHAT SGT SAMPAI NAK TUNJUK JAHIL DEPAN2. SUSAH BTL LAH NAK NASIHAT ORG ZAMAN SEKARANG. ASAL NASIHAT DISURUH KITA MSK SURAU PULA. - LIE '

Bagi besssssarrr punya. Jelas tak statement tuh. Tak jelas lagi ... p ambik kanta. Tak pun ... g zoom bagi besssssarrr lagi image kat skrin laptop tuh. hahahaha

adooooiiiiiiyaiii ... macam-macam orang sekarang nih, kan...? nasihat salah ... tak nasihat lagi lah salah. ye la ... klau awak tuh bukan Islam ... that not da point la nak nasihat, kan ...??



wa tak kenal diorang nih sape ... tapi tak baik wa tambah aib diorang ... huhu


Soal berpeluk ... dengan kekasih hati .. kekasih sehidup semati ... kekasih sampai mati or wat ever lah kan ... itu memang hak individu klau ko nak berpeluk dalam kereta ke ... dalam tong sampah ke .... dalam almari ke ... sebb tempat2 macam tuh ... manusia lain tak nampak. Tu kira dosa korang ... antara Allah dan korang. Tapi ... bila mana korang buat kat public ... korang buat kat tempat awam ... tuh semua dah jadi tanggungjawab manusia lain yang bergelar umat Islam. Barangsiapa yang merelakan semua itu berlaku di depan mata .... samalah dia dengan si pembuatnya. ( betul tak ek statement aku nih ...??? ) - Sila betulkan klau aku salah.

“Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka perbuat.” (Al Maidah: 79)

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian mereka dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh kepada perbuatan yang mungkar dan melarang dari perbuatan yang ma’ruf.” (At Taubah: 67)




adoiiiiyaiiii ... beruk-beruk nih adalah lebih baik bnding mereka yang berbangga dengan maksiat ... errkkkk ..


Sebab tuh ... klau kita nmpak maksiat ... kita kena cegah dengan tangan ... klau tak mampu .. dengan lidah ... paling tidak pun dengan hati. Iaitu ... membenci perlakuan tersebut. Lagi pun ... klau Allah nak turunkan bala disebabkan kemurkaan-Nya ... wohoho ... dengan kita-kita sekali kena. Sebab tuh ... golongan amal maaruf nahi munkar tuh termasuk dari 7 golongan yang di janjikan syurga. Jangan biarkan kerosakan berlaluasa di bumi Allah.




jangan biarkan tsunami berulang kembali ... ' sesungguhnya ini adalah peringatan Allah bagi mereka yang mahu berfikir ..'

Sekarang nih ... memang ramai couple yang macam tak couple bila tak tayang gambar berpeluk sakan kat fb. Kalau boley tayang depan semua orang ... dengan penuh rasa bangga + rasa gah ... rasa macam2 rasa lagi lah ... apa agaknya yang mampu dibuat di belakang khalayak ramai ...??? saja je bagi ayat psiko ek ..?? hahaha .. serius lah nih. Pernah tak dengar statement ....' malu itu sebahagian dari iman ....???' alaa ... dalam lagu ana rafali tuh ada pun. Apabila kita hilang rasa malu ketika melakukan maksiat ... lalu mana hilangnya iman kita tu ...??? Hmm ... justeru, bila datang nasihat kepada kita ... bukalah hati kita untuk terima. Mereka yang nasihatkan kita tuh, sebenarnya sayang kita lebih dari pasangan kita yang ajak berpeluk - peluk tuh. Pe lagi ... bila orang nasihat kita kata orang tuh kolot lah .... g duk surau lah ... memang hati dah gulap gulita la nmpaknya tuh. huhu ...( sory bahasa sentap sikit )


hmmm .. pernah tak kita hayati maksud surat al-asr nih ...?? kalau belum, jom kita buat sekarang


