Tuesday, December 13, 2011

~ .. aku, lelaki, kereta dan jalan raya .. ~



Assalamualaikum..
huhu .. lama gak kan tak update blog
hmm .. ke'busy'an menjadi editor report adik aku
sampai naik jammed mata aku.
hohoho .. ayat tak ley blahh


Sejak kecik aku memang ditakdirkan berkawan dengan lelaki. Di pulaukan kawan perempuan .. pastu kawan dengan lelaki. Yup .. benda tu sangat biasa dalam life aku. Tu buatkan aku jadi serasi dan dapat memahami sikap lelaki. ( kadang-kadang ). Dan .. tak di nafikan .. ada sesetengah caharacter aku yang seperti lelaki. ( Tapi benda berkaitan dengan halal dan haram tak ley kompromi okeh .. kui3x )

Dengan sikap aku yang begitu, aku tak hairanlah kenapa aku selalu menjadi subjek para lelaki mencabar aku. Haih!! Perempuan selalu dimomokkan dengan sikap yang slow .. lembap .. n lambat dalam benda-benda yang berkaitan dengan motor atau atas jalan. Jadi, mungkin sebab itu .. aku jadi sangat tercabar dan aku tekad dalam hati aku .. i'm not that type of girl.

Kisah pertama. Masa darjah 6. Aku antara murid perempuan yang terawal pergi sekolah bawak motor even tak ada lesen. ( penyamun memang begitu .. harap maklum ). One day, sorang budak lelaki cakap kat aku ..' kalau berani jomlah lumba .. perempuan memang cuma tahu bawak motor je !!! ..' aku tak tahulah kenapa seriously aku tercabar. Then .. aku pun kata ...' ingat aku takut ke .. kalau nak sekarang pun boleh laaa !! ..' waaa .. ganster betul kan .. hahahaha. Jadi, aku memang pelumba motor tegar masa sekolah rendah. Sesuatu yang harus dibanggakan .. aku selalu menang kot even selalu kena dengki setiap kali berlumba.




~ sumpah .. ni aku tak penah buat. Naik motor dengan laki pun buat masa ni dengan adik laki n ayah aku jerk .. kalau style gini .. bek pergi berdoa minta Allah cabut nyawa .. serupa je .. huhuhu .. ~


Lelaki selalu cakap perempuan cuma tahu bawak motor, jadi .. sejak dari tu .. aku belajar gak betulkan motor. Buka plug motor.. tapi kebolehan aku tak de lah sampai macam adik aku yang lelaki sekarang. Dia boleh buat motor dia tu macam-macam rupa. Nasib motor dia tak ubah jadi kereta ke .. motobot ke .. hahahahaa. Cuma sekarang .. bila ada kereta, aku memang banyak belajar dengan pak cik bengkel tentang kereta. At least .. aku tak lah sekadar tahu bawak kereta okey .. !

Bila naik tingkatan 3 .. haa .. aku student perempuan pertama dalam kelas aku yang pergi sekolah bawak motor sendiri. Waaa .. bangga sekejap. Then .. aku ingat lagi .. kawan kelas aku lelaki .. datang kat aku cakap ...' aii .. dah bawak motor .. jom r sekilo ..' errrkkk .. aku diam je. Dalam hati aku kata .. ingat aku bodoh. Motor aku buruk nak lawan dengan motor ko baru. Teranglah aku kalah !! hahahahaa




~ hahahaa .. gambar ni aku cuma nak gelak je .. ~


Itu kisah dengan motor. Zaman sekolah, memang orang kenal aku sebagai perempuan yang macam pelesit bawak motor. Tapi .. nak macam pelesit pun syarat aku adalah .. aku kena pakai sweater tebal n topi kledar yang berat n ada gogle. Tu wajib. Ye lah .. kalau pakai tudung tak pkai sweater bawak motor laju .. aku dah rasa macam superman la pulak. huuuwaaahahahahaa




~ ini memang aku time jadi penyamun atas jalan .. hohoho .. ~


Tinggal zaman motor .. bila dah ada kereta ... dah ada lesen lain plak kisahnya. Tak nafikan, bukan benda baru bagi aku bila mula dapat lesen sebab aku dah boleh bawak kereta sejak darjah 6. Banyak kali juga .. bila atas jalan .. tiba-tiba lelaki bawak kereta .. himpit-himpit .. main-main kat belakang .. adakah kat mind diorang bahawa perempuan memang seronok di main-mainkan macam tu ..??? Hohoho .. silap orang. Not me.

Oleh kerana sudah semakin rasional .. taklah aku nak berlumba macam masa kecik-kecik baru nak besar kan..? Ini kisah aku dimainkan lelaki di atas jalan. One day .. on da way balik dari BP. Macam biasa je lah drive. Then, ada satu kereta motong. Pastu lelaki tu duk sengeh-sengeh pandang aku. ( tolong jangan buat begitu yer para pembaca .. agak tak jauh beza dengan beruk ! )




~ hensem betul beruk ni .. kalau nak hensem macam ni buat la perangai macam tu selalu .. ~


dah tu .. motong aku bukan main .. then . slowkan kete depan aku. then dia pergi lorong sebelah ... himpit-himpit kereta aku .. bila dari dua line nk jadi 1 line .. lagi dia himpit aku. Memang dah rapat giler. Aku cakap lelaki ni memang BIADAP !! Aku terus himpit dia ..sebab jalan tu jalan aku kan. Kalau dia berani memang akan bergesel. Aku heran apa .. kalau bergesel dia yang salah !! Terus lepas tuh dia slow je. Aku bukan nak belagak berani ke hape .. tapi serius aku tak ley tahan nak marah kot lelaki buat macam tu.