Aku ... memang tak baik. Sumpah. Jahat jugak. Buat maksiat ... penipu tak pernah. Buat dosa .... lagilah mustahil klau tak pernah. Baik ... pun penipu kalau tak buat jahat. Tapi ... alhamdulillah ... sampai hari nih, masih sedar apa yang dikatakan maksiat ... dan malu tentang itu. Jika kita tak sedar yang kita buat tuh maksiat ... tuh yang tak ada rasa malu tuh. Tu yang duk tayang gambar peluk2 semua tu. Nak couple tu couple la ... yang tuh da susah nak elak ( huhu .. trmasuk aku ) ... tp, please .... bukan kita je couple ... bukan kita je bahagia ... org lain mungkin ada yang lagi bahagia dari kita. ( bila couple .. tunang n terus kahwin. lagi Allah redha ..) so ... sampoi sudaaa.



jom nikah ... ~ huhu .. aku lambat lagi nak nikah ....;( ~

Bukan soal couple je kowt yang namanya maksiat tuh. Bila berbangga pakai pakaian ketat sana sini ... bila orang lain cakap ....ley plak jawab ...' i pun sentap jugak ...' waaaa ... kenapa nak bangga sangat dengan body tuh. Body orang lain pun cantik kowt ... solid kowt ... kalau tak pakai ketat lagi la nmpak indah tawuuuu. Tak adalah nampak bentuk sana - sini. ( huhu ... aku yang perempuan pun malu bila tengok ) huhu ... so, mana rasa malu mereka yang mendedahkan body mereka ...??? ' jangan berpakaian tapi telanjang ...'




inilah fesyen kebanyakan perempuan hari ni .. bukan remaja jer ... kadang-kadang mak orang pun boley pkai macam nih ...


Tak cite plak yang pakai baju yang jarang. adoiiii naik malu nak cite. Hari tu masa dekat sekolah, de sorang cikgu laki tuh cerita tentang sorang staf kat sekolah tuh ....' terkejut aku ... baju dah la jarang ... nampak bentuk dalam tuh semua ...' adoiiiiyaiiii ... aku nih perempuan. Malu kowt. Tawu kenapa malu ...? Lu pk laaaa ... hahahaha


bukankah ini namanya mengaibkan diri sendiri wahai sekalian perempuan ... let think ...

Hoho .. dari isu couple ... jadi isu aurat plak. Pape pun semua itu maksiat. Sooo ... sama - sama kita fikirkan. Aku pk .... kalian yang membaca pun pk. Jom kita muhasabah diri kita. Kalau dah terlanjur tuh ... jom kita ikhtiarkan cara terbaik untuk atasi perlahan-lahan. It's ok klau tak on da spot berubah. Yang penting kita cuba didik hati kita untuk menerima kebajikan .. hehehehe.



kalaulah wanita muslim wajib berpakaian seperti ini ... rasanya berapa ramai je yang berpakaian menurut Islam ...??? huhu ...




tak salah kowt pakai shawl asalkan menutup aurat .. lihat tatacara menutup aurat yang betul

Lupa satu hal. Aku bukanlah perempuan yang cukup sempurna menutup aurat. Pakaian rutin .. memang seluar n tshirt. Kadang2 baju kurung. Tudung pun sederhana besar. Tak selayaknya kowt untuk menegur mereka yang bertudung labuh .... yang cukup sempurna etika menutup auratnya. Tapi ... sedikit saja komen aku untuk mereka. Aku memang sangat suka perhatikan mereka yang bertudung labuh. Yang lengkap berstokin dan sebagainya lah. Tapi ... menurut pemerhatian aku .... kadang kala ... mereka kurang kemas dalam berpakaian. Dan sangat tidak menitikberatkan yang di namakan cantik di pandangan mata. Tak salah kan dengan jubah dan tudung labuh ... mereka mengemaskan pakaian agar tidak kelihatan berserabut. Berstokin tapi match warna stokin n sandal yang digunakan. ( contoh : stokin warna biru gelap ... sandal warna coklat ). Tak salah rasanya bertudung labuh tapi menghiasi sedikit wajah dengan bedak dan lipstik warna natural untuk menghilangkan pucat pada wajah.Bukankah kemas dan cantik itu di tuntut dalam Islam. Asalkan tidak berlebih-lebih dan menjadi fitnah ... itu masih boleh rasanya. Kdang kala penampilan kita sendiri boley menjadi dakwah kepada sesetngah di antara mereka di sekeliling kita.





Huuuuu ... banyak betul bercerita pagi2 nih. By da way ... sory pada segala kritikan dan pandangan yang aku bagi pagi nih. Mana-mana yang salah sila la betulkan. Mana yang boleh di jadikan tauladan ... semua itu datang dari Allah.

Sekian, Wassalam ...



Wednesday, February 23, 2011

~ blurrrr .. ~

Assalamualaikum ...
Salam akhir Februari. Huwahahaha ... maknanya tak sampai 2 bulan je lagi aku akan akhiri minggu latihan mengajar nih. Perasaan hati : sedih + lega. hahaha .. bagaimanakah itu ?
Sesungguhnya di ketika ini aku cukup bercelaru dengan life aku. Betul ke apa yang bakal aku buat ? Entahlah ... aku ikut gerak hati ... solat istikharah .. dan tawakal. Itu je lah yang boleh aku buat. Tapi, syukur alhamdulillah ... feedback dari ' Terucap Syahadah ' adalah positif. Tapi aku masih ternanti-nanti komen-komen negatif yang mungkin boleh aku baiki untuk masa akan datang. InsyaAllah. ( entah bila la akan datang tuh ... hahahaha )




okeh ... 2 bulan menjadi manusia bergelar cikgu. Satu perkara yang amat membosankan .... menghampehkan .... mem ... tah bape banyak mem yang negatif la boleh aku luahkan kat sini masa sebulan pertama bergelar cikgu praktikal. Tapi ... bila masuk bulan ke dua ... semuanya mula berubah perlahan-lahan. Aku pun tak sedar bila perasaan tu hadir ... bila hati mula terbuka .... aku mula sayangkan student aku. Aku mula menganggap mereka macam adik aku. Apa lagi usia diorang semua sama je dengan umur adik bongsu aku. Jadi ... cara kami bergurau, cara kami bercakap .... semuanya seperti adik n kakak. Bezanya cuma mereka panggil aku cikgu.

Banyak benda yang aku fikirkan apabila bercakap tentang ' lepas ini '. Dan kerana terlalu banyak berfikir tentang masa depan ... buat aku jadi manusia yang sentiasa push diri aku untuk atur langkah seterusnya. Aku tak pasti lah itu baik atau tidak. Cuma yang pasti ... setiap hari ... setiap aku berjaya mencapai sesuatu dalam life aku ... aku perlu rancangkan yang lebih baik dari itu. Kan ke hidup perlukan motivasi ..??? hahahaha.



adoiii .. tinggi betul diorang melompat .. huhu .. nk joinn ..


Sooo ... bagi mereka yang mula hilang arah ... yang gagal dalam target yang di fokuskan .... dont ever give up bebeh. Life must be go on. Rezeki kita ada di mana - mana. Kalau apa yang kita nak kita tak berjaya capai ... itu tak bermakna hidup kita telah gagal. Cuba mulakan impian yang baru. Jika kita gagal ketika ini ... mungkin ada yang silap pada langkah-langkah kita sebelum ini. Mungkin kita gagal mengenal kekuatan dan kelemahan diri kita. Untuk kita mencapai suatau impian ... perkara pertama yang perlu kita semua tahu ... yang perlu kita semua yakin adalah kekuatan dan kelemahan diri kita. Dari situlah kita akan mengatur langkah kita untuk mencapai target kita.
Waaaa ... nazura memang bijak berkata-kata dan membebel tah hape - hape. Jadi .. bagi yang merasakan kata - kata aku itu boleh di jadikan pegangan untuk life akan datang ... alhamdulillah. Kalau mana yang sangat tak setuju dengan kata-kata aku tadi ... sila lah berkongsi apa yang salahnya pada kata - kata aku itu.

Oleh kerana waktu ini adalah waktu blurrr sepanjang minggu .... jadi, aku sarankan agar mereka yang senasib dengan aku untuk mencari sumber tawa dan kegembiraan anda. Agar hari - hari anda akan lebih ceria tanpa sedih dan duka lara..

hehehehe .... salam akhir februari. Semoga march anda adalah lebih baik dari yang sebelumnya ...
Chawwwww bebeh ..

Wassalammm ..