~ ini gambar rompak .. ( harap maklum ) .. tolonglah tak payah buat perangai begini yer .. ~


Then .. satu lagi kisah. Ni on da way pergi BP plak. Aku duk line kanan. Tiba-tiba ada pajero tunda aku dekat giler kat belakang. Aku ingat sebab aku slow .. then, aku pergi kiri. Dia ikut kiri. Aku pergi kanan balik, dia ke kanan balik. Pastu adik aku kata .. dia gelak-gelakkan ko ngah !. Time tu aku dah hot laaa kan. Aku pergi kiri .. dia ikut lagi. Terus aku slow kan jadi 30 km/j then line kanan tengah busy. Ambik Kau !!!! Macam tak gerak dah pajero kau. Pastu dia motong aku .. dia tengok aku. Aku tengok balik ! Kisah apa !

Then last .. baru-baru ni. Balik dari BP .. kereta proton iswara nak motong aku. Aku rasa .. memang dia nak laju .. jadi aku tunggu jap la dia motong aku. Kat depan aku tuh ada motor. Suami isteri bawak baby. Bila aku assume kereta tuh nak motong n terus, aku dah get ready nak ke kanan la kan n tekan minyak sikit. Tapi .. tiba-tiba, kereta tu duk slow kan kereta pastu kawan dia boleh duk sengeh-sengeh pandang aku. Aku yang dah tertekan minyak nak ke kanan terpaksa mengelak dia dari terhimpit .. waktu aku elak ke kiri .. sikit lagi aku nak terlanggar motor yang bawak baby tu. Seriously .. kalau aku maki dia boleh dengar, memang aku maki. Sumpah ! Then, dia teruslah bila dah nampak aku break mengejut. Aku apa lagi .. memang aku kejar kereta tuh then aku pandang dia lama-lama. Then, aku terus blah.




~ kalau dah jadi macam ni sape susah ... ?? tak yah r nak main-main atas jalan .. erkk ~


Moral of da story .. tolongla yer lelaki. Jangan jadi biadap cam tu kat atas jalan. Aku menghormati lelaki yang tahu menghormati tapi ... jangan cakap aku biadap kalau diri sendiri sebenarnya biadap.

Ada masanya aku tak nafikan, perempuan memang agak takut takut n tak confident kat atas jalan. Aku pun kadang-kadang hangin gak even aku pun perempuan. Bawak kereta kat jalan besar macam nak bersiar siar kat taman. Yang tu .. nasihat aku kepada pemandu wanita .. tolonglah elakkan. Kalau nak slow .. pergilah line kiri. Kalau dah kiri pun .. janganlah jalan 90km/j korang drive 50-60 km/j. Sakit jantung yang tunda ni. Sila berhati perut sikit yer. Jangan nak pentingkan diri sendiri.




~ tapi tak semua perempuan drive lambat begitu .. aku suka gambar kat atas nih .. tak tawuu lah nape ... ~


Kadang tu .. pernah gak .. kat atas jalan tiba-tiba berlumba dengan satu kereta ni. Tu memang aku n kereta tu sama-sama fight n anggap tu sebagai gurauan. Jalan pun .. tak buat kat jalan busy cam jalan ke BP. Jalan aku buat tu kat jalan baru yang short cut muar tuh kat Parit Bakar. Jalan tu memang versi highway n lengang giler. Time tuh .. bila aku rasa aku dah malas nak berlumba .. aku slow je la. Then, bila kereta tu motong .. aku pandang dia, dia pandang aku .. senyum je lah. Malu pun ada gak. huwaaaahahahahaa .. tapi besanya tak lama nak berlumba macam tuh. Tak senonoh kot orang pandaang. huhu




~ macam ni jalan yang lengang tuh .. kalau busy aku tak lah buat kerja gila tuh .. tapi memang tak selalu buat perangai gitu .. so, sila jangan tiru apa yang aku buat .. ~


Kadang-kadang aku terfikir ... ada masanya aku sangat kasar dan aku tertanya-tanya .. macam mana nak jadi perempuan yang feminin ...??? tapi bila berhadapan dengan situasi yang macam tu .. aku rasa aku perlu bersyukur dengan sikap aku yang macam tu sebab dengan itu aku bukan perempuan yang dipandang untuk di main-mainkan. Tapi, aku tak jugak gila yang akan melawan lelaki gila pada benda yang aku tak mampu nak lawan. Perempuan tetap perempuan. Lelaki tetap lelaki.

Masa umur aku 10 tahun, aku berjaya tampar seorang budak lelaki sampai menagis yang gelakkan aku lepas buat aku tersungkur. Masa umur aku 11 tahun .. aku berjaya gertak lelaki cina yang langgar aku kat atas motor supaya pergi balai polis. So .. perempuan memang bukan lawan lelaki. Tapi tak salah kalau perempuan melawan lelaki yang biadap.. !



~ tolonglah lelaki .. jadilah lelaki yang baik kalau nak perempuan suka .. ~


Wahai lelaki .. jangan terasa dengan entry ini. Entry ini khas untuk lelaki yang terserlah kebiadapan mereka. Bukan mereka yang budiman seperti anda semua. Dan perempuan yang membaca .. berazamlah selepas habis baca entry ini .. anda dan kita bukan perempuan yang senang-senang dipermainkan dengan lelaki. That's it ! Boleh baca kat blog ni kisah yang lebih kurang aku. baca ni

orite ..
kan .. ada plak aku kena hamun
lari dulu sebelum terlambat
Wassalam ..


No comments:

Post a Comment