Tuesday, February 22, 2011

~ this is called kenangan .. ~


Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku

Rasa hancurnya harapku

Kau lepas cintaku


Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti

Sekalipun kau pahami

Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu


Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku

Di sisa akhir nafas hidupku






Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku

Melewati hidup


Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti

Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu



Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku

Tingginya khayalku bersamamu



Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku



Sunday, February 20, 2011

~ antara aku & kamu ~

Tiba-tiba rasa nak masukkan bnda ni dalam blog. Menarik tak ..? tak eh ...? tapi menarik kowt untuk aku. Ehmm ... yang september tuh aku bfday aku. Then yang ogos tuh, boypren aku punya. Hmm .. matching ke ek ..? ish3x.. tak kisahla matching ke tak. Tapi .. kenapa yang Ogos tuh macam bnyk tak kena je kat budk tuh .. hmm .. kan tak semestinya betul kan..? kan ...?? hahahaha ..tapi boley jadi guide untuk kita kenal smone ... hehehe ..








by da way ... ni utk seronok2 jerk ...
tak semestinya betul ... dan harus salah .. ~ngeee~


chawww ... bebeh. out!
wassalam ...


gile shawl ...~ ngee ...~

Assalamualaikum ... semua.

Pagi nih .. tiba-tiba rasa nak menaip di sini plak. hoho ... lm gak kot tak mengupdate bloh ini. Hmmm .. masih di minggu-minggu praktikal. Pejam celik pejam .... celik balik .... waaaaa ... mau habis sudaaaa..???? huhu ... rs macm nak cepat habis sebb dah plan macam-macam bnda untuk waktu cuti before posting. Apa dia ...???? ~ ngeeeee ..~ mestilah rahsia. Yang penting bukan persediaan untuk tunnag or kahwin okeh ... hahahaha .. Tapi, kadang-kadang rasa sayang plak nak habis. Hmm ... sbb dah mula okeh dengan cikgu - cikgu kat situ. Dah boley mula gurau - gurau .. ish. Apa lagi dengan student - student. Rasa happening dengan diorang. Even dengan student form 5 yang aku tak mengajar .. diorang pun still ley gurau-gurau dengan aku bila jumpa. That's life, kan ...hoho .. Tapi hakikatnya .. 22 April 2011 aku tetap aku out dari smvbp. Dan .. itu adalah waktu yang paling tepat untuk menyusun strategi baru.. huwahahahaha .. macam nk g perang la plak, kan. La ... yelah. Perang menghadapi masa depan. ngeeeee .

Okeh .... tukar topik. Aku pun hairan ... lately nih ... aku memang serius gile shawl. Sumpah ... memang dah banyak collection shawl n scarf aku. Macam-macam color ada. Tapi yang sesuai dengan kulit aku la kot. Aku kan ala-ala gelap sikit ... susah sikit kot nak padan kan dengan sume color yang ada.

Tapi .. apa yang sangat buat aku rasa seronok adalah .... dalam sekolah smvbp tuh .... waaaaa .... aku adalah satu-satunya cikgu yang pakai shawl. Memang tak penah nampak cikgu lain pakailah. Kira aku lain dari yang lain la. hahahaha ... Bf aku penah pesan dulu ... untuk buat latihan mengajar nanti ... tak payahla pakai shawl. Macam tak sesuai je. hahahaha ... tu la kan. Minggu pertama aku still pakai tudung bawal yang biasa tu ... tapi , masuk minggu ke tiga n seterusnya ... memang pakai shawl je. Tak tahu la nape. Mungkin sebb lebih senang nak cari sekarang n aku selesa untuk pakai even orang kata payah nak pakai. Tapi aku pakai tak la mana pun. huwahahahahaha ...





Ada jugak kadang-kadang aku pakai je tudung biasa sebab ada baju yang tak sesuai dengan shawl yang aku ada.





Tapi .... ada jugak jenis shawl lain yang aku pakai. Macam yang jarang tuh ...tapi dalam aku pkai inner la. Kalau tidak ... macam tak pakai tudungla nampaknya. Sebb nampak sangat bahagian dalam. Especially bahagian belakang. Macam tak elok je ... bila bahagian dalam tuh bleh menampakkan kulit kita ... huhu. Tapi .. bahagian depan, even jarang ... tapi aku pastikan tak sampai nmpak kulit leher n baju mesti wajib longgar.


Tapi, biasanya aku prefer pakai shawl yang macam kat bawah nih ... sebb tak jarang bila da lilit. So ... tak payah pakai inner dan lebih mudah untuk di pakai sbb tak payah nak adjust lebih untuk tutp bahagian2 yang jarang. Lagi pun shawl ni agak besar. lebih senang untuk adjust. huhu ...




Huwahahahaha ... nmpaknya dalam entry kali nih .. aku telah syok sendiri sbb upload gambar sendiri. huhu .. hmm .. kan sejak2 nih .. ramai betul org bergaya dengan shawl. Macam2 fesyen ada. Tapi aku prefer pakai macam tuh, sbb ringkas, tak serabut ... dan sesuai untuk aku. Dulu .. ms aku tak start pakai shawl .. aku memang tak minat nak pakai. Sebabnya ... kebanyakan mereka yang pakai shawl ... takkan tutup bahagian dada dan nampak kulit diorg sebb jarang. So .. bagi aku .. tak sesuai untuk di pakai. Jadinya ... one day tuh aku try pakai. Hmm ... nampaknya aku boleh buat shawl tuh tak macam mereka yang pakai. Kan bertudung itu perlu menutup belahan leher dan di labuhkan melepasi dada.

Aku nih ... tak la bagus sangat dalam bab-bab tutup aurat. Ada juga lalainya. Kadang-kadang ada juga yang salahnya. Pada aku ... ( mungkin salah n mungkin betul pndapat aku nih ) ... tak kira bagaimana kita berfesyen yang penting aurat tak terdedah. Tak bolehla bandingkan aku dengan mereka yang betul2 dapat menjaga aurat mereka .. macam yang bertudung labuh .. semua tu. Mereka cukup bagus sebenarnya. Mana tahu kan ... bila aku dah bosan berfesyen macam ni ... aku akan berubah kepada itu. Hmm ... tak tahu jugakkan .. Buat masa ini, ini saja yang aku mampu buat. Bersederhana yang penting tidak sampai mendedahkan bahagian-bahagian yang tak seharusnya. Huhuhu ...

adoiii .. penat membebel sudaaaaa. hahahaa ... harus chaw dulu.

Wassalam ..


Monday, February 7, 2011

Terucap Syahadah vs Syahadah Terakhir

Assalamualaikum ...

Macam biasa. mood pada malam ini adalah buhsan + sengal setiap detik. Hahahaha ... esok kena mengajar tapi aku still cam malas-malas nak mengajar. mood cuti aku panjang lagi. hahaha ... tapi, nak tak nak ... esok kena gak bangun pagi - pagi ... dan ke sekolah. hurm ... tu lah rutin ... tu lah realiti. no kelas kul 8 yer .. he

Hohoho ... beberapa hari nih aku begitu sinonim dengan perkataan TERUCAP SYAHADAH. Huhuhu .. apakah bendanya itu...??? Alhamdulillah ... itulah novel pertama aku. Aku ada novel ...???? waaaa ... sumpah tak caya. Impian sejak darjah 4 tu. huhu ... Tapi .. haruslah percayakan sebab semua orang dah tengok novel tuh ... tapi aku je yang tak tengok lagi. Tak pernah pegang pun lagi novel tu. hahaha ... kenapa ..? aku pun tak tawuu ..





Thanks to alaf 21 dan seluruh warga kerja yang sudi menerbitkan novel yang ... aku tak pasti sejauh mana ke 'best' annya...Depend on pembacala kan. Cuma bagi aku ... kisah tuh agak istimewa sbb aku tak syok sendiri. TERUCAP SYAHADAH tu tajuk selepas editing. Masa mula-mula ... tajuk dia SYAHADAH TERAKHIR. Before nih .... sebelum aku hantar ke alaf21 .. ramai yang komen. Kenapa buat ending macam tu ... kenapa tak macam ni ... n bla bla ... kalau terbit mesti tak de sape nak beli ... Ketua editor pun penh tanya aku kalau nak ubah ending. Tapi aku kata .. it's ok. Walau apa pun komen, aku tetap rasa cerita tu ada uniknya yang tersendiri. Dalam cerita tu .. ada terlalu banyak benda aku cuba sampaikan. Ada jawapan dari persoalan. Dan ada protes dari satu perbincangan yang 'dia' katakan muktamad. huhu .. apakah itu...?






Apa sebenarnya yang ada dalam kisah tu ..? Hmm .. bagi setiap orang, mereka ada nilai kebahagiaan mereka sendiri. Tapi, kadang-kadang kita terlupa ada akhirat ... ada alam lain yang turut perlukan kita bahagia. Bahagia bukan saja di dunia. Penah tak dengar satu hadis ..' dunia ini adalah neraka bagi orang beriman dan syurga bagi mereka yang kufur...' bih kurang tu lah bunyinya. satu lagi ...' dunia ini ibarat bangkai bagi orang beriman ...' kurang lebih cam tu lah. Tak dapt nk begitu confident sebb tak ingat satu-satu perkataannya. ( kalau ada yang salah , sila betulkan saya ya ..tq ) So ... jangan terlalu sempitkan fikiran kita ... jangan terlalu dibayangi angan-angan yang fana ... bahagia itu hanya di dunia. Kan ke bahagia di akhirat itu lebey indah. hehehe ... soo .. bergantungla pada pembaca kan. Mungkin ada kelainannya dari novel yang lain. Aku pun tak pasti sebab aku jarang-jarang sangat baca novel.








Hmm .. bila ingat balik tentang novel nih ... ingat lagi masa nak anta ke alaf21. Before nih aku memang pernah anta manuskrip ke syarikat penerbitan lain. tapi bukan novel yang nih la. aku ada banyak simpanan. so ... anta je untuk mencuba nasib. Tapi, langsung tak de respon. So .. tak pe lah. Ingat dulu masa form 4.. sibuk sangat menulis ... abis ms exam ... fizik, chem, bio, add math aku hancur berkecai ... semuanya E. Hape punya sengalla masa tuh. Abis kena marah. hahaha .. Penah rasa nak give up, tapi ... bila time cuti sem ada je yang aku buat. Kira tak give up la tu ek. Mungkin sebab minat. Selama ni pun aku tak mengharap apa-apa dari hasil tulisan aku. Aku menulis sebab aku puas dan gembira. Tu je. hahaha ... sampaila satu waktu tu, aku buka web site alaf21 n terjumpa announce tentang sesiapa yang berminat untuk hantar manuskrip. So ... lama gak aku pk ... then aku cuba beranikan diri untuk hantar. Masa print out 400 lebih muka surat ... sampai mogok printer aku pastuh. Sumpah ... banyak betul dugaan masa nak anta tu. Bila da settle ... syukur sangat. Tak de sape pun tahu aku g anta. Bf aku pun tak tahu. Kenapa ya ...??? hahaha ... malu kalau tak ada respon. kalau tak de respon, maknanya hasil tulisan aku sngt hampeh la kan.. huhu. Tapi lepas tuh ... aku berdoa jugak .... itu adalah harapan aku yang terakhir dlam bidang ni. Kalau tidak di terima ... maknanya bakat aku bukan di sini. Sepatutnya 2 minggu or sebulan, pihak alaf akan bagi respon sama ada manuskrip dah sampai atau belum .... tapi ..... dari bulan 5 aku hantar ... lebih kurang bulan 10 baru aku dapat call. Dalam jangka masa tu .. aku rasa, sampai setakat itu saja aku menulis.





Dan alhamdulillah ... akhirnya di terima di waktu aku sedang berserabuttttttttttttttttttttttttt ... dengan projek, tesis and viva. Mana nak siapkan tesis ... nak edit manuskrip. Edit tesis lagi ... projek tak siap2 .... viva lagi ...n final exam ... tapi, alhamdulillah sangat2 ... Allah bantu aku buat semua tuh. Walaupun aku hanya tido sebanyak2nya sehari 3-4 jam saja waktu tu ... tapi, hasilnya aku puas hati. Thanks to Allah. Thanks a lot.

So ... bagi mereka ... dan kawan-kawan yang dah beli ... dah baca ... thanks sangat kat korang semua. Sudi-sudikanlah untuk bagi feedback ke aku yer. Fb ke ... blog ke ... okeh je. hehe ... Bagi kawan-kawan yang minta sign tuh ... nnt jap yer. Saya kena practs sign yang cantik sikit dari skrg. huhuhu ... he. Apa pun ... thanks kat semua yang support saya selama ni. Family ... n fren. hehehehe ..

Special untuk ALAF 21 , thanks sebab tunaikan impian saya selama ni ..;) peace ... hehe ...

wassalam ..